Sinopsis
Bab 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem,
baru sahaja selesai bermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan
Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka
duduk bersebelahan di dalam kapal
terbang ke KLIA. Farisha agak
teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik
peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi
apabila melihat pintunya juga telah terpasang retinal scanner. Farisha terpaksa
menunggu Shida kawan serumahnya yang
sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha
ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel
Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan
minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan
Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman
pembantunya menghadiri sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips
Young, Presiden Persatuan Penggodam
Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan
Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya
melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam
pertemuan ini Aqram menyatakan
keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam
pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator
berupa sebatang pen berwarna perang. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh
Farisha dapat menangkis segala maklumat
yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba
menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari
jururunding untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram.
Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl
seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun
dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha
dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka
berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang
Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit
barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
Bab 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju
berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta
Shida yang kebetulan ada temu janji
dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem
keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata.
Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan
lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah
Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha
mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Pada petangnya barulah tugasan
Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun, dalam masa
yang sama Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan
mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab
untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka
akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana
yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr. Maxi akan memadamkan
beberapa ingatan dan perasaan Alia,
sebuah cyborg canggih supaya ia tidak
akan mengganggu rancangan yang diatur
untuk Farisha dan Shida.
Bab 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di
Soft Lab. Shida dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan
taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soth Lab. Pada
sebelah petang Aqram pula memberi
taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan
bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya
menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan
masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 juta
yang dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan
Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat
bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan
bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal. Farisha bersetuju. Farisha
pulang dengan kepala yang berat
memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat
berat. Di Soft Lab pula, Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data
pengetahuan dan perasaannya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan
lain yang ada hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar
menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana
dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan skop
kerjanya. Pada malam itu Shida mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.
Bab 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft
Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam
keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia
dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan
daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh sebab tidak dapat mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas
beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan
pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan
dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang
di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini demikian diterangkan oleh Shida
melalui kajiannya di Arkib.
Bab 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman
berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang
diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang, tiba-tiba Farisha
mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang.
Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia
bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun
tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuklah
suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis
dibuat. Dua malam selepas kejadian itu,
Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan malam di rumahnya. Di sana
Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan
Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu bahawa abangnya
mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah,
dirinya ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat
melelapkan mata.
Bab 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha
ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha
dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram
dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat
tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untuk berjumpa
Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit
Farisha.
Bab 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang
Plan B, iaitu menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat
berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang
membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini
sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan
cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida
terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila
Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan
kecil di belakang tengkuknya. Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa.
Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin (orang suruhan
Marlyn/Medina) datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha
dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL lemah apabila badan
Farisha lemah. Selepas itu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha dengan
menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu
bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak
memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai telah meminta doktor
memberikan ubat tidur kepadanya. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip
di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha
yang dia sendiri sukarela menjalani satu
uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya
semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di
Soft Lab apabila diperlukan. Pada tengah malam itu Dr. Maxi menyarankan Shida
akan menggantikan tempat Farisha.
Bab 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang
seorang penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke
Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya.
Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas
Farisha dilakukan pula ke atas Shida.
Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya
memberhentikan ujikaji ini selepas lima
minit. Ini akan merosakkan otak seseorag. Dalam masa yang sama, Farisha dalam
tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula,
Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana
perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas
Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha
dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu (Karl). Farid
menyanggah perbuatan perempuan tua itu
kerana sanggup melakukan ujikaji
ke atas anaknya sendiri. Merlyn/Medina tidak peduli. Apa yang dia mahu
adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada
‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap
murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram
gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau
kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak
mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang
ketakutan.
Bab 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha
ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya.
Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya
kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan uji kaji ibunya
sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi
dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah
selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah
daripada orang tersebut di Perhentian Ayer
Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi
otak Shida. Akhirnya Dr. Maxi dapat
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa
ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang
akan memusnahkan Dinara dan ribuan
manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur.
Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik
pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap
melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak
pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul
Anwar sangat berang.Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita
sehingga menjadi cacat.
Bab 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa
Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh
ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga.
Dalam pada itu di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu
bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan
meninggalkan agamanya. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan
akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan
ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang
tersimpan di dalam Dinara, Dr. Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan
Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan
mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju ke Soft Lab, Cyberjaya. Azraai
juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan
yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu dengan anaknya itu. Namun
Farisha marah dan ketakutan tidak mahu
berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan
kaki dan tangan terikat, dia mahu dihantarkan kepada abangnya
Azraai. Farid dan Amin tidak ambil
peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan
lagu kegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui
Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina.
Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu
terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya
diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan
pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah
stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati
Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha
bertegas dan marah lalu menempelak bahawa Marilyn pernah ingin membunuhnya
dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
Bab 13
Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di
Puchong. Beliau menyatakan bahawa keadaan kesihatan Karl sangat teruk. Namun
Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr. Maxi dapat
berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan
ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun
dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan
Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu
keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg
seperti Alia.
Bab 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha
kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring
tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin
menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.
Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat
tinggal kepada ayahnya, namun tiada jawapan. Tepat pada pukul tujuh malam, Dr. Haris
mengumumkan Karl telah meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya
dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port
Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan
masing-masing semasa Karl masih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri
Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Aqram dapat merasakan bahawa yang
berfalsafah itu bukan Shida tetapi Karl.
5 comments:
TERIMA KASIH. SAYA KONGSIKAN KEPADA ANAK MURID SAYA YA
FUCK YOU MEN
Good.πΊππ±
Mantapppppppppp
bole la tp tatabhsa dia mungkin krg bagus . tp maksihh ππ
Post a Comment