BAHAGIAN A
1.
Kesalahan
Tatabahasa Pembetulan
i. di
dalam dalam
ii.
Sri
Malaysia Hotel Hotel Sri Malaysia
iii.
sukakan
suka akan
iv.
aku saya
Ulasan:
(i)
Penggunaan frasa sendi nama "di dalam" tidak gramatis kerana kata sendi
"di" hanya digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat. Kata "dalam" lebih
tepat digunakan dalam ayat ini.
(ii)
Dalam ayat (ii), penggunaan kata "Sri Malaysia Hotel" tidak menepati
peraturan hukum D-M. Oleh itu,
penggunaan kata yang tepat dalam ayat ini
ialah "Hotel Sri Malaysia".
(iii)
Dalam ayat (iii), penggunaan kata "sukakan" tidak tepat. Kata
yang betul ialah "suka akan".
(iv)
Kata ganti nama diri pertama bagi "aku" dalam ayat (iv) tidak tepat
kerana kata "aku" digunakan
apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan. Oleh itu, kata ganti nama
diri yang tepat dalam ayat ini ialah "saya".
Soalan 2 Ejaan
(i) Bandaraya Bandar raya
(ii) Stem Setem
(iii) eka-bahasa ekabahasa
Ulasan:
(i)
Dalam ayat (i), ejaan "Bandaraya" telah ditetapkan ejaannya sebagai
"Bandar raya".
(ii)
Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang tepat bagi ayat (ii)
ialah "Setem".
(iii)
Ejaan "eka-bahasa" dalam ayat (iii) tidak memerlukan tanda sempang (-). Ejaan yang tepat ialah "ekabahasa".
Soalan
3
(i)
Kami akan ke
negeri Sarawak hujung bulan ini atau awal
bulan hadapan.
(ii)
Pulau
peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan baik.
(iii)
Murid
itu rajin mengulang kaji pelajaran, maka dia mencapai kejayaan yang cemerlang.
(iv)
Jika
saya ada masa pada hujung minggu ini, saya akan menziarahi rakan saya di
hospital.
(v)
Azwana
dan Afifah membaca surat yang dikirim oleh Bhaga.
Ulasan:
(i)
Kedua-dua
ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung
gabungan "atau". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk
gabungan.
(ii)
Ayat
(ii) ialah ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan
"tetapi" untuk menggabungkan kedua-dua ayat itu.
(iii) Ayat pertama dan kedua digabungkan dengan menggunakan
kata hubung pancangan "maka". Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk
pancangan.
(iv) Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk
dengan menggunakan pancangan "jika". Ayat yang terbentuk itu dikenal
sebagai ayat majmuk pancangan.
(v)
Ketiga-tiga
ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung
gabungan "dan" dan kata hubung pancangan "yang". Ayat yang
terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk campuran.
Soalan
4
(i) Bagai tikus membaiki labu
(ii) Bagai anjing dengan kucing
BAHAGIAN B
Soalan
5
(i)
Berdasarkan
petikan tersebut, bonda berharap agar dapat menghantar adik ke sekolah agama
setelah adik tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga agar adik menjadi ustaz
dan mewarisi kealiman suaminya.
(ii)
Dalam
petikan tersebut, adik malas untuk belajar. Selain itu, adik bersikap biadab
kerana dia menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa menyatakan pendiriannya.
(iii) Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah kerana
mereka mudah dipengaruhi oleh ajakan rakan mereka yang juga suka ponteng sekolah. Selain itu, mereka tidak berminat
terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Soalan
6
(i)
Penyajak
menggambarkan laut sebagai suatu tempat yang keadaannya berwarna biru, luas,
serta indah.
(ii) Terdapat dua contoh gaya simile dalam Sajak Laut, iaitu
bagai berlumba dan bagai malumalu ia mengintip.
(iii) Pada pendapat saya, aktiviti manusia yang mengalirkan
sisa kilang dan sampah sarap ke laut telah menjejaskan laut. Selain itu, sikap
manusia yang cuai, iaitu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak daripada kapal
menjadi penyebab terjejasnya laut.
Soalan
7
(i) Novel 6:20
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang
menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau
etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian
dengan watak. Novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim turut mengemukakan
beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20
termasuklah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqif
menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya. Latar masyarakat seterusnya
ialah masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara yang datang dari luar.
Contohnya, Iskandar, Reny, dan Jerry adalah antara golongan remaja yang
mengikuti sate fahaman baharu yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab WX2.
Latar masyarakat yang sanggup berkorban turut dipaparkan dalam novel 6:20. Contohnya,
Puan Deliah sanggup melakukan pengorbanan yang besar dengan merahsiakan
tugasnya yang sebenar sehingga beliau rela suami dan anaknya sendiri
menganggapnya seorang pengkhianat negara.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat
dalam novel 6:20.
(ii) Novel Cempaka Putih
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang
menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam sesuatu cerita merangkumi bangsa
atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak. Novel Cempaka Putih karya Rohani Deraman turut
mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam Novel Cempaka
Putih termasuklah masyarakat orang asli yang bersatu hati. Contohnya,
masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduri
untuk menyambut kedatangan pegawai pertanian, iaitu Encik Hasrul. Latar
masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Encik
Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman
setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan
masyarakat pedalaman. Latar masyarakat yang percaya kepada dukun turut
dipaparkan dalam novel Cempaka Putih. Contohnya, walaupun Satiah
menghidap penyakit barah paru-paru, Pak Morit tetap percaya bahawa dukun
berupaya mengubati penyakit anaknya itu.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat
dalam novel Cempaka Putih.
(iii) Novel Merenang Gelora
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang
menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau
etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian
dengan watak. Novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah turut mengemukakan
beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel Merenang
Gelora termasuklah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik
Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan
mengubah sikap buruknya. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang
bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas
seawal pukul 6:40 pagi agar tidak ketinggalan bas. Latar masyarakat yang
terjebak dalam gejala sosial turut dipaparkan dalam novel Merenang Gelora. Contohnya,
Shahrul, Kumar, dan Meng Kong terlibat dalam gejala sosial seperti melepak,
menjual telefon bimbit yang dicuri, dan bercampur dengan mat motor.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat
dalam novel Merenang Gelora.
BAHAGIAN C
Soalan 8
Amalan kitar semula, iaitu mengubah bahan yang menjadi
sisa kepada suatu sumber yang dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.
Selain itu, amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman slam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara. Dalam jangka panjang, amalan kitar semula
dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu lagi menyelenggarakan tapak
pelupusan sampah. Amalan kitar semula membantu kita mengurangkan kuantiti
sampah kerana bahan buangan boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan
mentah untuk kegunaan pelbagai industri sekali gus menyelamatkan hutan apabila
kita tidak perlu menebang pokok untuk menghasilkan kertas.
(88
patah perkataan)
4 comments:
mana jawapan bahagian d?
thanks for sharing.Appreciate it.
assalam.blh dapat skema jawapan ni tak?
nak jawapan bahagian D. PLEASE...
Post a Comment