SINOPSIS
Novel Sejambak Bakti ini mengisahkan usaha sekumpulan murid dan guru Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan membangunkan koperasi sekolah. Dalam usaha mereka membangunkan koperasi sekolah, terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik sesama sendiri. Nilai-nilai murni dalam novel ini dipaparkan dengan jelas oleh penulis, antaranya sikap amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam sesuatu pekerjaan, terutama sekali apabila murid menguruskan koperasi sekolah. Peranan guru sebagai pendorong dan pemberi nasihat kepada murid dalam novel Sejambak Bakti dipaparkan sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih nilai positif dalam kehidupan seharian.
Kisah bermula dengan situasi yang digambarkan di koperasi sekolah sewaktu Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah koperasi. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera. Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir, senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya. Harun menegur perbuatan tersebut dan murid itu tersengih selamba dan segera mengeluarkan wang untuk membayar harga pen yang diambilnya. Saridevi mengingatkan rakan-rakan yang bertugas agar betul-betul mengawasi tindak tanduk pembeli.
Tidak lama kemudian, Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan untuk memilih jawatankuasa. Dalam mesyuarat ini Razali terpilih sebagai Naib Setiausaha. Pemilihan Razali sebagai Naib Setiausaha ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan dendam dalam hati Munir. Dia turut disokong oleh dua orang kawannya iaitu Leong dan Silvam. Mereka merancang untuk membalas dendam terhadap Razali. Mereka jengkel melihat Razali yang mesra dengan Ramlah, Swee Lan dan Saridevi. Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hati. Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu. Demikian juga Munir, Silvam, dan Leong. Sebenarnya mereka mempunyai cita-cita dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai tadi menunggu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah dan mengajaknya menonton filem. Ramlah menolak dengan baik. Tetapi Munir sakit hati dengan sikap Ramlah yang tidak menerima ajakannya.
Kedai Koperasi ini membuat perancangan untuk memajukan perniagaan tidak terhad kepada jualan sahaja . Dengan kerjasama PIBG sekolah, mereka membina bangsal ternakan ayam telur itu terletak di hujung kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Bangsal itu diperbuat daripada kayu, beratapkan daun nipah. Panjangnya kira-kira 50 meter dan lebar 20 meter. Bangsal itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa pula menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan berniaga kepada anak-anak mereka. Zaman sekarang, berniaga dan berkoperasi merupakan sumber kehidupan yang lumayan, tidaklah mengharapkan jawatan-jawatan kerajaan semata-mata. Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi, dan beberapa orang ahli lembaga pengarah yang lain, begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Pada waktu yang sama, di suatu tempat lain pula, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu telah dikhaskan oleh pengetua sebagai tempat membaca bahan-bahan bacaan ringan seperti akhbar, majalah, dan risalah. Bilik itu dinamakan bilik bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Bilik tersebut dikelolakan oleh ahli koperasi sekolah. Cikgu Zulkifli bertanyakan tentang Munir yang tiada di situ. Silvam memberitahu cikgu, Munir berada di padang bermain bola. Cikgu Zulkifli menggelengkan kepala.
Cikgu Zulkifli ke padang mencari Munir. Munir berjalan longlai keluar dari padang. Dia berhenti berteduh di bawah pokok ru sambil mengelap peluhnya. Dari arah bangunan sekolah kelihatan Cikgu Zulkifli berjalan menuju ke tempat Munir berehat. Cikgu Zulkifli memberikan nasihat kepada Munir. Sepatutnya dia menolong menjalankan kegiatan koperasi sekolah kita. Munir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Munir berjanji tak ponteng lagi.
Munir bukan sahaja tidak menjalankan tugas di koperasi, malahan dia juga selalu mengacau rakannya di dalam kelas sewaktu cikgu sedang mengajar. Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oleh Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. Cikgu Zulkifli khuatir sekiranya disiplin Munir tidak dibaiki mungkin banyak ahli koperasi dan murid yang lain akan bersungut. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Dia bersama-sama Cikgu Zulkifli menunggu Munir di situ.
Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi kaunseling. Dia beranggapan Razali yang telah membuat aduan kepada cikgu kaunseling. Petang itu mereka bertigamembuat rancangan untuk memukul Razali. Mereka melihat Razali sedang mengayuh basikal melalui jalan itu menuju ke arah mereka. Jalan itu ialah jalan menuju ke rumah Razali. Razali menggunakan basikal untuk berulang-alik ke sekolah. Mereka menunggu kedatangan Razali dengan reaksi yang penuh dendam untuk bersemuka dengannya. Sesaat mereka rasakan sehari kerana Razali mengayuh basikalnya dengan perlahan. Dia mengayuh dengan tenang seperti hari-hari biasa. Akhirnya sampailah Razali di tempat yang ditunggu oleh Munir dan rakan-rakannya. Razali kehairanan melihat anak-anak muda itu menahannya. Dia turun dari basikalnya. Dia melihat wajah- wajah itu seperti hendak memukulnya. Petang itu Razali telah dipukul dengan teruk . Kejadian itu menimbulkan kemarahan kepada Pak Zakarian, ayah tiri Razali yang memang tidak suka akan Razali. Dia mengatakan Razali memang suka bergaduh. Mak Sopiah, ibu Razali memenangkan anaknya.
Di sekolah, Pengetua telah mendapat aduan tentang perbuatan Munir yang memukul Razali. Cikgu Syamsudin ( Pengetua ) telah memanggil mereka bertiga ke Bilik Pengetua. Cikgu Syamsudin merotan punggung Muniir sebanyak dua kali. Pukulannya agak kuat menyebabkan muka Munir berkerut menahan kesakitan. Kemudian, rotan itu singgah di punggung Leong dan Silvam pula. Masing-masing dikenakan rotan sekali. Cikgu Syamsudin memberikan amaran, jika mereka bersalah lagi, jawatan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah ini akan dilucutkan.
Pada masa yang sama Cikgu Zulkifli membawa berita gembira buat Razali. Cikgu membaca surat yang ditujukan kepada Razali. Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan diadakan pada 24 Julai yang akan datang, bertempat di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semua ahli lembaga koperasi mengucapkan tahniah kepada Razali.
Sekembalinya dari kursus, Razali telah diminta untuk melaporkan hasil kursus di dalam mesyuarat koperasi. Razali bangun dan terus berucap, menyampaikan pengetahuan yang diperoleh tentang koperasi ketika menghadiri kursus itu. Koperasi merupakan suatu badan yang boleh menggembleng penyatuan ahli dalam sesuatu institusi atau golongan tertentu untuk meningkatkan daya usaha dan pendapatan. Sesebuah koperasi merupakan tunjang bagi sesuatu kelompok masyarakat yang ingin membangunkan institusinya.
Pengetua mengumumkan koperasi sekolah akan bertanding dalam Pertandingan Koperasi Terbaik anjuran ANGKASA. Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi sekolah-sekolah itu amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada persediaannya. Kalah atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat sehingga menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan koperasi itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap koperasi-koperasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitu juga dengan bilik bacaan.
Dalam diam Munir merancang untuk membuat kacau. Dia mencuri kunci bilik koperasi ketika semua orang sibuk bergotong royong. Pada malamnya dia menceroboh masuk ke dalam koperasi dan menyepah-nyepahkan barang. Pada esoknya, semua ahli lembaga koperasi yang bertugas terkejut. Alat tulis seperti pensel, pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili. Para hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu.
Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi. Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap, atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki. Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan.
Munir membuat fitnah dengan mengatakan Razali yang menceroboh koperasi. Munir juga memberitahu Pak Zakaria. Razali dimarah dengan teruk dan dihalau dari rumah. Mak Sopiah membela Razali. Berlaku ketegangan dalam keluarga Razali. Razali sangat berdukacita dengan nasibnya yang malang. Dia mengenang nasibnya yang tidak mengenalinya bapa kandungnya.
Cikgu Zulkifli dan Cikgu Syamsudin menyusun strategi untuk menangkap penceroboh koperasi. Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas ke pejabat untuk membuat pengumuman. Cikgu Zulkifli memegang pembesar suara itu. Suaranya bergema ke seluruh bangunan. Semua guru diminta memeriksa beg dan pakaian murid seorang demi seorang. Guru lelaki memeriksa murid lelaki. Guru perempuan pula memeriksa murid perempuan.
Akhirnya penceroboh sebenar dapat ditangkap. Munir didapati bersalah dan dikenakan hukuman rotan di perhimpunan sekolah. Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan berubah kerana ternyata di rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba membentuk perangainya.
Selepas itu Munir berubah sikap. Tiba-tiba dalam suasana yang amat memilukan itu, Munir menghampiri Razali dan menghulurkan tangannya. Razali menyambut tangan itu. Mereka bersalaman. Munir memohon maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk. Ketika itu juga tidak tertahan rasa pilu di hatinya, segera pula dia memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali juga berderaian di pipinya. Semua murid dan guru yang menyaksikan peristiwa itu turut terharu. Setelah sekian lama mereka berpelukan, lalu kedua-duanya berjalan masuk ke dalam barisan semula.
Dia menyesal akan kenakalan sikapnya terhadap Razali. Dia telah dikenakan hukuman gantung persekolahan. Peperiksaan sudah hampir menjelang tetapi dia digantung persekolahan. Razali menawarkan diri untuk membantu mengajar Munir pada sebelah petang.
Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Pada hari itu, saat yang sungguh bermakna apabila Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Koperasi Terbaik. Ibu bapa turut hadir pada hari itu untuk menyaksikan penyampaian hadiah.
Tidak disangka-sangka, pada hari itu juga Razali akan dapat bertemu ayah kandungnya yang telah lama dicari-carinya. Ayah kandungnya juga merupakan ayah Ramlah. Suasana yang cukup mengharukan itu disebut oleh Cikgu Syamsudin sebagai jasa koperasi yang sangat besar dalam mempertemukan dua orang insan yang terpisah selama 16 tahun.
SINOPSIS MENGIKUT BAB
BAB 1 : KISAH DI KEDAI KOPERASI
Murid berduyun-duyun menuju ke sekolah. Mereka masing-masing dengan azam dan cita-cita untuk mengaut ilmu dan pengetahuan sebagai bekalan hidup dalam zaman yang serba mencabar ini. Beberapa orang penuntut sedang melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan satu tingkat yang terletak berhampiran dengan padang. Pada bahagian hadapan dinding bangunan tersebut terdapat papan tanda yang bertulis KEDAI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERTANIAN SERI KAYANGAN. Seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera. Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir, senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya. Harun selaku salah seorang ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual pada hari itu bersama-sama dengan
Swee Lan dan Saridevi menegur budak itu.
BAB 2 : MESYUARAT MELAKSANAKAN IMPIAN
Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah dipenuhi oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah tersebut. Petang itu, seperti yang telah ditetapkan, mereka mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama setelah diadakan mesyuarat agung seminggu yang lalu. Sebelas orang murid telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah bersama-sama dengan empat orang guru. Tuan Pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin dengan sendirinya menjadi Pengerusi Koperasi sekolahnya. Mereka sedang menunggu pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri yang diundang hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Cikgu Syamsudin bimbang sekiranya pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi itu tidak dapat hadir.
BAB 3 : PERJANJIAN MEMBALAS DENDAM
Hari itu, di bawah pokok ru yang rendang dalam kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, kelihatan tiga orang murid sedang berehat di situ. Pihak sekolah memang menyediakan bangku-bangku simen di bawah pokok-pokok yang rendang dan merimbun daunnya untuk dijadikan tempat membaca buku atau tempat berehat kepada murid-murid yang ingin menenteramkan fikiran. Angin dari sawah yang terdapat di sekitar kawasan sekolah itu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tiupan angin ini menyegarkan tubuh mereka. Namun, hati dan perasaan ialah seorang daripada tiga orang murid itu tidaklah sesegar tiupan angin. Perasaannya membungkam dan kecewa. Munir, Silvam dan Leong sedang membincangkan kekecewaan mereka kerana Razali dilantik sebagai Naib Setiausaha Koperasi. Mereka berjanji untuk mengenakan Razali.
BAB 4 : PERSIAPAN KEDAI OPERASI
Pagi itu, banyak sekali murid yang keluar masuk di Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Pembantu kedai tersebut, Norlela dengan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani mereka. Munir, Silvam, dan Leong tidak datang. Sepatutnya, pada pagi itu giliran mereka bertugas di kedai koperasi. Razali telah menyiapkan senarai barang yang perlu dibeli. Dia menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai nama barang yang perlu dibeli kepada Cikgu Zulkifli. Swee Lan memberitahu yang koperasi boleh membeli barangan tersebut di kedai bapanya dengan harga yang istimewa. Petang itu mereka membeli barang dengan menaiki van sekolah. Mereka turut membeli majalah dan buku rujukan untuk diletakkan di Bilik Bacaan.
BAB 5 : CITA-CITA DAN HARAPAN
Munir, Silvam dan Leong mempunyai cita-cita dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai itu menunggu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah.dan mengajaknya menonton. Tetapi Ramlah menolak. Begitu juga Swee Lan dan Saridevi. Tiga serangkai menjadi marah dan semakin kuat cita-cita untuk ‘mengajar’ Razali.
BAB 6 : PERSIAPAN
Bangsal ternakan ayam telur itu yang diperbuat daripada kayu, beratapkan daun nipah itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa pula menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan berniaga kepada anak-anak mereka. Pada waktu yang sama, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu dinamakan bilik bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Akhbar dan majalah disusun dan diletakkan di rak yang disediakan. Habuk-habuk yang melekat di tingkap dan di dinding dibersihkan.
BAB 7 : SEMANGAT
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Sebuah kereta berwarna biru, sederhana besarnya, masuk ke pekarangan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin mempelawa Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat ke kedai koperasi. Mereka menuju ke kedai koperasi diikuti oleh semua ahli lembaga pengarah. Beliau memuji koperasi yang maju dan berjaya. Barang banyak, tersusun kemas pula. En Mansur turut dibawa ke Bilik Bacaan dan tempat ternakan ayam telur. Cikgu Zulkifli memberikan penerangan tentang jumlah ternakan dan hasilnya. En Mansur melahirkan kekaguman atas kesungguhan para pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah yang telah banyak memberi faedah kepada warga sekolah. Walau bagaimanapun beliau menyeru agar ahli lembaga pengarah koperasi tidak mengabaikan pelajaran mereka.
BAB 8 : MEMPELAJARI ILMU PERDAGANGAN
Pagi itu Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan, sedang menghabiskan pengajarannya tentang Prinsip Akaun. Pada papan tulis terdapat catatan tentang kaedah Prinsip Akaun yang telah diajarkannya. Murid-murid tingkatan 5C1 itu merupakan murid-murid yang mengikuti pelajaran Perdagangan termasuklah Razali, Ramlah, Saridevi, dan Munir yang menjadi ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Semua murid dalam kelas menyalin nota tetapi Munir tidak habis-habis mengganggu kawannya. Akhirnya dia didenda tidak boleh pulang awal selagi tidak menyiapkan notanya.
BAB 9 : KERJA RUMAH
Ramlah, Saridevi dan Rozita mengunjungi rumah Razali yang berada di pinggir sawah. Suasana amat tenang dan menenteramkan perasaan. Kunjungan mereka bertujuan untuk belajar bersama-sama Razali. Razali mengajak mereka belajar di pondok di tengah sawah kerana di situ lebih lapang dan sunyi. Sesuai untuk belajar. Mak Sopiah menghidangkan minuman dan kuih. Begitulah rutin Mak Sopiah setiap kali Razali mengulang kaji di pondok tengah sawah itu. Sesi perbincangan 4 orang sahabat itu berjaya merungkai kekusutan tajuk Penyata Wang Tunai yang baru sahaja diajar oleh Cikgu Saiful di kelas tadi.
BAB 10 : PENGAKUAN
Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oIeh Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Munir berjanji dengan Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam untuk berubah dan tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi.
BAB 11 : MELEPASKAN DENDAM
Bab ini menceritakan perancangan Munir, Silvam dan Leong untuk membalas dendam kepada Razali. Munir menyangka Razali telah membuat aduan kepada Cikgu Muniam sehingga dia dipanggil untuk sesi kaunseling. Munir berasa marah dan kecewa. Mereka menunggu Razali di laluan yang biasa digunakan oleh Razali untuk pulang ke rumah. Mereka menahan Razali dan menyerang Razali sehingga tersungkur ke tanah. Kebetulan pula Ramlah dan rakan-rakannya lalu di situ, mereka membantu mengumpulkan buku-buku yang bertaburan. Mereka menasihatkan Razali untuk melaporkan kepada Cikgu Zulkifli tetapi Razali menolak.
BAB 12 : KASIH SEORANG IBU
Mak Sopiah berasa sangat terkejut melihat kepulangan Razali dengan pakaian yang kotor dan mulut berdarah. Razali menerangkan yang dia telah dipukul oleh kawan-kawannya. Ketika itu Pak zakaria, ayah tiri Razali baru pulang dari sawah. Dia terus menyalahkan Razali dengan mengatakannya bahawa Razali suka bergaduh, sombong dan angkuh. Pak Zakaria sangat membenci Razali tanpa diketahui puncanya. Razali berasa sangat sedih dengan apa yang baru sahaja berlaku antara ibu dan ayah tirinya. Dia membawa diri duduk di pondok di tengah sawah. Mak Sopiah membawakan minuman seperti biasa. Kasih seorang ibu sangat jelas dalam diri Mak Sopiah. Razali bertanya tentang ayah kandungnya tetapi Mak Sopiah tak mahu perkara itu dibangkitkan kerana tidak mahu mengenang kisah pahit itu.
BAB 13 : DENDAM MEMBAWA PADAH
Pagi esoknya, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan mengikut jadual persekolahannya seperti biasa. Loceng pertama telah dibunyikan. Semua murid dan guru telah masuk ke kelas masing-masing. Terdapat juga murid dan guru-guru menuju ke padang melakukan kegiatan Pendidikan Jasmani. "Rakyat Sihat, Negara Maju". Akan tetapi seorang guru bersama-sama beberapa orang murid sekolah tersebut tidak pula masuk ke kelas dan tidak juga menuju ke padang. Mereka menuju ke bilik pengetua. Guru dan murid-murid itu ialah Cikgu Zulkifli, Razali, Munir, Leong, dan Silvam. Cikgu Zulkifli mendapat aduan mereka telah bergaduh dan memukul Razali. Pengetua berasa marah dan kesal atas apa yang berlaku. Sebagai akibatnya, masing-masing telah menerima sebatan di punggung oleh Pengetua.
BAB 14 : BERITA GEMBIRA
Sebuah van berhenti di halaman kedai koperasi sekolah itu. Pada van tersebut tertulis KOPERASI NASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA. Pekerjanya menurunkan buku-buku rampaian lalu membawanya ke dalam kedai koperasi. Razali, Ramlah, dan Swee Lan menerima buku-buku tersebut. Mereka meletakkannya di atas meja dan menyusun buku itu sebaik-baiknya. Pekerja van itu menyerahkan bil kepada Cikgu Robeah yang sedang menulis di meja tulis koperasi itu. Cikgu Robeah meminta Swee Lan menulis baucar, manakala dia sendiri menulis cek untuk membayar harga buku-buku tersebut. Tiba-tiba Cikgu Zulkifli datang dan mencari Razali. Cikgu Zulkifli membacakan surat yang menyatakan Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi-sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan diadakan bertempat di bangunan Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semua mengucapkan tahniah kepada razali.
BAB 15 : BUDI BAIK DIKENANG JUA
Razali mengikuti Kursus Koperasi dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk mengetahui dunia perniagaan koperasi secara lebih mendalam. Pelbagai acara yang telah disusun bersempena dengan kursus ini, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur untuk melihat fungsi dan peranannya. Mereka juga akan dibawa melawat ke bangunan Koperasi Polis, Koperasi Guru, Koperasi Bekas Perajurit dan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur untuk melihat keindahan dan perkembangannya. Setelah berpenat lelah mengikuti ceramah sepanjang hari, kadang-kadang hingga malam, memperoleh pengetahuan tentang pembangunan koperasi, tentulah mereka berharap dapat merehatkan fikiran dengan melihat segala keindahan dan keagungan bandar raya Kuala Lumpur.
Setelah mengikuti ceramah di Maktab Kerjasama Malaysia itu, seperti yang dijadualkan, mereka dibawa
melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia. Mereka dibawa melawat ke pejabat-pejabat yang
mengendalikan seluruh koperasi di negara ini. Mereka kagum melihat koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya hingga dapat mendirikan bangunannya sendiri.
BAB 16 : KESAN KUNJUNGAN
Razali pulang ke sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar. Banyak ilmu dan pengalaman hendak dikongsikan bersama rakan-rakannya. Begitu juga Swee Lan, Ramlah dan rakan-rakan yang lain. Mereka sangat teruja untuk mengetahui pengalaman Razali berkursus di Kuala Lumpur. Petang itu dalam Mesyauarat Lembaga Pengarah Koperasi, razali telah diberikan peluang untuk menyampaikan laporan ringkas pengalamannya menghadiri kursus. Razali bangun dan menyampaikan laporannya. Koperasi merupakan tunjang yang boleh membangunkan komuniti dan ekonomi negara. Begitu bersemangat Razali menyampaikan laporannya. Cikgu Syamsudin menyampaikan maklumat tentang pertandingan koperasi yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Cadangan Cikgu Syamsudin disambut baik oleh semua kecuali Munir.
BAB 17 : SEMAKIN JAUH TERBANG BURUNG
Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi sekolah-sekolah itu amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada persediaannya. Kalah atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat sehingga menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha bersungguh- sungguh untuk memajukan koperasi itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap koperasi-kopcrasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitu
juga dengan bilik bacaan. Munir dan rakan-rakannya semakin tidak senang dengan perkembangan koperasi sekolah mereka.
BAB 18 : MALANG TIDAK DIDUGA
Pagi itu, suasana kecoh di koperasi. Barangan bersepah-sepah. Koperasi telah dipecah masuk. berlonggok di atas lantai. Alat tulis seperti pensel, pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili. Para hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas apa yang berlaku lantas segera membuat laporan polis. Seribu tanda tanya menghantui fikiran mereka. Siapakah yang telah memecah masuk koperas
BAB 19 : MISTERI KEDAI KOPERASI
Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi. Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap, atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki. Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan. Munir mula menyebarkan cerita konon-kononnya Razali yang telah memecah masuk koperasi kerana hanya Razali yang memegang kunci koperasi.
BAB 20 : TINDAKAN AYAH TIRI
Munir bertindak untuk memberitahu ayah tiri Razali berita yang melanda koperasi sekolah. Munir mengatakan Razali telah memecah masuk koperasi dan memalukan keluarga. Pak Zakaria sangat marah dan bertindak menghalau Razali dari rumah tetapi dihalang oleh ibunya. Razali berasa sangat sedih dengan tindakan bapa tirinya.
BAB 21 : HIDUP YANG DIRUNDUNG MALANG
Sepanjang hidup Razali, dia tidak pernah mengalami peristiwa yang begitu pahit. Dia dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Tentulah tidak wajar. Di mana pula maruahnya hendak diletakkan sehingga begitu sekali tindakan ayah tirinya itu. Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga. Akan tetapi ibunya .... Ya, ibunya itulah penawar kepahitan yang dialaminya kini. Jika tidak kerana ibunya sudah tentu saat itu jua dia akan meninggalkan rumah tersebut. Dia akan pergi ke mana-mana sahaja membawa diri. Mentari petang berwajah lembut, menyebarkan cahayanya di permukaan sawah. Padi menghijau subur, daunnya melambai-lambai ditiup angin. Burung-burung berterbangan bebas di udara. Sebenarnya dunia ini sungguh indah dan bahagia. Razali mengeluh akan nasib dirinya yang malang. Dia masih tidak tahu bapanya yang sebenar.
BAB 22 : MISTERI BERAKHIR
Koperasi dipecah lagi. Cikgu Zulkifli terperanjat apabila menjenguk ke dalam koperasi. Barang-barang digeledah dan diceroboh orang. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran Pengetua untuk membuat pemeriksaan mengejut kepada murid-murid. Dengan cara ini mungkin penceroboh dapat ditangkap. Guru disiplin sekolah itu dan menerangkan rancangannya. Mereka tidak membantah, malahan bersetuju memberikan kerjasama kepada Cikgu Zulkifli. Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas ke pejabat sekolah untuk membuat pengumuman meminta semua guru memeriksa beg dan pakaian murid. Jika menjumpai pemulas skru, kunci dan wang kertas RM10 perlu diserah ke pejabat. Semua guru melaksanakan arahan tadi. Mereka percaya arahan pemeriksaan mengejut itu dilakukan tentu ada suatu perkara yang mustahak. Oleh sebab itu, mereka terus memeriksa seorang demi seorang murid di dalam kelas masing-masing. Akhirnya penceroboh berjaya ditangkap kerana Cikgu Zulkifli telah memasang perangkap melalui duit RM10 yang telah diletakkan dalam laci koperasi.
BAB 23 : HUKUMAN
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan berubah kerana ternyata di rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba membentuk perangainya. Pagi itu, setelah murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan sekolah Cikgu Muniam membuat pengumuman. Pengetua menjatuhkan hukuman sebat kepada Munir atas kesalahan menceroboh koperasi.
BAB 24 : MEMASUKI DUNIA BAHARU
Munir datang ke rumah Razali untuk meminta maaf kepada Razali sekeluarga dan menjelaskan kebenaran. Munir juga melahirkan kebimbangannya sebab telah digantung persekolahan. Razali menawarkan diri untuk mengajar Munir setiap petang di pondok di tengah sawah. Munir menuruti Razali menuju ke pondok sawah. Hari itu sebenarnya Munir merasai dirirnya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telahmendapat seorang sahabat baharu. Jiwa dan azam juga yang baharu. Dia ingin melemparkan jauh-jauh segala kebiadapan dan keangkuhan hidupnya selama ini.
BAB 25 : HARAPAN BERBUNGA INDAH
Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Semua persediaan tersebut termasuk dalan1
perkiraan markah pertandingan. Kemudian, mereka meninjau aktiviti koperasi itu termasuk projek ternakan ayam telur. Saat yang paling indah apabila Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan koperasi terbaik. Betapa bangganya ibu bapa tersebut melihat usaha anak-anak mereka menubuhkan dan mengusahakan kedai koperasi itu. Masing-masing berharap suatu hari nanti anak-anak mereka dapat pula menubuhkan koperasi setelah berjaya menuntut ilmu di situ. Ketika ibu bapa sedang berlegar-legar di dalamkoperasi itu, tiba-tiba dua pasang mata berpandangan.
BAB 26 : TERBUKA RAHSIA
Mak Sopiah amat tidak menyangka akan bertemu semula dengan bekas suaminya, Ramli di sekolah anaknya. Dengan bantuan Cikgu Syamsudin, mereka dipertemukan dengan anak kandung mereka, Razali. Razali sangat terkejut dan terharu. Akhirnya dia dapat mengenali dan bertemu dengan bapa kandungnya. Mereka berpelukan dan melepaskan rindu yang lama tersimpan. Rupa-rupanya Razali dan Ramlah adalah bersaudara kerana Ramli juga merupakan bapa Ramlah.