TEKNIK
PLOT
Teknik
|
Huraian/ Contoh
|
Pemerian
|
Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku
di kedai Zuraida.
Contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan
seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka
mulut. (hlm. 76)
Pengarang
menceritakan desar-desus punca kematian ayah Farid
Contoh: Farid cuba menutup telinganya daripada mendengar desas-desus
punca kematian ayahnya. (hlm.15)
|
Dialog
|
Perbualan antara
Farid dan Mokhsin.
Contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsin bersuara. “Tetamu
yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein
seperti menawarkan.
“Ikut tuan
rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63)
Perbualan antara
Zuraida dan Farid
Contoh: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal
berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
“Hm…. Saya tak
kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana.
(hlm.81)
|
Imbas kembali
|
Lotfi teringat
peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik keluaran
syarikatnya ke serata tempat.
Contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran
syarikatnya ke serata tempat, ... (hal. 34)
|
Monolog
|
Farid bercakap
seorang diri.
Contoh:"Pengorbanan….. ." Farid separuh berbisik. (hal.
73)
|
Monolog dalaman
|
Hati Nik
berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan.
Contoh: Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, ...' detik
hati Nik, penjaga stor itu. (hal. 146)
|
Imbas muka
|
Farid
membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara
bersama-sama suatu masa nanti.
Contoh:Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan
sebegini akan lebih acap. (hal. 145)
|
Saspens
|
Pembaca
tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan
Farid.
Contoh:"Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69)
|
Kejutan
|
Pembaca terkejut
apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh bangsal
batik tempatnya berkhidmat.
Contoh: Tolong keluar bang. Keluar! " Hartini mula bertegas.
(hal. 175)
|
No comments:
Post a Comment