23/12/2016
06/11/2016
Titipan buat anak didikku .. SMK Felda Besout
Buat anak didikku di SMK Felda Besout;
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan pepriksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar mmberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka.
Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ رَبَّ العَـــالَمِيْن
*********
Semoga Cemerlang!
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan pepriksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar mmberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka.
Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ رَبَّ العَـــالَمِيْن
*********
Semoga Cemerlang!
Titipan buat anak didikku..SMK Sungai Kruit
Buat anak didikku di SMK Sg Kruit;
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan pepriksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar mmberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka.
Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ رَبَّ العَـــالَمِيْن
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan pepriksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar mmberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka.
Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ رَبَّ العَـــالَمِيْن
03/11/2016
DOA BUAT CALON SPM 2016
DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم, بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب
العالمين, حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيدة,
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك, والصلاة والسلام
على سيدنا محمد في الأولين والأخرين, وسلم ورضي الله تبارك وتعالى عن ساداتنا
أصحاب رسول الله اجمعين
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami
mohon keampunan-Mu, kami mohon kerahmatan-Mu, kami mohon taufik dan hidayah-Mu
ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua
ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami,
dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah Ya
Ghofur Ya Raouf
Permudahkan
urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai-Mu
ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa-apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal
ibadah yang diterima di sisi-Mu.
Ya Allah Ya Ghani
Ya Hamid
Hari
ini kami mohon kepada-Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab
kertas peperiksaan SPM bagi mata pelajaran _____________________ sebentar
lagi.
Jauhilah
kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran
______________ bagi kualiti dan ______________
bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai
pembuka jalan untuk kami menjadi hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada-Mu.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah,
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah,
cemerlang
di dunia dan cemerlang di akhirat.
Ya Allah, Ya Rahman Ya
Rahim
Perkenankanlah
doa kami ini.
Kami
memohon kepada-Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada-Mu kerana
Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada-Mu kerana Engkaulah yang
Maha memakbulkan doa-doa kami Ya Allah…….
رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً وَفِى الأَخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر وَصَلَّى الله عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحبِهِ أَجمَعِينَ سُبحَانَ رَبِّكَ
رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ وَالحَمدُ ِللهِ
رَبِّ العَلَمِينَ.
Catatan
Jika berdoa sendirian, calon boleh
gantikan kami dengan “aku”
02/11/2016
28/10/2016
MODUL KAJIAN NOVEL JMJ DAN SBE
MODUL
KAJIAN NOVEL SPM
JENDELA
MENGHADAP JALAN
&
SONGKET
BERBENANG EMAS
[buah fikir grup telegram BMSPM]
Soalan
1(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda
kaji, huraikan latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel
tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Masyarakat kampung
1. Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa
terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah
dan lain-lain.
2. Masyarakat kampung yang masih
berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung
Sentosa jendelanya menghadap jalan.
3. Masyarakat kampung yang masih
percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar
dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Parit
Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung
yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara
satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong
untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan
masalah kubah surau di Kampung Sentosa.
2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan
Puan Hamimah mendapatkan rawatan menggunakan perubatan
tradisional.
3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.
|
Masyarakat
yang saling membantu
1. Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu
keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan
perasaan.
2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga
Dahlia.
3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula,
setelah rumah musnah dilanda banjir.
|
Masyarakat yang ikhlas dalam
membantu orang lain.
1. Datuk Lili ikhlas membantu Che
Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada
segelintir penduduk kampung.
2. Lili ikhlas membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan
rumah tangganya.
|
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain
1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada
keluarga Dahlia.
2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong
menyelesaikan masalahnya.
3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya,
Anggerik yang demam ke klinik.
|
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.
1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan
kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang
kampung dan menagih dadah.
|
Masyarakat
yang insaf akan kesilapannya
1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka
membuang masa dengan rakan-rakannya.
2. Abu Bakar juga insaf akan kesalahannya yang telah
mencuri kambing milik bapanya sendiri.
3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap
keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika
sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak
menziarahinya.
|
Masyarakat yang bertanggungjawab
1. Datuk bertanggungjawab menjaga
Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.
2. Datuk bertanggungjawab membantu
merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah perubatan
tradisional.
|
Masyarakat
yang bertanggungjawab
1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak
buahnya, Embong yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah
mental dan masalah kewangan.
2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk
kampung membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
|
Masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka
mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah.
2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi.
|
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala
sosial
1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan
rakan-rakannya.
2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya
sendiri.
|
Soalan
1(b)
Dalam sesebuah novel, terdapat
peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan dua buah novel
yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab
peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Peristiwa mengubati pesakit
1. Datuk Lili menyembuhkan penyakit
Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui
penggunaan herba.
2. Datuk Lili merawat Kak Mimah
yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti
mas cotek, pegaga, daun sirih, daun belimbing dan sebagainya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
saya kerana penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu
menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan
yang tinggi.
2. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang
menghidap penyakit dengan perubatan tradisional. Kita juga perlu membantu orang
yang memerlukan bantuan jika kita mempunyai kepakaran dalam apa-apa bidang.
|
Peristiwa menyelamatkan nyawa
orang lain
1. Dahlia sanggup terjun ke dalam
sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana sifat berani yang ada pada Dahlia yang sanggup
menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang
dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia berani
terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan nyawa orang
lain.
|
Peristiwa menyelesaikan masalah
kubah surau
1. Lili, Geetha, Danel mewakili
golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang
kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya
hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama,
mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah
berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
|
Peristiwa keluar dari asrama
demi kepentingan keluarga
1. Dahlia sanggup berkorban dengan
keluar dari asrama kerana ingin menguruskan adik-adiknya yang masih kecil
setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan. Walaupun peperiksaan
STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Dahlia selaku anak sulung
tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup berkorban demi keluarganya
yang dilanda musibah.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih mengutamakan
kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang akan menduduki
peperiksaan STPM tidak lama lagi.
|
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini
telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan
disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap
rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili
dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya
menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan
yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan
Haziq.
|
Peristiwa mengenai perkara mistik
1. Pada mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila
dan dimasukkan ke dalam hospital. Keadaan menjadi semakin pelik apabila
binatang berbisa, iaitu ular mula mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya
terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia telah menjumpai kain kuning yang
usang ditanam di bawah rumah mereka.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya
menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang berlaku
dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti dirancang.
|
Peristiwa anak yang patuh akan ibunya
1. Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana
masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya.
Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang
pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti
ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya
menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata
ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya
perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.
|
Peristiwa sikap membantu dalam diri
1. Dahlia yang membantu anak Aton, Said yang
kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said bermandi-manda
di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas.
Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan
Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu. Said mati
lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya
menarik perhatian saya kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap
memberanikan diri terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun
gagal menyelamatkan Said yang telah lemas.
|
Peristiwa memaafkan kesalahan
orang
1. Lili memaafkan kesalahan Rafik
dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang pernah
menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan
kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang
tidak baik kepada kita.
|
Peristiwa sanggup membantu orang
lain tanpa mengira bangsa dan agama
1. Tauke Lim menyumbangkan barang-barang
keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji
Rais, walaupun dia berbangsa Cina.
2. Tauke Lim juga sanggup memberi
keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat memahami penderitaan
yang dialami oleh sahabatnya, Embong.
3. Tauke Lim menyumbangkan sebanyak
RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
4. Tauke Lim juga sanggup membayar
harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia tidak mahu keluarga
Embong berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan kepada orang lain
kerana dia amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama kita mestilah
bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja
yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
|
Peristiwa menghargai pemberian
orang lain
1. Nenek Lili berusaha mencari
bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit datuk
iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang lain, oleh
sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya menemukannya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya
menarik perhatian saya kerana kita
mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya
dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
|
Peristiwa menghargai pemberian
orang lain
1. Dahlia amat menghargai kain
songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh Azhari. Simbolik
daripada hadiah Azhari, Dahlia berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun di
mana-mana jua dia berada.
2. Dahlia juga menghargai gelang
pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu
anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai
cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga
Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang
lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
|
Soalan 2(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
huraikan dua perwatakan seorang watak sampingan yang terdapat dalam
novel tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Datuk (Haji Abdul Rahman)
1. Seorang yang kuat bekerja
Sebagai
contoh, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol.
2. Seorang yang pakar tentang perubatan tradisional
akar–akar kayu dan pengamal perubatan tradisional Sebagai contoh, datuk merawat Puan Letchumi dan
Kak Mimah dengan menggunakan herba.
3. Seorang yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai
contoh, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan tasbih
hilang
4. Seorang yang kuat beribadat
Sebagai
contoh, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal
keagamaan. Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama.
5. Seorang yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai
contoh, datuk menceritakan kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa yang
jendelanya menghadap jalan.
|
Embong
1. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai
contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau
akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
2. Seorang yang penyayang
Sebagai
contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya. Beliau sanggup
melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
3. Seorang yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai
contoh, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya, Saleha menjadi kurang
siuman kerana ketentuan Allah SWT.
4. Seorang yang penyabar
Sebagai
contoh, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
5. Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai
contoh, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal
adik-adik Dahlia
6. Seorang yang berani
Sebagai
contoh, Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
|
Geetha
1. Seorang yang peramah
Sebagai contoh, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili
sewaktu berada di dalam bas.
2. Seorang yang berani
Sebagai contoh, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk
melihat matahari terbenam.
3. Seorang yang bijaksana
Sebagai contoh, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang
kejuruteraan di Universiti Malaya.
|
Azhari
1. Seorang yang berpendidikan tinggi
Sebagai contoh, Azhari baru mendapat segulung ijazah
2. Seorang yang suka memberikan nasihat
Sebagai contoh, Azhari
sentiasa menasihati Dahlia agar belajar dengan bersungguh-sungguh.
3. Seorang yang pandai memujuk
Sebagai contoh, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima
lamarannya.
|
Soalan 2(b)
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan keberanian dalam
menghadapi masalah. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa Lili, Danel, dan Geetha berani
menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung
Sentosa.
2.Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang
diculik oleh Rafik dan Haziq.
|
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak
Aton yang lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.
2. Peristiwa Embong berani membunuh ular sawa yang
membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji Kadir.
|
Soalan 3(a)
Huraikan dua
nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. (7 markah)
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Dua
nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih
sayang semasa Lili bercuti di kampung
2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara
tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif
kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak
cik Lechutmi
3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung
bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti
kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu
mereka berusaha menyelesaikan masalah.
4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang
berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik
Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang
Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
- Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang
berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual
tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun
ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.
5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah
dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.
6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek untuk
membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang
perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan.
Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan
penyakit selain berubat secara perubatan moden.
7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik
oleh Haziq dan Rafiq.
8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk
bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan
Rafiq.
9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional
contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar
kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.
10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman
yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
|
Dua
nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun
kehidupan mereka miskin.
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke
Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.
2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat
pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup
bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya
di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.
3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada
di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.
4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang
kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan.
5.
Nilai keberanian
-
Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk
menyelamatkan Said yang lemas.
6.
Nilai semangat setia kawan
-
Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang
tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran
untuk Dahlia.
7.
Nilai bersimpati
- Tauke
Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah
kesihatan isterinya, masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya
yang terlibat dengan gejala sosial.
8.
Nilai keprihatinan
-
Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama
beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya
selamat.
9.
Nilai bekerjasama
-
Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.
10.
Nilai ketabahan
-
Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti kemiskinan, kesihatan
ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu
bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
|
Soalan 3(b)
Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. (8 markah)
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
1. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai
contoh, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu,
mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
2. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai
contoh, Seman, suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contoh, penduduk kampung yang mengalami
percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina
masjid yang baru.
4. Kepincangan
masyarakat yang tidak
bertanggungjawab
Sebagai
contoh, suami Cik Jah iaitu Pak Seman
sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
5. Kepincangan masyarakat yang suka memandang
serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contoh, Rafiq dan Haziq sering menjadi
hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri,
menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang
memerlukan bantuan untuk berubah.
|
1. Kepincangan masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain
Sebagai
contoh, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan
kemiskinan mereka. Aton suka
menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
2. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai
contoh, Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup
mencuri kambing milik bapanya sendiri.
3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai contoh, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan
keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah
tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana
lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
4. Kepincangan
masyarakat yang mempunyai hasad
dengki
Sebagai contoh, Dahlia, Abu
Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur
itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang
dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang
dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong
tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contoh, Nek Kiah tidak suka akan menantunya
Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya
yang lain berjaya dalam kehidupan.
6. Kepincangan masyarakat yang tidak mahu menerima
ketentuan takdir
Sebagai contoh, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya,
Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said.
|
Soalan 4(a)
Huraikan dua
bukti ketabahan watak utama dalam sebuah novel yang telah
anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Ketabahan menghadapi
kerenah orang tua
1. Watak
utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu
Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
2. Watak
utama, Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak
mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.
Ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik
1. Watak utama, Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
|
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling
1. Watak
utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang
tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.
2. Watak
utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang
menghina Dahlia semasa Azhari menghantarnya pulang ke rumah.
Ketabahan dalam menuntut ilmu
1. Watak
utama, Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai
raya semasa kampung mereka dilanda banjir.
|
Soalan
4(b)
Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat
dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan dua novel yang telah anda
pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat
dijadikan teladan. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1.
Peristiwa membantu mengubati
pesakit
- Datuk Lili menyembuhkan penyakit
Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui
penggunaan herba.
- Datuk Lili merawat Kak Mimah
yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti
mas cotek, pegaga, daun sirih, daun belimbing dan sebagainya.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani
kerana datuk Lili bersedia
membantu sesiapa sahaja yang menghidap
penyakit dengan perubatan tradisional.
|
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1.
Peristiwa sanggup membantu
orang lain
- Tauke
Lim sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan
bangsa.
- Penduduk
kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini dapat
diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan
bantuan.
2.
Peristiwa penduduk kampung
bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk kampung bekerjasama
membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir.
Alasan
Peristiwa ini dapat
diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban yang
dihadapi oleh orang lain.
|
Soalan 5(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan
keluarganya
2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke
kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu
3. Perhentian bas Pekan Sentosa, Dungun, Terengganu-
Lili berhenti sebelum ke Kampung Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat
tinggal Geetha
5. Surau- tempat orang kampung berkumpul
6. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu neneknya
yang bekerja di sawah padi
7. Hutan- tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan
herba dan akar kayu
8. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit
|
1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring
bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia
3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung
halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu
dan Azhari Tingkatan Lima
4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia
menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah
ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam
di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar
tempat Saleha menoreh getah
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia.
Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik
setelah emaknya dirawat di hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) - Tempat Saleha
dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4) - Abah Dahlia dirawat
di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia
dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat
segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia-
Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira
dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit
setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah
membelit Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong - Said dan Melati
bersekolah di sini
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.
- Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said
mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa
orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul.
Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku
di kampung Dahlia.
|
Soalan 5(b)
Huraikan
satu peristiwa peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri
cerita tersebut dalam dua buah novel yang anda pelajari. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu
novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat bahawa
wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan isu
berkaitan kubah surau. Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu
berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu
kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak
sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di
kampung itu harmoni semula.
Selain itu, peristiwa saling berhubungan antara
satu sama lain. Sebagai contoh hubungan Lili, Geetha dan Danel semakin erat,
mereka saling berhubungan antara satu sama lain melalui e-mel dan telefon.
Seterusnya, peristiwa menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga. Sebagai contoh, Kak Mimah telah berjaya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh suaminya, Seman. Haziq dan
Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan menduduki peperiksaan PMR.
Peristiwa ingin tahu tentang sejarah kampung. Sebagai
contoh, Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk dan neneknya semula
kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah jendela menghadap
jalan.
|
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya berpendapat bahawa
adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa berjaya
melanjutkan pelajaran.Sebagai contoh, Dahlia telah berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana, Dahlia telah berusaha
dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM
walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidupnya.Sebagai
contoh, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab emaknya dimasukkan ke
hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan sehingga kurang
siuman.
Selain itu, novel ini wajar berakhir sedemikian
melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contoh, watak utamanya Dahlia
bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan
seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal
Dahlia dan keluarganya. Oleh hal yang demikian, memang wajar Dahlia mengikat
tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua
belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam
kemiskinan.
Seterusnya, peristiwa pemberian hadiah kepada
seseorang yang istimewa. Sebagai contoh, hadiah kain songket berbenang emas
yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini melambangkan jati
diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya dengan Azhari.
Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia berada kerana dia
telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan Azhari selepas tamat
pengajiannya nanti.
|
Soalan 6(a)
Huraikan dua
pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua pengajaran
1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang
menimpa orang lain.
Sebagai
contoh, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa
dera suaminya, Seman.
2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai
contoh, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah
surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa.
3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan
dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contoh, Danel berani menyelamatkan Lili
yang diculik oleh Haziq dan Rafik.
4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama
lain.
Sebagai
contoh, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili
sepanjang cuti persekolahannya.
|
Dua pengajaran
1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang
menimpa orang lain.
Sebagai
contoh, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji
Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.
2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai
contoh, Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong
setelah rumahnya musnah dilanda banjir.
3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan
dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contoh, Dahlia berani menyelamatkan Said,
anak Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya.
4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama
lain.
Sebagai
contoh, Dahlia amat menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik, Melati, dan
Kiambang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah
ibunya dimasukkan ke hospital.
|
Soalan 6(b)
Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang memaparkan
konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan kubah surau sama ada di
surau lama atau di masjid yang akan dibina.
Cara penyelesaian
Lili, Danel
dan Geetha akan mengadakan perjumpaan
terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid
daripada memasang kubah di bumbung surau.
|
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek
Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar
Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh
Nek Kiah.
|
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga antara Che Jah dengan
suaminya, Seman.
Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah, pesakit datuk
yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung
Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang
tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya
setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik
dari rumah ke sekolah.
|
Soalan 7(a)
Huraikan dua keistimewaan watak utama sehingga
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca. (7markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Keistimewaan watak utama
(Lili)
1. Seorang yang penyayang
Lili memenuhi permintaan
ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan di kampung neneknya untuk
membuktikan dia menyayangi ibunya.
2. Seorang yang gigih menuntut ilmu.
Lili gigih mempelajari
bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik.
3. Seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah.
Lili bijak menangani kes
keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah
dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah,
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
Keistimewaan watak utama (Dahlia)
1. Seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan
adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di hospital.
2. Seorang yang menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik dan menghidangkan air
walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga menghidangkan
air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya.
3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.
|
Soalan 7(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel
tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Nilai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan.
Contohnya, Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan
tradisional bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang datang berubat
dengannya berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
|
1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan
keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.
|
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan untuk ibu
bapa.
Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin
mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
|
2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap
tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu perkembangan
pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia.
|
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung.
Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab
mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq
dan Haziq bersembunyi.
|
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap
adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga
adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di
Hospital Bahagia.
|
4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang dalam
kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu
menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga
dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong
pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu
Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk
diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.
|
Soalan 8(a)
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita
diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa
yang membuktikan kejayaan tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah
tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran
ke Jepun.
Contoh : Dahlia
berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai
kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga.
|
2. Peristiwa
kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas
artikel tentang pisang dalam sebuah buku.
|
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan
Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia
akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek
Kiah sakit.
|
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung
pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan
bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai
calon persendirian.
|
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat
dan bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat
dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum
wanita bergotong-royong menyediakan makanan.
|
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan
isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana
akhirnya mereka berjaya menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu
diletakkan di masjid baharu yang bakal dibina.
|
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun
menempuh pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka.
|
Soalan 8(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel
tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kegigihan menyelesaikan
konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya
daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman.
|
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup
dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang
sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.
|
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan
cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.
|
2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan
adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya
dimasukkan di hospital.
|
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang
sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela
menghadap jalan.
|
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak
Aton yang lemas di sungai.
|
Soalan
9(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan yang
dipaparkan dalam novel tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.
Persoalan masalah
kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan suaminya,
Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
2.
Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam
menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang
Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina
kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3.
Persoalan persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab
walaupun berlainan agama dan bangsa.
4.
Persoalan perpaduan
antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan
yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman
damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga
Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang
sangat mesra dan rapat.
5.
Persoalan menuntut ilmu
pengetahuan
Contoh : Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu,
juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti
Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti.
6.
Persoalan golongan muda
yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah
akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga
kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga
menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan
melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.
7.
Persoalan hubungan
kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh : Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung,
tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga
menganggap kampung terlalu jumud. Ibu
Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8.
Persoalan hubungan
manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk
sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa
kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.
9.
Persoalan suka fitnah
memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama
lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa
perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
|
1. Persoalan
kejayaan hasil daripada
kegigihan dalam pelajaran
Contoh:
Dahlia tetap mengutamakan
pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti
Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah
ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam
masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih
ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk
menjalani kehidupan. Contohnya
keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim
untuk membeli barang-barang keperluan harian.
3. Persoalan berani bertindak dalam
menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya
mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya
sewaktu memotong kelapa
sawit di ladang.
4.
Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh:
Nek Kiah akhirnya insaf
setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika
terlantar sakit. Begitu juga dengan
Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila
ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.
5.
Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
orang lain
Contoh:
Kavita membantu Dahlia
mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya
ke sekolah. Najib cuba menghulurkan
bantuan kewangan semasa
Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
6.
Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh:
Embong amat
mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar
bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
7.
Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh:
Haji Sulaiman telah
menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman
banyak membantukeluarga Embong walaupun orang kampung
menyisihkan mereka. Haji Sulaiman
mencadangkan agar Saleha dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
8.
Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Contoh:
Penemuan dua biji telur
ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua
batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa
masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
9.
Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh:
Tauke Lim banyak
membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah
kewangan.
Tauke
Lim membenarkan Embong
berhutang di kedainya.
Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun.
10.
Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh
: Azhari menghadiahkan
sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda
kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati
asal-usulnya sebagai orang Melayu.
|
Soalan 9(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat dalam setiap
novel tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kehilangan kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang
yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi,
sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut.
|
1. Peristiwa
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada
Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar
sungai
|
.2. Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara
yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga
tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.
|
2. Peristiwa
Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong
membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong
membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular
tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.
|
3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung datuknya seorang
diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan neneknya serta
belajar hidup berdikari.
|
3. Peristiwa
pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi
antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang sama. Azhari
cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
|
4. Peristiwa kehilangan datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
tentang kehilangan datuk pada malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan
mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
|
4. Peristiwa
Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk, jarum
peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan
bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
|
5. Peristiwa datuk bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
sebab jendela dibina menghadap jalan. Rupa-rupanya jendela menghadap jalan
merupakan satu strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan
tentera Jepun.
|
5. Peristiwa
hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah
Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi
kepada Embong sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong.
Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
|
6. Peristiwa Che Jah tidak mesra ketika kunjungan Lili ke
rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili. Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan
membuat laporan polis atas salah laku anak-anaknya.
|
6. Peristiwa
keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut.
Punca sebenarnya ialah kereta mereka rosak.
|
7. Peristiwa
Kiambang hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat
atau tidak. Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia
memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)