SET PERCUBAAN SPM JOHOR 2019
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan
memiliki aura positif dan cara-cara membentuk
aura positif dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Aura
boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat
dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada
ion positif dan ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya
mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif
sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan
menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya.
Persekitaran
keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura
positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap
kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang
mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih
sayang sehingga mampu menjadikan anakanak berfikiran matang khususnya dalam
membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup.
Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anakanak agar
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara
umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah
menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke
dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif
berupaya mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam
dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan
negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif.
Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan
dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan
pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut
menyumbang kepada perubahan tersebut.
Remaja
sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti
media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai
untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang.
Tidak mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media
itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak.
Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka
dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anakanak lebih bijak memilih
bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki
keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah
suai daripada
“Persekitaran
membentuk aura positif remaja”
Oleh
Noraziah Mohd Amin
Dewan
Bahasa, Julai 2017
SKEMA RUMUSAN PENDAHULUAN
PEND
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
P1
|
Petikan membincangkan
kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedahfaedah/kebaikan-kebaikan memiliki
aura positif dalam kalangan anak-anak/ remaja/ seseorang.
|
2
|
P2
|
Petikan membincangkan
kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki
aura positif dan perkara-perkara yang boleh menukarkan aura positif kepada
aura negatif dalam diri seseorang.
|
2
|
P3
|
Rumusan ini membincangkan
kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki
aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
|
2
|
P4
|
Petikan/Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/
manfaat-manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
|
1
|
P5
|
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura
positif/ Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.
|
0
|
ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura
positif)
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
S1
|
senang didekati.
|
2
|
S2
|
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa.
|
2
|
S3
|
tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang
besar.
|
2
|
S4
|
menjadikan anak-anak berfikiran matang.
|
2
|
S5
|
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki
kelemahan dirinya.
|
2
|
S6
|
mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap
kerohanian dalam dirinya.
|
2
|
S7
|
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
|
2
|
S8
|
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk
berjaya.
|
2
|
ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam
kalangan remaja)
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
T1
|
mengikuti aktiviti yang menambah ilmu
pengetahuan/majlis ilmu.
|
2
|
T2
|
mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.
|
2
|
T3
|
meminta nasihat daripada orang berpengalaman.
|
2
|
T4
|
sentiasa muhasabah diri
|
2
|
T5
|
menjauhi pemikiran negatif
|
2
|
T6
|
sentiasa berdoa/solat hajat
|
2
|
KESIMPULAN
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
K1
|
Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memiliki aura positif
agar kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
|
2
|
K2
|
Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif.
|
1
|
Soalan 2(a) – Petikan
Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata
menyuburkan minda.
[2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan
beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam
diri seseorang.
Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.
[3 markah]
(iii)
Segelintir remaja sering
berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah
punca-punca remaja menghadapi masalah tersebut?
[4 markah]
SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan
minda :
PILIHAN
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
(i)
|
Mengembangkan/memupuk/menyemai/ akal/ pemikiran.
|
2
|
(ii)
|
Mengembangkan/memupuk/menyemai minda.
|
1
|
(iii)
|
Menyuburkan akal/pemikiran.
|
1
|
SOALAN (ii)
Keadaan-keadaan:
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
1
|
Perasaan negatif dalam diri
seseorang.
|
1
|
2
|
Keadaan
fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan.
|
1
|
3
|
Pengaruh oleh elemen dari luar atau
dalaman seseorang itu sendiri.
|
1
|
SOALAN (iii) Punca-punca
ISI
|
JAWAPAN
|
MARKAH
|
1
|
Pengaruh media massa.
|
1
|
2
|
masalah hubungan dalam keluarga.
|
1
|
3
|
Bebanan pelajaran/tanggungjawab
terhadap pekerjaan.
|
1
|
4
|
harapan ibu bapa yang terlalu
tinggi.
|
1
|
5
|
kurang pengamalan/ mengamalkan
ajaran agama.
|
1
|
6
|
inginkan perhatian/dikenali ramai/
disanjungi.
|
1
|
7
|
sikap negatif dalam diri.
|
1
|
1 comment:
terima kasih banyak
Post a Comment