16/09/2013

Soalan Percubaan SPM 2013 (NOVEL)


Novel Azfa Hanani dan Kembara Amira: Peristiwa yang menyedihkan.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Huraikan peristiwa yang menyedihkan dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menyedihkan.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani. Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai  pakaian sekolah yang lama.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azfa Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah. Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.
Peristiwa yang ketiga ialah peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur. Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.
Peristiwa yang keempat ialah peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian. Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.
Peristiwa yang kelima ialah peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar. Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni.

Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir, peristiwa yang menyedihkan dipaparkan olah pengarang melalui  peristiwa pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha. Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar.
Peristiwa yang menyedihkan seterusnya ialah peristiwa masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka. Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai. Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin.

Novel Azfa Hanani dan Kembara Amira: Peristiwa yang menarik.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh. 
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.   
Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya  berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.    
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.

Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.

Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya. Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya.        
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Amira menemukan mobile disk di lantai gua. Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan   penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada.  


No comments: