BAHAGIAN A
[25 markah]
[25 markah]
1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Beberapa
orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka
mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.
___________________________________________
(ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej
yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.
___________________________________________
(iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan
buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.
___________________________________________
(iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku
berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Tingkatan
Tiga Kreatif.
___________________________________________
(8 markah)
2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu
kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i)
Bandaraya
itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.
__________________________________________
(ii)
Stem
yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.
__________________________________________
(iii)
Penduduk
di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa
ibunda mereka.
__________________________________________
(3 markah)
3
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah
ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i)
Kami
akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.
Kami
akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.
_______________________________________________
_______________________________________________
(ii)
Pulau
peranginan itu cantik.
Pulau
peranginan itu tidak dijaga dengan baik.
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii)
Murid
itu rajin mengulang kaji pelajaran.
Murid
itu mencapai kejayaan yang cemerlang.
_______________________________________________
_______________________________________________
(iv)
Saya
ada masa pada hujung minggu ini.
Saya
akan menziarahi rakan saya di hospital.
_______________________________________________
_______________________________________________
(v)
Azwana
membaca surat.
Afifah
membaca surat.
Surat
dikirim oleh Bhaga.
_______________________________________________
_______________________________________________
(10 markah)
4 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar
tersebut.
(i)
_____________________________________________
(ii)
_____________________________________________
(4 markah)
BAHAGIAN B
[30 markah]
[30 markah]
5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Adik nak
berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik
meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah
lontaran ayat adik. Selamba.
"Kalau UPSR
pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan tidur?
Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu
merewang?"
"Hoi... Kak
Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi pun,
kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.
Bonda hanya
menggelengkan kepalanya yang beruban.
"Adik...
sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang berilmu
dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.
Adik mendengus
kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.
Ada pendaman
impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah
agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz
Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda
mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.
(Dipetik
daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd Zaki, antologi Harga
Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berdasarkan
petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(ii)
Huraikan
perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii)
Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan
murid suka ponteng sekolah pada masa ini?
(4 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
6 Baca sajak di bawah ini dengan teliti.
Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SAJAK LAUT
Laut ini begitu biru
laut ini begitu luas
laut ini begitu indah.
Betapa bahagianya hati
laut ini membuatku bahagia
laut ini begitu tenang
begitu kaya.
Kulihat pasir putih
kulihat kerang
kurasakan ombak menyapa kaki
dan kurasakan
angin pantai membelai.
Seorang nelayan jauh di sana
berdiri di atas perahu kecil
menebarkan jala
mencari ikan untuk keluarga.
Burung laut menari-nari di sana
mengepak-ngepakkan sayapnya
begitu gembira mereka bernyanyi
bagai berlumba
dengan nyanyian ombak.
Setengah matahari kulihat di seberang
di seberang laut biru ini
bagai malu-malu ia mengintip
namun dengan setia
memberi sinarnya.
Hai, laut biru
hari ini juga aku nyatakan
kau adalah saudaraku!
ISMAIL SHARIF
(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)
Bagaimanakah
keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(ii)
Nyatakan
contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii)
Pada
pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia
sehingga menjejaskan laut?
(4 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
7 Jawapan
anda hendaklah berdasarkan satu daripada
novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.
(i) 6:20
karya Siti Jasmina Ibrahim
(ii)
Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
(iii)
Merenang Gelora karya Ruslan Ngah
Berdasarkan sebuah novel yang anda telah
kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu
contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.
(10 markah)
BAHAGIAN C
[15 markah]
8 Lihat
gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah
perkataan.
Kitar Semula Bermula daripada Anda!
KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA
·
Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih
·
Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar
·
Menjimatkan
Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah
·
Mengurangkan Kuantiti Sampah
·
Menyelamatkan Hutan
BAHAGIAN
D
[30
markah]
9
Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang
panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
(i) Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta
menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.
Tulis teks ucapan anda itu
selengkapnya.
(ii) Anda dan rakan anda berbual-bual tentang
sikap masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan dari luar negara.
Tulis perbualan antara anda
dengan rakan anda itu.
(iii) Prestasi ahli sukan negara kita semakin
merosot belakangan ini.
Berikan pendapat anda
tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan negara.
22 comments:
mana jawapan bahagian A
ada skema jawapan tak?
ada skema jawapan hantar ke ravin1153@ymail.com
ada skema jawapan tak
takde skema jawapan ke??
tak ade jawapan ke?
Mana jawapan?
Ada dalam post yang seterusnya...
Ada dalam post yang seterusnya...
Ada dalam post yang seterusnya...
Ada dalam post yang seterusnya...
Ada dalam post yang seterusnya...
Ada dalam post yang seterusnya...
mana jawapan?
Bg no phone
Selamat sejahtera cikgu.Saya seorang bakal calon PT3.Saya memerlukan pertolongan cikgu dalam penulisan karangan saya.Terima kasih saya.Alamat e-mail saya: sgananaathaa@yes.my
ini blog yg bagus. saya dapat maklumat utk pt3 isnin minggu depan . thank u so much
aku nak jawapannn
latihan yang bagus untuk pelajar!!!!!!!
ada jawaban untuk bahagian A?
skema untuk bahagian D ada tak???
Post a Comment