06/01/2017

HEMPASAN OMBAK (ZAILIANI BIN TASLIM)

NOVEL TINGKATAN 3: HEMPASAN OMBAK (ZAILIANI BIN TASLIM)

SINOPSIS
BAB 1 WARISAN?
Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga. Farid kerap ingat akan pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan ibarat roda yang penuh   cabaran. Farid tetap berfikir mampukah dirinya yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik ayahnya yang kian malap akibat hutang yang banyak. Farid tidak akan mengharapkan ibunya, Hajah Zaoyah (56 tahun) untuk menanggung beban itu, sedangkan abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Seorang lagi abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya Hanisyah dan Hisyam masih mentah justeru Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah seorang kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

BAB 2 MENGGAPAI AWAN 
Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Menurut doktor, ayahnya mengalami barah dalam perut (Hypertension). Walaupun ada yang menyatakan ayahnya disantau, Farid menerima sebagai takdir Allah. Farid menyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam  perniagaan. Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik). Menurut Pak Nik kuota pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang manakala batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Pak Nik menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak yang mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid menuntut bayaran daripada ejen yang masih berhutang.

BAB 3 TITIAN NIAGA
Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyah makan malam bersama sambil bercerita tentang banyak perkara. Hajah Zaoyah menyedari bahawa Farid semakin kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Hajah Zaoyah dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya. Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana hanya itu peninggalan ayahnya justeru ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.

BAB 4 AZAM USAHAWAN MUDA
Farid pagi-pagi lagi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan saiz tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak muda yang mempunyai keazaman tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber, berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang menjual mi. Kawan-kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dengan industri batiknya. Dalam mesyuarat Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping menjalankan promosi efektif. Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan aset kurang produktif hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.

BAB 5 LANGKAH PERTAMA
Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan Encik Mokhsein. Farid dilayan baik oleh Encik Mokhsein, seorang yang suka merendah diri dan mempunyai gaya hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid, anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh. Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta pelibatan orang Melayu khususnya dalam DEB. Encik Mokhsein berterus-terang bahawa Haji Badrul banyak mengajarnya selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik Nusantara milik keluarga Farid. Pendapat Encik Mokhsein sama dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain akan kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi saingan perusahaan batik lain, Encik   Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik.

BAB 6 ILHAM DARIPADA ZURAIDA
Zuraida rakan sekelas Farid sejak tingkatan satu terkejut oleh kedatangan Farid ke kedainya. Farid kagum dengan kegigihan Zuraida membantu keluarganya menjalankan perniagaan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan stesen bas lama. Ketika zaman persekolahan sambil membantu ibunya berniaga [sementara menunggu pelanggan datang] Zuraidah mencuri-curi untuk belajar. Zuraida tetap merendah diri dan mengatakan   perniagaannya di kaki lima itu kecil dan tidak sehebat perusahaan Farid. Zuraida menyatakan bahawa dalam perniagaan dia banyak bermodalkan petua ibunya supaya sabar dan bermanis muka melayan pelanggan.  Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus, dia tetap berbual-bual dengan Farid. Setelah balik ke pejabat, Farid bercerita kepada Kak Tom tentang pertemuannya dengan Encik Mokhsein dan Zuraida. Menurut Farid, Zuraida dan Encik Mokhsein  merupakan usahawan yang gigih dan perlu dicontohi.

BAB 7  BATIK, CINTA
Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail, seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, dan menyatakan bahawa dia tidak menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah berjaya menjadi tauke besar. Farid merendah diri sambil mengatakan dia menghadapi krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa mengharapkan balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual di kedainya. Farid menceritakan syarikatnya tidak dapat modal pusingan kerana ada ejen yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran lebih meluas, dan mampu bersaing serta menenuhi cita rasa pelanggan terkini. Zuraida  memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat Malaysia. Selesai makan dan menuju ke kedai Zuraida, Farid merasakan hatinya  ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.

BAB 8  CORAK BAHARU
Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang agak moden. Zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan Encik Mokhsein bagi memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang, Encik Mokhsein memuji Farid kerana usahawan yang hendak dilahirkan oleh DEB perlu berdaya saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawan Melayu muflis ekoran masalah-masalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju projek “Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut Encik Mokhsein, walaupun Farid lepasan SPM yang masih muda tetapi berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.  Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, Encik Mokhsein kerap bertanyakan perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik tradisi cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.

BAB 9    BATIK SUMBER REZEKI
Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran tertegaknya bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya, Hartini Noor, graduan seni reka fabrik lepasan UITM yang kemudiannya melanjutkan pelajaran di sebuah akademi seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasaan cemburu Zuraida sehingga dia meninggalkan majlis tersebut. Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sebagai pekerja bagi mengurangkan kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang  pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung) serta pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain di samping tidak lupa akan janjinya hendak meletakkan batiknya untuk dijual di gerai Zuraida.

BAB 10   MAAFKAN AKU, EDA
Zuraida terkejut ketika Farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi. Dia tidak menyangka Farid ada masa untuk berjumpa dengannya walaupun sudah ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor telah bertunang dan bekerja secara kontrak selama sebulan sahaja.
Hartini Noor telah berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleh Hartini sangat halus.  Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Hartini tetap merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona.

BAB 11  BARA DENDAM
Mukhtar berpuas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul. Namun, Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu jualan batik keluaran syarikat   Rajawali merosot walaupun komisen diberi 35% kerana batik moden kini menambat hati pengguna. Mokhtar mengganggap Farid, budak mentah tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah syarikat arwah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik-baik dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida mula terfikir, mungkin Mukhtar dalang kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula telah mendapat surat layang sehingga ibunya berazam melaporkan hal itu kepada pihak polis. Farid tidak takut kerana menyedari ugutan  tersebut disebabkan kilangnya berupaya menghasilkan corak lebih moden.

BAB 12  SAMSENG
Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida yang ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid bahawa ada orang mengugut untuk merobohkan gerainya jika dia menjual batik moden syarikat Farid. Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan rasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida telah menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang yang pernah Farid terima.
Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat kekacauan dengan mendakwa kononnya Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas oleh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi dikasari, Masri cuba membantu tetapi Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri sebelum melarikan diri. Pak Nik bercadang untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

BAB 13  API

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik baharunya. Tiga lembaga lari meninggalkan kawasan itu dengan sebuah kereta. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat   pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bangsal batik moden yang dibinanya tidak sampai sebulan musnah dan sebahagian besarnya tinggal rangka. Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bangsal batik modennya ada kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid supaya menerima takdir Tuhan. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Pada waktu tengah hari, Zuraida datang melawat Keluarga Farid. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali sebagai punca segala-galanya.

BAB 14  OMBAK
Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah tiga orang samseng membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari kemudian, Encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura menyatakan dia juga menerima ugutan sejak   berbaik-baik dengan Farid. Encik Mokhsein menyatakan punca segalanya berlaku kerana sifat hasad dengki. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran syarikat Farid. Selain itu, Encik Mokhsein merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan Encik Mokhsein, Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran  perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk selama tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik  dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran dahulu. 


TEMA:

Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1)  Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya. 

2)  Ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara. 

3)  Kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya: Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid. Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.

5)  Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.

7)  Persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah mensabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.



Binaan Plot

Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa seperti tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Farid berasa resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan perniagaan tersebut. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang pengurusan syarikat keluarga Farid. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana kemahiran dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayah Farid.

Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun, Farid berpendapat bahawa kematian ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan Tuhan. Farid  sendiri tahu bahawa ayahnya menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi amanah kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih lagi abangnya, Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan perniagaan keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid bertanggungjawab meninjau bangsal para pekerjanya mencanting batik. Farid berasa risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik semakin berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan melambak di pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang syarikat itu kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat batik itu seperti memperbesar bangsal  dan menghasilkan batik moden. Mokhsein dan Hartini memainkan peranan yang penting dalam penghasilan batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini, batik bercorak moden berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.

Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap Farid dan dia juga telah mendesak Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bangsal batik Farid dan dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood.

Puncak
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal batik moden. Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Peleraian
Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf kepada Farid atas perbuatan pakciknya itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.





29 comments:

dinouse said...

Nice!

Unknown said...

terimakasih .. saya ambil sebagai rujukan ya

Unknown said...

terima kasih.. disebabkan sinopsis ini, saya tidak dimarahi oleh cikgu

Unknown said...

moga PT3 STRAIGT AS

Unknown said...

kena buat komik πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ‰

Unknown said...

Terima Kasih aok.....

sulili@labare.com said...

kenapa tunggang terbalik ayat dan tatabahasa sinopsis ni. tolong diperbetulkan

ayaHUda said...

Terima kasih.

zul pewpew said...

wow

Unknown said...

tq atas perkongsian...semoga sentiasa diberkati...

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian....dengan ini saya hnya perlu meniru daripada memerah otak berjam-jam....wajarlah penggunaan fon di sekolah...hehehπŸ‘Œ

Unknown said...

Alhamdulillah terima kasih atas rujukannya

ereyenmyworld said...

Terima kasih. Ini amat membantu saya untuk menyiapkan assessment .

Unknown said...

Terima kasih kerana membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Jadikan ini sebagai rujukan.

Unknown said...

tq atas perkongsian

Harith Badlishah,Farez,Akmal,Fariz,Naufal said...

Tq!!!

Unknown said...

Sinopsis ni lengkap...huraian pun bagus cuma penat menulis hahahahha

S A N A said...

tq bosq <3

Unknown said...

Terima kasih.ini dapat membantu saya untuk menyiapkan homework

Unknown said...

walaupun saya ni tidak berapa pandai dalam bm tapi kenapa ayat dalam sinopsis ni tunggang terbalik

ayaHUda said...

Terima kasih.

Maryealle Jezebelle said...

rujukan yg sgt berguna semasa ujian

Unknown said...

Terima kasih banyak2 kerana beri saya nota iniπŸ‘

Unknown said...

Yeah homework siap!πŸ˜†πŸ˜„

Ikhwan Hensem said...

THANKS BGI SINOPSIS YANG RINGKAS......THANK YOU SO MUCH

Unknown said...

terima kasih sebab bgi nota iniπŸ˜πŸ˜—πŸ˜—πŸ˜šπŸ˜šπŸ˜š❤❤❤❤❤❤❤❤πŸ˜‡πŸ–’πŸ–’πŸ–’πŸ–’πŸ–’πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
πŸ˜—

Unknown said...

tq

Unknown said...

Baguslah sama macam valt

Unknown said...

thanks for your help