Di Sebalik Dinara
(Dayang
Noor)
Sinopsis Keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan
dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman
Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem
itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang
pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai
bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu
dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka
berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima
anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu.
Kini,
Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula
ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan
bawah sedar, Alia telah berkomunikasi
dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal
ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan
Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina
yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,
kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa
meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia
melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.
Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa
dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha
pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk
mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu
apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit
Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka
beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya
amat tidak memuaskan. Dr.
Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah
sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi
tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar
jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar.
Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn
kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan
Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha.
Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di
hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula,
Shida berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan
Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh
orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya
ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti
sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa
oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses
seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di
Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan
setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati
Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr.
Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak
dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy)
ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa
Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.
Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka
diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl
menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl
ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan
di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
23 comments:
mana bab-bab yg lain
mana bab-bab yg lain
ini utk kseluruhan crita lah .
Terima kasih atas maklumatnya
bestnya
Boleh ke jikalau satu kan sinopsis ni mnjadi satu perenggan???
Lebih baik diasingkan kepada beberapa perenggan kerana pemarkahan berdasarkan binaan plot:
Permulaan - 1m
Perkembangan - 1m
Klimaks - 1m
Peleraian - 1m
Keseluruhan
Isi = 4m
Bahasa = 3m
Ini sinopsis novel sahaja lah
Konflik takda
berapa patah perkataan ni?
thank u busku
thank u busku
thank u busku
Cerita ni sangat best...saya sangat suka cerita ni..👍
Memang sedikit susah untuk memahami maksud/tujuan sebenar cerita novel ini 🤔🤔
Apa maksud Karl(Shida) tu....bukan berlainan watak ke?
Sedikit tak logik
sangat best... tak panjang nak buat kerja projek..
badan shida telah dikawal oleh karl
ni kira keseluruhan novel tu ka ?
Post a Comment