03/05/2015

SET 3 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B Bahagian C dan satu Bahagian D.
BAHAGIAN A
(25 markah)
1    Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

     i)       Goreng cempedak yang saya beli di warung itu petang semalam sungguh rangup.
       _________________________________________________
       _________________________________________________
     ii)    Pengetua menyampaikan sebaris pantun sebelum mengakhiri ucapannya dalam majlis pada pagi itu.
       _________________________________________________
       _________________________________________________
     iii)   Puan Hasliza menghidangkan berbagai jenis kuih kepada tetamunya sempena majlis rumah terbuka di rumahnya.
       _________________________________________________
       _________________________________________________

     iv)   “Patik akan pergi ke istana untuk bertemu dengan Sultan Melaka,” kata Hang Tuah kepada Hang Kasturi.
       _________________________________________________
       _________________________________________________

(8 markah)
2    Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)          Gerai itu menjual beranika kuih yang dapat menambat selera penggemar makanan tradisional Melayu.
     ________________________________________________


ii)    Kerugian yang ditanggong oleh pemilik bangunan yang terbakar itu sangat besar.
     _________________________________________________

ii)         Puan Aminah sungguh terkejut apabila melihat bil lektrik rumahnya yang mencecah ratusan ringgit.
_________________________________________________
(3 markah)

3    Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
i)          Azwan membeli kasut.
     Kasut itu berwarna hitam.
     _________________________________________________
     _________________________________________________

ii)         Saya tidak berselera makan.
     Saya tidak sihat.
       _________________________________________________
       _________________________________________________

iii)       Halim sedang membaca buku di perpustakaan.
     Farid sedang membaca buku di perpustakaan.
       _________________________________________________
       _________________________________________________

iv)        Abang tidur di ruang tamu rumah.
     Adik bermain di halaman rumah.
       _________________________________________________
       _________________________________________________

v)         Dani tidur awal.
     Dia boleh bangun awal pada esok pagi.
       _________________________________________________
       _________________________________________________
[10 markah]

4    Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.


    i.   ________________________________________________
   ii.      ________________________________________________

          

BAHAGIAN B
(30 markah)

5    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tetapi hati dan perasaan Fauzi tidak sedamai dan seindah suasana pada malam itu. Ketika itu dia sedang berbaring di dalam bilik tidurnya. Ibu dan ayah tirinya masih berbincang di ruang tamu. Perbincangan mereka jelas kedengaran dari dalam biliknya.
"Mengapa abang bertindak begitu kepada Fauzi?" soal ibunya, Ramlah.
"Aku sayang pada Fauzi, walaupun dia cuma anak tiri aku," kata ayah tirinya, Mokhtar.
"Kalau sayang pada budak itu, mengapa sampai begitu sekali abang memarahinya?" ibunya bertanya lagi.
"Aku mahu mengajarnya. Aku mahu mendidiknya. Kamu tidak suka aku berbuat begitu?" soal ayah tirinya pula.
"Bukan saya tidak suka abang mendidiknya, tetapi janganlah melampau sangat," suara ibunya merendah, tetapi mengandung rasa kesal.
Fauzi meraba kepalanya. Pada dahinya terdapat benjol sebesar telur ayam yang kelihatan lebam-lebam. Ibunya telah mendemah benjol itu dengan air suam dan menyapu minyak angin. Peristiwa itu amat memeritkan hatinya.
Saban hari, apabila ayah tirinya pulang dari sawah, dia pasti akan mengajukan pelbagai soalan. Sudahkah dia membuat kerja rumah yang disuruh oleh gurunya? Ke manakah dia pergi sehingga lewat pulang? Siapakah rakan-rakannya?
Yang paling membosankan Fauzi adalah apabila dia tidak dibenarkan menonton televisyen, terutama siaran larut malam. Dia hanya dibenarkan menonton rancangan yang membosankannya seperti Berita, Hal Ehwal Semasa atau Isu. Kata ayah tirinya, rancangan itu memberikan faedah kepadanya.
(Dipetik daripada cerpen Maaf Kupinta, Antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i)      Mengapakah Fauzi tidak suka akan ayah tirinya?                                 (3 markah)
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________

ii)     Jelaskan perwatakan ayah tiri Fauzi berdasarkan petikan cerpen tersebut.     (3 markah)
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________

iii)   Pada pendapat anda, mengapakah ayah tiri Fauzi terlalu mengambil tahu tentang dirinya dan bersikap tegas dalam mendidiknya?                                              (4 markah)
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________
     _____________________________________________________


6    Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.

Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
(Antologi Gema Sepi Gadis Genius, halaman 5)

(i)     Berdasarkan pantun di atas, nyatakan tiga nasihat yang disampaikan oleh penulis.
[3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________
      


(ii)    Berikan tiga nilai yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat).
[3 markah]
     _____________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________   __________________________________________________

(iii)  Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan?
[4 markah]
     _____________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________  ________________________________________________


7      Jawaban anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
(i)            Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
(ii)          Wira Persona Avatari oleh Prof. Ahmad Zaki Abu Bakar
(iii)         Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
(iv)          Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Watak utama memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak utama novel tersebut yang boleh anda teladani.

[10 markah]



8.     Lihat gambar Kempen Gaya Hidup Sihat di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
[15 markah]






BAHAGIAN D
[30 markah]

9    Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

(i)            Amalan membaca harus disuburkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memupuk amalan ini dalam diri kanak-kanak.

(ii)          Kakak sulung anda baru sahaja melangsungkan perkahwinannya. Majlis tersebut diadakan dalam suasana yang sungguh meriah.
Gambarkan kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.

(iii)         Persatuan Sejarah sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat bersejarah. Sebagai setiausaha persatuan itu, anda dikehendaki menulis laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.


3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum. Jawapannye ade tak? Nak semak jawapan.. :)

WAN said...

assalam.jawapan ade tak untuk set 1,2 dan 3?

Unknown said...

assalamualaikum boleh saya request jawapan? saya nak semak jawapan.