Wednesday, 7 October 2015

SPM : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 3/2015

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (Sintaksis)


Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata
tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau rangkai kata yang bergaris.
i.           Jam tangan Syakirah berharga RM500.00
ii.          Pasu-pasu bunga ros itu telah disusun di tepi pagar.
iii.         Para petani membajak sawah menggunakan mesin bajak.
iv.         Kemalangan itu berlaku ketika Alias pulang dari sekolah.
v.          Pemandu lori itu ditahan kerana memandu secara berbahaya.
vi.         Fatimah merupakan murid cemerlang SMK Satria pada tahun 2015.
vii.        Tenaga hidro ialah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya.
viii.       Operasi pembenihan awan dijalankan hampir setiap hari semasa negara dilanda jerebu.
ix.         Kita perlu menghormati guru kerana merekalah yang mendidik kita menjadi insan yang berguna.
x.          Kemerdekaan negara kita diperoleh melalui perundingan meja bulat.
Jawaban
i.           Berapakah harga jam tangan Syakirah?
ii.          Di manakah pasu-pasu bunga ros itu telah disusun?
iii.         Apakah jentera yang digunakan oleh para petani untuk membajak sawah?
iv.         Bilakah kemalangan itu berlaku?
v.          Mengapakah pemandu lori itu ditahan?
vi.         Siapakah murid cemerlang SMK Satria pada tahun 2015?
vii.        Apakah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya?
viii.       Bilakah operasi pembenihan awan dijalankan semasa negara dilanda jerebu?
ix.         Mengapakah kita perlu menghormati guru?
x.          Bagaimanakah kemerdekaan negara kita diperoleh?

1 comment:

  1. Selamat sejahtera,cikgu.Nama saya Sathya.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menyemak serta menanda karangan yang telah saya tulis.Saya juga ingin meminta pertolongan cikgu dalam penulisan karangan dan ulasan.Cikgu boleh menghubungi saya di alamat e-mel: sgananaathaa@yes.my

    ReplyDelete