18/03/2020
EJAAN YANG MENGELIRUKAN
Ejaan bagi perkataan-perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah ✔️ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ✔️ ejen ✔
60. murtabak❌martabak ✔
Ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.
[kutipan daripada grup BMSPM]
17/03/2020
16/03/2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 1 : LATIHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2
Soalan 1 : Rumusan
[30
markah]
|
Soalan
2 : Pemahaman
[35
markah]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
||
i
|
Berikan maksud rangkai kata mendapat
kepercayaan.
|
[2 markah]
|
ii
|
Pengarang mengemukakan beberapa
tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor di sekolah.
Nyatakan tanggapan-tanggapan yang salah tersebut.
|
[3 markah]
|
iii
|
Pada pendapat anda, selain mendapatkan
khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan yang wajar dilakukan oleh murid
untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?
|
[4 markah]
|
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca
petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
||
Sejak
kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak bagi terperap di estet. Pada setiap
petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan
duduk berbual-bual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan
Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke
kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya.
“Dia
pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan
Booth ikhlas nak berbaik-baik.”
Kami
berdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah
Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Akhirnya,
setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan
Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya
fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak
reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.”
Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah
segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth.
Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah
itu. Malahan, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai
orang perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang
sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih
istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga
pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak
ragu-ragu dengan perkara itu.
(Dipetik
daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam
antologi Sejadah Rindu, Dewan
Bahasa dan Pustaka)
|
||
i
|
Berdasarkan petikan di atas, apakah
perubahan sikap Tuan Booth semenjak dia kembali ke estetnya?
|
[2 markah] |
ii
|
Pada pendapat anda, mengapakah Tuan
Booth dan isterinya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat kampung
penulis?
Berikan tiga sebab anda.
|
[3 markah] |
iii
|
Jelaskan satu latar masyarakat yang
terkandung dalam petikan dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
|
[4 markah]
|
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
|
||
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai
dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat
lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala
orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang
banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua
takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja pun
tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya
Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi
orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja,
setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka
Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit
juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam
kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu
maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau
demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama
orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir
berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka
baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia hadirlah. Maka
titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
(Dipetik daripada
“Burung Terbang dipipiskan Lada”
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
||
i
|
Apakah maksud rangkai kata terlalu
dukacita ?
|
[2 markah]
|
ii
|
Nyatakan sebab-sebab Sultan Muzaffar
Syah risau akan hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
|
[3 markah]
|
iii
|
Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah,
apakah tindakan yang akan lakukan untuk memulihkan hubungan antara para
pembesar tersebut?
|
[3 markah]
|
Soalan 2 (d) - Sajak
Baca sajak di bawah
ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
|
||
SEJADAH RINDU
Terkedu aku
di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara.
Mohd.
Haikal Aminuddin
Antologi Sejadah Rindu
Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
||
i
|
Gambarkan keadaan penyajak semasa
mengabadikan dirinya kepada Ilahi.
|
[2 markah] |
ii
|
Bagaimanakah caranya untuk
meningkatkan keinsafan diri seseorang?
Berikan tiga cadangan anda. |
[3 markah]
|
iii
|
Huraikan
dua perwatakan penyajak
berdasarkan sajak tersebut.
|
[4 markah]
|
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
|
||
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
||
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
|
kecil-kecilan
terang-terangan
kenang-kenangan
bermati-matian
bertolak-tolakan
bermaaf-maafan
[6 markah]
|
|
b.
|
Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.
|
i.
ii.
iii.
|
“Saya tidak mahu kamu terus berasa rendah diri. Kamu perlu yakin pada
diri sendiri jika ingin berjaya dalam hidup,” kata Cikgu Ismail kepada
murid-muridnya.
“Wah, ramai sungguh ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat agung PIBG
sekolah kita pada kali ini!” kata Yang Dipetua PIBG kepada Pengetua.
“Nama saya Imran. Bolehkah saya berjumpa dengan Encik Harun?” tanya
Imran kepada penyambut tetamu di pejabat itu.
[6 markah]
|
c.
|
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
ii.
iii.
|
Dalam pesidangan tersebut, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh para
cendikiawan untuk menyelesaikan masalah pengangguran.
Syarikat pengangkutan bas awam perlu dikemaskinikan jadual perjalanan
supaya para penumpang mendapat manafaat.
Encik Hamid yang menerima penganugerahan pekerja terbaik bagi bulan Mac
merupakan kaki tangan bahagian penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia.
[6 markah]
|
d.
|
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
|
i.
ii.
iii.
|
Timbalan Perdana Menteri merupakan di antara tetamu kehormat yang hadir
dalam mesyuarat jubli perak sekolah tersebut.
Pengerusi majlis menghulurkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang
diberikan oleh pihak penaja.
Pihak berkuasa akan menggubal undang-undang sedia ada supaya lebih
sesuai akan keperluan zaman sekarang.
[6 markah]
|
e.
|
Tulis satu peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan
peribahasa di bawah.
|
|
i.
ii.
iii.
|
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.
[6 markah]
|
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
|
||
Jawab soalan-soalan
di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
|
||
i.
ii.
iii.
iv.
|
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Tirani karya Beb Sabariah
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Silir Daksina karya Nizar Parman
|
|
(a)
(b)
|
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama dalam novel
tersebut.
[7 markah]
Setiap novel mengandungi nilai kemanusiaan yang dapat dicontohi oleh
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]
|
Penulisan 10 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
Ibu bapa memainkan
peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda,
apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak
mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, anak-anak sering diabaikan, mereka pasti berasa dirinya terabai
dan akan cenderung melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah
bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang
dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam
situasi yang aman dan bahagia. Anak
kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami,
berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga
menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana,
kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga
seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah.
Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak.
Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah
pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka
hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa
bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan
ceria sepanjang masa bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu
bapa juga perlulah bertanggungjawab
mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan
anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan
harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja
mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih
mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk
membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak
bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk
belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang
setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku
kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih
awal, bak kata peribahasa beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana
anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap
kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan
anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa
juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang
secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi,
bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat
sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.
Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala
bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih
bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak
akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang
cukup ini dapat membantu anak-anak untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa
juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya
anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan
terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi
contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi
kelakuan ibu bapa mereka bak kata peribahasa,
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan
pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen
serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak
mengulang kaji pelajaran di rumah.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa
untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak
membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu,
ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau
ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak
telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan
persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya,
anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan
dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa
juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru
tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak
di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama
guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak
menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh
bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak
pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi
oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu
sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun
dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa
mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali
anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah
dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak.
Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam
pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu
bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan
selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan
boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah
bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak,
anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak
dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.
* sekiranya soalan meminta peranan ahli keluarga, sila nyatakan peranan setiap ahli keluarga [adik-beradik, datuk dsbnya]
15/03/2020
LATIHAN RUMUSAN SET MAC 2020
SET PERCUBAAN SPM JOHOR 2019
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan
memiliki aura positif dan cara-cara membentuk
aura positif dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Aura
boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat
dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada
ion positif dan ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya
mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif
sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan
menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya.
Persekitaran
keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura
positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap
kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang
mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih
sayang sehingga mampu menjadikan anakanak berfikiran matang khususnya dalam
membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup.
Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anakanak agar
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara
umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah
menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke
dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif
berupaya mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam
dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan
negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif.
Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan
dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan
pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut
menyumbang kepada perubahan tersebut.
Remaja
sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti
media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai
untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang.
Tidak mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media
itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak.
Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka
dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anakanak lebih bijak memilih
bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki
keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah
suai daripada
“Persekitaran
membentuk aura positif remaja”
Oleh
Noraziah Mohd Amin
Dewan
Bahasa, Julai 2017
SKEMA RUMUSAN PENDAHULUAN
PEND
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
P1
|
Petikan membincangkan
kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedahfaedah/kebaikan-kebaikan memiliki
aura positif dalam kalangan anak-anak/ remaja/ seseorang.
|
2
|
P2
|
Petikan membincangkan
kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki
aura positif dan perkara-perkara yang boleh menukarkan aura positif kepada
aura negatif dalam diri seseorang.
|
2
|
P3
|
Rumusan ini membincangkan
kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki
aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
|
2
|
P4
|
Petikan/Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/
manfaat-manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
|
1
|
P5
|
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura
positif/ Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.
|
0
|
ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura
positif)
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
S1
|
senang didekati.
|
2
|
S2
|
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa.
|
2
|
S3
|
tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang
besar.
|
2
|
S4
|
menjadikan anak-anak berfikiran matang.
|
2
|
S5
|
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki
kelemahan dirinya.
|
2
|
S6
|
mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap
kerohanian dalam dirinya.
|
2
|
S7
|
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
|
2
|
S8
|
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk
berjaya.
|
2
|
ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam
kalangan remaja)
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
T1
|
mengikuti aktiviti yang menambah ilmu
pengetahuan/majlis ilmu.
|
2
|
T2
|
mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.
|
2
|
T3
|
meminta nasihat daripada orang berpengalaman.
|
2
|
T4
|
sentiasa muhasabah diri
|
2
|
T5
|
menjauhi pemikiran negatif
|
2
|
T6
|
sentiasa berdoa/solat hajat
|
2
|
KESIMPULAN
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
K1
|
Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memiliki aura positif
agar kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
|
2
|
K2
|
Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif.
|
1
|
Soalan 2(a) – Petikan
Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata
menyuburkan minda.
[2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan
beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam
diri seseorang.
Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.
[3 markah]
(iii)
Segelintir remaja sering
berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah
punca-punca remaja menghadapi masalah tersebut?
[4 markah]
SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan
minda :
PILIHAN
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
(i)
|
Mengembangkan/memupuk/menyemai/ akal/ pemikiran.
|
2
|
(ii)
|
Mengembangkan/memupuk/menyemai minda.
|
1
|
(iii)
|
Menyuburkan akal/pemikiran.
|
1
|
SOALAN (ii)
Keadaan-keadaan:
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
1
|
Perasaan negatif dalam diri
seseorang.
|
1
|
2
|
Keadaan
fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan.
|
1
|
3
|
Pengaruh oleh elemen dari luar atau
dalaman seseorang itu sendiri.
|
1
|
SOALAN (iii) Punca-punca
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
1
|
Pengaruh media massa.
|
1
|
2
|
masalah hubungan dalam keluarga.
|
1
|
3
|
Bebanan pelajaran/tanggungjawab
terhadap pekerjaan.
|
1
|
4
|
harapan ibu bapa yang terlalu
tinggi.
|
1
|
5
|
kurang pengamalan/ mengamalkan
ajaran agama.
|
1
|
6
|
inginkan perhatian/dikenali ramai/
disanjungi.
|
1
|
7
|
sikap negatif dalam diri.
|
1
|
Subscribe to:
Posts (Atom)