20/02/2021

Kebaikan Penganjuran Majlis Kekeluargaan

 

Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.

Huraikan kebaikan kepada ahli-ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis kekeluargaan seperti majlis perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.


Mauduk tentang sambutan majlis keluarga tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan hangat yang dibahaskan dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Hal ini kerana masyarakat mulai sedar betapa signifikannya hubungan yang erat sesama ahli keluarga demi menjalani kehidupan yang sakinah. Mutakhir ini, banyak majlis keluarga disambut seperti majlis perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya, lebih-lebih lagi apabila tiba musim cuti sekolah. Sambutan majlis keluarga ini mendatangkan banyak kebaikan kepada ahli-ahli keluarga. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Datuk Seri Rina Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang tidak jemu-jemu menyeru ibu bapa supaya sering meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dengan mengadakan sambutan hari keluarga agar hubungan kekeluargaan bertambah erat. Persoalannya, apakah faedah-faedah sambutan hari keluarga kepada masyarakat? Oleh hal yang demikian, … [skop soalan] sejauh mana sambutan majlis keluarga mampu memberikan kebaikan kepada setiap ahli keluarga]  yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dan dibugar secara terperinci untuk kebaikan semua pihak.

       Sebagai mukadimah dan pembuka tirai perbincangan, mari kita capahkan lensa perbincangan dengan menyatakan bahawa dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri ahli keluarga adalah kebaikan utama yang diperoleh apabila majlis keluarga disambut. Dalam konteks ini, nilai-nilai murni yang dapat diwujudkan adalah nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatan seperti nilai tanggungjawab, tolong-menolong, timbang rasa, kerjasama, kasih sayang dan sebagainya. Amsalnya, nilai-nilai ini dapat dilihat apabila majlis keluarga seperti majlis perkahwinan disambut secara besar-besaran. Sebagai analoginya, amalan gotong-royong masih lagi wujud di kampung-kampung apabila sesebuah keluarga akan mengadakan sambutan majlis perkahwinan anak yang disayangi. Ketua keluarga akan membahagikan tugasan kepada setiap ahli keluarga untuk mengurus bahagian-bahagian penting supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar. Tugasan seperti menyediakan lauk, menyiapkan tempat kenduri, memasang khemah, menjemput tetamu, memasak dan sebagainya akan diberikan kepada setiap ahli keluarga. Ahli keluarga yang diberi tugasan itu akan memainkan peranan dengan baik untuk memastikan persiapan majlis perkahwinan dapat dilaksanakan dengan lancar. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan nilai tanggungjawab, kerjasama dan patuh dapat dipupuk apabila majlis perkahwinan ini diadakan. Implikasinya, setiap ahli keluarga akan menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk memastikan majlis tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Hal ini tidak akan berlaku jika setiap ahli keluarga bersikap individualistik dan sudah tentu majlis tidak akan sempurna. Pepatah Cina ada mengatakan bahawa mendidik anak-anak ketika kecil umpama mengukir di atas air manakala mendidik anak-anak ketika dewasa umpama mengukir di atas batu. Sambutan ini adalah manifestasi kepada pepatah ini kerana mendidik anak-anak harus bermula sejak kecil. Jika anak-anak terdedah dengan amalan ini tidak mustahil mereka akan terbiasa apabila meningkat remaja. Sebagai penghias bicara,  jelaslah bahawa sambutan majlis keluarga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri ahli keluarga.

 

Bertunjangkan idea yang relevan, mari kita lebarkan lensa perbincangan kepada skop yang lebih spesifik di bawah kata kunci, majlis keluarga yang disambut juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaaan dalam sesebuah keluarga. Memetik kata-kata Cecil B. Demille, seorang tokoh falsafah Barat, seseorang itu dianggap berperikemanusiaan hanya apabila dia menyayangi diri dan keluarganya lebih daripada harta yang dimiliki. Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa vital kasih sayang dalam sesebuah keluarga kerana keutuhan institusi kekeluargaan adalah datang daripada hubungan yang erat setiap ahli keluarga. Hubungan yang erat ini tidak akan datang dengan sendiri jika setiap ahli keluarga tidak dapat memupuk hubungan yang baik sesama mereka. Dengan kata lain, keluarga sakinah yang ingin dilahirkan dalam masyarakat kita adalah bermula dengan hubungan yang erat dalam sesebuah keluarga. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga merancang untuk mengadakan sambutan majlis keluarga seperti sambutan Hari Ibu pada bulan Mei setiap tahun untuk meraikan ibu tersayang, hal ini mampu membuatkan ibu mereka sangat gembira dan rasa dirinya dihargai oleh anak-anak. Sambutan ini tidak akan berjaya jika setiap ahli keluarga tidak bekerjasama untuk memastikan sambutan itu berjalan dengan lancar. Anak-anak akan berhubung antara satu sama lain untuk menyediakan segala kelengkapan bagi memastikan sambutan Hari Ibu dapat dijayakan seperti memilih tempat sambutan, menu yang ingin disediakan, hadiah untuk ibu, atur cara majlis dan sebagainya. Hubungan antara ahli keluarga ini secara tidak langsung mampu merapatkan mereka dengan lebih erat kerana anak-anak yang jauh akan pulang ke kampung dan berjumpa semasa sambutan Hari Ibu tersebut. Kesannya, hubungan akrab akan terjalin antara ahli keluarga apabila mereka sama-sama mengadakan sambutan untuk meraikan ibu mereka. Sudah terang lagi bersuluh, sambutan majlis keluarga terbukti mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.

 

Setelah meneliti isu di atas secara mendalam dan terperinci, mauduk tentang kebaikan  sambutan majlis keluarga akan dibugar dari perspektif bahawa, dapat berkongsi cerita dan pengalaman adalah faedah lain apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga. Ahli keluarga dapat berkongsi cerita mengenai perkembangan yang berlaku dalam keluarga mereka, berbicara tentang kerjaya yang diceburi, perkongsian ilmu perniagaan yang dijalankan dan sebagainya apabila mereka berjumpa semasa sambutan majlis keluarga. Umum mengetahui bahawa perkongsian cerita ini bukan sahaja mampu menambah pengetahuan ahli keluarga tentang perkara yang telah berlaku tetapi juga perkongsian ini mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh setiap ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana pengalaman yang diceritakan sesama ahli keluarga dapat diceritakan secara terus terang dan hal ini akan melahirkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain. Tamsilnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan pada setiap tahun akan membuatkan ibu bapa ingin berkongsi kenangan mereka ketika menyambut sambutan yang sama pada suatu ketika dahulu. Ibu bapa boleh berkongsi cerita seperti menyambut hari raya di pusat pemindahan banjir, berhari raya dengan sehelai sepinggang kerana rumah terbakar pada pagi raya, berhari raya di hospital dan sebagainya. Ibu bapa juga boleh menyelitkan cerita-cerita sedih apabila teringatkan insan-insan yang telah meninggal dunia ketika bercerita kepada ahli keluarga. Impaknya, anak-anak dapat menghayati kisah hidup ibu bapa ketika seusia dengan mereka dan menjadikan cerita tersebut sebagai teladan dalam kehidupan mereka. Hakikatnya fenomena ini boleh dijelaskan melalui Pepatah Arab ada mengatakan bahawa manusia yang bijaksana ialah mereka yang sentiasa menjadikan sejarah silam sebagai pengajaran pada masa akan datang. Lantaran itu, majlis keluarga yang dijayakan mampu menjadi topik bualan sesama ahli keluarga untuk dijadikan sebagai peristiwa berharga yang wajar diingati. Sebagai pengikat wacana, jelaslah bahawa, menjayakan sesuatu majlis keluarga menjadi medan kepada  setiap ahli keluarga untuk berkongsi cerita dan pengalaman berkaitan dengan majlis-majlis yang pernah diadakah sebelum ini supaya dapat dijayakan dengan lebih meriah.

 

Meniti kodifikasi hujah seterusnya, kita seyogia tidak boleh menutup mata terhadap fakta konkrit yang mengatakan bahawa, majlis keluarga yang disambut juga mampu mengukuhkan institusi kekeluargaan. [Kupasan dan huraian tentang majlis keluarga tidak harus ada titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek majlis keluarga yang disambut juga mampu mengukuhkan institusi kekeluargaan.] Pada masa ini, banyak institusi kekeluargaan menjadi goyah apabila berlakunya kepincangan seperti bapa terlibat dalam penagihan dadah, perbalahan ibu bapa, perceraian ibu bapa, bapa berada di penjara, masalah kewangan dan sebagainya. Masalah-masalah ini menyebabkan anak-anak mengalami tekanan perasaan dan ada yang mengambil keputusan untuk lari dari rumah bagi mencari ketenangan. Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), peratus remaja yang lari dari rumah akibat tekanan perasaan apabila ibu bapa mereka bercerai pada tahun 2019 adalah meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun 2018. Hal ini membuktikan bahawa institusi keluarga yang bermasalah akan menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, apabila majlis sambutan hari keluarga diadakan, anak-anak yang lari dari rumah ini akan pulang untuk berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang lain. Anak-anak ini sedar akan kesalahan yang dilakukan dan memohon kemaafan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa juga akan menginsafi perbuatan mereka sehingga anak-anak mereka mengalami tekanan yang akhirnya lari meninggalkan keluarga. Majlis hari keluarga yang disambut itu akan membuatkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga akan bertaut semula menjadi lebih kukuh. Ibu bapa akan berusaha untuk memainkan peranan masing-masing dengan baik kerana tidak mahu anak-anak yang menjadi aset kepada keluarga ini terabai. Kesannya, mereka tidak akan melakukan lagi perkara yang boleh mencetuskan demoralisasi dalam institusi kekeluargaan. Nilai kasih sayang dalam keluarga akan menjadi mekar semula menyebabkan anak-anak akan rasa mereka disayangi. Walhasil, izharlah bahawa  sambutan hari keluarga berupaya mengelakkan masalah rumah tangga kerana ibu bapa akan memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

 

Bagi melabuhkan tirai perbincangan pada perenggan akhir ini, majlis keluarga yang disambut mampu meningkatkan kemahiran menguruskan diri dan organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap majlis yang akan disambut memerlukan perancangan yang rapi, pelaksanaan yang sistematik dan penilaian yang boleh dibuat penambahbaikan pada masa akan datang. Ahli keluarga akan berbincang sesama mereka  mengenai perancangan  tersusun supaya majlis yang akan disambut nanti berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, apabila ingin menyambut majlis Hari Keluarga Haji Hashim, ahli keluarga akan diberikan tugasan mengikut kemampuan seperti mengedarkan kad majlis kepada seluruh keluarga Haji Hashim yang tinggal di seluruh negara. Ahli keluarga lain akan diberikan tugasan untuk merancang menu yang akan disediakan, atur cara sukaneka, menempah tempat penginapan di calet dan sebagainya. Tugasan ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran diri  ahli keluarga ketika berurusan dengan pihak-pihak luar dan hal ini boleh digunakan sebagai panduan untuk menguruskan majlis-majlis lain yang lebih besar kerana mereka sudah biasa bak kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Semasa majlis berlangsung juga, ahli keluarga boleh berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna. Mereka saling menolong bak kata peribahasa bersatu teguh bercerai roboh agar majlis yang disambut itu dapat memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Impaknya, ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan itu akan menganggap tugasan yang diberikan itu sebagai wadah untuk mengasah kemahiran diri dalam pengurusan organisasi. Jadi, sudah terbukti bahawa kemahiran menguruskan diri dan organisasi dalam diri ahli keluarga dapat ditingkatkan apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga.

 

Kesimpulannya, sinergi daripada semua ahli keluarga perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan dan keharmonian institusi kekeluargaan. Terdapat pelbagai kemaslahatan kepada ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga. Sebagai seorang ahli keluarga yang prihatin akan keharmonian dan ketenteraman di dalam rumah, saya mencadangkan agar kita mengimplementasikan apa-apa jua inisiatif yang munasabah dalam usaha mewujudkan keluarga yang bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain. Setiap ahli keluarga seyogia menjangkau sehabis tangan memantapkan institusi kekeluargan untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi membina keluarga bahagia berlandaskan konsep rahmatan lil-‘alamin.  Usaha tersebut dilakukan secara bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat dikecapi ibarat kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam demi kebaikan semua ahli keluarga. Yang pasti, sambutan sesuatu majlis keluarga mampu mengeratkan hubungan sesebuah keluarga sekali gus dapat melahirkan masyarakat madani di negara kita.

 

Sumber http://blogcikguazaman.blogspot.com/ [sedikit pengubahsuaian, mohon izin]

Cadangan idea / Isi:

1.            Memupuk kerjasama dalam kalangan ahli keluarga

2.            Mengeratkan silaturahim dalam keluarga

3.            Berkongsi tenaga/ menjimatkan tenaga kerja

4.            Kerja-kerja dapat disiapkan dengan cepat/menjimatkan masa

5.            Boleh berkongsi pendapat/ idea

6.            Dapat berkongsi/ menjimatkan kos

18/02/2021

Faedah Pelibatan Aktiviti Bulan Kemerdekaan

 

Setiap tahun, sekolah anda menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan anda sering terlibat dalam program tersebut.  

Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan.

 

KBAT

-        mesti menyatakan bahawa sekolah anda menganjurkan sambutan tersebut

-        Ganti nama anda ditukar kepada saya 

-        Saya” mesti terlibat dalam program yang dijelaskan - bukan sekadar pemerhati/ pencerita dan faedah yang “saya” peroleh  daripada aktiviti tersebut. 

-           MESTI ada aktiviti dan faedah daripada aktiviti tersebut

 

AT

 

 

Laungan keramat MERDEKA yang dilafazkan sebanyak 7 kali oleh Perdana Menteri Pertama – Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj – 31 Ogos 1957 – di Stadium Merdeka

-     peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia

-     laungan diikuti oleh jutaan rakyat di seluruh negara – gembira bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Malaysia (Jalur Gemilang). 

-     bumi Malaysia bebas daripada cengkaman kolonis - rakus mengaut keuntungan daripada hasil bumi pertiwi selama 446 tahun

-     selepas 60 tahun memperoleh kemerdekaan – banyak perubahan yang dapat dilihat, banyak pembangunan yang dilaksanakan dan banyak nikmat yang rakyat kecapi. 

-     sambutan Bulan Kemerdekaan telah menjadi program tahunan di peringkat kebangsaan dan peringkat sekolah – nilai-nilai patriotisme dapat dipupuk dalam diri pelajar

-     sekolah saya tidak terkecuali

-     program - sudut sejarah, kuiz kemerdekaan, pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak patriotik dan sambutan ambang kemerdekaan – melibatkan semua pelajar

AA

-    terdapat pelbagai kesan positif daripada penglibatan saya melalui penganjuran program kemerdekaan

 

Menulis Perenggan Isi 1:

AT

Aktiviti - Kuiz kemerdekaan 

AH

 

-         menghayati  dan mengingati sejarah silam negara

-         memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu -  melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi JERI – matlamat FPN

-         menyemai rasa minat kepada mata pelajaran Sejarah – menjadi prasyarat lulus dalam SPM - memberikan pendedahan tentang semangat cinta akan negara

-         penyelaras program membaca biodata beberapa orang tokoh sejarah tempatan di dewan dan mempertontonkan dokumentari kemerdekaan

-         menjawab soalan-soalan kuiz secara sepontan – apa-apa yang didengari dan dilihat - dikemukakan oleh guru penyelaras

-         mendapat ganjaran seperti baucer berbentuk kupon makanan dan  alat tulis

AC

-         namakan contoh soalan kuiz dan jawapan

AP

-         dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dan meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran Sejarah.

-         lebih mengenali dan menghargai kemerdekaan yang dinikmati hasil perjuangan tokoh sejarah.

FM

-         menyemai rasa kecintaan dan kesetiaan saya terhadap tanah air – menitikberatkan nilai kerjasama, toleransi dan bertanggungjawab

   

Menulis Perenggan Isi 2:

AT

Aktiviti - Eksplorasi Sejarah 

AH

-      meningkatkan penguasaan, kemahiran dan penghayatan terhadap subjek Sejarah 

-      program melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum – satu kumpulan - dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik antara satu sama lain – memupuk semangat muhibah antara mereka dalam pasukan

AH

-         menggunakan kaedah Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) inovasi Mohd Zulhelmi Mansor, Ikon Guru Kebangsaan 2015, – permainan papan klasik iaitu pembelajaran – kaedah kolaboratif dan kerjasama – melibatkan sekumpulan pelajar bersama-sama berbincang satu topik sambil bermain permainan  – menarik minat pelajar untuk belajar Sejarah – dengan cara yang menyeronokkan

AC

-         pelajar dalam kumpulan bermain  permainan papan klasik yang mengandungi maklumat berkaitan subjek Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan membaling dadu – mengetahui bab yang perlu diuji   ahli pasukan bekerjasama menyelesaikan satu persatu masalah yang dikemukakan secara kolektif sebagai satu pasukan – berbentuk struktur dan objektif aneka pilihan dan tiga pilihan – sikap bagai aur dengan tebing amat dituntut – masalah dapat diselesaikan dengan mudah – meningkatkan pemahaman sejarah saya.

AP

-         peluang melakukan aktiviti bersama-sama dalam pasukan - perpaduan dipupuk – hubungan saya lebih mengenali rakan sepasukan erat bagai isi dengan kuku dan bertukar-tukar fikiran dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

 

Menulis Perenggan Isi 3:

AT

Aktiviti - Aktiviti menghias kelas melibatkan semua pelajar

AH why

-       pelajar berada dalam suasana sambutan hari kemerdekaan – jiwa berkobar-kobar – menjayakan aktiviti yang diadakan - saya dan rakan saling menghormati, bertoleransi dan berkongsi idea menyiapkan tugasan - untuk memastikan kelas dihias dengan ceria.

 

AC

-       guru kelas memberikan modal – daripada yuran kelas Rm1.00 sebulan – hias kelas bertemakan kemerdekaan – AJK membeli bendera Malaysia dan Negeri – gantung di dalam kelas

-       hiasan wajib – poster dan wajah tokoh pejuang kemerdekaan – Tuanku Abdul Rahman, Dato’ Onn, Tun Tan Cheng Lock, Mat Salleh, Abdul Rahman Limbung.  – kata-kata patriotik daripada tokoh – hiasan pada dinding – “kalau hidup ingin merdeka, tiada tercapai hanya berkata”, nukilan SN Usman Awang

AP

-       aktiviti menyeronokkan - merapatkan jurang antara rakan - dapat memupuk nilai murni dalam diri – memastikan menjadi kelas terbaik 

FM

-       menyemai sikap bekerjasama dan saling membantu – seperti aur dengan tebing

– menjayakan  aktiviti dijalankan – mendapat hadiah   

 

Menulis Perenggan Isi 4:

AT

Aktiviti - program Bicara Tokoh 

AH

-      menjadikan peristiwa lalu sebagai iktibar, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

-      menjemput tokoh yang pernah terlibat mengusir penjajah – berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi – tidak cukup makanan

-      mendengar daripada orang yang mengalami sendiri peristiwa perjuangan - memupuk dan meningkatkan semangat kecintaan terhadap tanah air

AH

-      waris kepemimpinan negara – hayati dan amalkan sifat mulia tokoh pejuang yang berkorban menentang penjajahan komunis – generasi kini hidup selesa dan selamat - penderitaan rakyat era penjajahan selama 446 tahun [1511-1957] tidak berulang

-      lebih menghargai nikmat kemerdekaan yang diperoleh sehingga kini 

-      menjadikan saya dapat menghayati dan mengetahui dengan lebih jelas perjuangan wira negara – menentang penjajah – mempertahankan kedaulatan negara

AC

-      dipertontonkan video Bukit Kepong, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan 

AP

-      peristiwa hitam menjadi pengajaran kepada saya dan semua pelajar – cinta akan keamanan – mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

-      hubungan saya dengan rakan, keluarga dan masyarakat akan sentiasa harmoni -  perpaduan akan berkekalan dan penjajahan tidak berlaku lagi.

 Perenggan Penutup:

 

Penegasan

-        aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan di sekolah dapat memberikan faedah yang pelbagai kepada saya.

-        saya dan rakan-rakan akan menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan berdisiplin.

Cadangan

-        sambutan seumpama ini wajar diadakan saban tahun di semua peringkat sekolah  dengan kerjasama ibu bapa, bagai aur dengan tebing – berjalan lancar dan disambut dengan penuh penghayatan

Harapan

-        Memetik kata-kata filosof agung Aristotle, “Ukuran tamadun sesuatu bangsa itu bukan terletak kepada kesuburan tanahnya, tetapi terletak kepada darjat bangsanya yang berjiwa merdeka". Semua pelajar juga wajar mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar rakyat yang berjiwa merdeka dapat dibangunkan.

Ungkapan

Menarik

-          Biar putih tulang, jangan putih mata

-          Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama

-          Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

-          Ibarat telur sesangkak, pecah sebutir, pecah semua

-          Menang sorak, kampung tergadai



Catatan : Sekiranya soalan tentang pelibatan anda menjayakan sesuatu program [Sambutan Bulan Kemerdekaan, Rumah Terbuka, Aktiviti Kejiranan dan sebagainya, jawaban perlu merangkumi idea pelibatan anda/saya sebelum, semasa dan selepas program tersebut.


Contoh Soalan: Aktiviti seperti Sukaneka, penganjuran Majlis Rumah Terbuka, Rondaan Rukun Tetangga kerap dijalankan di kawasan tempat tinggal anda untuk menyemarakkan semangat kejiranan. 

Ceritakan pelibatan anda menjayakan pelbagai program kejiranan di kawasan tempat anda tinggal.


Contoh Soalan : Penduduk di tempat tinggal anda telah mengadakan majlis sambutan Rumah Terbuka.

Ceritakan penglibatan anda menjayakan majlis Rumah Terbuka tersebut.

1.   Melibatkan diri dalam setiap mesyuarat / perancangan awal

2.   Melibatkan diri dalam menyediakan segala peralatan yang diperlukan.

3.   Melibatkan diri dalam setiap jemputan yang terlibat

4.   Melibatkan diri dalam dalam menyediakan tempat pertandingan

5.   Melibatkan diri dalam menjayakan setiap aktivti dirancang

6.   Melibatkan diri dalam menyediakan makanan dan minuman

7.   Melibatkan diri dalam memastikan Kawasan bersih dan kemas selepas digunakan