Novel Azfa
Hanani dan Kembara Amira: Peristiwa yang menyedihkan.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan peristiwa yang menyedihkan dalam novel yang
anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang
menyedihkan.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak
Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani.
Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai pakaian sekolah yang
lama.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azfa
Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas
sekolah. Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli
pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa
pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.
Peristiwa yang ketiga ialah peristiwa kemalangan
jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani
akibat kecuaian Tengku Makmur. Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap
teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang
berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu
menyusukannya di tempat kejadian.
Peristiwa yang keempat ialah peristiwa
ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat
akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian. Ketika
Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam
goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang
sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.
Peristiwa yang kelima ialah peristiwa Azfa
Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar. Semasa
Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar
pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah
menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku
Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan
dirinya ialah Tengku Murni.
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L.
Kadir, peristiwa yang menyedihkan dipaparkan olah pengarang melalui peristiwa
pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha. Apabila
Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api
merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan
mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu
meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu
besar.
Peristiwa yang menyedihkan seterusnya ialah peristiwa masyarakat
orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan
mereka. Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata
biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran
Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan
daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula.
Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan
tindakannya.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Amira
bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh
dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai. Amira rasa
bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin
mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun
Angin.
Novel Azfa Hanani dan Kembara Amira: Peristiwa yang menarik.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang
menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa
Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk
menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani
tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran
dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati
Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa
Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti
sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar
rahsia tentang Datuk Tengku Makmur yang bertanggungjawab menyebabkan
kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa
Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa
tingginya. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang
gadis yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula dia tidak
mengenali Iskandar.
Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa
Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya berkawan
dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan
Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin
menegakkan kebenaran.
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa
Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah
terpadam yang mempunyai hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini
menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang
yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
Novel yang saya
kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini
memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa
Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras
dan diselamatkan oleh Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan
kebaikan orang asli suku Semai menyelamatkan seorang gadis seperti
Amira.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa
Itai mengetahui Tau bapanya. Peristiwa ini menarik kerana Itai
menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya
sendiri.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa
Amira memberi seketul emas kepada Jacinta. Peristiwa ini menarik
kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan
sahabatnya.
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa
Amira menemukan mobile disk di lantai gua. Peristiwa
ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan
penemuan mobile disk ini dapat membantu
memberitahu mereka di mana Malique berada.