Pendahuluan
Amalan
sopan santun semakin diabaikan oleh golongan remaja kini.
Bincangkan cara-cara
untuk memupuk amalan tersebut kembali.
Luas pandangan lautan
mega,
Berombak
biru pandang beralun;
Elok
budi dengan bahasa,
Manis
budi bersopan santun.
Lama
sudah menanam keladi,
Nanas
juga dipandang orang;
Lama
sudah menabur budi,
Emas
juga dipandang orang.
Dua
rangkap pantun di atas memberikan gambaran betapa tingginya nilai budi bahasa
dan sopan santun. Budi bahasa menjadi penyeri dalam kehidupan dan pengikat
kasih sayang sesama anggota masyarakat. Namun demikian, sejak belakangan ini
nilai-nilai budi bahasa dan sopan santun semakin terpinggir dan tidak dipandang
tinggi oleh masyarakat. Oleh hal yang demikian, sebagai bangsa yang bertamadun
kita amat wajar mengembalikan tradisi amalan berbudi bahasa agar kehidupan
bermasyarakat menjadi lebih bahagia. Budi bahasa adalah merujuk kepada tingkah
laku yang bersopan santun, hormat-menghormati, dan bertolak ansur serta
disulami dengan tutur kata yang lembut, penuh hormat dengan senyuman dan air
muka yang manis.
Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab
jelaskan peranan anda dalam mengamalkan nilai murni di
sekolah.
Pendahuluan
Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut, bahawa
orang Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan
santun. Malah nilai itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali
di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman
globalisasi yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam
budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk,
masyarakat Malaysia kelihatan kompleks. Tiada lagi nilai sopan santun dan
hilang budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang,
yang cepat dia dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi secara sedikit
membentuk pola baru imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu,
sebagai pelajar saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar
budaya penyayang dalam kalangan pelajar dapat dinobatkan semula..
************
Contoh
Penutup Karangan
Jika
mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Kemelut yang
bersangkut isu bangsa membaca, bangsa berjaya telah dikupas dengan mendalam.
Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun
negara. Hendrik Ibsen berkata ‘masyarakat adalah seperti perahu, semua orang
perlu membantu untuk menentukan arah kemudinya’. Untuk memastikan lahirnya
bangsa yang berjaya, peranan pelbagai pihak sangatlah dituntut. Melalui
pembacaan kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang
diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang
cemerlang malah dapat memajukan negara. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca
giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu,
segala permasalahan perlu ditangani sebelum padi di tanam menjadi lalang,
sebelum ayam di reban disambar helang. Semua pihak wajiblah membaca dan
berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat
dilahirkan.
************
No comments:
Post a Comment