SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 PERCUBAAN SPM 2014
BAHAGIAN A
Amalan Menabung
Pendahuluan
Isu : amalan menabung
Tugasan : kepentingan amalan menabung
Cadangan isi
1. Persediaan
semasa kecemasan
- Hal ini berlaku demikian kerana
hasil tabungan yang dikumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan dengan sesuatu kejadian yang tidak diduga.
- bak kata pepatah Melayu, malang
tidak berbau.
- individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila
terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan
aktiviti menabung sebagai suatu amalan.
- tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul
daripada usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang dikenakan
oleh pihak hospital sekiranya berdepan dengan masalah seperti kemalangan,
menghidapi penyakit dan sebagainya
- amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas
membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.
2.
Persediaan melanjutkan pelajaran
- menjamin masa hadapan yang cerah
bagi anak-anak.
- hasil tabungan yang dikumpul mereka
daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu
apabila mereka dewasa kelak.
- jika anak-anak berkehendakkan
sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung
harap kepada kedua-dua orang tua mereka.
- contohnya jika anak-anak mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada dalam atau luar
negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut
dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian
anak-anak mereka.
- amalan menabung yang dipupuk sejak
kecil lagi jelas menjamin masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.
3. Memupuk amalan berjimat cermat
- individu yang menabung akan
sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang.
- individu
tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan.
- seorang
anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan
sebaik-baiknya.
- pendedahan
amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif
kepada mereka sekali gus menyemai sikap suka berjimat dalam diri mereka.
Kesimpulan
- amalan
ini amat mulia
- setiap
individu perlu mengorak langkah membuat tabungan
- seandainya
tidak mengamalkan amalan tersebut masyarakat akan dibelenggu dengan
masalah kewangan
- merealisasikan
impian diri sendiri dan keluarga
BAHAGIAN B
Soalan B1
Format : Tiada format
Cadangan isi:
1. Menghormati dan
menghayati lagu-lagu patriotik
2. Meningkatkan ilmu
tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa hadapan
3. Menghargai jasa
pejuang negara
4. Melawat tempat-tempat
bersejarah – dapat melahirkan semangat juang
5. Menyertai program dan
sambutan Hari Kebangsaan
Cadangan ungkapan menarik:
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung;
Bersatu teguh bercerai roboh; biar putih tulang jangan putih mata.
Soalan B2
Format : Tiada format
Cadangan isi:
Usaha-usaha ibu bapa untuk menggalakkan amalan membaca
1. Membawa
anak-anak ke pesta buku – Pameran Buku Antarabangsa di PWTC – anak-anak dapat
lihat pelbagai jenis buku – boleh memilih buku yang diminati
2. Menjadi
suri teladan - membaca buku di rumah bersama anak-anak – baca setiap hari pada
waktu senggang -
3. Menyedia
ruang bacaan dan menambah sumber bacaan di rumah - perpustakaan mini - majalah
dan buku-buku - dapat menarik minat dan boleh mengembangkan minda anak-anak
4. Mendaftar
anak-anak menyertai kelab buku - Sebagai contoh, anak-anak boleh menjadi ahli
Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - anak-anak
akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini
- mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku
5. Memberi
pengukuhan dan galakan kepada anak-anak – sama ada berbentuk lisan dan
hadiah yang munasabah - pujian daripada ibu bapa hendaklah
dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci hati – guna bahasa mesra –
dapat menggalakkan anak-anak terus membaca .
Cadangan ungkapan menarik:
Melentur buluh biarlah dari rebungnya; membaca
jambatan ilmu; usaha tangga kejayaan; bangsa membaca bangsa berjaya.
Soalan B3
Format : Surat Rasmi – alamat pengirim, alamat
penerima, tarikh, tajuk surat, tandatangan
(Tiada format tolak 2 markah)
Cadangan isi:
1. Kenderaan
yang kondusif – bersih, selesa, kemudahan wifi
2. Jaminan keselamatan –
sentiasa diselenggarakan (brek, tayar, enjin dan sebagainya), kursus pemanduan
selamat
3. Pengurusan
yang cekap – menepati masa, jadual perjalanan yang sesuai, mesra pelanggan,
perkhidmatan atas talian,
4. Infrastruktur lengkap – stesen/perhentian
berpusat, memenuhi keperluan pengguna
5. Pemantauan
secara berkala oleh pihak berwajib – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
(PUSPAKOM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Cadangan ungkapan menarik :
-
pandu
cermat jiwa selamat; biar lambat asal selamat; utamakan keselamatan
Soalan B4
Format : tiada
Cadangan isi :
i. Aspek
ekonomi – menjana pendapatan penduduk, peluang pekerjaan, pertukaran mata wang
asing, agro pelancongan
ii. Politik
– mengukuhkan hubungan diplomatik, kawalan keselamatan di sempadan,
mengurangkan kerenah birokrasi
iii Sosial –
pertukaran budaya, pelancongan kesihatan, mengeratkan hubungan silaturahim
Cadangan ungkapan menarik :
Bagai aur
dengan tebing; yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing; bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat
Soalan B5
Format : Tiada
Cadangan isi:
Nilai kasih sayang – kasih sayang terhadap diri
sendiri, keluarga, sahabat dan alam.
Contoh:
Novel Azfa Hanani
Kasih sayang
Azfa Hanani terhadap keluarga Pak Long Madi.
Sanggup
menyamar sebagai Tengku Murni bagi mendapatkan pembiayaan rawatan adik sepupunya,
Zuraini
Kita perlu menunjukkan kasih sayang
terhadap ahli keluarga melalui pelbagai cara.
Nilai tanggungjawab – tanggungjawab sebagai pelajar,
anak, keluarga, ahli masyarakat dan warganegara.
Contoh
: Novel Kembara Amira
Tanggungjawab
Tau melindungi hutan kawasan Gunung Mat Raya.
Tau menyamar
sebagai makhluk berbulu untuk mengawasi hutan daripada diceroboh oleh orang
asing.
Sebagai
warganegara, kita mesti berusaha mengekalkan keamanan negara
Nilai ketabahan – mampu menghadapi cabaran, tabah
menghadapi ujian
Contoh :
Novel Azfa Hanani
Azfa Hanani tabah menjalani kehidupan sebagai anak
yatim piatu.
Azfa Hanani melalui
kehidupannya dengan tabah bersama-sama Pak Long Madi setelah ibu bapanya
meninggal dunia.
Kita
perlu tabahkan hati dalam melalui perjalanan hidup yang penuh dengan ujian atau
cabaran.
(Nilai-nilai lain daripada novel lain boleh diterima
jika bersesuaian.)
Ungkapan menarik : ungkapan yang sesuai boleh diterima
No comments:
Post a Comment