Soalan 1 : Rumusan
|
[30 markah]
|
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menghargai
jasa veteran tentera dan sebab-sebab
veteran tentera perlu diberikan penghargaan. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak sekian lama, negara kita telah
menikmati keamanan yang berterusan
kerana jasa yang tidak ternilai oleh para perajurit negara. Setelah bersara daripada perkhidmatan
kerajaan dan bergelar veteran tentera,
golongan ini tidak wajar dilupakan begitu sahaja. Sehubungan dengan itu, Program
Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri pada 15 Disember 2012 di Kuala Kangsar, Perak untuk memberikan
sokongan yang lebih menyeluruh dalam meningkatkan
taraf sosioekonomi veteran
tentera.
Kita tidak dapat menafikan bahawa
terdapat veteran tentera yang masih
tinggal di rumah yang kurang sempurna. Oleh itu, kerajaan berusaha menyediakan rumah yang
lebih selesa pada kos yang rendah untuk veteran tentera. Projek ini telah
dimulakan pada tahun 2012 dengan membina sebanyak 49 buah rumah. Kini veteran
tentera yang tinggal di kawasan luar bandar dapat menikmati keselesaan
tinggal di rumah sendiri dengan keadaan persekitaran yang lebih baik. Dalam
memastikan veteran tentera tidak ketinggalan dalam arus kemajuan semasa, 31
kem tentera telah dijadikan sebagai
pusat sehenti veteran tentera yang tinggal di kawasan luar bandar. Di
pusat ini, mereka boleh mendapatkan
khidmat nasihat , pelbagai kemudahan sosial dan memupuk hubungan yang lebih
erat dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Seterusnya, kerajaan juga bersedia memenuhi keperluan kebajikan keluarga veteran tentera supaya
kehidupan mereka lebih terjamin.
Kebanyakan veteran tentera mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berharga kepada
organisasi korporat. Oleh hal yang demikian JHEV telah memperkenalkan program
penempatan kerja untuk veteran tentera dalam sektor swasta. Natijahnya, melalui kerjasama dengan
sektor korporat, JHEV sudah berjaya
menempatkan sebanyak 1,354 orang veteran tentera untuk berkhidmat dalam
sektor swasta dan korporat. Suatu hal
yang menarik lagi, lebih 90 peratus
veteran tentera berminat untuk menjadi usahawan. Bagi merealisasikan
cita-cita mereka, para veteran tentera diberi bantuan kewangan dan khidmat
nasihat untuk memulakan perniagaan seperti peruncitan, makanan dan minuman.
Manakala untuk mendapatkan kemahiran yang lebih tinggi veteran tentera
dipelawa mengikuti pelbagai latihan
dan kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). JHEV juga telah menyediakan sesi
taklimat mengenai Azam Niaga yang diadakan di seluruh Malaysia untuk membantu veteran tentera yang telah
menceburi bidang perniagaan mengembangkan perniagaan mereka.
Sebagai golongan yang berjasa, veteran
tentera juga dibekalkan dengan Kad Bekas Tentera (KBT) . Seramai 117,051
pemegang KBT telah dapat menikmati keistimewaan dan diskaun
yang ditawarkan melalui program ini. Diharapkan
dengan adanya semua inisiatif ini veteran tentera bukan sahaja dapat berdikari malah dapat meningkatkan
kedudukan moral mereka dengan lebih ketara. Kita sewajarnya
terus menyokong transformasi dalam kehidupan veteran tentera dan keluarga
mereka sejajar dengan pelan pembangunan negara yang dibentuk untuk rakyat
negara ini.
|
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Mengenang Pengorbanan Wira Negara’
oleh Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan dan
Laksamana Tan Sri Ilyas Din (B)
Berita Harian, 29 Julai 2013)
|
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a)
- Petikan Umum
|
||
Berdasarkan petikan Soalan
1, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
||
(i)
|
Berikan maksud rangkai kata menikmati
keistimewaan.
[2 markah]
|
|
(ii)
|
Pengarang menyatakan beberapa
harapan terhadap veteran tentera.
Nyatakan dua harapan.
[3 markah]
|
|
(iii)
|
Nyatakan pendapat anda tentang cara-cara untuk menarik golongan remaja
menyertai angkatan tentera.
[4 markah]
|
No comments:
Post a Comment