29/12/2020

Kerjaya : Persiapan

Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan awal amat penting sebelum anda menceburi bidang pekerjaan tersebut. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.

 

FORMAT SOALAN  : Tiada format khusus

TUGASAN SOALAN  : Persediaan untuk mencapai cita-cita

CADANGAN ISI    :

 

1.    Melengkapkan diri saya dengan kemahiran insaniah

     -     Meliputi beberapa aspek, iaitu kemahiran berkomunikasi, mempunyai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan   

     -     Semasa berada di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya perlulah menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan

     PERIBAHASA:  Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.


2.    Saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi

     -     Saya merupakan golongan pemuda-pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar ini.

CONTOH: Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, sesungguhnya remaja di negara lain amat berbeza dengan remaja di Malaysia. Mereka sememangnya sudah diajar berdikari sejak kecil lagi manakala remaja di negara kita masih ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, tidak hairanlah mereka lebih matang dan daya saing mereka lebih tinggi daripada remaja di negara kita.

 

3.    Saya perlu kental dan tidak mudah berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan.

     -     Abraham Lincoln pernah mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51 tahun.

     PERIBAHASA : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

 

4.    Saya juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang pekerjaan yang bakal saya ceburi

     -    Ketinggian ilmu yang saya miliki dapat memastikan jati diri saya tidak mudah rapuh

     -     Berupaya memajukan negara

UNGKAPAN MENARIK: Membaca itu jambatan ilmu / Sememangnya pelangi hari ini tidak mampu berjanji untuk muncul pada hari esok.

 

 

5.    Saya perlu sentiasa sensitif dan prihatin terhadap isu semasa.

     -     Kes pembunuhan Datuk Sosilawati, seorang jutawan kosmetik dan rakan-rakannya yang telah dibunuh tanpa perikemanusiaan. Sebagai iktibar, saya perlu lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini terutamanya ketika menceburi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan berisiko. 

PERIBAHASA : Saya tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini adalah supaya saya lebih peka terhadap masalah yang kian menular seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan sama ada di negara kita atau di luar negara

 

6.  Mempunyai minda yang kreatif dan inovatif

     -     Pemikiran saya yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal saya tempuhi kelak terutamanya pada era globalisasi ini. Saya juga dapat mengemukakan idea-idea yang bernas yang dapat meningkatkan kualiti kerja saya kelak

UNGKAPAN MENARIK: Seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan paradigma mampu untuk menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Dengan cara ini, saya pasti dapat menangkis segala dugaan yang mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga impian saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa.


Soalan Klon

Setiap individu mengimpikan kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kerjaya impian anda. 



Soalan Latihan


Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan awal amat penting sebelum anda mencari pekerjaan tersebut.

Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.

 

Sampel pendahuluan : Merujuk kepada maksud serangkap pantun yang berbunyi;

Samudera terbentang berlabuh kapal,

Cuaca redup ditutup mega;

Jikalau kail panjang sejengkal,

Lautan dalam jangan diduga.

 Pantun yang tersebut di atas membawa amanat bahawa sesuatu yang berisiko jangan sama sekali dicuba tanpa sebarang persediaan yang rapi. Banyak padah yang boleh menimpa jikalau tersalah duga. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang mencabar seperti hari ini, kemampuan meneroka sesuatu yang baharu dan lebih mencabar memungkinkan individu tertentu boleh mencapai kejayaan sehingga di luar jangkaan. Sebagai individu yang inginkan cabaran saya mengidami kecemerlangan dalam kerjaya kelautan (anda boleh masukkan sebarang kerjaya sendiri yang menjadi minat anda). Oleh hal yang demikian, saya faham untuk memenuhi matlamat tersebut bukanlah sesuatu impian yang boleh dicapai dengan mudah. Persis untuk mencapai matlamat besar seperti itu, saya hendaklah memperlengkap diri dengan pelbagai persediaan sama ada dalam aspek fizikal, mental, emosi, dan berani menempuh segala cabaran.

 

Isi cadangan : (Persediaan-persediaan diri)

 

Isi 1 :  Memantapkan diri dengan persediaan yang paling asas – persediaan fizikal, mental, emosi, cita-cita dan motivasi (olahkan setiap satu persediaan tersebut)

 

Isi 2 :    Memprogramkan jadual kehidupan harian yang amat teliti dan berdisiplin – agar semua perancangan dapat berjalan mengikut jadual

 

Isi 3 :    Memantapkan psikologi dan emosi – agar sentiasa bermotivasi tinggi

 

Isi 4 :    Membuat kajian dan mencari maklumat yang tepat tentang bidang dan kerjaya yang ingin diceburi – usaha melalui pembacaan, berbincang dengan rakan-rakan, guru, dan memperoleh maklumat daripada tokoh-tokoh yang pernah terbabit dalam kerjaya berkenaan

 

Isi 5 :    Berusaha dan bertawakal dengan tidak pernah melupakan ibadah kepada Allah SWT – sebagai sandaran agar segala usaha dan cita-cita dimakbulkan.

 

Sampel kesimpulan :

Berpandukan maksud peribahasa hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa, saya sudah pasti akan berusaha sehabis daya untuk merealisasikan impian saya menjadi kenyataan. Saya amat yakin dengan cita-cita, usaha, dan amal takwa Allah tidak akan menghampakan setiap niat yang baik daripada hamba-Nya. Oleh itu, saya yakin setiap semua persediaan yang saya buat secara berterusan akan memberi natijah yang besar kepada diri saya.