02/05/2015

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu (JAWABAN)


BAHAGIAN A
1.    Kesalahan Tatabahasa         Pembetulan
i.       di dalam              dalam
ii.      Sri Malaysia Hotel      Hotel Sri Malaysia
iii.    sukakan               suka akan
iv.     aku                   saya

Ulasan:
(i)        Penggunaan frasa sendi nama "di dalam" tidak gramatis kerana kata sendi "di" hanya digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata "dalam" lebih tepat digunakan dalam ayat ini.
(ii)       Dalam ayat (ii), penggunaan kata "Sri Malaysia Hotel" tidak menepati peraturan hukum D-M. Oleh itu, penggunaan kata yang tepat dalam ayat ini ialah "Hotel Sri Malaysia".
(iii)      Dalam ayat (iii), penggunaan kata "sukakan" tidak tepat. Kata yang betul ialah "suka akan".
(iv)      Kata ganti nama diri pertama bagi "aku" dalam ayat (iv) tidak tepat kerana kata "aku" digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan. Oleh itu, kata ganti nama diri yang tepat dalam ayat ini ialah "saya".

Soalan 2      Ejaan
(i)     Bandaraya     Bandar raya
(ii)    Stem          Setem
(iii)    eka-bahasa    ekabahasa


Ulasan:
(i)         Dalam ayat (i), ejaan "Bandaraya" telah ditetapkan ejaannya sebagai "Bandar raya".
(ii)        Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang tepat bagi ayat (ii) ialah "Setem".
(iii)       Ejaan "eka-bahasa" dalam ayat (iii) tidak memerlukan tanda sempang (-). Ejaan yang tepat ialah "ekabahasa".

Soalan 3
(i)            Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini atau awal bulan hadapan.
(ii)          Pulau peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan baik.
(iii)         Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran, maka dia mencapai kejayaan yang cemerlang.
(iv)          Jika saya ada masa pada hujung minggu ini, saya akan menziarahi rakan saya di hospital.
(v)           Azwana dan Afifah membaca surat yang dikirim oleh Bhaga.

Ulasan:
(i)         Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung gabungan "atau". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk gabungan.
(ii)        Ayat (ii) ialah ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan "tetapi" untuk menggabungkan kedua-dua ayat itu.
(iii)       Ayat pertama dan kedua digabungkan dengan menggunakan kata hubung pancangan "maka". Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk pancangan.
(iv)       Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan pancangan "jika". Ayat yang terbentuk itu dikenal sebagai ayat majmuk pancangan.
(v)        Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung gabungan "dan" dan kata hubung pancangan "yang". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk campuran.

Soalan 4
(i)     Bagai tikus membaiki labu

(ii)    Bagai anjing dengan kucing

BAHAGIAN B
Soalan 5
(i)         Berdasarkan petikan tersebut, bonda berharap agar dapat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga agar adik menjadi ustaz dan mewarisi kealiman suaminya.
(ii)        Dalam petikan tersebut, adik malas untuk belajar. Selain itu, adik bersikap biadab kerana dia menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa menyatakan pendiriannya.
(iii)       Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah kerana mereka mudah dipengaruhi oleh ajakan rakan mereka yang juga suka ponteng sekolah. Selain itu, mereka tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Soalan 6
(i)        Penyajak menggambarkan laut sebagai suatu tempat yang keadaannya berwarna biru, luas, serta indah.
(ii)       Terdapat dua contoh gaya simile dalam Sajak Laut, iaitu bagai berlumba dan bagai malu­malu ia mengintip.
(iii)      Pada pendapat saya, aktiviti manusia yang mengalirkan sisa kilang dan sampah sarap ke laut telah menjejaskan laut. Selain itu, sikap manusia yang cuai, iaitu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak daripada kapal menjadi penyebab terjejasnya laut.

Soalan 7
(i)      Novel 6:20
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20 termasuklah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqif menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara yang datang dari luar. Contohnya, Iskandar, Reny, dan Jerry adalah antara golongan remaja yang mengikuti sate fahaman baharu yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab WX2. Latar masyarakat yang sanggup berkorban turut dipaparkan dalam novel 6:20. Contohnya, Puan Deliah sanggup melakukan pengorbanan yang besar dengan merahsiakan tugasnya yang sebenar sehingga beliau rela suami dan anaknya sendiri menganggapnya seorang pengkhianat negara.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel 6:20.

(ii)    Novel Cempaka Putih
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam sesuatu cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Novel Cempaka Putih karya Rohani Deraman turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam Novel Cempaka Putih termasuklah masyarakat orang asli yang bersatu hati. Contohnya, masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangan pegawai pertanian, iaitu Encik Hasrul. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman. Latar masyarakat yang percaya kepada dukun turut dipaparkan dalam novel Cempaka Putih. Contohnya, walaupun Satiah menghidap penyakit barah paru-paru, Pak Morit tetap percaya bahawa dukun berupaya mengubati penyakit anaknya itu.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel Cempaka Putih.

(iii)   Novel Merenang Gelora
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel Merenang Gelora termasuklah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikap buruknya. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6:40 pagi agar tidak ketinggalan bas. Latar masyarakat yang terjebak dalam gejala sosial turut dipaparkan dalam novel Merenang Gelora. Contohnya, Shahrul, Kumar, dan Meng Kong terlibat dalam gejala sosial seperti melepak, menjual telefon bimbit yang dicuri, dan bercampur dengan mat motor.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel Merenang Gelora.


BAHAGIAN C
Soalan 8
Amalan kitar semula, iaitu mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Selain itu, amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman slam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. Dalam jangka panjang, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu lagi menyelenggarakan tapak pelupusan sampah. Amalan kitar semula membantu kita mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri sekali gus menyelamatkan hutan apabila kita tidak perlu menebang pokok untuk menghasilkan kertas.

(88 patah perkataan)

4 comments:

Unknown said...

mana jawapan bahagian d?

Stid said...

thanks for sharing.Appreciate it.

WAN said...

assalam.blh dapat skema jawapan ni tak?

Siti Aminah said...

nak jawapan bahagian D. PLEASE...