25/01/2021

TUDINGAN AKHIR KARANGAN SPM (9) : Kepentingan Wajib Lulus Sejarah


Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan tamadun sesuatu bangsa. Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah telah melanda generasi muda.

Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata pelajaran sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam lagu Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh negara, rasuah, dan tidak menghormati undang-undang adalah antara  anasir kerendahan budi bahasa dan lunturnya jiwa patriotik seseorang. Namun demikian, fenomena seumpama itu seolah-olah menjadi kepuasan kepada sesetengah individu untuk menunjukkan diri mereka hebat. Mereka berbangga apabila dikatakan berjaya merobek-robek sistem perundangan, peradaban, dan budaya masyarakat. Tingkah laku keji seperti ini sudah pasti boleh meruntuhkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil. Menyedarinya, kerajaan telah mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua pelajar, malahan subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM. Walaupun terdapat reaksi pro dan kontra, saya berpendapat langkah tersebut sebagai kena pada masa dan situasi untuk mengembalikan hak dan maruah negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan untuk melahirkan negara bangsa yang sedar akan asal usul dan akar umbi tamadun. Hal demikian amatlah penting kerana  kejahilan terhadap asal usul boleh melahirkan individu yang mudah menderhaka dan tidak mempunyai jati diri untuk berasa megah terhadap tanah tumpah darah. Oleh itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid untuk memberikan segala maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa sendiri. Sama ada dalam bentuk bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segala-galanya menjadi penting apabila boleh dirujuk sebagai bahan sejarah. Itulah sahaja wadah yang dapat membezakan kewujudan sesebuah negara dengan negara yang lain. Apabila rakyat telah sedar dan faham hakikat sejarah, justeru fahamlah mereka akan tamadun tanah air sendiri. Sekiranya prakarsa ini dapat diterjamahkan, nescaya amat relevanlah syarat wajib lulus sejarah dalam kalangan pelajar diperkasakan semula.

Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi, sebaliknya negara akan terus kekal  berdaulat.  Demi mempertahankan kedaulatan, maka sejarahlah yang dapat menjelaskan tentang kedudukan sebenar masyarakat dan sistem politik di sesebuah negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik tentang sejarah, sudah pasti akan lahir manusia badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai pentas. Mereka  gagal menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak teragak-agak untuk merosakkan tanah air sendiri. Segala imej tentang tamadun, budaya, sosio politik dan ekonomi yang telah bertapak ribuan tahun akan menjadi catatan di atas kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab itu,  rakyat harus faham dan sedia bertolak ansur dalam kalangan masyarakat yang menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam. Rakyat perlu menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa Malaysia yang berasaskan permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu adalah tepat sebagai strategi mendidik rakyat agar faham dan tahu akan sejarah terbentuknya negara Malaysia di dalam acuan masyarakat majmuk.

Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang pernyataan yang menyebut, “Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak pernah berbohong”. Atas kebenaran tersebutlah, sejarah menjadi elemen paling penting untuk mendidik rakyat memahami sistem bernegara. Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu, pengalaman landskap sejarah hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku masyarakat agar faham tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah mengajar rakyat menghargai negara, menghormati pemimpin yang  telah banyak berjasa dan menghargai betapa bahagianya hidup dalam sebuah negara yang damai dan aman serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar daripada catatan sejarah tentang betapa sulitnya untuk menatijahkan negara ini seperti yang wujud pada hari ini. Pengalaman-pengalaman pahit yang telah diharungi generasi terdahulu seperti dalam peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat dan beberapa episod pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan rakyat menjadi lebih matang.

Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu mempercepat pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara akan terus jumud sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam. Sesungguhnya, pengalaman inilah yang telah menjadikan beberapa negara seperti Jepun, Korea, Vietnam dan beberapa negara Komanwel di Asia Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah. Semua negara berkenaan pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang melanda. Namun, dengan kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka bangkit  untuk membajai semangat patriotik menjadi bangsa yang berjaya. Hal yang sama turut dikongsi oleh Malaysia yang mampu bangkit dalam tempoh 64 tahun sahaja selepas ratusan tahun kita dibelenggu dalam rahang penjajahan. Pada hari ini, lihatlah sahaja di mana-mana pelosok bumi Malaysia, harapan kejayaan sudah terhidang di hadapan mata. Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh bangun bangsa mereka sahaja yang mampu bangun untuk mengorak langkah semula.

Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan rakyat yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan sayang dan terhutang budi kepada negara akan membentuk peribadi rakyat yang berjiwa patriotik, berintegriti dan berwawasan. Mereka akan bersedia pada bila-bila masa untuk menjadi tulang belakang pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik, inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas amanah keamanan sejagat. Pada hari ini, walaupun negara sudah aman, panggilan jihad terus terpahat dalam jiwa warganegara apabila ramai yang rela menyahut panggilan untuk menjalankan misi keamanan di seluruh pelosok rantau. Sikap patriotik seperti itu sudah pasti memberi jaminan bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin. Oleh yang demikian itu, janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan menyatakan langkah mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah ke belakang kerana kononnya sejarah tidak mempeunyai nilai komersial.

Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan tanah air. Kini setelah 59 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus merasai sendiri denyut nadi mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa, mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih susah. Oleh itu, seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka amat wajarlah kerajaan mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus sejarah dalam peperiksaan seandainya langkah tersebut boleh menyelamatkan masa depan negara.


Sumber : http://ishakmdshah.blogspot.com/ 


TUDINGAN AKHIR KARANGAN SPM (8) : Perancangan untuk Cemerlang SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

     Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, “Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi walaupun kakimu menjejaki perlimbahan”. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2015. Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya juga.  Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya lakukan.

Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata orang tua-tua, “nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit”. Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, “Jagalah nikmat sihat sebelum datang sakit”.

     Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat. Resepinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di seberang lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah penting. Sememangnya, semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk seseorang itu menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang, sesungguhnya di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

     Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan ialah strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu, saya perlu melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya perlu memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal atau membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan membuat beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai salah satu daripada strategi belajar secara berkesan. Percambahan idea dan sikap saling memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah sikap saling membantu bak aur dengan tebing.

Sepotong firman dalam al-Quran yang bermaksud, “Bertanyalah kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu” jelas menuntut supaya saya sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para guru, ikon-ikon yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang ingin saya ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus didekati atau jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi untuk saya merancang masa depan. Sikap malas belajar dan malu bertanya harus dikikis daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan. Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya cukup yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah pasti segala yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti selangkah kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti bersama-sama kita. Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.

 

    Berburu ke padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki;

Berguru kepalang ajar,

       Bagai bunga kembang tak jadi.

 

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda memikul tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas trek yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.



sumber [ http://ishakmdshah.blogspot.com ]

24/01/2021

TUDINGAN AKHIR KARANGAN SPM (6) : Peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja

Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.

Huraikan peranan ahli heluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

 

Kalau kita imbas kembali ke zaman Tuk Nadur berkajang kain, jelaslah bahawa masyarakat pada zaman itu sentiasa berpegang kepada prinsip biar kurang pada rupa jangan kurang pada akhlak. Walaupun terpaksa mendepani rimba cabaran, ketinggian budi pekerti sering menjadi kayu pengukur kemuliaan seseorang. Namun, dalam meniti arus pemodenan dan pembangunan, putaran masa yang pantas telah menyaksikan nilai-nilai murni bukan sahaja dikesampingkan bahkan juga diketepikan terus oleh sesetengah anggota masyarakat yang berkiblatkan kekayaan dan kemewahan duniawi, terutamanya remaja yang masih kemirau untuk menghadapi dugaan hidup. Rentetan itu, elok kiranya untuk kita menghalusi minhaj bagi memerangi kemelut keruntuhan akhlak remaja ekoran daripada pendedahan terhadap pelbagai cabaran hidup sama ada pengaruh rakan sebaya, media massa malah pengaruh Barat. Dalam konteks ini, peranan ahli keluarga yang hidup di bawah satu bumbung terutamanya ibu bapa amat signifikan dan perlu diberikan penekanan dalam usaha untuk membantu para remaja mendepani onak dan duri kehidupan.

Ibu bapa merupakan khalifah anak-anak dalam institusi kekeluargaan. Sejak anak membuka mata melihat dunia ini dengan minda yang kosong, ibu bapalah yang membimbing mereka mengisi makna terhadap setiap penemuan baharu dalam awal perjalanan hidup mereka. Lantaran itu, ibu bapa seyogia menjadi uswah hasanah kepada anak-anak mereka. Seperti yang dikatakan oleh Robert Fulghum, usahlah bimbang tentang capaian anak terhadap kata-kata kita tetapi bimbangilah setiap kelakuan kita yang diperhatikan oleh mereka. Ungkapan ini menonjolkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi cabaran hidup yang memungkinkan mereka terlencong daripada landasan jika gagal ditangani. Sesungguhnya anak akan memerhati dan mengikut apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai contoh, jika ibu bapa berbudi pekerti mulia dan berpendirian teguh dalam mengharungi ombak cabaran, maka anak-anak juga tentu akan menurut jejak ketinggian akhlak mereka. Sebaliknya, jika ibu bapa selalu mengagung-agungkan budaya Barat dan menjadi penyanjung hedonisme, maka anak-anak mereka juga lambat-laun akan terpengaruh kerana mereka sedang bercermin di air keruh. Demikianlah maksud peribahasa yang berbunyi air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga yang menjelaskan bahawa tingkah laku anak meniru tingkah laku orang tuanya. Sewajarnya dari daun mengenal pohonnya atau sebab buah mengenal pohonnya, daripada kelakuan anak dapat dikenal asal usul keluarganya. Anak-anak akan belajar melalui pemerhatian terhadap tutur kata serta tingkah laku ibu bapa. Maulana Ilyas Kandhlawi pernah mengungkapkan bahawa sebaik-baik perkataan perlu dibuktikan melalui perbuatan. Janganlah ibu bapa seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Tamsilnya, ibu bapa seyogia sentiasa menasihati anak mereka supaya tidak bertindak di luar norma masyarakat akibat dipengaruhi oleh media massa atau rakan sebaya. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan supaya anak-anak tidak akan mudah tergoda oleh aral hidup. Ingatlah bahawa mempamerkan teladan yang baik adalah lebih berkesan daripada celoteh yang panjangnya berjela-jela.

Virginia Salt mengatakan bahawa setiap pergerakan, memek muka dan gerak-geri ibu bapa umpama mesej tentang harga diri pada kaca mata anak-anak. Namun kebanyakan ibu bapa tidak sedar bahawa merekalah media penghantaran mesej itu. Lantaran itu, ibu bapa perlu melakukan refleksi yang betul melalui bahasa tubuh yang diprojekkan oleh mereka kepada anak. Dalam proses mengharungi onak dan duri kehidupan, tidak mustahil anak-anak akan tersesat. Ibu bapa boleh menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap tingkah laku anak-anak dengan mencebik muka atau melalui intonansi yang sesuai. Sudahlah jelas bahawa terdapat alternatif lain untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka selain teguran dan hukuman. Tujuan asal mendisiplinkan anak adalah untuk menghentikan tabiat anak yang antisosial dan menyediakan anak untuk mendepani cabaran hidup ketika melangkah masuk ke alam dewasa. Rentetan itu, kehadiran kesedaran yang diperlukan dan berbanding dengan ketakutan. Sebelum hukuman dijalankan, ibu bapa perlu menyedarkan anak mereka tentang kesilapan diri dengan membimbing mereka mengenal pasti kesilapan dan seterusnya mengubah sikap mereka supaya kembali ke pangkal jalan. Andai kata anak tersebut terlalu liat dan tidak menghargai peluang yang diberikan oleh ibu bapa, amaran dan disusuli hukuman perlu dijalankan supaya fiil anak tidak bertambah buruk sehingga menjadi ikutan adik-beradik. Seperti yang diungkapkan oleh Khalil Gibran, seorang yang optimistik akan memandang pada bunga mawar sahaja dan bukan durinya. Sebaliknya seorang yang pesimistik hanya akan sentiasa merenungi duri dan bukannya bunga mawar. Oleh hal yang demikian, pendekatan peneguhan positif juga perlu difokuskan selain hukuman dan teguran. Ibu bapa tidak harus sentiasa tertumpu pada kelemahan dan kesilapan anak sehingga mengabaikan kelebihan anak yang layak diberikan pujian. Ibu bapa perlu sedar bahawa pujian mereka merupakan satu pengiktirafan dan penerimaan mereka terhadap anak. Walt Disney (1901-1966) pernah mengatakan bahawa kian tinggi tahap penerimaan kita terhadap diri seseorang yang sebenar maka kian unik kemenjadiannya. Pujian ibu bapa dapat membina keyakinan anak yang dapat membawa anak menghadapi rintangan dan dugaan hidup pada masa akan datang. Janganlah ibu bapa sesekali mengungkitkan sejarah silam anak sehingga mengecewakan dan mengakibatkan anak hilang jati diri.

Jika diselami dalam konteks membantu remaja mendepani cabaran hidup, sekadar menjadi suri teladan dan pendisiplin anak belum memadai lagi. Ibu bapa seyogia memberikan didikan agama kepada anak sejak kecil lagi kerana sedang rebung elok dilentur, menjadi buluh melepuh jari. Memang merupakan satu dogma bahawa tiada sesiapa yang dapat berada di sisi anak sepanjang masa. Jadi, didikan agama bertindak sebagai benteng rohani yang ampuh lagi utuh untuk memperteguh pintu hati anak daripada diceroboh oleh api nafsu yang mengundang mereka mengenali dunia maksiat dan kebejatan moral. Situasi ini dinukilkan Imam al-Ghazali, bahawa yang paling besar di dunia ini bukan gunung, bumi atau matahari melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan akan menjadikan kita penghuni neraka. Anak mudah gelap mata apabila dihidangkan berdulang-dulang wang dan emas di depan mata. Lebih-lebih lagi anak yang umur baru setahun jagung, darah setampuk pinang mudah tergoda oleh bisikan syaitan dan iblis untuk mendekati perbuatan maksiat yang menjanjikan kemewahan dunia tetapi miskin rohaninya. Persoalan yang sering bermain dalam kotak pemikiran ibu bapa adalah tentang cara untuk menyalurkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas didikan agama yang dianjurkan oleh pihak berautoriti. Hal ini demikian kerana guru agama yang arif dan bertauliah dapat membimbing dan menyalurkan anak dengan ilmu agama. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah mempraktikkan nilai agama dalam kehidupan seharian supaya dapat dijejaki oleh anak-anak. Dengan adanya agama sebagai benteng perdana, anak dapat membezakan yang mana kaca, yang mana permata. Anak akan bertindak mengikut lunas agama semasa menghadapi rimba dugaan hidup dan tidak berada selama-lamanya di lembah zulmat. Mereka juga akan lebih mengutamakan agama daripada kerasionalan manusia. Dengan ini mereka tidak akan mudah hanyut dalam cabaran hidup.

Ibu bapa diibaratkan nakhoda sebuah geliung yang membimbing anak-anak kapal merentasi samudera yang bergelora. Anak-anak yang berada di bawah arahan dan jagaan ibu bapa masih tohor pemikirannya. Mereka terkapai-kapai mencari haluan hidup. Maka ibu bapalah mata mereka untuk melihat dunia. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu berperanan sebagai fasilitator hidup anak mereka kerana besarnya kebarangkalian cahaya keimanan anak-anak tergugat oleh godaan duniawi yang menggamit hati sehingga mengundang mereka mengikut trend masyarakat yang mendewa-dewakan budaya Barat. Ibu bapa perlu membimbing dan memberikan kebebasan kepada anak secara berkala-kala mengikut tahap kematangan anak. Contohnya, ibu bapa boleh memberikan wang saku kepada anak secara mingguan. Seandainya anak telah habis menggunakan wang itu sebelum tiba satu minggu, maka mereka perlulah berikhtiar untuk mengatasi masalah itu sendiri. Hal ini dapat mengelakkan anak menjadi seperti kura-kura di atas dahan. Ibu bapa perlu memberikan peluang agar anak-anak dapat belajar daripada kesilapan tersebut. Ilmu itu pelita hidup, pengalaman itu sumbu pelita. Bukankah pengalaman terbentuk daripada kombinasi air mata dan keringat yang menuntut banyak pengorbanan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menjaga pergaulan sosial anak kerana Aristotle pernah mengatakan bahawa teman merupakan satu jiwa yang mendiami dua tubuh. Anak yang rebung ini mudah dibolosi oleh rakan sebaya kerana mereka ingin diterima dalam kalangan rakan-rakan tersebut. Mereka akan terikut-ikut tindakan rakan sebaya yang lain. Hal ini memang bertepatan dengan Teori Abraham Maslow yang mengatakan tindakan manusia berantaian dan berangkaian. Jadi, pilihlah taulan yang tinggi budi pekerti dan jauhi kawan yang akan meruntuhkan akhlak kita. Jelaslah bahawa sekiranya seseorang bergaul dengan penjual minyak wangi, maka aromanya dapat dihidu. Sekiranya seseorang bergaul dengan tukang besi, maka percikan api akan terkenanya. Rakan sebaya memang dapat membetnuk sahsiah diri dan pemikiran kita untuk menghadapi dugaan hidup pada masa depan.

Akhirulkalam, ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa memelihara anak umpama menanam sebiji benih yang perlu disiram dan dibajai dengan teliti supaya dapat tumbuh dengan sihat dan subur. Dalam hal ini, gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, antara lainnya berbunyi:

Jika benihnya benih molek,

Jika tanahnya tanah cantik,

Jika bajanya baja baik,

Tentu pokok cepat naik.

Kanak-kanak diibaratkan kain putih yang suci, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Bimbingilah anak-anak untuk menghadapi onak dan duri hidup. Wahai remaja, kelmarin ialah sejarah, esok ialah misteri dan hari ini merupakan anugerah Tuhan. Jadikanlah kesilapan sebagai satu iktibar, masa depan sebagai sasaran dan hari ini sebagai peluang untuk memajukan diri bagi mendepani setiap ombak dan badai besar yang melanda.

SKEMA CADANGAN LATIH TUBI SOALAN 2(d) – ERTI HIDUP BERERTI

SKEMA JAWABAN

SET 1 (PP KELANTAN)

 (i)

Perasaan yang dialami oleh penyajak:

 

P1

Kesunyian

1

 

P2

Tersisih

1

 

P3

Kasih akan anak

1

 

 

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

(ii)

Langkah-langkah:

 

P1

ibu bapa menjadi sur teladan

1

 

P2

pihak sekolah menerapkan nilai murni terhadap warga emas

1

 

P3

kerajaan mengadakan kempen menyayangi warga emas

1

 

P4

media massa menyiarkan rancangan/dokumentari tentang kehidupan warga emas  

1

 

(Langkah yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

(iii)

Dua pengajaran berdasarkan rangkap sajak:

 

P1

Kita janganlah mengabaikan ibu bapa apabila mereka sudah tua agar mereka tidak kesunyian.

1+1

 

P2

Kita hendaklah bertanggung jawab menjaga kedua-dua ibu bapa setelah mereka tua agar mereka tidak berasa sedih.

1+1

 

P3

Kita perlulah tabah menghadapi cabaran pada masa hari tua agar tidak berasa kecewa.          

1+1

 

P4

Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.        

1+1

 

(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 2 (PP MELAKA)

 (i)

Harapan penyajak terhadap anaknya:

 

P1

berharap anaknya mendapat keinsafan

1

 

P2

berharap kesedihan atas perbuatan anaknya terubat

1

 

P3

berharap anak-anak mempunyai perasaan kasih sayang.

1

 

 

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(ii)

Cara-cara anak membalas jasa ibu bapa

 

P1

sentiasa mengambil berat tahap kesihatan ibu bapa   

1

 

P2

menanggung perbelanjaan ibu bapa

1

 

P3

sentiasa menziarahi ibu bapa

1

 

P4

mempelawa ibu bapa tinggal bersama-sama   

1

 

(Cara yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua nilai berdasarkan rangkap sajak:

 

P1

keinsafan.

Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa tiada yang kekal melainkan Tuhan.

1+1

 

P2

kasih sayang.

Contohnya, kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya tetap tidak berubah walaupun anaknya telah menderhaka.

1+1

 

P3

ketabahan.

Contohnya, ketabahan ibu bapa yang melalui kehidupan sendiri yang tidak dihiraukan oleh anak-anak.     

1+1

 

P4

tanggungjawab.

Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya walaupun anaknya telah menderhaka dengan cara mendoakan.

1+1

 

(Nilai yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 3 (PP MRSM)

 (i)

Maksud baris 4 dan 5 dalam rangkap ketiga sajak

 

P1

Penyajak berharap/mendoakan anak-anaknya sama ada yang berbakti/ baik atau yang telah melupakannya/ tidak  taat.     

1

 

P2

Berasa insaf / sedar akan kesilapan.       

1

 

 

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(ii)

Peranan pelbagai pihak untuk mencapai hasrat keluarga bahagia

 

P1

Jiran mengambil tahu / prihatin akan kebajikan keluarga yang menghadapi musibah / masalah.        

1

 

P2

Kerajaan/NGO menganjurkan kursus/bengkel keibubapaan

1

 

P3

Kerajaan menyediakan penghargaan/anugerah kepada keluarga bahagia

1

 

P4

Media massa/media sosial mengadakan kempen/filem/iklan Sayangi Keluarga Anda, Yang Tua Dihormati Yang   Muda Disayangi, Utamakan Keluarga, drama Bisik pada Langit, filem Pulang

1

 

P5

Guru / sekolah menerapkan nilai kekeluargaan kepada murid

1

 

P6

Komuniti/masyarakat menganjurkan program hari keluarga

1

 

P7

LPPKN menyediakan modul pengurusan kerjaya dan keluarga kepada masyarakat.                

1

 

P8

Unit kaunseling / kaunselor/ahli agama / pakar motivasi memberi bimbingan/nasihat kepada keluarga yang menghadapi masalah.

1

 

(Peranan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua persoalan berdasarkan rangkap sajak:

 

P1

Persoalan kesunyian hidup pada usia tua.

Huraian : Penyajak menghadapi kesunyian hidup kerana malam yang dilaluinya begitu sepi / ditinggalkan oleh anak-anaknya.

1+1

 

P2

Persoalan kasih sayang ibu / keikhlasan seorang ibu.

Huraian : Penyajak sentiasa mendoakan anak-anaknya insaf dan memberi kasih sayang kepadanya.                       

1+1

 

P3

Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.

Huraian : Penyajak berasa dirinya dipinggirkan oleh anak-anaknya kerana mereka tidak mahu menjaga dan saling menolak daripada memikul tanggungjawa

1+1

 

P4

Persoalan penderitaan ibu bapa yang diabaikan

Huraian : Penyajak menanggung penderitaan dan kesakitan seorang diri tanpa anak-anak di sisi.      

1+1

 

P5

Persoalan hidup dan mati ketentuan Tuhan.

Huraian : Penyajak menyatakan bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

1+1

 

(Persoalan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 4 (PP PERAK 1)

 (i)

Harapan penyajak dalam rangkap ketiga

 

P1

Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan

2

 

 

[maksimum : 2 markah]

 

(ii)

Sebab anak-anak bertindak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua:

 

P1

Tidak mempunyai sifat tanggungjawab

1

 

P2

Tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa

1

 

P3

Terlalu sibuk dengan kerjaya

1

 

(Sebab yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua pengajaran berdasarkan rangkap sajak:

 

P1

Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita agar penat lelah mereka selama ini dapat dibalas.

1+1

 

P2

Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita supaya mereka tidak berasa sunyi.

1+1

 

P3

Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka tua supaya kebajikan mereka terjamin.

1+1

 

P4

Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di dunia kecuali Tuhan agar kita menghargai orang di sekeliling kita.

1+1

 

P5

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka tidak bersikap baik dengan kita supaya permusuhan tidak berpanjangan.

1+1

 

(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 5 (PP PERAK 2)

 (i)

Keluhan yang cuba disampaikan oleh warga tua

 

P1

Keluhan warga tua yang berasa kesunyian kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayingnya terhadap mereka

1

 

P2

Harapan agar anak-anaknya dikurniakan keinsafan terhadap perbuatan mereka itu oleh Tuhan

 

 

 

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(ii)

Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa

 

P1

Sentiasa menjaga kebajikan mereka agar mereka tidak berasa terasing dan terpinggir daripada kasih saying anak-anak

1 + 1

 

P2

Menyayangi dan menghormati mereka dengan sepenuh hati dan keikhlasan agar mereka berasa disayangi dan kehadiran mereka diperlukan oleh anak-anak

1 + 1

 

P3

Mendengar nasihat ibu bapa

1

 

P4

Belajar bersungguh-sungguh

1

 

P5

Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa

1

 

P6

Bertutur / bercakap dengan sopan

1

 

P7

Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa     

1

 

P8

Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong

1

 

(Cara yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua pengajaran berdasarkan rangkap sajak:

 

P1

Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita agar penat lelah mereka selama ini dapat dibalas.

1+1

 

P2

Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita supaya mereka tidak berasa sunyi.

1+1

 

P3

Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka tua supaya kebajikan mereka terjamin.

1+1

 

P4

Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di dunia kecuali Tuhan agar kita menghargai orang di sekeliling kita.

1+1

 

P5

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka tidak bersikap baik dengan kita supaya permusuhan tidak berpanjangan.

1+1

 

P6

Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga

Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada penghujung usianya.

1+1

 

P7

Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanya ketika usia tua.

Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak dengan mencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

1+1

 

P8

Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan

Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

1+1

 

(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 6 (PP PERLIS)

 (i)

Dua harapan penyajak

 

P1

anak-anak menziarahinya/menjenguknya       

1

 

P2

Anak-anak insaf atas perbuatan mereka yang mengabaikannya

1

 

P3

anak-anak menjadi penawar/pengubat kedukaannya

1

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(ii)

Hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang

 

P1

menjaga emosi ahli keluarga

1

 

P2

mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial

1

 

P3

mengukuhkan hubungan/silaturahim

1

 

P4

membentuk keluarga yang harmoni/bahagia

1

 

P5

mengelakkan konflik keluarga

1

 

P6

memupuk sikap saling menghormati

1

(Sebab yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua pengajaran

 

P1

Kita mestilah menziarahi ibu bapa sekiranya tinggal berjauhan.

Huraian : Penyajak mengharapkan anak-anaknya datang menziarahinya kerana dia berasa terlalu sunyi.

1+1

 

P2

Kita mestilah menjaga ibu bapa ketika mereka sakit.(R2)

Huraian : Penyajak menyatakan bahawa anak-anaknya melepaskan tanggungjawab untuk menjaganya.

1+1

 

P3

Kita mestilah insaf bahawa kehidupan kita hanyalah sementara dan Tuhan yang kekal abadi. (R3)

Huraian : Penyajak sedar dan insaf bahawa kehidupan ini hanya sementara dan hanya Tuhan yang kekal.

1+1

 

P4

Kita mestilah mendoakan anak-anak supaya mereka sentiasa melakukan kebaikan. (R3)

Huraian : Penyajak sentiasa mendoakan anak- anaknya agar diberi keinsafan.     

1+1

(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 7 (PP PULAU PINANG)

 (i)

Maksud frasa disirami benih keinsafan.

 

P1

diberikan kesedaran /menimbulkan /melahirkan kesedaran /memutikkan kesedaran     

2

 

 

[maksimum : 2 markah]

 

(ii)

cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua yang uzur

 

P1

mengupah pengasuh/orang gaji/pembantu/jururawat untuk menjaga      

1

 

P2

tinggal bersama-sama dengan mereka / mengajak tinggal bersama-sama

1

 

P3

meminta isteri/anak-anak bergilir-gilir menjaga ibu bapa uzur  

1

 

P4

menempatkan mereka/ibu bapa di pusat penjagaan orang tua uzur pada waktu bekerja

1

 

P5

mengambil cuti tanpa gaji (atau cuti lain) untuk menjaga ibu bap      

1

 

(Cara-cara yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

 

P1

Persoalan tentang nasib warga emas yang terbiar misalnya ‘aku’/penyajak berasa sunyi kerana tiada anak-anak datang menziarahinya

1+1

 

P2

Persoalan tentang kasih sayang suci seorang ibu misalnya penyajak mendoakan semoga anak-anak akan menjadi insaf dan sedar akan kesalahan mereka.

1+1

 

P3

Persoalan tentang hidup manusia di muka bumi bersifat sementara misalnya penyajak menyatakan bahawa semua yang hidup akan mati kecuali Tuhan

1+1

 

P4

Persoalan tentang anak-anak yang tidak bertanggungjawab menjaga ibu (bapa) misalnya mereka menolak antara adik- beradik untuk menjaga ibu bapa

1+1

 

P5

Persoalan ialah kehidupan seorang tua yang kesunyian misalnya penyajak menyatakan bahawa dia sering berada dalam keadaan sangat sunyi tanpa anak-anaknya.

1+1

 

(Persoalan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

SET 8 (PP SELANGOR 3)

(i)

Maksud rangkai kata jangan terpegun

 

P1

Usah terkaku

1

 

 

 

 

 

 

[maksimum : 2 markah]

 

(ii)

Cara-cara yang boleh dilakukan anak-anak yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing untuk membalas jasa ibu bapa mereka

 

P1

Menghormati / menyayangi ibu bapa  

1

 

P2

Meluangkan masa untuk berkomunikasi/ menziarahi ibu bapa.

1

 

P3

Menyediakan keperluan hidup yang lebih selesa.

1

 

P4

Memberi hadiah hari lahir, tarikh/ hari istimewa ibu bapa

1

 

(Cara-cara yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

 

(iii)

Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

 

P1

Persoalan kehidupan warga tua yang mendambakan kasih sayang anak-anak.

Contoh, ibu bapa yang sudah tua yang tinggal berjauhan dengan anak-anak mengharap anak anaknya datang menjenguknya.

1+1

 

P2

Persoalan kealpaan anak-anak menunaikan tangungjawab kepada ibu bapa.

Contoh, anak-anak alpa terhadap tanggungjawab masing-masing untuk menjaga ibu bapa sehingga mengharap sesama sendiri yang akhirnya ibu bapa terabai.

1+1

 

P3

Persoalan kasih sayang ibu bapa yang tiada sempadan terhadap anak-anak.

Contoh, penyajak terus berdoa agar anak-anaknya insaf atas perbuatan mereka yang meminggirkannya.

1+1

 

(Persoalan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)           

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]