21/09/2019

PERCUBAAN SPM 2019 PERLIS : RUMUSAN [SKEMA]


PERLIS
Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/manfaat sungai dalam kehidupan manusia/masyarakat/rakyat. 
2

Rumusan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/manfaat sungai dalam kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai.
2

Petikan/Rumusan  membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/manfaat sungai dalam  kehidupan
1

Petikan membincangkan kepentingan sungai dalam kehidupan/ Rumusan membincangkan  kepentingan sungai dalam kehidupan
0



Isi Tersurat [4 markah hingga 12 markah]
(Kepentingan sungai dalam kehidupan)
S1
pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk  muka bumi 
2
S2
membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik
2
S3
sumber tenaga hidro/hidroelektrik
2
S4
menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir 
2
S5
sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia 
2
S6
habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia
2
S7
tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing        
2
S8
mewujudkan peluang pekerjaan
2
S9
menambahkan pendapatan kepada manusia 
2

Isi tersirat [ 4 markah hingga 12 markah ]
( Usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka  )
T1
masyarakat tidak membuang sampah/sisa domestik ke dalam sungai
2
T2
masyarakat tidak menyalurkan sisa industri ke dalam sungai
2
T3
masyarakat menyahut seruan kerajaan memelihara keindahan sungai
2
T4
masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan kempen cintai sungai 
2
T5
masyarakat melakukan gotong-royong membersihkan sungai       

T6
masyarakat melaporkan kejadian pencemaran sungai kepada pihak berkuasa
2
Isi-isi tersirat yang lain diterima sekiranya sesuai

Kesimpulan
K1
Kesimpulannya, semua pihak  perlulah bekerjasama memelihara sungai supaya keindahan sungai sentiasa berkekalan
2
K2
Kesimpulannya, masyarakat haruslah menjaga keindahan sungai supaya  pencemaran alam sekitar dapat dielakkan.
2
Kesimpulan lain diterima sekiranya sesuai
               










































































Soalan 2(a) : Petikan Umum                                                                                             
i.    Maksud menjejaskan kualiti
-
merosakkan/mengurangkan mutu 
2
-
menjejaskan mutu 
1
-
merosakkan/mengurangkan kualiti 
1


ii.   Kesan utama pencemaran sungai di negara kita:
P1
peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri
1
P2
kepupusan flora dan fauna
1
P3
menggugat ekosistem
1
P4
menggugat sumber makanan
1

[ Maksimum : 3 markah ]

[ Isi cukup : 2 isi ]


iii.   Usaha-usaha JPS  yang berkesan untuk menangani pencemaran sungai
P1
mengadakan kempen "Cintailah Sungai Kita”
1
P2
mewajibkan pendidikan alam sekitar/pendidikan tentang kebersihan sungai pada peringkat sekolah 
1
P3
menguatkuasakan undang-undang
1
P4
menghijaukan kawasan berhampiran sungai
1
P5
memulihara semula sungai tercemar
1
P6
menjadikan sungai sebagai kawasan tarikan pelancong
1

(Idea yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)


[ Maksimum : 4 markah ]

[ Isi cukup : 3 isi ]


PERCUBAAN SPM 2019 PERLIS : RUMUSAN

Soalan 1  :  Rumusan

[30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sungai dalam kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya  rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan nadi kepada kehidupan manusia sejagat.  Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah yang banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara yang mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi sosial, ekonomi  mahupun politik.  
Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi.  Sebagai sumber air utama negara, rakyat sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan serta kecanggihan teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an,  sungai penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan sumber hidroelektrik.
Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir.  Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan  jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangkutan manusia menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna. 
 Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah dan berekreasi.  Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai. 
 Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air itu bebas daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber makanan.  Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran alam sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.
                                                       Dipetik dan diubah suai daripada  ‘Melestarikan Keindahan Sungai’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mei 2017



Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)            Berikan maksud rangkai kata menjejaskan kualiti.                    [2 markah]

(ii)       Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana mendatangkan pelbagai implikasi buruk. 
          Apakah kesan utama pencemaran sungai di negara kita?              [3 markah]

(iii)         Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani masalah pencemaran sungai. 
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk menangani
           pencemaran sungai?                                                [4 markah]