05/01/2017

JUSTERU IMPIAN DI JARING - ZAID AKHTAR [ANALISIS]


NOVEL  TINGKATAN 3


Tema
Perjuangan dalam bidang kesukanan yang menuntut pengorbanan yang besar.
Buktinya, Syahir pemain nombor 15 dalam ranking dunia terpaksa melakukan pengorbanan yang besar demi merealisasikan hasratnya untuk bergelar juara dunia dalam sukan badminton. Syahir terpaksa berangkat ke Jakarta untuk bertanding dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa meskipun pada masa yang sama emaknya sedang terlantar di hospital. Keputusannya itu menyebabkan Kak Ngah Syahir menuduhnya sebagai anak yang mementingkan diri sendiri.
Selain itu, Syahir juga terpaksa menangguhkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) demi mencapai cita-citanya itu. Berkat pengorbanannya itu, perjuangan Syahir untuk bergelar juara dunia dalam sukan badminton menjadi kenyataan.

Persoalan

Ketaatan pada perintah Tuhan
Syahir sangat menjaga solat semasa latihan mahupun pertandingan. Dia juga akan berpakaian menutup aurat semasa bermain badminton.
Ketabahan menghadapi dugaan
Syahir tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam usahanya bergelar juara dunia dalam permainan badminton.
Sukan sebagai elemen perpaduan
Syahir mengaku bahawa sukan merupan alat yang dapat menyuntik elemen perpaduan dalam masyarakat.
Kepentingan menuntut ilmu
Syahir mengakui kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan seseorang insan.
Kewajipan menutup aurat
Syahir sentiasa menjaga auratnya dalam berpakaian semasa latihan mahupun pertandingan.
Kasih sayang anak kepada emaknya
Syahir telah membatalkan penerbangannya bersama rakan-rakan ke Johor Bahru disebabkan emaknya tidak sihat.
Ketidakadilan dalam pengadilan
Syahir kecundang di tangan Syed Amiri dalam Terbuka Johor kerana pengadilan yang tidak telus dan berat sebelah. Dia turut berhadapan dengan insiden yang sama ketika berada dalam pertandingan akhir di Jakarta


Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Saya (Syahir)
1.    Anak bongsu (hal.13)
2.    Seorang ahli sukan
3.    Seorang yang mementingkan syariat
     - digelar ustaz – Contoh : Panggilan "Ustaz" sudah lali dengan saya. (hal.26)
4.    Seorang yang gemar membaca atau menonton televisyen ketika makan (hal.10)
5.    Seorang yang pandai menjaga hati ibu – Contoh : Meskipun agak kenyang, demi menjaga hati emak yang bersungguh-sungguh memasak, sepotong ikan patin yang dimasak lemak cili api saya ratah (hal.12)
6.    Seorang yang berpegang kepada janji/wasiat – Contoh : Dia mau semua anaknya berjaya, berijazah, dan berilmu. Peringatan itu sering diulang oleh emak yang setia menjadi penyambung lidah abah...Tidak pernah saya ghaflah akan wasiat arwah abah yang satu ini. Kekal saya genggam hingga kini. (hal.14)
7.    Seseorang yang mementingkan ilmu – Contoh : Jadual latihan yang terlalu ketat dan sering bertindan dengan tuntutan pengajian memaksa saya memilih salah satu buat masa ini tetapi untuk berhenti belajar terus, tidak sekali-kali. (hal.15)  Menuntut ilmu itu kan wajib. (hal.36)
8.    Seorang yang berhati waja/ Seorang yang teguh pendirian – contoh : Alasan abah, sukan mengganggu pelajaran, tetapi hati saya tetap waja. Pendirian saya tetap teguh. (hal.18)
9.    Pernah bergelar juara remaja kebangsaan ketika berusia 16 tahun. (hal.18)
10.   Seorang yang bersyukur- Contoh: Syukur. Kini wasiat abah masih saya pelihara. (hal.19)
11.   Seorang pemain muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa. (hal.19)
12.   Seorang yang suka membaca - Contoh: Kesibukan yang menghambat diri akhir- akhir ini menyebabkan rutin membaca saya terganggu. (hal.30)
13.   Seorang yang mudah simpati - Contoh: Hati saya hiba menyaksikan nasib umat Islam yang diganyang musuh di tanah tumpah darah sendiri.Simpati saya merembes. (hal.32)
14.   Seorang yang berlatarbelakangkan keluarga yang memang kuat beragama - Contoh: Bapa saya seorang ustaz. Kedua-dua abang saya juga ustaz. (hal.35)
15.   Seorang yang sangat menghormati orang lain- Contoh: Hingga kini.saya kekal menghormatinya sebagai abang. (hal.49)
16.   Seorang yang taat akan perintah Tuhan- Contoh: Rasanya gelaran itu berkait rapat dengan cara saya berpakaian ketika beraksi di gelanggang. Mungkin juga tegal saya sangat menjaga waktu solat ketika latihan atau pertandingan. (hal.36)
17.   Seorang yang mempunyai beberapa kelebihan yang dicemburui kawan dan lawan. (hal.47)
18.   Seorang yang mempunyai kesungguhan- Contoh: "Kesungguhan Abang Syahir dalam mempertahankan prinsip." (hal.57)
19.   Seorang yang tegas- Contoh: u...Naj tabik dengan ketegasan abang untuk berpakaian menutup aurat ketika bermain." (hal.57)

Watak Sampingan
1.    Haji Marzuki
§   Jurulatih berpengalaman, berwibawa dan bertaraf dunia (hal.7)
§   Seorang yang pandai membaca gerak hati .(hal.21)
§   Seorang yang penyabar (hal.25)
§   Bekas juara terbuka Malaysia sebanyak tiga kali, (hal.45)
§   Bekas naib juara dunia dua kali.(hal.47)
§   Seorang yang suka memberi nasihat dan motivasi. (hal.46)
§   Seorang yang penyabar.(hal.46)
§   Seorang yang baik hati. (hal.47)
§   Seorang yang berkeyakinan tinggi. (hal.47)

2.    Kak Uda Syarizah
§   Kakak kepada Syahir (saya)
§   Pegawai perubatan di Hospital Kebangsaan Malaysia (hal.12)
§   Seorang yang mengambil berat -Contoh: Kak Udalah yang paling banyak 
§   mengambil berat tentang saya.(hal.13)
§   Seorang yang sangat memahami - Contoh: Kak Uda seperti biasa menyokong saya. Memang kakak yang cukup memahami.(hal.15)

3.    Engku Aiman
§   Ketua jurulatih
§   Berusia pertengahan empat puluhan (hal.4)
§   Seorang yang suka menyindir
§   Seorang yang tegas

4.    Wan Najlah
§   Adik Wan Najhan
§   Seorang gadis yang tinggi lampai (hal.36)
§   Pemain muda perseorangan badminton wanita
§   Seorang yang periang dan ada harinya pendiam. (hal.26)
§   Seorang yang gemar mengusik jika berada di sisi abangnya (hal.26)
§   Seorang yang tidak tahan diusik (hal.28)
§   Seorang yang agak emosional (hal 55)

Latar
Latar Tempat
1.    Dewan latihan
     Contoh : Tempat skuad kebangsaan badminton berlatih di bawah ketua jurulatih (Engku Aiman) dan jurulatih (Haji Marzuki dan Mas Suparman) - mengandungi lima gelanggang badminton. (hal.43)
2.    Rumah sewa
     Contoh : Sejak tinggal menyewa bersama-sama Wan Najhan dan Nik Shahnizam berhampiran kompleks sukan. (hal.12)
3.    Rumah emak di Bandar Baru Bangi
     Contoh : Syahir pulang untuk menikmati makan malam bersama dengan Kak Uda Syarizah dan emaknya. (hal.10-11)
4.    Restoran 48 Jam
     Contoh : Sebelum pulang ke rumah ,kami singgah makan tengah hari di Restoran 48 Jam. (hal.25)
5.    Taman tasik
     Sesudah solat subuh, saya harus keluar berlari mengelilingi taman tasik beberapa pusingan seperti biasa. (hal.55)
6.    Taman Shamelin Perkasa, pejabat Azmie
     Contoh : Syahir berjumpa dengan Azmie dan empat orang pelajar UITM dan merakamkan gambar bersama-sama dengan artis, Ratna.
7.    Stadium Badminton Istora Senayan, Jakarta
     Contoh : Tempat pertandingan Kejohanan Badminton Antarabangsa
8.    Hotel - 15 minit ke Istora Senayan, tempat penginapan pemain-pemain badminton negara
9.    Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta
     Contoh : Sewaktu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Haji Marzuki mengusikku, beliau membisikkan kata sakti ke telingaku. (hal.131)
10.   Hospital Universiti
     Contoh : Emak dirawat di sini setelah diserang angin ahmar. Saya, Wan Najhan dan Nik Shahnizam menziarahi emak sebelum berangkat ke Jakarta, (hal. 128)

Latar Masa
1.    Pukul 7:30 pagi
     Contoh: Semua pemain kebangsaan menjalani latihan pada pukul 7:30 pagi (hal.4)
2.    Lebih setahun
     Contoh: Rasanya lebih setahun saya menangguhkan pengajian di Jabatan Pengajian Sukan di UPM, Serdang. (hal.15)
3.    Malam
     Contoh: Hidangan malam ini memang kegemaran saya. (hal. 12)
     Syahir makan malam bersama-sama dengan Kak Uda dan emaknya.
     Malam ini latihan berlangsung macam biasa. (hal.52)
4.    Lima tahun yang lalu
     Contoh: gambar usrah kami tujuh beranak yang diambil semasa hari raya puasa hampir lima tahun yang lalu. (hal.16)
5.    Tengah hari
     Contoh: Syahir dan Wan Najhan makan tengah hari di Restoran 48 Jam. Mereka bertemu dengan adik Wan Najhan, iaitu Wan Najlah. (hal.25)
6.    Pukul 11:10 malam
     Contoh : Saya hidupkan televisyen yang hanya sempat saya tonton pada waktu-waktu begini. Buletin Dunia sedang ke udara.
7.    Pukul 8:30 pagi
     Contoh: Saya dan Bernard meneruskan latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki. (hal.43)

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat pemain badminton
2.    Masyarakat yang tabah
3.    Masyarakat yang bersemangat kental
4.    Masyarakat yang bersungguh-sungguh
5.    Masyarakat yang berkeyakinan tinggi
6.    Masyarakat yang tegas dalam mempertahankan prinsip
7.    Masyarakat yang penyayang
8.    Masyarakat yang insaf
9.    Masyarakat yang hormat-menghormati
10.   Masyarakat yang bersatu padu
11.   Masyarakat yang bertanggungjawab

Nilai
1.    Kesungguhan
2.    Ketabahan
3.    Keyakinan
4.    Kasih sayang
5.    Hormat- menghormati
6.    Nasihat-menasihat
7.    Bersatu padu
8.    Keinsafan
9.    Baik hati
10.   Keberanian
11.   Ketaaatan

Pengajaran
1.    Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam mempertahankan prinsip.
     Contoh; Syahir bersungguh-sungguh dalam mempertahankan syariat Islam.
2.    Kita mestilah tabah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
     Contoh: Syahir tetap tabah menghadapi sindiran daripada Engku Aiman dan Syed Amiri.
3.    Kita mestilah yakin dengan keputusan yang telah dibuat.
     Contoh: Haji Marzuki yakin dengan keputusannya untuk memilih Syahir bagi menggantikan Gopinath ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
4.    Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contoh:
     Syahir sangat menyayangi emak dan arwah abahnya.
5.    Kita mesti hormat-menghormati antara satu sama lain.
     Contoh: Syahir amat menghormati Syed Amiri, walaupun Syed Amiri suka menyindirnya.
6.    Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.
     Contoh: Haji Marzuki sentiasa menasihati Syahir agar menerima keputusan pihak atasan yang mahu memilih pemain badminton berdasarkan prestasi semasa.
7.    Kita mestilah bersatu padu dalam masyarakat majmuk di negara kita.
     Contoh: Syahir menganggap sukan wadah untuk perpaduan kerana dia dapat memupuk perpaduan dengan teman-teman seperjuangannya iaitu, Kam Heng, Gopinath, dan Bernard.
8.    Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
     Contoh: Wan Najlah memohon maaf atas sikapnya di Restoran 48 Jam.
9.    Kita mestilah berani mempertahankan pendirian kita.
     Contoh: Syahir berani mempertahankan pendiriannya yang berpakaian menutup aurat ketika di gelanggang.
10.   Kita mestilah taat akan perintah Tuhan.
     Contoh: Syahir taat akan perintah Tuhan, dia amat menjaga solat semasa latihan dan pertandingan.
11.   Kita mestilah berpegang kepada janji.
     Contoh: Syahir tetap berpegang kepada janji dengan arwah abahnya, yang mahu dia memelihara syariat Islam dalam bersukan.
12.   Kita mestilah bijak mengawal emosi kita.
     Contoh: Syahir terlalu mengikut perasaannya sehingga tidak dapat mengawal emosinya. Keadaan ini telah menyebabkan dia kalah kepada Syed Amiri dalam Kejohanan Terbuka Johor.






23 comments:

Unknown said...

plot x dk ka??

Unknown said...

Terbaiklah

Unknown said...

Terbaiklah

Unknown said...

Nilai justeru impian di jaring

Unknown said...

ada tak watak sampingan yang tidak berapa dapat perhatian tetapi mempunyai contoh perwatakan?

Unknown said...

terima kasih cikgu..sangat membantu....semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang berpanjangan.....

Unknown said...

Kalau dia mintak 'kompleks sukan' tu tempat latihan syahir ke apa ek?

Iman hensem said...

aah

Unknown said...

Macam mana nak download ni.

Unknown said...

Terbaikk 💐

Unknown said...

Terbaiklahh😄

Unknown said...

Terbaik😘

Unknown said...

👍👍

Unknown said...

😂

Unknown said...

Terima kasih

Unknown said...

Contoh watak pwrwatakan

Unknown said...

Tak de

Unknown said...

Tidak pasti

Unknown said...

Sama sama.amin

Unknown said...

Betul la tu

Unknown said...

Sama sama

Unknown said...

Ada kat atas tu

Unknown said...

unsur positif tk da ka