Saturday, 14 September 2013

Soalan Percubaan SPM 2013 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk  menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


  (i)
kelihatan

 (ii)
penglihatan

(iii)
kekurangan

(iv)
pengurangan

 (v)
kepanasan

(vi)
pemanasan


[6 markah]

(b)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.


(i)
Mereka diminta menyusun kerusi sebelum acara sukan  bermula di padang sekolah.

(ii)
Encik Hashim telah membeli rumah banglo di Cameron Highlands dengan duit titik peluhnya sendiri.   

(iii)
Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.


[6 markah]

(c)
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
     

      Semua anggota keluarga, jiran tetangga dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam kontek memupuk penghidupan berkeluarga yang sihat dan masyarakat yang dinamik untuk bina negara yang maju. Semua pihak haruslah bertanggung jawab  untuk membimbing keluarga ke arah kesejahteraan. Tambahan pula, kedudukan istemewa sebagai ibu bapa membolehkan mereka memain peranan yang lebih berkesan dalam menangani gejala yang tidak diingini.
             

[6 markah]



(d)
Dalam setiap ayat di bawah  terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  (i)
Jabatan Meteorologi telah mengenal pasti antara sebab-sebab berlakunya kejadian tanah runtuh ialah hujan kuat yang berpanjangan.

 (ii)
Pemberian bantuan dan beberapa intensif untuk membantu para penjawat awam telah kerajaan putuskan pada hari ini.

(iii)
Setelah dibicarakan ke mahkamah pada petang tadi, orang yang kena tuduh telah
ditemui bersalah dan dihukum penjara selama setahun.


[6 markah]




(e)
Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.


i)            Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.

ii)           Menyesuaikan diri dengan budaya dan peraturan di sesuatu tempat.

iii)          Berjaga-jaga sebelum mendapat sesuatu bencana

No comments:

Post a Comment