NOVEL TINGKATAN 3
Tema
Perjuangan dalam bidang kesukanan
yang menuntut pengorbanan yang besar.
Buktinya, Syahir pemain nombor 15
dalam ranking dunia terpaksa melakukan pengorbanan yang besar demi
merealisasikan hasratnya untuk bergelar juara dunia dalam sukan badminton. Syahir
terpaksa berangkat ke Jakarta untuk bertanding dalam Kejohanan Badminton
Antarabangsa meskipun pada masa yang sama emaknya sedang terlantar di hospital.
Keputusannya itu menyebabkan Kak Ngah Syahir menuduhnya sebagai anak yang
mementingkan diri sendiri.
Selain itu, Syahir juga terpaksa
menangguhkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) demi mencapai
cita-citanya itu. Berkat pengorbanannya itu, perjuangan Syahir untuk bergelar
juara dunia dalam sukan badminton menjadi kenyataan.
Persoalan
Ketaatan pada perintah Tuhan
|
Syahir sangat menjaga solat semasa latihan
mahupun pertandingan. Dia juga akan berpakaian menutup aurat semasa bermain
badminton.
|
Ketabahan menghadapi dugaan
|
Syahir tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam
usahanya bergelar juara dunia dalam permainan badminton.
|
Sukan sebagai elemen perpaduan
|
Syahir mengaku bahawa sukan merupan alat yang
dapat menyuntik elemen perpaduan dalam masyarakat.
|
Kepentingan menuntut ilmu
|
Syahir mengakui kepentingan menuntut ilmu dalam
kehidupan seseorang insan.
|
Kewajipan menutup aurat
|
Syahir sentiasa menjaga auratnya dalam berpakaian
semasa latihan mahupun pertandingan.
|
Kasih sayang anak kepada emaknya
|
Syahir telah membatalkan penerbangannya bersama
rakan-rakan ke Johor Bahru disebabkan emaknya tidak sihat.
|
Ketidakadilan dalam pengadilan
|
Syahir kecundang di tangan Syed Amiri dalam
Terbuka Johor kerana pengadilan yang tidak telus dan berat sebelah. Dia turut
berhadapan dengan insiden yang sama ketika berada dalam pertandingan akhir di
Jakarta
|
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Saya
(Syahir)
1. Anak bongsu (hal.13)
2. Seorang ahli sukan
3. Seorang yang mementingkan syariat
- digelar ustaz – Contoh : Panggilan
"Ustaz" sudah lali dengan saya. (hal.26)
4. Seorang
yang gemar membaca atau menonton televisyen ketika makan (hal.10)
5. Seorang
yang pandai menjaga hati ibu – Contoh : Meskipun agak kenyang, demi menjaga hati
emak yang bersungguh-sungguh memasak, sepotong ikan patin yang dimasak lemak
cili api saya ratah (hal.12)
6. Seorang yang berpegang kepada janji/wasiat – Contoh
: Dia mau semua anaknya berjaya, berijazah, dan berilmu. Peringatan itu sering
diulang oleh emak yang setia menjadi penyambung lidah abah...Tidak pernah saya
ghaflah akan wasiat arwah abah yang satu ini. Kekal saya genggam hingga kini.
(hal.14)
7. Seseorang yang mementingkan ilmu – Contoh : Jadual
latihan yang terlalu ketat dan sering bertindan dengan tuntutan pengajian
memaksa saya memilih salah satu buat masa ini tetapi untuk berhenti belajar
terus, tidak sekali-kali. (hal.15)
Menuntut ilmu itu kan wajib. (hal.36)
8. Seorang yang berhati waja/ Seorang yang teguh
pendirian – contoh : Alasan abah, sukan mengganggu pelajaran, tetapi hati saya
tetap waja. Pendirian saya tetap teguh. (hal.18)
9. Pernah bergelar juara remaja kebangsaan
ketika berusia 16 tahun. (hal.18)
10. Seorang yang bersyukur- Contoh: Syukur. Kini
wasiat abah masih saya pelihara. (hal.19)
11. Seorang
pemain muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa.
(hal.19)
12. Seorang
yang suka membaca - Contoh: Kesibukan yang menghambat diri akhir- akhir ini menyebabkan
rutin membaca saya terganggu. (hal.30)
13. Seorang
yang mudah simpati - Contoh: Hati saya hiba menyaksikan nasib umat Islam yang diganyang
musuh di tanah tumpah darah sendiri.Simpati saya merembes. (hal.32)
14. Seorang
yang berlatarbelakangkan keluarga yang memang kuat beragama - Contoh: Bapa saya
seorang ustaz. Kedua-dua abang saya juga ustaz. (hal.35)
15. Seorang
yang sangat menghormati orang lain- Contoh: Hingga kini.saya kekal
menghormatinya sebagai abang. (hal.49)
16. Seorang
yang taat akan perintah Tuhan- Contoh: Rasanya gelaran itu berkait rapat dengan
cara saya berpakaian ketika beraksi di gelanggang. Mungkin juga tegal saya
sangat menjaga waktu solat ketika latihan atau pertandingan. (hal.36)
17. Seorang
yang mempunyai beberapa kelebihan yang dicemburui kawan dan lawan. (hal.47)
18. Seorang
yang mempunyai kesungguhan- Contoh: "Kesungguhan Abang Syahir dalam mempertahankan
prinsip." (hal.57)
19. Seorang
yang tegas- Contoh: u...Naj tabik dengan ketegasan abang untuk
berpakaian menutup aurat ketika bermain." (hal.57)
Watak Sampingan
1. Haji
Marzuki
§
Jurulatih
berpengalaman, berwibawa dan bertaraf dunia (hal.7)
§
Seorang
yang pandai membaca gerak hati .(hal.21)
§
Seorang
yang penyabar (hal.25)
§
Bekas
juara terbuka Malaysia sebanyak tiga kali, (hal.45)
§
Bekas
naib juara dunia dua kali.(hal.47)
§
Seorang
yang suka memberi nasihat dan motivasi. (hal.46)
§
Seorang
yang penyabar.(hal.46)
§
Seorang
yang baik hati. (hal.47)
§
Seorang
yang berkeyakinan tinggi. (hal.47)
2. Kak
Uda Syarizah
§
Kakak
kepada Syahir (saya)
§
Pegawai
perubatan di Hospital Kebangsaan Malaysia (hal.12)
§
Seorang
yang mengambil berat -Contoh: Kak Udalah yang paling banyak
§
mengambil
berat tentang saya.(hal.13)
§
Seorang
yang sangat memahami - Contoh: Kak Uda seperti biasa menyokong saya. Memang
kakak yang cukup memahami.(hal.15)
3. Engku
Aiman
§
Ketua
jurulatih
§
Berusia
pertengahan empat puluhan (hal.4)
§
Seorang
yang suka menyindir
§
Seorang
yang tegas
4. Wan
Najlah
§
Adik
Wan Najhan
§
Seorang
gadis yang tinggi lampai (hal.36)
§
Pemain
muda perseorangan badminton wanita
§
Seorang
yang periang dan ada harinya pendiam. (hal.26)
§
Seorang
yang gemar mengusik jika berada di sisi abangnya (hal.26)
§
Seorang
yang tidak tahan diusik (hal.28)
§
Seorang
yang agak emosional (hal 55)
Latar
Latar Tempat
1. Dewan
latihan
Contoh
: Tempat skuad kebangsaan badminton berlatih di bawah ketua jurulatih (Engku
Aiman) dan jurulatih (Haji Marzuki dan Mas Suparman) - mengandungi lima
gelanggang badminton. (hal.43)
2. Rumah
sewa
Contoh
: Sejak tinggal menyewa bersama-sama Wan Najhan dan Nik Shahnizam berhampiran
kompleks sukan. (hal.12)
3. Rumah
emak di Bandar Baru Bangi
Contoh
: Syahir pulang untuk menikmati makan malam bersama dengan Kak Uda Syarizah dan
emaknya. (hal.10-11)
4. Restoran
48 Jam
Contoh
: Sebelum pulang ke rumah ,kami singgah makan tengah hari di Restoran 48 Jam.
(hal.25)
5. Taman
tasik
Sesudah
solat subuh, saya harus keluar berlari mengelilingi taman tasik beberapa pusingan
seperti biasa. (hal.55)
6. Taman
Shamelin Perkasa, pejabat Azmie
Contoh
: Syahir berjumpa dengan Azmie dan empat orang pelajar UITM dan merakamkan
gambar bersama-sama dengan artis, Ratna.
7. Stadium
Badminton Istora Senayan, Jakarta
Contoh
: Tempat pertandingan Kejohanan Badminton Antarabangsa
8. Hotel
- 15 minit ke Istora Senayan, tempat penginapan pemain-pemain badminton negara
9. Lapangan
Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta
Contoh
: Sewaktu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Haji Marzuki
mengusikku, beliau membisikkan kata sakti ke telingaku. (hal.131)
10. Hospital
Universiti
Contoh
: Emak dirawat di sini setelah diserang angin ahmar. Saya, Wan Najhan dan Nik
Shahnizam menziarahi emak sebelum berangkat ke Jakarta, (hal. 128)
Latar Masa
1. Pukul
7:30 pagi
Contoh:
Semua pemain kebangsaan menjalani latihan pada pukul 7:30 pagi (hal.4)
2. Lebih
setahun
Contoh:
Rasanya lebih setahun saya menangguhkan pengajian di Jabatan Pengajian Sukan di
UPM, Serdang. (hal.15)
3. Malam
Contoh:
Hidangan malam ini memang kegemaran saya. (hal. 12)
Syahir
makan malam bersama-sama dengan Kak Uda dan emaknya.
Malam
ini latihan berlangsung macam biasa. (hal.52)
4. Lima
tahun yang lalu
Contoh:
gambar usrah kami tujuh beranak yang diambil semasa hari raya puasa hampir lima
tahun yang lalu. (hal.16)
5. Tengah
hari
Contoh:
Syahir dan Wan Najhan makan tengah hari di Restoran 48 Jam. Mereka bertemu
dengan adik Wan Najhan, iaitu Wan Najlah. (hal.25)
6. Pukul
11:10 malam
Contoh
: Saya hidupkan televisyen yang hanya sempat saya tonton pada waktu-waktu
begini. Buletin Dunia sedang ke udara.
7. Pukul
8:30 pagi
Contoh:
Saya dan Bernard meneruskan latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki. (hal.43)
Latar Masyarakat
1. Masyarakat
pemain badminton
2. Masyarakat
yang tabah
3. Masyarakat
yang bersemangat kental
4. Masyarakat
yang bersungguh-sungguh
5. Masyarakat
yang berkeyakinan tinggi
6. Masyarakat
yang tegas dalam mempertahankan prinsip
7. Masyarakat
yang penyayang
8. Masyarakat
yang insaf
9. Masyarakat
yang hormat-menghormati
10. Masyarakat
yang bersatu padu
11. Masyarakat
yang bertanggungjawab
Nilai
1. Kesungguhan
2. Ketabahan
3. Keyakinan
4. Kasih
sayang
5. Hormat-
menghormati
6. Nasihat-menasihat
7. Bersatu
padu
8. Keinsafan
9. Baik
hati
10. Keberanian
11. Ketaaatan
Pengajaran
1. Kita
mestilah bersungguh-sungguh dalam mempertahankan prinsip.
Contoh;
Syahir bersungguh-sungguh dalam mempertahankan syariat Islam.
2. Kita
mestilah tabah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Contoh:
Syahir tetap tabah menghadapi sindiran daripada Engku Aiman dan Syed Amiri.
3. Kita
mestilah yakin dengan keputusan yang telah dibuat.
Contoh:
Haji Marzuki yakin dengan keputusannya untuk memilih Syahir bagi menggantikan
Gopinath ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
4. Kita
mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contoh:
Syahir
sangat menyayangi emak dan arwah abahnya.
5. Kita
mesti hormat-menghormati antara satu sama lain.
Contoh:
Syahir amat menghormati Syed Amiri, walaupun Syed Amiri suka menyindirnya.
6. Kita
mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.
Contoh:
Haji Marzuki sentiasa menasihati Syahir agar menerima keputusan pihak atasan
yang mahu memilih pemain badminton berdasarkan prestasi semasa.
7. Kita
mestilah bersatu padu dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Contoh:
Syahir menganggap sukan wadah untuk perpaduan kerana dia dapat memupuk
perpaduan dengan teman-teman seperjuangannya iaitu, Kam Heng, Gopinath, dan
Bernard.
8. Kita
mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
Contoh:
Wan Najlah memohon maaf atas sikapnya di Restoran 48 Jam.
9. Kita
mestilah berani mempertahankan pendirian kita.
Contoh:
Syahir berani mempertahankan pendiriannya yang berpakaian menutup aurat ketika
di gelanggang.
10. Kita
mestilah taat akan perintah Tuhan.
Contoh:
Syahir taat akan perintah Tuhan, dia amat menjaga solat semasa latihan dan
pertandingan.
11. Kita
mestilah berpegang kepada janji.
Contoh:
Syahir tetap berpegang kepada janji dengan arwah abahnya, yang mahu dia
memelihara syariat Islam dalam bersukan.
12. Kita
mestilah bijak mengawal emosi kita.
Contoh:
Syahir terlalu mengikut perasaannya sehingga tidak dapat mengawal emosinya. Keadaan
ini telah menyebabkan dia kalah kepada Syed Amiri dalam Kejohanan Terbuka
Johor.
23 comments:
plot x dk ka??
Terbaiklah
Terbaiklah
Nilai justeru impian di jaring
ada tak watak sampingan yang tidak berapa dapat perhatian tetapi mempunyai contoh perwatakan?
terima kasih cikgu..sangat membantu....semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang berpanjangan.....
Kalau dia mintak 'kompleks sukan' tu tempat latihan syahir ke apa ek?
aah
Macam mana nak download ni.
Terbaikk 💐
Terbaiklahh😄
Terbaik😘
👍👍
😂
Terima kasih
Contoh watak pwrwatakan
Tak de
Tidak pasti
Sama sama.amin
Betul la tu
Sama sama
Ada kat atas tu
unsur positif tk da ka
Post a Comment