Bab 7
Felicia
Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah
mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan
kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah
dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga
tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah
anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya
diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam
kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya.
Felicia
juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering
teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan
masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya
yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan
sekolah.
Keadaannya
semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti
seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan
jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha
yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang.
Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron.
Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula
sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.
Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong
Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa
mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang
membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor
Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut
menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu
seperti itu. Terlanjur sudah berada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu
sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya
pada kali ini.
Bab 8
Raiha
masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan
kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke
atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang
menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang
simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang
terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya
berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali.
Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya
tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh
kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu
Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut
tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan
dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke
hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya
penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti
tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Bab 9
Sewaktu
Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat
rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad
dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di
rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala
lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang
kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan
menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga
terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak
perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.
Doktor
Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz
yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli
minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor
Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan
tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa
urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor
Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak
apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai doktor
di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak
peremuan tua itu.
Raiha
teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung.
Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah
keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol
merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu
trafik.
Doktor
Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan
pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan
nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian
pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi
pada anggota tersebut.
Akhirnya
Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan
membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak
Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa
sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya
tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
1 comment:
MANA10-22?
Post a Comment