11/01/2018
06/01/2018
JENDELA MENGHADAP JALAN (analisis & kajian)
Tema
Tema
novel ini kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan.
1. Lili menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu Kampung Sentosa. Namun demikian, Lili berjaya menangani masalah tersebut dengan jiwa yang cekal.
2. Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya.
3. Lili cekal menghadapi dugaaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq serta Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan Kampung Sentosa.
1. Lili menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu Kampung Sentosa. Namun demikian, Lili berjaya menangani masalah tersebut dengan jiwa yang cekal.
2. Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya.
3. Lili cekal menghadapi dugaaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq serta Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan Kampung Sentosa.
Persoalan
1.
Persoalan Masalah Kepincangan Rumah Tangga
seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul
anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi,
berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan.
Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti
ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya
kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
2.
Persoalan Keagamaan – Dalam perjuangan membina
kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak
peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju
untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3.
Persoalan Persahabatan – Persahabatan antara
Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.
4.
Persoalan Perpaduan Antara Kaum – Perpaduan kaum
menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah
hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah
bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.
5.
Persoalan Menuntut Ilmu Pengetahuan – Geetha
merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang
pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili
yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6.
Persoalan Golongan Muda Yang Terjebak Masalah Dadah
– Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat
masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya
Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup
mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam
kancah ketagihan dadah.
7.
Persoalan Hubungan Kekeluargaan Antara Anak dan Ibu
Bapa – Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung,
tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga
mengganggap kampung terlalu jumud. Ibu
Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan Hubungan
Manusia Dengan Alam Sekitar – Hubungan antara manusia dengan alam
sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi
jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Datuk
sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk
kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang
dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga
menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar
kayu tanpa pengetahuannya.
9. Persoalan Suka Fitnah
Memfitnah Dalam Masyarakat – Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah
antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya
membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar
mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
10.
Persoalan tentang sikap
prihatin - Lili begitu prihatin dengan Che Jah
yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya
tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut
memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan
motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk
selama ini.
11.
Persoalan tentang masalah
sosial penduduk kampung
- Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan
pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk
kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual
tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui
penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga
berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti
kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
PLOT
Permulaan
o
Lili
pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan
percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya
ibunya tidak berasa kecil hati.
o
Dalam
perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
o
Rumah
datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi
dengan bendang.
Perkembangan
o
Datuk
menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
o
Kekalutan
turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah
bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
o
Datuk
didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
o
Geetha
memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya
Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
o
Danel
sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang
pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
o
Danel
berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun
cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
o
Danel
sering menulis artikel tentang pisang.
o
Lili
diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.
Konflik
Konflik dengan diri sendiri
o
Datuk
berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun
minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
Konflik dengan orang lain
o
Datuk
berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih
mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
o
Che
Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan
dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak
tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta
diceraikan.
o
Lili
berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah
tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu
tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak
o
Che
Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini
penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
o
Che
Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya
itu dapat diberkas dan dipulihkan.
o
Suami
Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
o
Haziq
diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
o
Rafiq
dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
o
Sugi
tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk
kampung menjualkan tanah mereka.
o
Datuk
dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
o
Sugi
memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek
agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
o
Ibu
pulang menaiki bas tanpa ayah. Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya.
o
Haziq
dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
o
Lepasan
sekolah menengah
o
Tidak
gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
o
Berpura-pura
menjaga hari ibunya
o
Rajin
membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
o
Akur
cakap orang tua
o
Suka
berkawan dan peramah
o
Menjadi
teman baik Geetha
o
Cepat
bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
o
Prihatin
dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che
Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
o
Mesra
dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya
itu.
Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
o
Pakar
akar kayu dan ubat tradisional
o
Jadi
Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
o
Berjaya
Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
o
Ajar
Lili Ilmu Kegamaan
o
Menguji
Lili Dengan Ilmu Agama
o
Sayang
Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
o
Berjaya
Mengislamkan William
o
Dahulu
Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
o
Berumur
70 tahun
o
Rajin
Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
o
Rajin
Membaca Kitab
o
Berjaya
Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
o
Tidak
Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan
o
Pandai
Mengurut (Menngurut Danel)
Danel
o
Anak
William
o
Jelaskan
Isu Pembinaan Kubah Surau
o
Jelaskan
Kebaikan Rawatan Mden
o
Berhujah
Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
o
Percaya
Perubatan Moden
o
Akrab
Dengan Datuk
o
Menulis
Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
o
Sering
Membantu Nenek Memasak
o
Memasak
Menggunakan Pisang
o
Bantu
Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
o
Kurang
Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
o
Isteri
Kepada Datuk
o
Percaya
Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
o
Bakar
Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
o
Suka
Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
o
Pandai
Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.
Geetha
o
Kenalan
Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
o
Siswa
Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
o
Anak
Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang
Datuk Sediakan.
o
Menjadi
Akrab Dengan Lili.
o
Seorang
Yang Tepati Janji.
Abang Rashid
o
Sering
membantu datuk dan nenek
o
Mengambil
Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke kampung.
o
Mengutip
buah dari kebun datuk
o
Belum
berkahwin
Ibu Lili
o
Suka
Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
o
Tanam
Herba Pembuka Selera Makan
o
Tidak
Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
o
Gemar
Belajar Silat.
o
Belajar
Di Luar Negara
o
Menjawat
Jawatan Penting.
Rafiq Dan Haziq
o
Anak
Remaja Berumur Belasan Tahun.
o
Menduduki
Pmr
o
Anak
Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
o
Memulas
Tangan Lili Dan Menculik Lili
o
Menggunakan
Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
o
Berubah
Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman
o
Suami
Che Jah
o
Kaki
judi, berhutang dan minum arak
o
Melarikan
kubah surau
o
Seorang
yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan
Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
o
Membelasah
Haziq dan Rafiq hingga teruk
o
Ditangkap
di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan
pemulihan akidah.
Latar
Latar Tempat
o
Dungun
o
Daerah
Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
o
Daerah
asal ibu Lili
o
Pekan
Sejahtera
o
Tempat
Tinggal Geetha
o
Kedai
milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
o
Pekan
Sentosa
o
Tempat
Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
o
Bendang
o
Tempat
Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
o
Masjid
o
Tempat
Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
o
Tempat
Datuk Bersolat Berjemaah
o
Rumah
Datuk
o
Rekabentuk
Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
o
Tempat
Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
o
Tempat
Danel datang dan membantu nenek memasak
o
Tempat
Danel berurut dengan datuk
o
Kedai
Runcit Letchumi
o
Tempat
Nenek Membawa Lili Berbelanja
o
Tempat
Lili Bertemu Geetha
o
Tempat
Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
o
Kedai
Runcit Ah Kwan
o
Tempat
Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
o
Terletak
Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
o
Balai
Raya
o
Tempat
penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang
kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o
Tempat
Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
Latar Masa
Maghrib
o
Menjelang
Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di
Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
Pagi
o
Lili
Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu
Che Jah.
o
Lili
Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.
Latar Masyarakat
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Institusi
Kekeluargaan
o
Suami
Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan
Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che
Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia
Diberhentikan Sekolah.
Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil
Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
o
Nenek
Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun
Melalui Jendela.
Latar Masyarakat Yang Prihatin
o
Lili
Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak
Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
o
Lili
Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
o
Lili
Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel
Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
o
Danel
Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke
Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
o
Latar
masyarakat yang buruk sangka.
o
Penduduk
kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan
penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
o
Penduduk
kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah
silam mereka yang memang nakal.
o
Penduduk
kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi
mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
Teknik
Penulisan
Pemerian
o
Penulis
menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
o
Penulis
menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana
tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat
persekolahan.
o
Penulis
menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah
tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang mereka hadapi.
Dialog
o
Dialog
antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili
terhadap ilmu-ilmu agama.
o
Dialog
antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah
menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan
secara tradisional.
o
Dialog
penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat
dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
o
Dialog
antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat
dengan datuk.
Monolog
o
Datuk
bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di
kampung itu.
o
Lili
bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang
senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas
Kembali
o
Datuk
mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal
kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya
kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
o
Pembaca
saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa
kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung
beranggapan yang sama.
Nilai
Nilai Jati Diri
o
Datuk
tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini
dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang
menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
o
Penduduk
kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
o
Lili
prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang
Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk
Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
o
Penduduk
kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti
kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu
mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara
yang tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
o
Danel
sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel
menganggap masakan nenek memang sedap.
o
Datuk
menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan
akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada
menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nilai kasih sayang
o
Nenek
dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk
dan neneknya.
o
Sebagai
ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat
mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan
keluarga yang bahagia.
Pengajaran
o
Kita
hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya
masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
o
Kita
hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia
sejagat.
o
Kita
hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup yang
aman.
o
Kita
hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah
dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
o
Kita
hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan
harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)