Soalan 1 : Rumusan
|
[30 markah]
|
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
IPT (institusi pengajian tinggi) dan faktor-faktor
yang menyebabkan sesebuah IPT menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan
pelajaran. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Landskap pendidikan negara akan memasuki
fasa baharu apabila penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN) disiapkan dan dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pengajian Tinggi).
PSPTN bertujuan mentransformasikan dan mengangkat pendidikan negara ke
tahap yang lebih tinggi. Untuk mencapai matlamat ini Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) di negara ini dipertanggungjawabkan untuk membantu menyediakan
modal insan berkemahiran tinggi supaya Malaysia menjadi negara maju. Modal insan yang dilahirkan
oleh IPT itu pula bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik tetapi memiliki
nilai moral yang tinggi.
Fokus awal yang perlu diberi perhatian oleh
setiap IPT ialah memberikan tumpuan kepada pemilihan ahli akademiknya
terlebih dahulu. Pensyarah IPT perlu menguasai ilmu sepenuhnya dan faham
tentang aspirasi negara. Hal ini demikian
kerana, IPT perlu melahirkan graduan yang menyokong teras misi nasional dalam
meningkatkan keupayaan dan inovasi negara. Dalam masa yang sama, masyarakat
mengharapkan bidang pengajian tinggi dapat membentuk graduan yang mampu menterjemahkan pengetahuan kepada
amalan. Apa yang jelas ialah
graduan hendaklah dibekalkan dengan
kebolehan kognitif yang tinggi iaitu
berfikiran secara analitikal. Minda mereka juga seharusnya diasah dengan
tahap penaakulan yang tinggi supaya mampu menabur bakti kepada agama,
bangsa dan negara.
Setiap graduan mengharapkan kerjaya yang
baik setimpal dengan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun di IPT. Oleh
itu, kerajaan perlu mewujudkan pangkalan data yang lengkap bagi mengenal pasti keperluan sumber tenaga
manusia. Sehubungan dengan itu, sewajarnyalah para pemimpin IPT berusaha
untuk meningkatkan keupayaan program yang ditawarkan di samping berperanan
menambah baik kualiti pengajian bidang tertentu agar graduan berupaya
meneroka bidang yang diceburi sebaik
sahaja mereka menamatkan pengajian nanti.
Rakyat Malaysia mengharapkan IPT
tempatan mampu meneruskan
kecemerlangannya pada masa hadapan. Perancangan strategik yang komprehensif
perlu dirangka oleh peneraju IPT untuk wawasan jangka masa panjang. Tidak
dapat dinafikan juga, barisan kepimpinan IPT terutamanya naib canselor merupakan faktor utama penentu kejayaan
IPT. Oleh itu, tapisan ketat perlu
dilaksanakan untuk mengisi jawatan
naib canselor. Pihak kerajaan perlu
memberikan lebih banyak kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti agar mereka dapat berperanan sebagai
pembimbing dan pemantau pembangunan sesebuah IPT. Dalam hal ini, diharapkan para ilmuwan dan cendekiawan
negara dapat melontarkan idea-idea bernas untuk memantapkan IPT tempatan.
Sesungguhnya, kita mengharapkan IPT tempatan dapat terus hidup dan berjuang
di pentas pendidikan selari dengan kehendak dunia moden kini.
|
(Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Memartabat Pendidikan Tinggi Negara’
Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,
Utusan Malaysia, 13 Mei 2014)
|
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a)
- Petikan Umum
|
||
Berdasarkan petikan Soalan
1, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
||
(i)
|
Berikan maksud rangkai kata menabur bakti [2 markah]
|
|
(ii)
|
Pengarang mengemukakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
memastikan IPT tempatan terus cemerlang pada masa hadapan.
Nyatakan langkah-langkah itu
[3 markah]
|
|
(iii)
|
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh
sesebuah IPT agar diiktiraf dan tersohor di peringkat antabangsa?
[4 markah]
|
|
Soalan 2(b) - Petikan
Drama
|
Baca petikan drama di
bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
MARIAM : Nasib baik wak tak pakai pedang tadi.
Kalau tidak, kami dah jadi potato
chips agaknya.
TUK WALI : Astaghfirullahalazim! Kenapa
kaujatuhkan dulang tu tadi? Nasib baiklah
tak jadi apa-apa!
Bungkusan apa yang kaubawa tu, Ripin?
MARIAM : Kuih, wak! Malam ini
ada empat orang pelajar baru nak belajar, wak!
Saya bawa
semua keperluan untuk ijazahkan murid baru.
TUK WALI : (Merenung muka RIPIN) Aku ni dah tua, Mariam, Ripin! Tak daya aku
nak berkuat macam dulu.
RIPIN : Kalau wak penat, biar kami yang
mengajar! Tapi, kami mau
wak ada
dalam gelanggang.
MARIAM : Betul tu! Kami masih
perlu bimbingan wak dalam gelanggang ini!
TUK WALI : Aku berfikir,ada
baiknya juga kalau engkau berdua ambil alih tempat
aku.
Teruskanlah gelanggang ini. Aku dah tak daya lagi, Ripin.
RIPIN : Mariam, saya tak
tahulah! Tapi, saya sendiri memang tak sanggup, wak!
Saya belum bersedia.
MARIAM : Kalau Abang Ripin dah
tak sanggup, apa pulak saya, tapi, kenapa tiba-
tiba saja wak tak mau mengajar?Mesti ada
silap di mana-mana ni! Kalau
saya yang buat salah, saya minta maaf, wak! Orang muda kadang-
kadang terlanjur bila bergurau. Saya minta
maaf,wak!
RIPIN : Saya pun macam tu juga! Kalau
ada tingkah laku saya yang mengecilkan hati
wak, saya minta maaf.
|
(Dipetik daripada drama ’Gelanggang Tuk Wali’
oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
(i)
|
Nyatakan alasan-alasan yang diberi oleh Tuk Wali berkaitan tentang
dirinya?
[2 markah]
|
|
(ii)
|
Ripin belum bersedia untuk menggantikan tempat Tuk Wali.
Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkab Ripin tidak
sanggup atau belum bersedia menggantikan tempat Tuk Wali?
Berikan dua alasan.
[3 markah]
|
|
(iii)
|
Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas
dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama
tersebut.
[4 markah]
|
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik
|
||
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
|
||
“Kalau
begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda itu, kerana
kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas
kekanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar,
piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kekanda kembali ke Bandar Mengkalih.”
Oleh sebab terlalu hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkandiri. “Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang susah,” sembah hulubalang itu. Kemudian Si Kembang Cina pun berpantun : “Jangan ditebang gelanggang itu, Pucuknya ada berjurai-jurai; Jangan dikenang yang hilang itu, Sudah jatuh digonggong murai.” |
||
(Dipetik
daripada
‛Pelayaran yang Penuh Peristiwa’
dalam
antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
||
(i)
|
Apakah maksud mendengarkan titah?
[2 markah]
|
|
(ii)
|
Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
tidak sedarkan diri?
[3 markah]
|
|
(iii)
|
“Hutang pun sudah berbayar, piutang
pun sudah diterima,” membawa maksud hutang sudah dilangsaikan dan pemberi
hutang telah menerima bayarannya.
Pada pendapat anda mengapakah seseorang itu perlu melangsaikan hutangnya
apabila berhutang dengan seseorang?
Jelaskan dua alasan anda? [3 markah]
|
Soalan 2(d) – Puisi
Tradisional
|
||||
Baca puisi di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
|
||||
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki)
|
||||
(i)
|
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Jelaskan maksud
rangkap di atas.
[2 markah]
|
|||
(ii)
|
Rangkap ketiga gurindam menjelaskan keceriaan sewaktu bekerja akan menimbulkan
keseronokan bekerja.
Pada pendapat anda, selain menimbulkan
keseronokan, apakah kelebihan-kelebihan lain yang akan kita peroleh apabila
kita sentiasa ceria ketika bekerja?
[3 markah]
|
|||
(iii)
|
Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam
rangkap kelapan dan satu nilai murni yang terdapat dalam
rangkap kesembilan gurindam ini.
[4 markah]
|
Soalan 3: Pengetahuan dan
Kemahiran Bahasa
[ 30 markah
]
Jawab
semua soalan.
(a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di
bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
|
|
(i)
|
analisis
|
|
(ii)
|
strategi
|
|
(iii)
|
material
|
|
(iv)
|
publisiti
|
|
(v)
|
integrasi
|
|
(vi)
|
kontinjen
|
|
[6 markah]
|
(b)
|
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.
|
|
(i)
|
Pertubuhan bukan kerajaan telah menyeru semua rakyat Malaysia untuk
menderma kepada rakyat Palestin.
|
|
(ii)
|
Kita sepatutnya menyokong usaha pihak
kerajaan untuk mengurangkan pendatang tanpa izin ke negara kita
|
|
(iii)
|
Ibu bapa perlu mendengar keluhan
anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka.
|
|
[6
markah]
|
(c)
|
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.
|
Pengguna yang memanfaat kemudahan taman
awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal
seperti senaman dan bersukan secara kumpulan atau individu. Di samping itu,
keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan pokok bunga-bungaan
dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada pengguna dan kelegaan
daripada stress seharian. Sesetengah taman telah berjaya menarik ribuan
pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan sendiri. Hal ini akan
membawa peningkatan ekonomi setempat dari segi penginapan, perniagaan makanan
dan kraftangan.
|
|
[6 markah]
|
(d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
(i)
|
Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus ke bidang
teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang
perindustrian.
|
|
(ii)
|
Pihak media
dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk
membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.
|
|
(iii)
|
Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam
kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan
yang suka berbelanja.
|
|
[6 markah]
|
||
(e)
|
Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain
yang sama atau hampir sama dengan
peribahasa tersebut..
|
i)
ke bukit sama didaki , lurah sama dituruni
|
|
ii)
ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
|
|
iii) berjalan peliharakan kaki, bercakap
peliharakan mulut.
|
|
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
|
||
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
|
PAPA …
(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
Renyah karya Gunawan Mahmood
Interlok karya Abdullah Hussain
Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid
|
|
(a)
|
Terdapat pelbagai peristiwa yang
menyentuh perasaan dalam sesebuah
novel.
Huraikan dua
peristiwa yang menyentuh perasaan anda yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
|
[7 markah]
|
||
(b)
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan persamaan pengajaran yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
|
|
[8 markah]
|
KERTAS SOALAN TAMAT
1 comment:
tiada jawapan disediakan ?
Post a Comment