Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam
kalangan anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan
peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah
agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai
hasrat tersebut.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar
membaca bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan
animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti
buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat,
Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis
kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan
majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya
ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir
sedangkan majalah atau buku-buku yang
berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka
hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang
jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa
merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah
baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang
boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam
diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran
buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal
ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu
bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan
bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta
menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang
disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk
membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina
pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk
membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan
sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku
yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am
anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak
mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan
minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku
dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam
aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah
memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang
boleh merangsang minat anak-anak untuk
membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat
khabar pada setiap hari terutama pada
waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan
diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah
kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak
tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca
buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas
pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca
bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.
Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul, sedangkan diri sendiri
tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan
ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak
akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa
harus menjadi suri teladan yang baik
kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu
amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora,
dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu
menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi ilmu
pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak-anak banyak membaca, sudah tentu
pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah
membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan
Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli
secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca
buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli
oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti
akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya
membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat,
berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu,
ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah
sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari
lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan
belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan
menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak
cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah
menggalakkan anak-anak membaca buku
dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam
kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui
perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku
Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku,
mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara
tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan
bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang
berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat
atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh
menggalakkan anak-anak menyertai Kempen
Galakan Membaca dan Kembara Buku yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca
malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya.
Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen
membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar
anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah
yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang
mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah
seperti novel karya agung, kamus,
buku- buku agama, dan buku motivasi diri
selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat
anak-anak untuk membaca buku-buku yang
disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan
memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan
mini di rumah. Anak-anak juga
digalakkan untuk membaca surat
khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa
lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah.
Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang
banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam
perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat
menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca,
bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak
sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap
minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian
dan menjadikan membaca
sebagai amalan rutin harian kerana alah
bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada
masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas.
Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa
anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal
mereka. Perpustakaan awam memuatkan
berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan,
apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam
keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa
anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di
rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan
lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu
yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang
yang menyalahgunakan Internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam
konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli
di kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat
menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada
bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan
mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan.
Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca
buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak
membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan
anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan
minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca,
kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa
depan. Ibn Khaldun dalam
karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu
bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah
memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.
* sekiranya soalan meminta peranan ahli keluarga, sila nyatakan peranan setiap ahli keluarga [adik-beradik, datuk dsbnya]
* sekiranya soalan meminta peranan ahli keluarga, sila nyatakan peranan setiap ahli keluarga [adik-beradik, datuk dsbnya]
76 comments:
memang bagus la..
mohon dipinjam.sangat bagus
thanks
bagus karangan nie ....
Good essay.
Mohon halalkan, nak print utk rujukan anak. Moga diberkatiNya..terima kasih..
doakan saya untuk spm A+ MOHON SHARE
Doakan untuk kami calon SPM 98' 😁
Doakan untuk kami calon SPM 98' 😁
Doakn kami
Pelajar BRaInS
Spm2015
Doa kan juga buat kami untuk berjuang esok memerangi paper bm!!
TERIMA KASIH ATAS PERTOLONGAN ANDA...
Saya ambil untuk rujukan ye :) terima kasih
Saya mohon copy sikit ayat di atas. Harap cikgu benarkan dn halalkan. Terima kasih.
Saya mohon copy sikit ayat di atas. Harap cikgu benarkan dn halalkan. Terima kasih.
Alhamdulillah..terima kasih cikgu ☺
Terbaik
Minta copy ye.. harap cikgu izinkan 😊
Minta copy ye.. harap cikgu izinkan 😊
Best of the Best!!Terima Kasih ya!
noob ah post nie..tak bagus pun..
Terima kasih..
Terima kasih.karangan bagus.
BAGUS !! TERIMA KASIH. SESUAI UNTUK DIJADIKAN KARANGAN.
Karangan yang tak bagus atau bahasamu yang tak bagus... Tolong respect sikit... Terima kasih... Karangan cukup menarik
Terima kasih... Selamat menduduki SPM 2017 [jika anda calon tahun ini}
mohon restu nak pinjam karangan ni nak buat rujukan
Mohon halal sbagai rujukan :)
mohon halalkan untuk dijadikan rujukan dan pinjam ayat sikit :)
memberi maklumat tambahan
Assalam Cikgu saya guna ayat cg yee harap cikgu Halalkan😀😀
semoga penulis dimurahkan rezeki sekeluarga dan mohon halalkan untuk rujukan ye
Nice..pray for me for exam spm 2018..tq
menangis saya baca.mantap isi dan ungkapan menarik
I like this...spot spm 2k18
Doakan kami pelajar spm batch 01 cemerlang spm.
#starpower
Doakan kami pelajar spm batch 01 cemerlang spm.
#starpower
Thank You Very Much❤
Karangan yg bagus
Karangan ini sangat bagus dan amat mudah difahami tentang apa yang hendak disampaikan,izinkan saya menyalin karangan ini.Sekian terima kasih
Minta izin untuk dibuat rujukan ya cikgu :)
Karangan yg sungguh sempurna:)
Ayat padu beb 💪 .. Karangan mantappp .. Saya sukaa..
Bagus²
doakan batch 02 lulus spm 2019
Sya copy. Tq
Minta izin buat rujukan ya. May Allah bless you 😊
Good essay tq saya suka sangat sama dengan cara cikgu saya ajar
Karangan yang bagus saya copy ye cikgu...
Tq
halalkn karangan yee ckgu
Yela tu
Boleh tk bila kita buat karangan,.. Kita masukkan ayat tentang saidina ali tentang pentingnya ilmu??
Bila membaca kita akan jd berilmu? Boleh kan?!
mmg boleh aq tadi pon stress sial
Bagus untuk rujukan ni!!!
Bagus untuk rujukan ni!!!
Bagus untuk rujukan ni!!!
perpustakaan mini atau mini perpustakaan?
Penggunaannya sama seperti pasar mini, karipap mini, basa mini
Terima kasih cikgu..saya guna sebagai rujukan ya..semoga diberkati
Sangat berguna!!!!terima kasih penulis.
Boleh saya tau karangan ni agak" brp pagar perkataan ye?
patah*
Saya juga..
sangat membantu saya dlm menyiapkan tugasan sekolah...tq admin
Memang mantap
Terima kasih banyak banyak! Sangat berguna, especially during this quarantine time (RMO Covid-19)
Minta izin copy yee
minta izin copy cikgu..minta halalkan ya..tqtq
Terima kasih sgt2..sgt bergunaa utk saya siapkan kerja saya..minta izin copy and halalkan yaa
saya copy yee!
👍🏼
Superb essay❤tq blogger👍❤
Minta izin copy ye cg.....semoga dimurahkan rezeki
Karangan yg sgt bagus..Doakan SPM saya pada hari isnin ini supaya dipermudahkan🤲
Karangan yang efektif
Post a Comment