29/05/2014
16/05/2014
15/05/2014
SELAMAT HARI GURU.
Terima kasih Cikgu Sharifah.
14/05/2014
SELAMAT HARI GURU 2014
Sekadar renungan, semoga tidak ada dalam kalangan pelajar kita sedemikian rupa. Terima kasih kepada pelukis kerana bukan sahaja lukisan yang cantik tetapi sangat bermakna menjelang sambutan Hari Guru.
Selamat Hari Guru 2014.
12/05/2014
SISTEM BAHASA PT3 (5)
SISTEM BAHASA
a.
Kesalahan
ejaan, iaitu ada beberapa kata yang
seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak
bermakna;
Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya.
cucuk sanggul
i.
Tongkat Warrant tergulung sebagai penyajak berjiwa rakyat.
_________________
ii.
Tekat Farhana untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir tidak dapat dihalang
lagi.
_________________
iii.
Dari dalam rumah itu ada bunyi gelak ketawa orang muda berborak sambil berseluruh.
_________________
iv.
Dia tidak mengindahkan larangan orang tuanya supaya berpakaian menutup
aurat.
_________________
v.
“Ceduk gulai itu dengan senduk
supaya tidak cepat basi”, kata ibu kepada Suri.
_________________
vi.
Kasut yang dipakainya tembok kerana terpijak paku.
_________________
vii.
Sesiapa yang belut terhadap negara ini akan dijatuhkan hukuman penjara.
_________________
viii.
Daging ayam itu perlu diparap beberapa jam atau semalaman sebelum
dipanggang.
_________________
ix.
Aiman terus turun ke tanah dan menonton basikalnya ke bawah rumah.
_________________
x.
Tikar mengkuang itu digolong oleh ibu lalu disandarkan pada dinding.
_________________
xi.
Abang menggesek cermin tingkap dengan sehelai kain.
_________________
xii.
Daripada telur percakapannya dapat diketahui dari mana dia datang.
_________________
09/05/2014
Kisah teladan yang menyayat hati...
Kisah teladan
yang menyayat hati...
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut
sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang", Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada Kota Bharu ke Sungkai mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza, tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
... Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Malu pada bondanya..
Sekian
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...
sumber > http://meniti-hari.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)