Set 1 Cerpen Pahlawan Buntung
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Kehadiran
Pak Husain menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui
detik-detik peristiwa yang berlaku lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu.
Kakinya yang buntung, terkulai dalam
kain sarungnya yang kelihatan singkat. Kaki kayunya sudah usang. Kepala kakinya
sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang
memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik
Kelantan, aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku
tidak melihat peristiwa sejarah tanah air. Kebisingan dan kehiruk-pikukan yang
berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota (menyambut ulang
tahun kemerdekaan), seolah-olah tidak masuk dalam telingaku. Tidak.
Wajah Pak Husain memanjat kepalaku.
Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak
pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia
tersiuk-siuk melangkah dengan kaki tiganya melewati orang ramai, dalam kumpulan
yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsong oleh pasang penuh, aku tepuk
belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangannya
yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatannya. Ingatkah ia?
“Kau, kau, Khalid?”
“Ya, Khalid,” kataku membenarkan
dugaannya.
(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung,
oleh S. Othman Kelantan
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Bagaimanakah keadaan Pak Husain ketika aku menemuinya di
temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh
seorang pelajar untuk menghargai
kemerdekaan negara?
[3 markah]
(iii)
Jelaskan satu persoalan
yang terdapat dalam petikan dan satu
persoalan daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Pahlawan Buntung
(i)
(
Pilih dua jawapan sahaja )
-
Kakinya buntung terkulai dalam
kain sarungnya
-
Kaki kayunya sudah usang
-
Kepala
kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya
-
Parut
yang memanjang di atas dahinya
[Maksimum
2 markah]
(ii)
( Pilih tiga jawapan sahaja )
-
Mempelajari tentang sejarah /
tokoh-tokoh kemerdekaan
-
Menyertai perarakan / aktiviti
kemerdekaan
-
Mengadakan kempen sempena
kemerdekaan
-
Menjayakan bulan kemerdekaan /
hias bendera
-
Belajar bersungguh-sungguh agar
menjadi manusia berguna
[Maksimum 3 markah]
(iii)
Satu
persoalan dalam petikan cerpen:
-
Persoalan menghargai
kemerdekaan tanah air / negara
Contoh, Aku, Pak
Husain dan orang ramai datang menghadiri temasya kota sempena ulang tahun
kemerdekaan negara.
Satu persoalan
lain dalam keseluruhan cerpen:
(Pilih 1 sahaja)
-
Persoalan kezaliman untuk
meluaskan jajahan.
Contoh, tentera
Jepun yang ingin menjajah tanah Melayu sanggup membunuh rakyat tempatan.
-
Persoalan
kebijaksanaan untuk menyelamatkan diri
Contoh, Pak Husain bijak
menipu tentera Jepun dengan mengatakan ingin buang air besar untuk melarikan
diri daripada Jepun
-
Persoalan
semangat bantu-membantu dalam kesusahan
Contoh, Pak Husain membantu mengumpulkan
orang-orang kampong Pulau Pak Amat di pengkalan untuk menyelamatkan diri
daripada tentera Jepun
[Maksimum
4 markah]
Contoh
jawapan cemerlang untuk soalan (ii) Kemahiran Berfikir
(i)
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengenang jasa
pahlawan seperti Pak Husain? Berikan tiga usaha.
Cadangan Isi jawapan
-
mengadakan
sambutan Hari Pahlawan untuk mengenang jasa mereka
-
memaparkan
jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain dalam media cetak dan media elektronik
-
memberikan
anugerah dalam pelbagai bentuk
-
memberikan
bantuan atau subsidi untuk mereka memulakan perniagaan
-
menubuhkan
persatuan yang dapat menjadi wahana untuk mereka menyuarakan pendapat
Contoh Jawapan Cemerlang
Pada
pendapat saya, kita boleh melakukan pelbagai usaha untuk menghargai pahlawan
seperti Pak Husain. Antaranya ialah dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan
untuk mengenang pengorbanan mereka kepada negara pada satu ketika dahulu.
Selain itu juga jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain boleh dipaparkan dalam
media cetak dan media elektronik dalam bentuk penulisan riwayat hidup atau
filem dokumentari tentang perjuangan mereka. Seterusnya, pihak kerajaan pula
boleh memberikan anugerah dalam pelbagai bentuk seperti memberikan mereka tanah
untuk kegunaan pertanian, atau memberikan bantuan atau subsidi untuk mereka
memulakan perniagaan. Kerajaan juga boleh menubuhkan persatuan yang dapat
menjadi wahana untuk mereka menyuarakan pendapat dan pandangan demi kemajuan
negara dan rakyat.
Set 2 Cerpen Pahlawan Buntung
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Pak Husain mencengkam tanganku.
Cengkamannya kuat seperti tidak mahu dilepaskannya. Matanya menajam menembusi
wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku. Tidak ada yang kudengar di
sekitarnya, kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada wajahnya terlukis
gambaran keriangan yang beriak-riak pada
bibirnya yang kelihatan separuh tertutup oleh misainya yang seperti kapas.
Janggutnya jarang-jarang, juga seperti kapas. Pakaiannya sederhana,
membayangkan keperibadian desa yang suci murni.
Kugeser ia ke tepi. Kami berlabuh
dalam sebuah warung. Kami minum-minum.
“Ayahmu masih sihat?” tanyanya.
Memang Pak Husain sangat saayang akan ayahku.
“Meninggal,” jawabku perlahan. “Ayah
meninggal kira-kira setahun yang lalu.”
“Meninggal?” sepatah pertanyaan
engkarnya. Mulutnya kumat-kamit. “Dia membaca ayat suci tentunya,” fikirku.
“Ayah selalu menyebut nama Pak Sin,”
kataku. “Tapi kerana keuzurannya, kami tidak dapat membawanya untuk menmui Pak
Sin.”
Pak Husain merenung orang ramai.
Dalam riak matanya dapat kubayangkan wajah ayahku terdiri di dalamnya. Dia
melihatku kembali. Kemudian, dia menghidup kopi.
“Memang lama tak bertemu,” kata Pak
Husain kemudian.
“Ya, lama,” bisik hatiku.
(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung,
oleh S. Othman Kelantan dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah maksud rangkai kata beriak-riak pada bibirnya?
[2 markah]
(ii)
Apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menghargai
jasa seorang sahabat yang banyak berjasa kepada anda?
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu perwatakan
Pak Husain dalam petikan dan satu lagi
perwatakan daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Pahlawan Buntung
(i) -
Senyuman
di bibir
[Maksimum
2 markah]
(ii)
( Pilih tiga jawapan sahaja )
-
Doakan kesejahteraan /
kesihatannya
-
Kerap melawat / mengunjunginya
/ datang ke rumahnya
-
Bertanya khabar / telefon / sms
/ hantar surat
-
Berikan bantuan kepadanya /
keluarganya
-
Menggembirakan hatinya /
menghiburkannya/ menemaninya / sentiasa bersama-sama
[Maksimum 3 markah]
(iii)
Satu
perwatakan dalam petikan cerpen:
-
Sederhana
Contoh, pakaian
Pak Husain sederhana membayangkan keperibadian desa yang suci murni
Satu perwatakan
lain dalam keseluruhan cerpen:
(Pilih 1 sahaja)
-
Bijak
Contoh, Pak Husain bijak
menipu tentera Jepun dengan mengatakan ingin buang air besar untuk melarikan
diri daripada Jepun
-
Berani
Contoh, Pak Husain berani
menipu tentera Jepun dengan mengatakan orang-orang kampung sudah melarikan diri
untuk menyelamatkan mereka
-
Cinta
tanah air
Contoh, Pak Husain datang ke perarakan
menyambut ulang tahun kemerdekaan
walaupun kakinya sudah buntung
-
Bantu-membantu
Contoh, membantu mengumpulkan
orang-orang kampung untuk menyelamatkan mereka daripada tentera Jepun
[Maksimum 4 markah]
Set 3 Cerpen Pahlawan Buntung
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Sesungguhnya kami telah lama
berpisah dalam tahun-tahun pendudukan BMA. Keluargaku pindah ke kota. Ketika
bunga-bunga politik memercup tumbuh dalam tahun-tahun empat puluhan, kami telah
melupai satu sama lain. Ketika permulaan perpindahan kami, ayahku sering ke
desa peninggalannya, tetapi apabila api politik membakar seluruh tanah air,
ayahku larut di dalamnya. Sejak itu perpisahan tidak rasmi itu saling melupai.
Kira-kira lebih tiga puluh tahun
yang lalu, Pak Husain masih sepertiku. Usianya baru kira-kira tiga puluh tahun.
Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani.
Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya. Aku sering mengekorinya untuk
memancing dan menyadak. Kampung kami damai. Deburan ombak Laut China Selatan saban
detik menyiulkan lagu nelayan yang penuh duka nestapa. Kerana kedudukannya agak
terpencil oleh sungai dan laut yang mengelilinginya, kampung itu disebut
Kampung Pulau Pak Amat.
Inilah Pulau Pak Amat yang gamat!
Ketika kusedar oleh hentakan dan
siulan bunyi yang bergemetuk, aku seperti diselimuti oleh gebar kebingungan
yang menakjubkan. Memang gendang-gendang telingaku dapat menangkap bunyi siulan
yang ajaib itu. Siulan peluru dan bunyi gegaran.
(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung,
oleh
S.Othman Kelantan dalam antologi
Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Pak Husain ketika umurnya
kira-kira tiga puluh tahun?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan
untuk menarik anak-anak muda tinggal di kampung?
[3 markah]
(iii)
Jelaskan satu pengajaran
dalam petikan dan satu pengajaran
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Pahlawan Buntung
(i) (Pilih
dua jawapan sahaja )
-
Tegap sasa
-
Berani
-
Banyak
dicintai oleh gadis-gadis kampung
[Maksimum 2 markah]
(ii)
(Pilih
tiga jawapan sahaja )
-
Mengadakan aktiviti menarik
minat mereka
-
Mewujudkan peluang pekerjaan
-
Mewujudkan persekitaran bersih
/ menarik
-
Menyediakan kemudahan moden /
pusat internet
-
Sikap mesra terhadap mereka
[Maksimum 3 markah]
(iii)
Satu
pengajaran dalam petikan cerpen:
-
Kita janganlah melupakan tempat
lahir kita
Contoh, pada
tahun empat puluhan, ayah aku sering pulang ke kampung tetapi lama-kelamaan dia
melupakan kampungnya
Satu pengajaran
lain dalam keseluruhan cerpen:
(Pilih 1 sahaja)
-
Kita mestilah membantu orang
yang dalam kesusahan
Contoh,
membantu mengumpulkan orang-orang kampung untuk menyelamatkan
mereka
daripada tentera Jepun
-
Kita
mestilah bijak dalam menghadapi musuh/ masalah
Contoh, Pak Husain bijak
menipu tentera Jepun dengan mengatakan ingin buang air besar untuk melarikan
diri daripada Jepun
-
Kita
mestilah berani menghadapi musuh
Contoh, Pak
Husain berani menipu tentera Jepun dengan mengatakan orang-orang
kampung
sudah melarikan diri untuk menyelamatkan mereka
-
Kitamestilah
cinta akan tanah air
Contoh, Pak Husain datang ke perarakan
menyambut ulang tahun kemerdekaan
walaupun kakinya sudah buntung
[Maksimum
4 markah]