Sinopsis : CHOT
Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor beruk bernama Chot. Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias amat mengharapkan Chot untuk membantunya menyara kehidupannya dan ibunya. Ibu Alias mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima tahun yang lalu akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan peninggalan arwah ayahnya yang telah dilatih untuk memetik buah kelapa.
Alias tinggal dan membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang sangat usang kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya pula sudah dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu dan tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati dan selalu menghantar makanan untuk mereka.
Som ialah jiran dan sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka bersekolah di sekolah yang sama. Cabaran hidup Alias bertambah rumit apabila Cikgu Sunan, iaitu guru mata pelajaran Matematiknya telah menengkingnya sehingga membuatkan Alias terkejut dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena pada bucu meja rakannya. Akibatnya, telinga Alias bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias mengambil keputusan untuk tidak datang ke sekolah kerana berasa malu.
Chot pernah hilang sebanyak dua kali. Alias mencarinya di sekeliling kawasan kampung kerana dia amat sayang akan beruknya itu. Alias dan Chot mengambil upah dengan memetik buah kelapa di kebun Pak Din, iaitu ayah Som. Upah memetik buah kelapa itu telah digunakan oleh Alias untuk membeli barangan dapur bagi menyara kehidupannya dan ibunya. Alias dan Chot selalu diusik oleh Budin, Kamal, dan Talib semasa memetik buah kelapa. Pada masa yang sama, Chot telah dituduh menceroboh kebun Miah dan merosakkan setandan pisang miliknya. Pak Din berusaha untuk mententeramkan keadaan dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Rupa-rupanya beruk yang merosakkan kebun pisang Miah itu bukanlah Chot.
Cikgu Sunan berasa bertanggungjawab atas tindakannya yang menyebabkan Alias jatuh terlentang sehingga telinganya bengkak dan bernanah. Beliau telah meminta bantuan Som untuk menunjukkan lokasi rumah Alias. Kehadiran Cikgu Sunan ke rumah Alias adalah untuk bertanyakan sebab Alias tidak datang ke sekolah sedangkan peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi. Chot yang berada di atas pokok langsat berasa kurang senang akan kehadiran Cikgu Sunan. Alias yang baru pulang sambil membawa dua biji buah kelapa bersalaman dengan Cikgu Sunan. Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias yang bengkak dan bernanah itu.
Semasa Cikgu Sunan melihat telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menerkam dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan lengan Cikgu Sunan daripada gigitan Chot tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya lalu merodok perut Chot hingga menyebabkan Chot terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih kerana beruk yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati dan dia tidak dapat ke sekolah lagi. Cikgu Sunan menenangkan Alias dan berjanji akan menanggung segala kos persekolahannya sehinggalah dia memasuki universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang tertulis “Tunggu aku di pintu universiti, Chot". Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.
TEMA
Kasih
sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan
PERSOALAN
·
Hubungan
manusia dengan makhluk Tuhan.
·
Kasih
sayang antara manusia dan haiwan.
·
Kesempitan
hidup masyarakat luar bandar.
·
Kemiskinan
menjadi penghalang dalam mengejar impian.
·
Kepentingan
pendidikan dalam hidup.
·
Sikap
anggota masyarakat yang bertindak melulu.
WATAK DAN PERWATAKAN
Alias
Murid
tahun lima yang kehilangan bapanya kerana terjatuh dari pokok kelapa.
pintar dalam mata pelajaran
|
Alias menjadi rujukan Som untuk
membuat latihan Matematik.
|
taat akan nasihat ibunya
|
patuh akan suruhan dan teguran
ibunya supaya menunaikan solat dan membaca al-Quran.
|
bertanggungjawab
|
Alias mengambil alih peranan
bapanya. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan
gelama.
|
Berjiwa lembut
|
berkecil hati dengan sikap Som yang
menegur bau telinga yang busuk.
|
Gigih
|
Alias membawa buku latihan ke
mana-mana sahaja dia pergi walaupun ketika memetik kelapa.
|
Tidak berdendam
|
melayan Cikgu Alias dengan ramah
ketika kunjungan guru kelas itu ke rumahnya sekalipun Cikgu Alias
menengkingnya sehingga dia jatuh terlentang di dalam kelas sehingga
telinganya terkena bucu meja murid.
|
Chot
·
Beruk
peninggalan arwah bapa Alias.
·
Sangat
sayang akan tuannya, Alias.
·
Patuh
akan arahan tuannya.
Cikgu
Sunan
·
Tinggi
dan berbadan sederhana besar.
·
Guru
kelas tahun lima.
·
Guru
mata pelajaran Matematik.
·
Garang
- Cikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidakdapat
menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.
·
Benci
akan Alias.
·
Menyesal
atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias.
Leha
·
Ibu
Alias.
·
Ibu
yang menitikberatkan pendidikan agama - menegur Alias apabila terdapat
kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan dalam solat-solat lain. Malahan,
selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan menunaikan solat.
·
Ibu
yang menitikberatkan pendidikan sekular - mengingatkan Alias tentang
kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias ponteng sekolah terlalu lama.
Som
·
Murid
tahun lima.
·
Sahabat
baik Alias.
·
Takut
akan Cikgu Sunan.
·
Lemah
dalam mata pelajaran Matematik.
·
Suka
bergurau.
·
Prihatin
akan nasib Alias.
·
Baik
hati.
Mak
Su Kiah
·
Berbadan
sedikit gempal dan berambut panjang.
·
Baik
hati - memberi makanan tengah hari untuk Alias dan ibunya.
Pak
Din
·
Bapa
Som
·
Kematian
isteri
·
Baik
hati - banyak membantu ketika Alias dalam kesusahan.
LATAR
Latar Masa
Pagi
·
Ada
perhimpunan sekolah.
·
Cikgu
Sunan mengajar Matematik.
·
Alias
dan Chot memetik kelapa.
Tengah
hari
·
Mak
Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya
khabar sebelum pulang ke rumah.
Petang
·
Alias
memandikan Chot di sungai di belakang rumah Som.
·
Alias
dan Som belajar membaca al-Quran daripada emak Alias.
·
Som
belajar membuat latihan Matematik daripada Alias.
Latar
Masyarakat
Masyarakat
yang tabah menghadapi dugaan hidup -
Alias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan.
Masyarakat
yang berdikari -
Alias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah
kelapa.
Masyarakat
ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak - Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal
demikian, Leha mengingatkan kepentingan pendidikan agama dan pendidikan
sekular.
Masyarakat
kampung yang hidup dalam kemiskinan -
Hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah
memetik kelapa di kebun Pak Din.
Masyarakat
yang mementingkan pendidikan agama -
Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang dilakukan
oleh Alias dalam bacaan solat.
Masyarakat
yang mementingkan pendidikan sekular -
Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu lama.
Masyarakat
yang bertanggungjawab -
Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima tahun lalu kerana
jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula,
kopi dan ikan gelama.
Masyarakat
yang jujur - Alias memberitahu perihal
sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari beruk kesayangannya yang
hilang.
Masyarakat
yang cinta akan ilmu pengetahuan -
Alias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan.
Masyarakat
yang berprasangka -
Miah menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya.
Masyarakat
yang gigih berusaha mencapai kejayaan -
Som berusaha belajar Matematik daripada Alias.
Masyarakat yang baik hati - Mak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha.
PLOT
Permulaan
Beruk
Alias, Chot hilang. Alias menangis. Dia tidak pergi ke sekolah. Usaha ibunya
dan Som memujuknya supaya mencari Chot selepas waktu persekolahan gagal.
Perkembangan
Alias
mengambil keputusan pergi ke sekolah selepas gagal mencari Chot. Di sekolah,
Alias telah diherdik dan ditengking oleh Cikgu Sunan.
Perumitan
Cikgu
Sunan bertempik sehingga Alias terdorong ke belakang dan jatuh terlentang.
Telinga Alias terkena meja murid. Rentetan peristiwa itu, Alias tidak pergi ke
sekolah lebih daripada seminggu kerana telinganya bernanah. Alias malu dan
takut diejek oleh kawan-kawannya. Alias tidak menceritakan hal sebenar yang
berlaku kepada ibunya di sekolah.
Kemuncak
Cikgu
Sunan pergi ke rumah Alias. Kedatangannya ke situ tidak disenangi oleh beruk
Chot. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot melompat
dan melonjat kuat sehingga rantai di lehernya terputus. Chot menerkam Cikgu
Sunan dan menokak lengan guru itu. Chot tidak mahu melepaskan gigitannya
walaupun Cikgu Sunan memukul-mukulnya. Keadaan menjadi kelam-kabut. Alias tidak
tahu tindakan yang perlu diambil kerana Chot ialah beruk kesayangannya.
Peleraian
Alias mengambil lembing berkarat yang berada di bawah rumah lalu merodok
mata lembing itu ke perut Chot. Chot mati di tangan Alias. Cikgu Sunan serba
salah dengan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pendidikan Alias sampai
ke universiti.
1 comment:
terima kasih cikgu.... sngat membantu sy...
Post a Comment