13/01/2019

Penulisan 3 : Dimensi Keluarga : Peranan Ibu Bapa Memupuk Minat Membaca


Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

           Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar,  novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam,  dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan  majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?
          Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran buku  seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
      Selain itu, ibu bapa harus  menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah  memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh  merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar  pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh  biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri  tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik  kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
      Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi ilmu  pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak.  Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak-anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.   
      Seterusnya  ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak  membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai  Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya.  Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak  membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
        Selain itu, ibu bapa  boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis  buku ilmiah  seperti novel karya agung,  kamus, buku- buku agama, dan buku motivasi diri  selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak  untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah.  Anak-anak  juga  digalakkan  untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada  setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya.  Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada  setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian  dan  menjadikan membaca sebagai  amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila  ada  masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan Internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul  buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat  menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.
       Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,  ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka.  Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun  dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

* sekiranya soalan meminta peranan ahli keluarga, sila nyatakan peranan setiap ahli keluarga [adik-beradik, datuk dsbnya]

76 comments:

Unknown said...

memang bagus la..

Unknown said...

mohon dipinjam.sangat bagus

nurul said...

thanks

Unknown said...

bagus karangan nie ....

9LI said...

Good essay.

Unknown said...

Mohon halalkan, nak print utk rujukan anak. Moga diberkatiNya..terima kasih..

Unknown said...

doakan saya untuk spm A+ MOHON SHARE

Anonymous said...

Doakan untuk kami calon SPM 98' 😁

Anonymous said...

Doakan untuk kami calon SPM 98' 😁

Unknown said...

Doakn kami
Pelajar BRaInS
Spm2015

Unknown said...

Doa kan juga buat kami untuk berjuang esok memerangi paper bm!!

The amazing world said...

TERIMA KASIH ATAS PERTOLONGAN ANDA...

annurmaisarah21 said...

Saya ambil untuk rujukan ye :) terima kasih

ZUKI HUSIN said...

Saya mohon copy sikit ayat di atas. Harap cikgu benarkan dn halalkan. Terima kasih.

ZUKI HUSIN said...

Saya mohon copy sikit ayat di atas. Harap cikgu benarkan dn halalkan. Terima kasih.

Unknown said...

Alhamdulillah..terima kasih cikgu ☺

Unknown said...

Terbaik

hanishafar said...

Minta copy ye.. harap cikgu izinkan 😊

hanishafar said...

Minta copy ye.. harap cikgu izinkan 😊

Unknown said...

Best of the Best!!Terima Kasih ya!

Unknown said...

noob ah post nie..tak bagus pun..

ayaHUda said...

Terima kasih..

Unknown said...

Terima kasih.karangan bagus.

Unknown said...

BAGUS !! TERIMA KASIH. SESUAI UNTUK DIJADIKAN KARANGAN.

Unknown said...

Karangan yang tak bagus atau bahasamu yang tak bagus... Tolong respect sikit... Terima kasih... Karangan cukup menarik

ayaHUda said...

Terima kasih... Selamat menduduki SPM 2017 [jika anda calon tahun ini}

Unknown said...

mohon restu nak pinjam karangan ni nak buat rujukan

Fatih Najwa said...

Mohon halal sbagai rujukan :)

Unknown said...

mohon halalkan untuk dijadikan rujukan dan pinjam ayat sikit :)

Unknown said...

memberi maklumat tambahan

Unknown said...

Assalam Cikgu saya guna ayat cg yee harap cikgu Halalkan😀😀

Unknown said...

semoga penulis dimurahkan rezeki sekeluarga dan mohon halalkan untuk rujukan ye

Unknown said...

Nice..pray for me for exam spm 2018..tq

Unknown said...

menangis saya baca.mantap isi dan ungkapan menarik

Unknown said...

I like this...spot spm 2k18

Unknown said...

Doakan kami pelajar spm batch 01 cemerlang spm.
#starpower

Unknown said...

Doakan kami pelajar spm batch 01 cemerlang spm.
#starpower

Unknown said...

Thank You Very Much❤

Unknown said...

Karangan yg bagus

Unknown said...

Karangan ini sangat bagus dan amat mudah difahami tentang apa yang hendak disampaikan,izinkan saya menyalin karangan ini.Sekian terima kasih

Ami said...

Minta izin untuk dibuat rujukan ya cikgu :)

Unknown said...

Karangan yg sungguh sempurna:)

Unknown said...

Ayat padu beb 💪 .. Karangan mantappp .. Saya sukaa..

Unknown said...

Bagus²

Unknown said...

doakan batch 02 lulus spm 2019

unknown said...

Sya copy. Tq

Unknown said...

Minta izin buat rujukan ya. May Allah bless you 😊

Unknown said...

Good essay tq saya suka sangat sama dengan cara cikgu saya ajar

Unknown said...

Karangan yang bagus saya copy ye cikgu...

Unknown said...

Tq

Unknown said...

halalkn karangan yee ckgu

Anonymous said...

Yela tu

Mira said...

Boleh tk bila kita buat karangan,.. Kita masukkan ayat tentang saidina ali tentang pentingnya ilmu??
Bila membaca kita akan jd berilmu? Boleh kan?!

hh said...

mmg boleh aq tadi pon stress sial

Unknown said...

Bagus untuk rujukan ni!!!

Unknown said...

Bagus untuk rujukan ni!!!

Unknown said...

Bagus untuk rujukan ni!!!

Unknown said...

perpustakaan mini atau mini perpustakaan?

ayaHUda said...

Penggunaannya sama seperti pasar mini, karipap mini, basa mini

Unknown said...

Terima kasih cikgu..saya guna sebagai rujukan ya..semoga diberkati

Unknown said...

Sangat berguna!!!!terima kasih penulis.

Unknown said...

Boleh saya tau karangan ni agak" brp pagar perkataan ye?

Unknown said...

patah*

Syed said...

Saya juga..

Anonymous said...

sangat membantu saya dlm menyiapkan tugasan sekolah...tq admin

Unknown said...

Memang mantap

Unknown said...

Terima kasih banyak banyak! Sangat berguna, especially during this quarantine time (RMO Covid-19)

Unknown said...

Minta izin copy yee

Unknown said...

minta izin copy cikgu..minta halalkan ya..tqtq

Unknown said...

Terima kasih sgt2..sgt bergunaa utk saya siapkan kerja saya..minta izin copy and halalkan yaa

Unknown said...

saya copy yee!

Aziem said...

👍🏼

Unknown said...

Superb essay❤tq blogger👍❤

BHSHOMESTAY TAWAU said...

Minta izin copy ye cg.....semoga dimurahkan rezeki

Unknown said...

Karangan yg sgt bagus..Doakan SPM saya pada hari isnin ini supaya dipermudahkan🤲

Unknown said...

Karangan yang efektif