Soalan 2(b) - Petikan
Drama
|
Baca petikan drama di
bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
Romli :
Itu betul, Pak Sudin. Tapi kita tak tahu akan jadi sampai begini. Kuda-kuda
itu
membawa penyakit.
Pak Sudin : Kita nak buat apa sekarang?
Kamar :
Kita pergi jumpa tuan Dollah. Kita ceritakan perkara yang sedang berlaku.
Pak Sudin : Nak cerita apa?
Leman : Kita katalah, sebelum dia
datang dengan kuda-kudanya, air sungai bukan
begini.
Ikan banyak, udang banyak. Sekarang tengok apa dah jadi?
Romli : Kuda- kuda dia mandi,
meloncat-loncat, entah apa-apa lagi yang dibuatnya di
dalam sungai tu.
K Kamar : Anak- anak kita sakit, isteri
kita sakit. Kita pun tak sedap badan. Apa nak jadi
ha?
Leman : Penyakit yang bukan-bukan pula
tu. Tengok apa jadi dekat anak aku? Anak
Romli, anak Sudin? Mata budak tu tertangkup langsung.
Ada yang lumpuh,
yang pekak, yang tolol. Dulu mana pernah jadi semua ni? Lama-lama
nanti
apa
jadi pada masyarakat kita?
Pak
Sudin : Siapa kata semua ni
kerana kuda-kuda Tuan Dollah?
Romli : Mengapa dulu tak begini?
|
(Dipetik
daripada drama ‘1400’ oleh Noordin
Hassan
dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan
Bahasa dan Pustaka)
|
(i)
|
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di kampung tersebut.
[2
markah]
|
|
(ii)
|
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mencegah penyakit
berjangkit merebak dalam kalangan masyarakat.
[3 markah]
|
|
(iii)
|
Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan. [4 markah]
|
[Lihat
halaman sebelah
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik
|
||
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
|
||
Setelah itu diberinya pula Awang Sulung
sebilah parang, disuruhnya mencari kayu. Orang mengambil kayu bakau dan temu
laut, tetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.
“Apa gunanya menyimpan
budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnya air masin, disuruh
mengambil kayu diambilnya batang nipah ...,” bebel jurumudi itu di depan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa.
Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina
memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung.
Sedang Si Kembang Cina membuat kerja itu terpandanglah oleh Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa lalu dimarahinya. “Mengapa kau buat begini, hai perempuan
celaka? Bapa engkau atau laki engkaukah si jurumudi bedebah itu?”
Kemudian disuruhnya Si Kembang
Cina menyediakan hidangan istimewa untuk Awang Sulung dengan talamnya
beralaskan kain kuning.
“Sudah itu bawa buyung suasa
berisi air masin itu ke mari,” perintahnya lagi.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa
air masin di dalam buyung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat, lalu
disuruhnya pula Si Kembang Cina merasanya. Si Kembang Cina merasa takjub.
Bagaimanakah air masin boleh bertukar menjadi serbat?
“Lain kali ingat sedikit
perbuatanmu itu!” kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sambil menunjal muka Si
Kembang Cina.
|
||
(Dipetik
daripada ‛Pelayaran yang Penuh Peristiwa’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
|
||
(i)
|
Berikan maksud rangkai kata apa
gunanya menyimpan.
[2 markah]
|
|
(ii)
|
Setelah melihat Si Kembang Cina
mengerjakan suruhan jurumudi, nyatakan
tindakan-tindakan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap Si Kembang Cina. [3 markah]
|
|
(iii)
|
Sekiranya anda
Si Kembang Cina, apakah yang wajar anda lakukan apabila disuruh oleh jurumudi
menyediakan hidangan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang
Sulung?
Kemukakan dua
pendapat anda.
[3 markah]
|
[Lihat halaman sebelah
Soalan 2(d) – Puisi
Tradisional
|
||
Baca puisi di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
|
||
Gurindam Tonggak Dua Belas
Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki)
(penyelenggara)
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak
dengan penuh kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Seuntai Kasih Secebis Harapan, 2007
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka
|
||
(i)
|
Berikan maksud perkara susah menjadi senang. [2
markah]
|
|
(ii)
|
Jangan dinanti esok lusa pada rangkap 1 baris kedua membawa
maksud kita dilarang menangguh-nangguhkan kerja yang diberikan.
Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang
menangguh-nangguhkan pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita? [3 markah]
|
|
(iii)
|
Huraikan dua nilai murni
yang terdapat dalam rangkap 4, 5 dan 6 gurindam di atas.
[4 markah]
|
No comments:
Post a Comment