03/11/2017

ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN PERCUBAAN BM SPM NEGERI [SPM 2017]

 Bil
Negeri
Karangan A
Karangan B (Sedutan soalan)
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5
1
Terengganu
Ciri-ciri sebuah pusat sumber yang baik
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan oleh memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.

Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga seperti majlis perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.

Isu keselamatan anak-anak sering kali diuar-uarkan dalam media massa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan tentang Keselamatan Kanak-kanak Tanggungjawab Bersama.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.
Huraikan manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada masyarakat dunia.

Sesebuah karya sastera seharusnya mengandungi banyak keistimewaan agar boleh menarik minat pembaca.
Ulaskan pernyataan tersebut.

2
Kelantan
Manfaat-manfaat perhimpunan rasmi sekolah.
Guru merupakan insan peting yang perlu dihargai disebabkan mereka menyumbang kepada pembentukan generasi cemerlang yang diperlukan oleh negara.
Huraikan cara-cara anda menghargai guru.

Permintaan air bersih kian meningkat sedangkan sumbernya semakin berkurangan sebagai pengguna, kita berperanan penting untuk menjimatkan penggunaan air dalam aktiviti seharian.
Pengangkutan awam di negara kita semakin tidak mendapat sambutan disebabkan beberapa faktor. Hal ini sudah pasti dapat diatasi dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam di negara kita. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang berjudul "Usaha-usaha Meningkatkan Sistem Pengangkutan Awam Negara". Tulis rencana itu selengkapnya.
Perkembangan industri pertanian dapat menambahkan pendapatan negara, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan imej negara di mata dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.

Peribahasa "serumpun bagai serai, seludang bagai tebu" menggambarkan sikap bersatu hati dalam segala hal.
Jelaskan kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap bermuafakat dalam kehidupan bermasyarakat.

3
Kedah
Langkah-langkah untuk menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah. Tajuk pidato ialah "Faedah Perhimpunan Pagi kepada Murid".
Sediakan teks pidato tersebut selengkapnya.

Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan harga makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga.
Bincangkan.

Kerjasama ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dapat mengurangkan kes buli yang berlaku di sekolah.
Ulas pernyataan di atas.

Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian perlu diberi perhatian.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian.
Karya sastera merupakan karya yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup.
Berdasarkan karya yang anda baca, jelaskan perkara-perkara yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.

4
Johor DT
Ciri-ciri bandar pintar.
Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk mengisi kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.
Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi keamanan dan kemajuan negara kita.

Dewasa ini, permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak kurang diminati serta semakin dilupakan oleh generasi muda.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional.


Usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing melabur di negara kita memang wajar kerana pelaburan asing memberikan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara.
Bincangkan.

Pendidikan maya atau pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mempunyai pelbagai kepentingan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia.
Bincangkan.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Petikan gurindam di atas membawa maksud kepentingan seseorang menjaga tutur kata dalam kehidupan.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga tutur kata agar berjaya dalam kehidupan.
5
YIK
Punca-punca kemerosotan mutu sukan negara.
Pada masa cuti sekolah akhir tahun, remaja sering mengambil peluang bekerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh kepada golongan remaja yang bekerja sambilan dalam masa cuti persekolahan.

Keselamatan anak-anak semasa berada di rumah perlu diberi perhatian oleh ahli keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin semasa berada di rumah.

Kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya menjaga kebersihan di kawasan kediaman masih rendah.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak supaya kawasan kediaman di negara kita sentiasa berada dalam keadaan bersih?
Gejala pemerdagangan manusia peringkat antarabangsa semakin meningkat.
Bincangkan.

Murid-murid sekolah kurang berminat untuk membaca karya sastera seperti novel, cerpen, dan puisi.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan pihak-pihak lain untuk memupuk minat murid-murid sekolah terhadap karya sastera tersebut.

6
MRSM
Kepentingan memiliki keluarga bahagia.
Keracunan makanan yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh sikap kurang prihatin seseorang terhadap penjagaan kesihatan.
Sebagai pelajar yang prihatin, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa keracunan makanan.
Media massa sering memaparkan iklan barangan dan perkhidmatan untuk melahirkan pengguna yang bijak. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Peranan Iklan dalam Melahirkan Pengguna yang Bijak".
Tulis rencana itu selengkapnya.
Orang Kelainan Upaya (OKU) turut memberikan sumbangan untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang.
Ulaskan pernyataan di atas.

Jenayah pemerdagangan manusia kini merentas sempadan negara. Hal ini memerlukan kerjasama berkesan antara negara untuk menanganinya.
Bincangkan.

Peribahasa "Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis" boleh dikaitkan dengan amalan berjimat cermat.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan berjimat cermat dalam kehidupan generasi Kini.

7
SBP
Kepentingan hidup berjiran.
Bersempena dengan persaraan pengetua sekolah anda, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan. Selaku wakil pelajar, anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya.
Pelbagai masalah sosial seperti pergaulan bebas, vandalisme dan lari dari rumah berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga dalam menangani masalah sosial tersebut.
Pada alaf baharu ini, pihak kerajaan bersungguh-sungguh untuk memajukan industri desa kerana industri ini berpotensi meningkatkan ekonomi negara.
Bincangkan.
Dunia hari ini kian terhimpit dengan peperangan yang membawa kesan-kesan negatif.
Jelaskan peranan badan-badan dunia bagi membendung permasalahan ini.
Kewujudan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat memupuk minat orang ramai terhadap karya sastera.
Huraikan pernyataan di atas.
8
Perlis
Ciri-ciri pengguna bijak.
Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Bincangkan.

Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan yang bermakna demi kemajuan sekolah.
Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.

Alam sekitar yang berkualiti menjamin kesejahteraan hidup manusia.
Ulas pernyataan tersebut.

Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar melakukan inovasi iaitu penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik.
Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada rakyat dan negara.
Sesebuah karya sastera yang bermutu akan menarik minat masyarakat untuk membaca karya tersebut.
Bincangkan.

9
Sabah (Kota Belud)
Prakarsa memajukan industri pelancongan.
Semangat patriotik dalam kalangan murid semakin luntur.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air terjejas di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
Berikan komen anda.

Walaupun Hari Bumi diisytiharkan dan disambut pada 22 April setiap tahun, kemusnahan bumi dilihat menjadi masalah utama bagi negara-negara di dunia.
Jelaskan bentuk-bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh semua negara di dunia untuk menyelamatkan bumi.

Peribahasa "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan" merujuk keadaan seseorang yang terpaksa menanggung kerugian akibat terburu-buru mengambil sesuatu keputusan.
Bincangkan kerelevanan maksud peribahasa tersebut dengan situasi kehidupan seharian masyarakat di negara kita.
10
Pahang DM
Usaha-usaha memupuk jati diri remaja.
Anda selaku Tokoh Usahawan Desa peringkat negeri diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah "Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya".
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Keluarga bahagia merupakan keluarga yang penyayang, bertolak ansur dan sering menyantuni antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda.

Pengguna bijak mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga.
Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.

Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat antarabangsa.
Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global.

Jikalau ilmu tidak sempurna,
Tiada berupa ia berguna;
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
(Gurindam Beberapa Petua Hidup, Zaaba)
Huraikan kepentingan ilmu kepada remaja.
11
Pulau Pinang
Kepentingan riadah dalam kehidupan.
Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat
menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.
 
Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet yang memberikan
pelbagai kesan kepada mereka.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan
anak-anak.
"Berjimat Cermat Amalan Mulia"
Ulaskan pernyataan tersebut.
Filem-filem Barat telah memberikan pelbagai pengaruh terhadap kehidupan
masyarakat sejagat.

Huraikan pengaruh yang diterima oleh masyarakat sebagai akibat kemasukan filem-
filem dari Barat ke negara mereka.
Peribahasa bagai lebah menghimpun madu bermaksud seseorang yang sangat rajin.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
12
Selangor DE
Kepentingan menabung wang kepada masyarakat
Aktiviti seperti beriadah, berkhemah, dan menyertai program khidmat masyarakat pada
musim cuti sekolah amat digalakkan kepada remaja.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada aktiviti-aktiviti tersebut.
Cabaran membentuk masyarakat yang bersatu padu di sekolah amat besar.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah wajar mengambil langkah-langkah untuk
memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan murid.
Bincangkan.
Keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia sebagai destinasi pelancongan memerlukan
kerajaan dan agensi swasta mengambil langkah yang sepatutnya untuk menarik
kedatangan pelancong.
Ulas pernyataan ini.

 
Pengambilan tenaga kerja dari negara luar bertujuan membantu pembangunan
ekonomi negara, namun begitu terdapat beberapa masalah sosial yang timbul.

Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk “Langkah-
langkah Mengatasi Masalah Sosial yang Ditimbulkan oleh Tenaga Kerja dari Negara Luar”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Sesebuah karya sastera yang baik dan menarik dapat mendidik pembaca.
Huraikan ciri-ciri karya sastera yang baik dan menarik.
13
Melaka

Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk melestarikan
warisan seni budaya.
Sebagai tokoh murid, anda diundang untuk memberikan syarahan tentang masalah
sosial yang melanda remaja pada hari ini.
Tulis teks syarahan tersebut dengan memberikan fokus pada punca-punca berlakunya
masalah ini.
 
Cuti sekolah yang panjang digunakan oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak
mengikuti program-program berbentuk akademik dan sahsiah. Hakikatnya cuti sekolah
merupakan waktu terbaik untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.
Bincangkan peranan ibu bapa bagi memanfaatkan cuti sekolah anak-anak untuk
merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kestabilan ekonomi, politik, dan sosial menjadi faktor tarikan kemasukan pelancong
asing ke negara kita.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membantu perkembangan industri
pelancongan negara.
Isu kemiskinan telah menjadi masalah global yang mengancam sebahagian negara
dunia. Sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi oleh negara luar, Malaysia telah
mencadangkan beberapa langkah untuk menangani masalah tersebut.
Jelaskan cadangan-cadangan yang boleh dikemukakan oleh kerajaan Malaysia
berkaitan degan isu kemiskinan.
Bakat, minat dan kreativiti merupakan sebahagian daripada kriteria untuk melahirkan
penulis karya sastera yang berkualiti.
Berikan pendapat anda.
14
Sarawak
(Limbang)

Langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan di
sekolah.
Menjadi pelajar cemerlang impian bagi setiap pelajar di Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi pelajar cemerlang dalam
pelbagai aspek.
 
Budaya menabung dalam kalangan anak-anak perlulah bermula dari rumah.
Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan Ahli Keluarga Memupuk Amalan
Menabung dalam kalangan Anak-anak”.
Malaysia terkenal dengan keunikan dan keistimewaan yang mampu menarik
kedatangan pelancong tempatan dan pelancong asing.
Huraikan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu
sejagat.
Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah
tersebut.
Kini, remaja didapati lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding karya
sastera.
Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya keadaan ini.
15
Perak

Kepentingan
menyertai acara sukan.
Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut
Pengajian Tinggi (IPT) demi masa depan yang gemilang.
Berikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan
sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT.


Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur. 
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan.
Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi
generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk
“Kepentingan Bangunan Bersejarah kepada Negara”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat
keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Huraikan kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemimpin negara untuk menjamin
keamanan di beberapa buah negara di dunia.
Penggiat sastera atau sasterawan merupakan golongan yang banyak berjaya kepada
pembangunan negara.
Bincangkan langkah-langkah untuk mengiktiraf golongan penggiat sastera di negara
kita.
16
WPKL

Kebaikan sektor
pelancongan kepada negara kita.
Sekolah anda mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM
anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang peserta seminar, anda diminta
untuk menulis laporan seminar tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Sediakan laporan anda selengkapnya.
Kesibukan ibu bapa dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak telah
menyebabkan kepentingan menjaga semangat perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat diabaikan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
anak-anak.
Generasi kini perlu dididik untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi memperoleh
badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Bincangkan.
Sudah tiba masanya, Malaysia membuat penanda aras kemudahan pengangkutan
awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di dunia.
Bincangkan.
Tema dan persoalan merupakan aspek penting dalam pengkaryaan sebuah cerpen.
Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah menarik minat untuk anda
membaca sehingga pengakhiran cerita.
Huraikan tema dan persoalan tersebut.
17
Negeri Sembilan
Faedah amalan membaca kepada murid.
Remaja pada hari ini merupakan aset negara dan pemangkin kepada kemajuan negara.
Jelaskan ciri-ciri remaja yang berwawasan.
Warga tua merupakan teras masyarakat dan telah banyak berjasa terhadap negara.
Huraikan usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Program kitar semua yang disarankan oleh pihak kerajaan banyak mendatangkan manfaat.
Pada pendaspat anda, apakah manfaat-manfaat yang diperoleh daripada program daripada program kitar semula ini?
Bencana alam seperti tanah runtuh, kemarau dan gempa bumi sering melanda dunia akhir-akhir ini.
Huraikan peranan yang dapat dilakukan oleh Malaysia untuk membantu negara-negara yang ditimpa bencana tersebut.
Kejadian banjir besar yang berlaku belakangan ini banyak mendatangkan masalah. Tulis cerpen berkenaan suasana dan masalah akibat kejadian banjir tersebut.