Saturday, 2 May 2015

SET 2 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

SET 2
Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D.
BAHAGIAN A
(25 markah)
1.         Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.    Ke mana saja anda pergi, jagalah tingkah laku.
     _____________________________________
i.       Tiap hari Sharmizan bangun daripada tidur pada pukul 6.00 pagi.
     _____________________________________
ii.         Penggunaan pelbagai perencah termasuklah cili sos dapat menyedapkan rasa masakan.
     _____________________________________
iii.        Keadaan lalu lintas di kebanyakan jalan-jalan menuju pusat bandar agak sibuk dan sesak.
     _____________________________________
(8 markah)

2.        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.          Abang berjanji untuk mengambil adik di stesyen bas Ipoh.
_____________________________________
ii.            Cikgu Petimah telah dilantik sebagai urusetia kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.
_____________________________________
iii.       Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
_____________________________________
 (3 markah)


3    Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
                    i.        Awak boleh memilih baju berwarna hijau ini.
Awak boleh memilih baju berwarna merah itu.
_____________________________________
_____________________________________

                   ii.        Lokman mengulang kaji pelajaran dengan tekun.
Hari sudah lewat malam.
_____________________________________
_____________________________________

                 iii.        Encik Karim masuk ke bilik kerjanya.
Encik Karim meneruskan pekerjaannya.
_____________________________________
_____________________________________

                  iv.        Dia sempat melawat beberapa buah negara di Eropah.
Dia belajar di United Kingdom.
_____________________________________
_____________________________________

                   v.        Ibu tidak ke pejabat.
Ibu ke klinik.
Ibu mendapatkan rawatan kesihatan.
_____________________________________
_____________________________________
(10 markah)

4.    Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

     i.
 
        
_____________________________________
     ii.


 
       
_____________________________________
(4 markah)



BAHAGIAN B
(30 markah)
5.    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah genap sempurna Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan ia pun bermohonlah kembali ke dunia menemui suaminya, Raja Muda dan nenek kebayan.
Pesan ayahandanya, Maharaja Indera Dewa, “Wahai anakanda, jikalau anakanda selamat sampai ke dunia persilakanlah kakanda Raja Muda naik ke mari, ayahanda dan bonda merasa rindu kepadanya”.
“Baiklah ayahanda, anakanda akan sampaikan pesanan ayahanda itu”.
Kepada kakanda berenam, Tuan Puteri itu memberitahu, “ Wahai kakanda, adinda meminta diri kembali dulu sebab tidak sedap hati adinda dan dada adinda sentiasa berdebar-debar saja. Mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku”.
“Benarlah kata adinda itu, kerana sebenarnya kakanda Raja Muda telah berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari, puteri Sultan sedar Alam di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Menurut firasat kakanda, sekarang paduka kakanda itu sedang bersanding dihadap oleh sekalian isi istana. Baiklah sekarang juga adinda kembali ke dunia dan melihat kakanda itu bersanding.
         (Dipetik daripada prosa klasik Raja Muda,
Antologi Gema Sepi Seorang Genius  Tingkatan 2, DBP)

i)       Nyatakan punca-punca Tuan Puteri Bidadari Segerba tergesa-gesa ingin
kembali ke dunia?                                                 (3 markah)
_____________________________________
_____________________________________

ii)      Berdasarkan petikan di atas, apakah watak dan perwatakan Tuan Puteri Bidadari Segerba?                                              (3 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

iii)     Pada pendapat anda, wajarkah seseorang isteri tinggal berjauhan daripada suaminya?                                                      (4 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

6.    Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pantun Nasihat
Gunung Tahan sama didaki,
     Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
     Kerja yang payah menjadi senang.

Melangir keris pusaka hikmat,
     Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
     Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu,
     Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
     Kelak nanti binasa badan.

Nyiur muda dibuat pengat,
     Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
     Kerana mulut badan binasa.

Orang berkelah di Tanjung Rhu,
     Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
     Supaya terang jalan makrifat.

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur di tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.
(Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, DBP)

i)                    Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan pesanan-pesanan yang dapat dijadikan
panduan oleh generasi muda.                                                   (3 markah)

ii)                   Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.
(3 markah)

iii)                 Pada pendapat anda, apakah faedah yang kita peroleh sekiranya kita menjaga
percakapan kita?                                                          (4 markah)

7.     Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.
Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal

Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan novel tersebut, kemukakan kelebihan watak utama yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar berserta contoh peristiwa yang sesuai.
(10 markah)





BAHAGIAN C
(15 markah)
8.    Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


   
 BAHAGIAN D
(30 markah)

9.    Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

i)               Sahabat pena anda telah menulis sepucuk surat kepada anda untuk mengetahui tentang kepentingan permainan tradisional di negara anda.
     Balas surat tersebut selengkapnya.

ii)             Amalan membaca merupakan amalan yang amat penting dalam kehidupan kita.
     Jelaskan peranan ibu bapa bagi memupuk minat membaca dalam diri anak-anak mereka.

iii)           Era globalisasi ini menyaksikan golongan remaja yang terjebak dalam isu masalah buli semakin meningkat.

     Huraikan faktor-faktor remaja terjebak dalam isu ini.

6 comments: