NOVEL TINGKATAN 3: HEMPASAN OMBAK (ZAILIANI BIN TASLIM)
SINOPSIS
|
BAB 1 WARISAN?
Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik
keluarga. Farid kerap ingat akan pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan
ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukah
dirinya yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik
ayahnya yang kian malap akibat hutang yang banyak. Farid tidak akan mengharapkan ibunya, Hajah
Zaoyah (56 tahun) untuk menanggung beban itu, sedangkan abangnya Lotfi
lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Seorang lagi abangnya Farhan telah
meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya Hanisyah dan Hisyam
masih mentah justeru Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah
seorang kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang
ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain
itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada
Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu
Farid dalam selok-belok perniagaan.
|
BAB 2 MENGGAPAI AWAN
Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Menurut doktor, ayahnya
mengalami barah dalam perut (Hypertension). Walaupun ada yang menyatakan
ayahnya disantau, Farid menerima sebagai takdir Allah. Farid menyakinkan
dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam
perniagaan. Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi
ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid
berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik). Menurut Pak Nik kuota
pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin
kurang manakala batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Pak Nik
menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak yang mesti
diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid menuntut
bayaran daripada ejen yang masih berhutang.
|
BAB 3 TITIAN NIAGA
Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyah makan malam
bersama sambil bercerita tentang banyak perkara. Hajah Zaoyah menyedari bahawa Farid semakin
kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan
keluarga. Hajah Zaoyah dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami
semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan
masalahnya. Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang
seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia
tidak mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana hanya itu peninggalan ayahnya
justeru ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan
syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru
teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.
|
BAB 4 AZAM USAHAWAN MUDA
Farid pagi-pagi lagi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia
memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan saiz
tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat kerja keras
Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak
muda yang mempunyai keazaman tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya
Abdul Kaber, berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di
Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang menjual mi.
Kawan-kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat
kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat kawannya itu
menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dengan industri batiknya. Dalam
mesyuarat Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha
meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping menjalankan promosi efektif.
Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan aset kurang produktif
hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.
|
BAB 5 LANGKAH PERTAMA
Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan Encik Mokhsein. Farid dilayan
baik oleh Encik Mokhsein, seorang yang suka merendah diri dan mempunyai gaya
hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid, anak muda
yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh. Mereka berbincang tentang
ilmu perniagaan dan peluang serta pelibatan orang Melayu khususnya dalam DEB.
Encik Mokhsein berterus-terang bahawa Haji Badrul banyak mengajarnya
selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik Nusantara
milik keluarga Farid. Pendapat Encik Mokhsein sama dengan Pak Nik bahawa masalah
perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain akan
kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi saingan perusahaan batik lain,
Encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran
baharu dan idea-idea yang baik.
|
BAB 6 ILHAM DARIPADA ZURAIDA
Zuraida
rakan sekelas Farid sejak tingkatan satu terkejut oleh kedatangan Farid ke
kedainya. Farid kagum dengan kegigihan Zuraida membantu keluarganya menjalankan
perniagaan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan stesen bas
lama. Ketika zaman persekolahan sambil membantu ibunya berniaga [sementara
menunggu pelanggan datang] Zuraidah mencuri-curi untuk belajar. Zuraida tetap
merendah diri dan mengatakan perniagaannya di kaki lima itu kecil
dan tidak sehebat perusahaan Farid. Zuraida menyatakan bahawa dalam perniagaan
dia banyak bermodalkan petua ibunya supaya sabar dan bermanis muka melayan
pelanggan. Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak
putus-putus, dia tetap berbual-bual dengan Farid. Setelah balik ke pejabat,
Farid bercerita kepada Kak Tom tentang pertemuannya dengan Encik Mokhsein dan
Zuraida. Menurut Farid, Zuraida dan Encik Mokhsein merupakan usahawan
yang gigih dan perlu dicontohi.
|
BAB 7 BATIK, CINTA
Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail,
seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, dan menyatakan bahawa
dia tidak menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah
berjaya menjadi tauke besar. Farid merendah diri sambil mengatakan dia
menghadapi krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu
Farid tanpa mengharapkan balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual di
kedainya. Farid menceritakan syarikatnya tidak dapat modal pusingan kerana
ada ejen yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual.
Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran lebih meluas,
dan mampu bersaing serta menenuhi cita rasa pelanggan terkini. Zuraida
memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird lakukan perlahan-lahan
demi menarik pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun
Melawat Malaysia. Selesai makan dan menuju ke kedai Zuraida, Farid merasakan
hatinya ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.
|
BAB 8 CORAK BAHARU
Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang agak
moden. Zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat
pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik
perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan Encik Mokhsein bagi memberikan pandangan
tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang, Encik
Mokhsein memuji Farid kerana usahawan yang hendak dilahirkan oleh DEB perlu
berdaya saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawan Melayu
muflis ekoran masalah-masalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein
bersetuju projek “Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis
Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut Encik
Mokhsein, walaupun Farid lepasan SPM yang masih muda tetapi berpotensi untuk
berjaya dalam perniagaan. Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal
menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami
ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji
akan membantu aspek pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang
tidak bertanggungjawab. Selepas itu, Encik Mokhsein kerap bertanyakan
perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik
tradisi cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.
|
BAB 9 BATIK
SUMBER REZEKI
Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian
agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran tertegaknya bangsal
baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya, Hartini Noor, graduan seni reka
fabrik lepasan UITM yang kemudiannya melanjutkan pelajaran di sebuah akademi
seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasaan cemburu
Zuraida sehingga dia meninggalkan majlis tersebut. Encik Mokhsein
mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sebagai pekerja bagi mengurangkan
kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang pekerja sudah disenaraikan
namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor
menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung)
serta pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing dengan
syarikat batik lain di samping tidak lupa akan janjinya hendak meletakkan
batiknya untuk dijual di gerai Zuraida.
|
BAB 10 MAAFKAN AKU,
EDA
Zuraida terkejut ketika Farid muncul di gerainya pada pukul 10.15
pagi. Dia tidak menyangka Farid ada masa untuk berjumpa dengannya walaupun sudah
ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu
Zuraida. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor telah bertunang dan bekerja
secara kontrak selama sebulan sahaja.
Hartini Noor telah berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik
Farid dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleh
Hartini sangat halus. Petang itu,
Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja
Hartini. Hartini tetap merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona.
|
BAB 11 BARA DENDAM
Mukhtar berpuas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul
musnah selepas kematian Haji Badrul. Namun, Mukhtar amat marah apabila
mendapat tahu jualan batik keluaran syarikat Rajawali merosot
walaupun komisen diberi 35% kerana batik moden kini menambat hati pengguna.
Mokhtar mengganggap Farid, budak mentah tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan
masalah syarikat arwah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula risau apabila
mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik-baik dengan
Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya
kerana menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan
haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik moden keluaran
syarikat Farid. Zuraida mula terfikir, mungkin Mukhtar dalang kepada
kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula telah
mendapat surat layang sehingga ibunya berazam melaporkan hal itu kepada pihak
polis. Farid tidak takut kerana menyedari ugutan tersebut disebabkan kilangnya
berupaya menghasilkan corak lebih moden.
|
BAB 12 SAMSENG
Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada
Zuraida yang ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting. Farid
tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid bahawa ada
orang mengugut untuk merobohkan gerainya jika dia menjual batik moden
syarikat Farid. Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke
rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu Zuraida
suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida
tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan rasa bersalah kerana
hubungannya dengan Zuraida telah menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya
hampir sama dengan surat layang yang pernah Farid terima.
Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat kekacauan dengan
mendakwa kononnya Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya
yang dirampas oleh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan
meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi dikasari, Masri cuba membantu tetapi
Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri sebelum melarikan diri. Pak Nik
bercadang untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
|
BAB 13 API
Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di
bangsal batik baharunya. Tiga lembaga lari meninggalkan kawasan itu dengan sebuah
kereta. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat
pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba
datang. Farid merasa sedih melihat bangsal batik moden yang dibinanya tidak
sampai sebulan musnah dan sebahagian besarnya tinggal rangka. Siasatan
mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan abangnya
bahawa kebakaran bangsal batik modennya ada kaitan dengan ugutan surat layang
yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak
Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid supaya
menerima takdir Tuhan. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan.
Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti
biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran
Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang dan
kekacauan oleh Mahmood. Pada waktu tengah hari, Zuraida datang melawat
Keluarga Farid. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat
Batik Rajawali sebagai punca segala-galanya.
|
BAB 14 OMBAK
Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia
didakwa mengupah tiga orang samseng membakar bangsal batik moden syarikat
Farid. Tiga hari kemudian, Encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura menyatakan
dia juga menerima ugutan sejak berbaik-baik dengan Farid. Encik
Mokhsein menyatakan punca segalanya berlaku kerana sifat hasad dengki. Encik
Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura
dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran syarikat Farid. Selain
itu, Encik Mokhsein merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukan
kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Farid terhutang
budi dengan Encik Mokhsein, Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu.
Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran
perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar
didapati bersalah dan akan meringkuk selama tiga tahun dalam penjara di
Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik dan
hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf.
Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor
di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa dia
masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran dahulu.
TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.
PERSOALAN:
1) Cabaran
dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam
menguruskan perniagaan batik milik keluarganya.
2) Ketabahan
dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan
Syarikat Batik Nusantara.
3) Kasih
sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan
dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan
perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab
mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak
mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.
4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang
lain.
Contohnya: Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid. Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.
5) Kepentingan
ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung
minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA,
MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.
6) Sikap
suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.
7) Persaingan
dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah mensabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.
Binaan Plot
Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa seperti
tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik
Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Farid berasa
resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan
perniagaan tersebut. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang
pengurusan syarikat keluarga Farid. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana
kemahiran dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayah Farid.
Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca
kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa ayahnya meninggal dunia akibat
terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun, Farid berpendapat bahawa kematian
ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan Tuhan. Farid sendiri tahu
bahawa ayahnya menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya
seperti memberi amanah kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya
itu, lebih-lebih lagi abangnya, Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting
untuk memulihkan perniagaan keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom
dalam menguruskan perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid
bertanggungjawab meninjau bangsal para pekerjanya mencanting batik. Farid berasa risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk
menghasilkan batik semakin berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka
tidak laku dan melambak di pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang
syarikat itu kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi
masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan
pekerjanya dan keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk
memajukan syarikat batik itu seperti memperbesar bangsal dan menghasilkan
batik moden. Mokhsein dan Hartini memainkan peranan yang penting dalam
penghasilan batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini,
batik bercorak moden berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah
dipelbagaikan.
Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat
Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat
sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap Farid dan dia juga
telah mendesak Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran
syarikat Farid di gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang
berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood
telah datang ke bangsal batik Farid dan dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan
itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka
Mahmood.
Puncak
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh
orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid berusaha memadamkan api tetapi
usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal batik moden. Selepas siasatan
dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian
itu.
Peleraian
Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali
ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangunan
bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf kepada Farid atas perbuatan pakciknya itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.
|
29 comments:
Nice!
terimakasih .. saya ambil sebagai rujukan ya
terima kasih.. disebabkan sinopsis ini, saya tidak dimarahi oleh cikgu
moga PT3 STRAIGT AS
kena buat komik π’π’π’π’π
Terima Kasih aok.....
kenapa tunggang terbalik ayat dan tatabahasa sinopsis ni. tolong diperbetulkan
Terima kasih.
wow
tq atas perkongsian...semoga sentiasa diberkati...
Terima kasih atas perkongsian....dengan ini saya hnya perlu meniru daripada memerah otak berjam-jam....wajarlah penggunaan fon di sekolah...hehehπ
Alhamdulillah terima kasih atas rujukannya
Terima kasih. Ini amat membantu saya untuk menyiapkan assessment .
Terima kasih kerana membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Jadikan ini sebagai rujukan.
tq atas perkongsian
Tq!!!
Sinopsis ni lengkap...huraian pun bagus cuma penat menulis hahahahha
tq bosq <3
Terima kasih.ini dapat membantu saya untuk menyiapkan homework
walaupun saya ni tidak berapa pandai dalam bm tapi kenapa ayat dalam sinopsis ni tunggang terbalik
Terima kasih.
rujukan yg sgt berguna semasa ujian
Terima kasih banyak2 kerana beri saya nota iniπ
Yeah homework siap!ππ
THANKS BGI SINOPSIS YANG RINGKAS......THANK YOU SO MUCH
terima kasih sebab bgi nota iniππππππ❤❤❤❤❤❤❤❤πππππππππππ
π
tq
Baguslah sama macam valt
thanks for your help
Post a Comment