SET 2
Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
satu soalan Bahagian D.
BAHAGIAN A
(25 markah)
1.
Dalam setiap ayat di bawah,
terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Ke mana saja anda pergi,
jagalah tingkah laku.
_____________________________________
i.
Tiap hari Sharmizan bangun daripada
tidur pada pukul 6.00 pagi.
_____________________________________
ii.
Penggunaan pelbagai
perencah termasuklah cili sos dapat menyedapkan rasa masakan.
_____________________________________
iii.
Keadaan
lalu lintas di kebanyakan jalan-jalan menuju pusat bandar agak sibuk dan sesak.
_____________________________________
(8 markah)
2. Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Abang berjanji untuk
mengambil adik di stesyen bas Ipoh.
_____________________________________
ii.
Cikgu Petimah telah dilantik
sebagai urusetia kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.
_____________________________________
iii.
Kemerosotan akhlak dalam
kalangan remaja berpunca daripada sikap ibubapa yang terlalu memanjakan
anak-anak mereka.
_____________________________________
(3 markah)
3 Gabungkan
ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
i.
Awak boleh memilih baju berwarna hijau ini.
Awak boleh memilih baju berwarna merah
itu.
_____________________________________
_____________________________________
ii.
Lokman mengulang kaji pelajaran dengan
tekun.
Hari sudah lewat malam.
_____________________________________
_____________________________________
iii.
Encik Karim masuk ke bilik kerjanya.
Encik Karim meneruskan pekerjaannya.
_____________________________________
_____________________________________
iv.
Dia sempat melawat beberapa buah negara di
Eropah.
Dia belajar di United Kingdom.
_____________________________________
_____________________________________
v.
Ibu tidak ke pejabat.
Ibu ke klinik.
Ibu mendapatkan
rawatan kesihatan.
_____________________________________
_____________________________________
(10 markah)
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.
i.
_____________________________________
ii.
_____________________________________
(4
markah)
BAHAGIAN B
(30 markah)
5. Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah genap sempurna Tuan
Puteri Bidadari Segerba di kayangan ia pun bermohonlah kembali ke dunia menemui
suaminya, Raja Muda dan nenek kebayan.
Pesan ayahandanya, Maharaja
Indera Dewa, “Wahai anakanda, jikalau anakanda selamat sampai ke dunia
persilakanlah kakanda Raja Muda naik ke mari, ayahanda dan bonda merasa rindu
kepadanya”.
“Baiklah ayahanda, anakanda
akan sampaikan pesanan ayahanda itu”.
Kepada kakanda berenam, Tuan
Puteri itu memberitahu, “ Wahai kakanda, adinda meminta diri kembali dulu sebab
tidak sedap hati adinda dan dada adinda sentiasa berdebar-debar saja. Mungkin
ada sesuatu yang tidak baik berlaku”.
“Benarlah kata adinda itu, kerana
sebenarnya kakanda Raja Muda telah berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Sari, puteri Sultan sedar Alam di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Menurut
firasat kakanda, sekarang paduka kakanda itu sedang bersanding dihadap oleh
sekalian isi istana. Baiklah sekarang juga adinda kembali ke dunia dan melihat
kakanda itu bersanding.
(Dipetik daripada prosa klasik Raja
Muda,
Antologi Gema Sepi Seorang
Genius Tingkatan 2, DBP)
i)
Nyatakan punca-punca Tuan
Puteri Bidadari Segerba tergesa-gesa ingin
kembali ke dunia? (3 markah)
_____________________________________
_____________________________________
ii)
Berdasarkan petikan di atas,
apakah watak dan perwatakan Tuan Puteri Bidadari Segerba? (3 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
iii)
Pada pendapat anda, wajarkah
seseorang isteri tinggal berjauhan daripada suaminya? (4 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
6. Baca pantun di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Pantun Nasihat
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi
senang.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.
Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan
sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.
Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur di tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
(Dipetik
daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, DBP)
i)
Berdasarkan
pantun tersebut, nyatakan pesanan-pesanan yang dapat dijadikan
panduan oleh generasi muda. (3 markah)
ii)
Jelaskan
pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.
(3
markah)
iii)
Pada
pendapat anda, apakah faedah yang kita peroleh sekiranya kita menjaga
percakapan kita? (4 markah)
7. Jawapan
anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.
Hikmah,
karya Mohd Faris Ikmal
Watak
utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan
novel tersebut, kemukakan kelebihan watak utama yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar
berserta contoh peristiwa yang sesuai.
(10
markah)
BAHAGIAN C
(15 markah)
8. Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua
di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
BAHAGIAN D
(30 markah)
9. Pilih satu
daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
i)
Sahabat pena anda telah
menulis sepucuk surat kepada anda untuk mengetahui tentang
kepentingan permainan tradisional di negara anda.
Balas
surat tersebut selengkapnya.
ii)
Amalan membaca merupakan
amalan yang amat penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan peranan ibu bapa bagi memupuk minat membaca dalam diri
anak-anak mereka.
iii)
Era globalisasi ini
menyaksikan golongan remaja yang terjebak dalam isu masalah buli semakin
meningkat.
Huraikan
faktor-faktor remaja terjebak dalam isu ini.
8 comments:
Takda jawapan ke, untuk semua soalan ni ?
mcm mna nk wt semakkan jwpn??? klau xd jawapn
settupo
nk skema jawapan utk soalan set 2 dan set 3 blh?
bodoh
terima kasih
Ini soalan kan ??????????
Terima kasih cikgu info yang sangat berguna
Post a Comment