Sinopsis : CHOT
Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor beruk bernama Chot. Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias amat mengharapkan Chot untuk membantunya menyara kehidupannya dan ibunya. Ibu Alias mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima tahun yang lalu akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan peninggalan arwah ayahnya yang telah dilatih untuk memetik buah kelapa.
Alias tinggal dan
membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang sangat usang
kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya pula sudah
dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu dan
tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati
dan selalu menghantar makanan untuk mereka.
Som ialah jiran dan
sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka bersekolah di sekolah
yang sama. Cabaran hidup Alias bertambah rumit apabila Cikgu Sunan, iaitu guru
mata pelajaran Matematiknya telah menengkingnya sehingga membuatkan Alias
terkejut dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena pada bucu meja rakannya.
Akibatnya, telinga Alias bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias
mengambil keputusan untuk tidak datang ke sekolah kerana berasa malu.
Chot pernah hilang
sebanyak dua kali. Alias mencarinya di sekeliling kawasan kampung kerana dia
amat sayang akan beruknya itu. Alias dan Chot mengambil upah dengan memetik
buah kelapa di kebun Pak Din, iaitu ayah Som. Upah memetik buah kelapa itu
telah digunakan oleh Alias untuk membeli barangan dapur bagi menyara
kehidupannya dan ibunya. Alias dan Chot selalu diusik oleh Budin, Kamal, dan
Talib semasa memetik buah kelapa. Pada masa yang sama, Chot telah dituduh
menceroboh kebun Miah dan merosakkan setandan pisang miliknya. Pak Din berusaha
untuk mententeramkan keadaan dan berjanji akan membayar ganti rugi atas
kerosakan tersebut. Rupa-rupanya beruk yang merosakkan kebun pisang Miah itu
bukanlah Chot.
Cikgu Sunan berasa
bertanggungjawab atas tindakannya yang menyebabkan Alias jatuh terlentang
sehingga telinganya bengkak dan bernanah. Beliau telah meminta bantuan Som
untuk menunjukkan lokasi rumah Alias. Kehadiran Cikgu Sunan ke rumah Alias
adalah untuk bertanyakan sebab Alias tidak datang ke sekolah sedangkan
peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi. Chot yang berada di atas pokok
langsat berasa kurang senang akan kehadiran Cikgu Sunan. Alias yang baru pulang
sambil membawa dua biji buah kelapa bersalaman dengan Cikgu Sunan. Cikgu Sunan
ingin melihat telinga Alias yang bengkak dan bernanah itu.
Semasa Cikgu Sunan
melihat telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok langsat telah
meronta-ronta sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menerkam dan
menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan lengan Cikgu Sunan
daripada gigitan Chot tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya lalu merodok
perut Chot hingga menyebabkan Chot terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih
kerana beruk yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati dan dia
tidak dapat ke sekolah lagi. Cikgu Sunan menenangkan Alias dan berjanji akan
menanggung segala kos persekolahannya sehinggalah dia memasuki universiti.
Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang
tertulis “Tunggu aku di pintu universiti, Chot". Alias memberitahu ibunya
tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.
NILAI MURNI :
NILAI
|
CONTOH
|
Kasih sayang
|
Alias amat menyayangi beruk peninggalan ayahnya,
Chot. Dua kali Chot hilang dan Alias berusaha mencari Chot. Dia tidak dapat
melelapkan mata apabila mendapati Chot hilang. Chot dimandikan, disuap nasi,
dan diberikan pisang. Chot juga amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan
memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu
mengapa-apakan Alias lantas menerkam dan menggigit lengan guru itu.
|
Berdikari
|
Alias menejuskan kehidupan setelah kematian
ayahnya dengan berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang
dilakukan oleh beruk kesayangannya. Dia tidak menghebahkan keadaan
kemiskinannya kepada orang lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh,
sebaliknya berusaha mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.
|
Semangat bermasyarakat
|
Penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga.
Buktinya, Mak Cik Kiah akan menyediakan makanan tengah hari untuk ibu Alias,
Puan Leha. Pak Din pula selalu menjenguk ke rumah Alias untuk membantu
keluarga itu dan seterusnya mengupah Alias memetik buah kelapa di kebunnya.
|
Baik hati
|
Alias dengan perasaan bangga membersihkan kereta
Cikgu Sunan, walaupun guru itu selalu memarahi dan mengherdiknya. Pak Din
pula sanggup membeli ubat batuk untuk ibu Alias dan dia memberi upah
yang berpatutan berdasar kerja yang dilakukan oleh Alias.
|
Rasional
|
Alias amat menyayangi
beruknya, Chot dan dia juga menyayangi Cikgu Sunan. Ketika Chot mengamuk
dengan menggigit lengan guru itu, Alias terpaksa mengambil tindakan segera
dengan merodok perut Chot menggunakan lembing. Akhirnya Cikgu Sunan selamat
manakala Chot pula mati.
|
Hemah tinggi
|
Alias melayan ibunya dengan
baik. Dia tidak pernah membantah kata-kata ibunya. Dia bertanggungjawab
menyediakan keperluan ibunya tanpa rasa terbeban. Dia juga akan berbaring di
sisi ibunya sambil bertasbih dan ibunya pula akan berzikir.
|
PENGAJARAN :
PENGAJARAN
|
CONTOH
|
Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang
terhadap haiwan
|
Alias amat menyayangi beruk peninggalan ayahnya,
Chot. Dua kali Chot hilang dan Alias berusaha mencari Chot. Dia tidak dapat
melelapkan mata apabila mendapati Chot hilang. Chot dimandikan, disuap nasi,
dan diberikan pisang. Chot juga amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan
memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu
mengapa-apakan Alias lantas menerkam dan menggigit lengan guru itu.
|
Kita hendaklah menjalani kehidupan secara
berdikari dengan berusaha sendiri
|
Alias meneruskan kehidupan setelah kematian
ayahnya dengan berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa
yang dilakukan oleh Chot. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinannya kepada
orang lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha mencari
wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.
|
Kita haruslah mempunyai semangat bermasyarakat
|
penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran
tetangga. Buktinya, Mak Su Kiah akan menyediakan makanan tengah hari
untuk.ibu Alias, Puan Leha. Pak Din pula selalu menjenguk ke rumah Alias
untuk membantu keluarga itu dan seterusnya mengupah Alias memetik buah kelapa
di kebunnya.
|
kita sepatutnya memiliki sikap baik hati
|
Alias dengan perasaan bangga membersihkan kereta
Cikgu Sunan, walaupun guru itu selalu memarahi dan mengherdiknya. Pak Din
pula sanggup membeli ubat batuk untuk ibu Alias dan dia memberi upah yang
berpatutan berdasar kerja yang dilakukan oleh Alias.
|
Kita sewajarnya bertindak secara rasional
|
Alias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga
menyayangi Cikgu Sunan. Ketika Chot mengamuk dengan menggigit lengan guru
itu, Alias terpaksa mengambil tindakan segera dengan merodok perut Chot
menggunakan lembing. Akhirnya Cikgu Sunan selamat manakala Chot pula mati.
|
Kita perlu bersikap hemah tinggi
|
Alias melayan ibunya dengan
baik. Dia tidak pernah membantah kata-kata ibunya. Dia bertanggungjawab
menyediakan keperluan ibunya tanpa rasa terbeban. Dia juga akan berbaring di
sisi ibunya sambil bertasbih dan ibunya pula akan berzikir.
|
Kita hendaklah membantu antara satu sama lain.
|
Mak Su Kiah membantu Alias dan ibunya, iaitu menghantar
nasi dengan lauk atau sayur pada waktu tengah hari.
|
Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa.
|
Alias mendengar nasihat ibunya supaya menunaikan solat.
|
Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
|
Cikgu Sunan menyesali segala tingkah lakunya terhadap
Alias.
|
Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah takdir hidup.
|
Alias belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu
pengetahuan penting untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.
|
Kita tidak seharusnya berdendam.
|
Alias tidak berdendam dengan Cikgu Sunan. Alias melayan
gurunya itu dengan ramah walaupun Cikgu Sunan pernah mengherdik dan
menengkingnya.
|
Kita hendaklah menerima takdir Tuhan dengan hati yang terbuka.
|
ibu Alias reda apabila lumpuh.
|
Kita hendaklah jujur dalam kehidupan.
|
Alias jujur memberitahu Cikgu Sunan sebab kelewatannya
ke sekolah berpunca daripada beruk.
|
16 comments:
very good novel
are there any extra information which can add in?
boleh tolong berikan sinopsis bab demi bab,tema dan persoalan,plot,watak dan perwatakan,gaya bahasa,latar,nilai murni dan pengajaran novel chot?
boleh tolong berikan sinopsis bab demi bab,tema dan persoalan,plot,watak dan perwatakan,gaya bahasa,latar,nilai murni dan pengajaran novel chot?
boleh tolong berikan plot,watak dan perwaakan,gaya bahasa novel chot?
Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga semua pellajar memanfaatkan ilmu ini.๐๐๐
OMG!! Too many sentences._. ouh it's okay btw thanks :)
Boleh berikan sinopsis bab demi bab
Boleh tak bagi sinopsis bab demi bab
Boleh tak bagi sinopsis bab demi bab
The best novel๐
Novel ini emang amat sedih ler...
X ade ke perwatakan ibu alias
Ayam
Post a Comment