21/04/2023

UCAPAN : SELAMAT HARI GURU 2023


"Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”


Selamat Hari Guru buat semua rakan guru yang pernah bertandang ke cuit-cuitbahasa.blogspot.my dan semua warga guru di seluruh nusa tercinta ini. Semoga kita terus istiqamah dalam mendidik bunga-bunga bangsa Malaysia dengan penuh keiltizaman dan dan keikhlasan.



GURU SEJATI [KITALAH...]

Guru semangkuk sepiring makan
Guru sebantal seketiduran
Guru  sebaya sepermainan
Bagai kuku dengan daging
Bagai aur dengan tebing
Bagai ikan dengan air
Bagai jarum dengan kelindan

Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama menghilir
Satu sakit dua terasa
Yang tahan asak dengan banding
Yang tahan berpahit-pahit
Kalau koyak tampal-menampal
Kalau condong sokong-menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Luka tidak dipampas
Mati tidak diungkit
Sakit tidak disebut
Salah tidak ditimbang
Hutang tidak dibayar

Bagai seibu seayah kandung
Bagai simpai sepenjalinan
Bagai kulit dengan isi
Bagai lukah  dalam air
Itulah guru yang dicari
Guru sempit guru berlapang
Gentingnya tidak memutus
Simpulnya tidak terungkai lagi...


TERIMA KASIH CIKGU!.

19/04/2023

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH PENGETUA

PENYAMPAI
:

TARIKH
:
 
HARI
: KHAMIS
MAJLIS
:
HARI GURU SMK HANG JEBAT  
TEMPAT
:
SMK HANG JEBAT, PERAK
ISU
:
HARI GURU


TEKS UCAPAN PENUH :
Bismillahir-rahmanir-rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Terima kasih, saudari Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Tuan Haji Zain Ariff Zailani, Penolong Kanan
Yang Berusaha Tuan Haji Mahhadee Ramlee, PK HEM
Yang Berusaha Tuan Haji Shaharul Helmi Ayub, PK Kokurikulum
Barisan guru yang dedikasi

dan tidak dilupakan

Hujung tanjung banyak berlian
      Yang dikasihi anak murid sekalian.
           

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SMK HANG JEBAT bagi Tahun 2023, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”

itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.


menjadi contoh, mencurah ilmu,
tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan disambut di SMK HANG JEBAT. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.


Cikgu-cikgu yang dikasihi,

Pada bahu kita ini…..
yang digelarkan cikgu
diletakkan seribu harap
oleh ibu bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.

Kita yang digelar Cikgu
dengan wajah girang terima
tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan

Lalu anak-anak yang tiada dosanya
dicalit pelbagai warna-warni
dicampur-aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abang kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warni itulah bercelaru di kepalanya
warna-warni itulah menjadi cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu

Cikgu, pada bahu ini seorang cikgu
menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya
jiwa raga, semangat nurani, malah diri
diberikan untuk mendidik anak bangsa
dan di hari kejayaan si ibu berkata:
“Anak saya pintar dan rajin….
sebab itulah dia berjaya!”

Dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:
“Cikgunya malas-malas belaka …
tidak pandai mengajar….
lantas anak saya gagal!”

Cikgu, Tak apalah cikgu
semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.


Anak-anak murid yang dikasihi,
Kerana  anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar,

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.

Masa itu emas dan wang,
Walau sedikit jangan dibuang.

Masa berlalu terlalu pantas,
Orang yang lalai akan dicantas.

Pesan saya,
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk, 
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam, 
tanyalah katak. 
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit, 
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan, 
tanyalah kijang. 
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering, 
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru….

Namun...kami semua di hadapan ini, mampu menjadi belalang, berupaya menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi 3R, hebat lakonannya seperti Rosyam Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah geleceknya seperti Ronaldo, serasi seperti seperti kata SN Usman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.

 

Gurindam Guru Sejati

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.


Marilah kita,
Yang busut hendaknya jadikan bukit 
Yang bukit jadikan gunung.

Yang kapas hendaknya jadikan benang 
Yang benang jadikan kain.

Mata air hendaknya jadikan sungai 
Lopak jadikan kolam 

Tasik hendaknya jadikan lautan 
Alunnya jadikan gelombang 

Seinci hendaknya jadikan sekaki 
Sejengkal jadikan sedepa 

Semangkuk hendaknya jadikan sehidangan 
Sehasta jadikan sekodi 

Semayam hendaknya jadikan sebungkal 
Sekuali jadikan sekawah 

Sekampung hendaknya jadikan senegeri 
Seuncang jadikan seguni 

Secubit hendaknya jadikan sekepal 
Secupak jadikan  segantang 

Semangkuk hendaknya jadikan setempayan 
Sebuntil jadikan sekepuk 

Sehari hendaknya jadikan sebulan 
Sebulan jadikan setahun 
Semusim jadikan sekurun 

Hidup tidak selalu indah, 
tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”


TERIMA KASIH CIKGU.

Diubahsuai daripada sumber yang diyakini (TERIMA KASIH), untuk penulis teks yang diyakini!

17/04/2023

Kata-kata Ucapan Sempena Aidilfitri

 

Sebagai inspirasi dan referensi, contoh ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri untuk keluarga.

  • Tanpa sedar diri ini mungkin berbuat salah, semoga pintu maaf masih terbuka. Memaafkan memang tak bisa mengubah masa lalu. Tetapi dengan memaafkan, akan menciptakan masa depan yang penuh kekeluargaan. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
  • Jutaan syukur menggema di langit ilahi. Jiwa-jiwa kembali putih seakan-akan terlahir kembali. Semoga kemenangan ini hakiki untuk kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H, mohon maaf lahir dan batin.
  • Momen hari raya selalu menyimpan rindu kepada orang tua dan rumah tempat aku dibesarkan. Maaf ananda belum bisa pulang kampung sekarang.
  • Mohon maaf lahir dan batin, selamat Aidilfitri 1 Syawal 1444 H.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, ayah dan ibu. Bila mulut salah berucap, mata salah menatap, kaki salah melangkah, dan diri salah bertindak, mohon dibukakan pintu maaf untukku.
  • Sebening embun di pagi hari, seputih kapas tanpa biji, seperti itu suasana hati. Berharap selamanya seperti ini dengan pribadi positif sepanjang hari. Selamat Aidilfitri, mohon maaf lahir batin.
  • Setiap jiwa kembali suci di hari kemenangan ini. Semoga kita termasuk orang yang berlapang dada menerima untaian kata maaf. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat Aidilfitri 1444 H.
  • Taqabbalallahu minna wa minkum Ayah dan Ibu. Semoga Allah menjadikan kita insan yang istiqomah dalam menjalankan ibadah selepas keluar daripada Madrasah Ramadan. Aku merindukanmu, Ramadan. Sampai bertemu di tahun selanjutnya, Insya-Allah.
  • Ramadan telah berlalu, fajar kemenangan telah disambut, membawa sinar terang kedamaian dan kesucian, menebarkan berkah di Aidilfitri yang suci. Selamat Aidilfitri 1444 H. Mohon maaf lahir dan batin.
  • Manusia adalah tempatnya salah dan lupa. Bila lisan anakmu mengucap dusta, langkah menorehkan luka, dan hati penuh dengan prasangka, ungkapan maaf mohon diterima. Semoga Allah SWT mengampuni dosa serta menerima amal ibadah kita. Selamat Aidilfitri 1444 H.
  • Aku bersyukur kepada Allah karena memberiku rahmat untuk masih bisa bersilaturahmi dengan orang-orang yang paling aku cintai dan sayangi dalam hidupku. Meski kita tak bertemu, semoga ayah dan ibu memaafkan segala khilafku. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
  • Meski wajah tak mampu berjumpa, tangan tak bisa saling menjabat, semoga coretan kata ini mampu menjadi jambatan di hari penuh kemenangan. Taqabbalallahu minna wa minkum. Minal aidin walfaizin.
  • Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
  • Dari dulu terus mencari, meski hati masih sendiri, jangan pernah bersusah hati, karena hari ini Aidilfitri. Semoga kita yang sendiri bisa saling berbagi, minal aidin walfaizin mohon maaf lahir dan batin.
  • Sebening embun di pagi hari, seputih kapas tanpa biji, seperti itu suasana hati. Berharap selamanya seperti ini dengan pribadi positif sepanjang hari. Selamat Aidilfitri, mohon maaf lahir batin.
  • Aku tidak memintamu untuk menjadi awan, karena aku takut kamu akan mendung. Aku juga tidak memintamu untuk menjadi bunga, karena aku takut kamu akan layu. Aku hanya memintamu untuk memaafkanku setulus hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf lahir dan batin.
  • Di perantauan yang jauh ini, untuk sejenak kuterkenang semua masa kecilku bersamamu Ayah Ibu. Pada hari raya Aidilfitri ini, ingin rasanya ku bersimpuh di kakimu untuk memohon ampun atas salah dan dosaku, namun keadaan tidak memungkinkan. Selamat Aidilfitri 1 Syawal 1444 H, mohon maaf lahir batin. Semoga Aidilfitri terus membawa kebahagiaan bagi Ayah dan Ibu.
  • Tiada yang lebih indah dari kasih sayang orang tua. Meski dosaku segunung, tapi dengan belas kasih Ayah dan Ibu selalu memaafkannya. Izinkan aku untuk meminta maaf lagi di hari yang suci ini. Selamat hari raya Aidilfitri. Mohon maaf lahir dan batin.
  • Jarak yang menghalangi bukan lagi jadi kendala untuk saling mengasihi. Meski tak bisa berlutut di hadapan Bunda dan Ayah, lewat pesan ini aku memohon maaf setulus hati. Selamat hari raya Aidilfitri 1444 H.
  • Perkataan tajam sering terlontar menyakiti hati Ayah dan Ibu. Perbuatan buruk pun sering kulakukan tanpa disadari. Di hari yang fitri ini, izinkan aku memohon maaf sebesar-besarnya atas semua kesalahan yang terjadi. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah Ramadan kita. Selamat hari raya Aidilfitri 1444 H.
  • Jiwa-jiwa kembali putih seakan terlahir kembali. Jutaan syukur menggema di langit ilahi. Semoga kemenangan ini menjadi kemenangan yang hakiki untuk kita semua. Selamat hari raya Aidilfitri 1444 H, mohon maaf lahir dan batin.
  • Bila kata merangkai dusta, bila langkah membekas lara, bila hati penuh prasangka, dan bila ada langkah yang menoreh luka, mohon bukakan pintu maaf. Selamat Aidilfitri, Mohon maaf lahir dan batin.
  • Harta yang paling bernilai adalah kesabaran. Rekan yang paling setia adalah amal. Ibadah yang paling indah adalah keikhlasan. Identitas tertinggi adalah iman. Pekerjaan paling berat adalah memaafkan. Mohon maaf lahir batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
  • Semoga Allah mendengarkan semua doa anda dan membimbing anda dalam setiap langkah yang anda buat. Semoga Dia menghujani rumahmu dengan berkah dan kebahagiaan. Saya berharap anda dan seluruh rumah tangga anda mendapatkan Aidilfitri yang fantastis.
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri. Marilah kita melupakan kesalahan kita di masa lalu dengan segala pengampunan dan semoga Tuhan memberi kita kebahagiaan dan kemakmuran yang berlimpah di masa depan.
  • Semoga kedamaian dan kebahagiaan selalu mengiringi hidup kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Lahir & Batin kami sekeluarga.
  • Waktu berlalu begitu cepat dan tak terasa kita telah sampai di Lebaran tahun ini. Atas segala salah dan khilaf yang pernah saya buat, mohon maaf lahir dan batin. Selamat hari raya Aidilfitri 2023 untuk keluarga.
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kita sekeluarga. Semoga hidayah dan nikmat Allah SWT selalu mengiringi sepanjang kehidupan dan amal perbuatan baik kita diterima oleh Allah SWT.
  • Sucikan hati dengan zikir, cerahkan hati dengan fikir, teruslah bersyukur dengan menebar senyuman, dengan kerendahan hati saya mengucapkan selamat lebaran 1442 H.
  • Manusia terlahir tanpa dosa, maka dari itu momen Lebaran ini jadi waktu untuk mengawali hidup yang lebih baik. Mari membersihkan hati di hari raya dengan saling berjabat tangan dan memaafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H, mohon maaf lahir dan batin.
  • Semoga di Aidilfitri yang penuh berkah kita bisa saling memaafkan dan banyak dilimpahkan keberkahan. Selamat merayakan Aidilfitri 2023.
  • Aidilfitri adalah momen yang berbahagia, momen yang tepat saling berbagi maaf dan berkah. Selamat merayakan Hari Raya Aidilfitri 2023.
  • Sebelum gema takbir berakhir, izinkan saya ajukan permohonan maaf atas segala kesalahan yang telah diperbuat. Semoga kita senantiasa diberikan kesehatan dan kebahagiaan, selamat Lebaran 2023.
  • Penantian selama sebulan kini berakhir sudah dengan perayaan hari kemenangan. Selamat Aidilfitri 2023, dan semoga menjadi hari yang penuh kebahagiaan untuk Anda semua!
  • Untuk jiwa yang terluka karena buruknya tingkah dan untuk hati yang pernah tersayat oleh tajamnya lidah, ku sampaikan minal aidzin wal faidzin dan mohon maaf lahir dan batin.

 

 

Kata Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Keluarga

 

1.    "Tiada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa membasuh jiwa dengan permintaan maaf. Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf lahir batin."

2.    " Selamat merayakan Hari Raya Aidilfitri 2023. Mari bersihkan diri di hari yang fitri, semoga segala dosa & kesalahan kita yang lalu terampuni. Taqabbalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir & batin."

3.    " Waktu mengalir deras bagaikan air. Ramadan yang suci akan segera berakhir. Untuk salah yang pernah kubuat, khilaf yang pernah terucap, pintu maaf selalu kuharap. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023."

4.    " Mata sering salah menatap, mulut sering salah berucap, hati sering salah prasangka, dengan niat yang tulus dan suci saya mengucapkan mohon maaf lahir dan batin."

5.    " Seiring surya berseri indah di pagi penuh hikmat ini, kami mohon dibukakan pintu maaf apabila ada kata dan tindak yang tidak berkenan di hati."

6.    " Ya Rabbi, berkahi umur kami hingga Ramadan di tahun depan. Sucikan hati kami untuk bisa memaafkan saudara kami. Taqabalallahu minna wa minkum."

7.    " Sucikan hati dengan dzikir, cerahkan hati dengan pikir, teruslah bersyukur dengan menebar senyuman, dengan kerendahan hati saya mengucapkan selamat lebaran 1444 H."

8.    " Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri 1444 H. Semoga di hari yang fitri ini kita mampu kembali ke jati diri insani menjadi pribadi-pribadi yang kepada siapapun, kapanpun dan dimanapun mampu menebar damai dan saling berbagi."

9.    " Dengan segala kerendahan hati, Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023. Mohon maaf lahir dan batin. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan yang suci."

10. " Kalbu tak pernah memberhala atau menghantui dan dari sanalah maaf berada secara asli. Selamat hari raya Aidilfitri 1444 H. Mohon maaf lahir dan batin."

11. " Waktu mengalir bagaikan air. Ramadan suci akan berakhir. Tuk salah yang pernah ada. Tuk khilaf yang sempat terucap. Pintu maaf selalu ku harap."

12. " Senja Ramadan beranjak pergi, berganti fajar syawal di pagi hari. Membawa cahaya kedamaian di penghujunh Ramadan. Menebar berkah di hari kemenangan."

13. " Senang memaafkan dengan sesadar-sadarnya. Sadar pula kita sering berbuat khilaf. Selamat hari raya Aidilfitri 2023. Mohon untuk kita saling memaafkan. Barakallah."

14. " Karena keagungan-MU jua, tercurah hidayah-MU kepada ummat-Mu yang sungguh-sungguh menjalankan ibadah untuk meraih kemenangan Ramadan suci."

15. " Di tengah gema takbir, hati tertunduk untuk memohon maaf. Dari lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, tingkah laku yang tidak berkenan serta hati yang berprasangka."

16. " Andai jemari tak sempat berjabat. Jika raga tak bisa bersua. Bila ada kata membekas luka, semoga pintu maaf masih terbuka."

1.    " Dengan segala kerendahan hati, Perkenankan Kami Sekeluarga Menghaturkan " Selamat Menyambut kedatangan Aidilfitri 1 Syawal 1444 H."

2.    Taqabbalallohu Minna wa Minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H Mohon maaf lahir dan batin."

3.    " Semoga ibadah puasa kita serta ibadah lainnya diterima Allah SWT dan semoga kita selalu dalam Ridho Allah."

4.    " Tak ada untaian kalimat yang bisa menyenangkan hati setiap orang, tak ada kesempurnaan di dunia ini. Tak ada kesalahan yang tak termaafkan karena Dia Sang Pemilik Segalanya juga sangat Pemaaf."

5.    " Dalam setiap senyum dan tawa bersama; Dalam setiap doa sunyi yang terjawab; Dalam setiap kesempatan yang datang padamu, semoga Allah memberkatimu!" Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023. Mohon maaf lahir dan batin."

6.    " Di hari yang fitri ini, mari saling memaafkan setulus hati. Di hari yang fitri ini, semoga Allah menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang lebih baik lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023."

7.    “ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H bagi umat muslim yang merayakannya. Dengan berakhirnya bulan suci Ramadan semoga kita tetap terus berada di jalan-Nya dengan hati yang bersih dan saling memaafkan.”

8.    “ Tak ada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa membasuh jiwa dengan permintaan maaf. Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini.”

9.    “ Jazakumullah khair saudara-saudaraku. Untuk semua pelajaran yang pernah kau berikan. Untuk semangat yang pernah kau tularkan. Untuk ketegaran dan kesabaranmu. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita dan mempertemukan kita dengan Ramadan tahun depan.”

10. " Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Maafkan aku yang pernah melukaimu. Karena hanya maafmu yang dapat menghapus laraku. Minal aidzin waal faidzin. Mohon maaf lahir dan batin.”

11. “ Tak ada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa membasuh jiwa dengan permintaan maaf. Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini.”

5 dari 6 halaman

Masih banyak kata ucapan selamat hari raya Aidilfitri terbaru. Berikut beberapa contohnya yang bisa dijadikan referensi:

1.    " Bila Aidilfitri adalah lentera, izinkan membuka tabirnya dengan maaf, agar cahayanya menembus jiwa fitrah dari tiap khilaf. Selamat hari raya Aidilfitri."

2.    " Bila kata merangkai dusta, bila langkah membekas lara, bila hati penuh prasangka, dan bila ada langkah yang menoreh luka, mohon bukakan pintu maaf. Selamat Aidilfitri, Mohon maaf lahir dan batin."

3.    " Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum."

4.    " Aku tidak memintamu untuk menjadi awan, karena aku takut kamu akan mendung. Aku juga tidak memintamu untuk menjadi bunga, karena aku takut kamu akan layu. Aku hanya memintamu untuk memaafkanku setulus hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf lahir dan batin."

5.    " Dari dulu terus mencari, meski hati masih sendiri, jangan pernah bersusah hati, karena hari ini Aidilfitri. Semoga kita yang sendiri bisa saling berbagi, minal aidin walfaizin mohon maaf lahir dan batin."

6.    " Jiwa-jiwa kembali putih seakan terlahir kembali. Jutaan syukur menggema di langit Ilahi. Semoga kemenangan ini menjadi kemenangan yang hakiki. Selamat Aidilfitri 1442 H. Mohon maaf lahir dan batin."

7.    " Mawar indah harum mewangi, aromanya menyentuh nurani, pesan Ini sebagai pengganti diri, selamat Hari Raya Aidilfitri."

8.    " Meski wajah tak mampu berjumpa, tangan tak bisa saling menjabat, semoga coretan kata ini mampu menjadi jembatan di hari penuh kemenangan. Taqabbalallahu minna wa minkum. Minal aidin walfaizin."

9.    " Sebening embun di pagi hari, seputih kapas tanpa biji, seperti itu suasana hati. Berharap selamanya seperti ini dengan pribadi positif sepanjang hari. Selamat Aidilfitri, mohon maaf lahir batin."

10. " Inilah hari yang penuh kesucian dan kesukacitaan. Hari kemenangan dan hari untuk saling memaafkan. Mohon maaf lahir dan batin dan selamat hari raya Aidilfitri"

11. " Waktu mengalir deras bagaikan air. Ramadan yang suci akan segera berakhir. Untuk salah yang pernah kubuat, khilaf yang pernah terucap, pintu maaf selalu kuharap. Selamat Hari Raya Aidilfitri."

12. " Mata sering salah menatap, mulut sering salah berucap, hati sering salah prasangka, dengan niat yang tulus dan suci saya mengucapkan mohon maaf lahir dan batin."

13. Untuk hati yang pernah terluka oleh tajamnya lidah. Untuk jiwa yang tersakiti oleh buruknya sikap dan perilaku. Selamat Aidilfitri dan mohon maaf lahir dan batin.

14. Seiring surya berseri indah dipagi penuh hikmat ini, kami mohon dibukakan pintu maaf apabila ada kata dan tindak yang tidak berkenan di hati.

15. Ya Rabbi, berkahi umur kami hingga Ramadan di tahun depan. Sucikan hati kami untuk bisa memaafkan saudara kami. Taqabalallahu minna wa minkum."

16. Kalimat yang terucap bisa menggores luka lebih dalam, daripada sebuah pukulan. Di hari yang suci, tiada dengki yang boleh merasuki. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf lahir dan batin.

17. Bila Aidilfitri adalah lentera, izinkan membuka tabirnya dengan maaf, agar cahayanya menembus jiwa fitrah dari tiap khilaf. Selamat hari raya Aidilfitri."

18. Bila kata merangkai dusta, bila langkah membekas lara, bila hati penuh prasangka, dan bila ada langkah yang menoreh luka, mohon bukakan pintu maaf. Selamat Aidilfitri, Mohon maaf lahir dan batin.

19. Aku tidak memintamu untuk menjadi awan, karena aku takut kamu akan mendung. Aku juga tidak memintamu untuk menjadi bunga, karena aku takut kamu akan layu. Aku hanya memintamu untuk memaafkanku setulus hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf lahir dan batin.

20. meski wajah tak mampu berjumpa, tangan tak bisa saling menjabat, semoga coretan tulisan ini mampu menjadi jembatan di hari penuh kemenangan ini. Minal aidin wal faidzin.

21. Untuk telinga yang sering mendengar cerca, dari lisan yang kerap tak terjaga. Mohon maaf dari hati yang terdalam. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

22. Dari dulu terus mencari, meski hati masih sendiri, jangan pernah bersusah hati, karena hari ini Aidilfitri. Semoga kita yang sendiri bisa saling berbagi, minal aidin walfaizin mohon maaf lahir dan batin.

23. Dari semua berkah yang aku syukuri, tak peduli apakah itu besar atau kecil, persahabatan kita adalah hal yang paling kusyukuri. Semoga Allah selalu memberimu berkah dengan segala hal yang layak kamu dapatkan. Selamat Aidilfitri!

24. Semoga Allah selalu memberikanmu suka cita, kebahagiaan, dan kemakmuran di momen yang penuh berkah ini.

25. Meski beberapa kata yang pernah membuat luka, semoga tidak membuat tali silaturahmi ini putus. Selamat Aidilfitri, mohon maaf lahir dan batin.

26. Dari dulu terus mencari, meski hati masih sendiri, jangan pernah bersusah hati, karena hari ini Aidilfitri. Semoga kita yang sendiri bisa saling berbagi, minal aidin walfaizin mohon maaf lahir dan batin.

27. Semoga bulan Ramadan 1441 H ini, memberikan banyak manfaat untuk kita dan dapat memotivasi kita mengalahkan hawa nafsu dan menuju kemerdekaan dalam Aidilfitri. Terlambat bukan berarti lupa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, selamat berlebaran dan berkumpul dengan sanak saudara.

28. Sunset Ramadan beranjak pergi, berganti fajar syawal di pagi hari, membawa cahaya kedamaian di penghujung Ramadan, menebar berkah di hari kemenangan. Selamat Aidilfitri. Taqabbalallahu minna wa minkum. Minal aidin walfaizin.

29. Aidilfitri yang agung, Seagung kalimat Tayyibah Seagung dinul Islam yang kaffah, Seagung silaturrahim yang mengandung cinta dan kedamaian. Selamat Hari Iedul Fitri 1442 H, Mohon Maaf Lahir & Batin.

30. Dalam beningnya hati ada secuil benih prasangka. Dalam santunnya ucapan ada kalanya khilaf tak sengaja. Dengan kerendahan hati, mohon dimaafkan segala kesalahan. Selamat lebaran hari raya Aidilfitri, mohon maaf lahir dan batin.

31. Salah tak bisa dicegah, dendam tak akan menyelesaikan masalah, izinkan aku memohon maaf, agar langkah ke depan menjadi mudah. Selamat Aidilfitri, mohon maaf lahir dan batin.

32. Berharap malam segera tiba, barganti pagi penuh doa, menyambut lebaran bersama keluarga. Izinkan kami memohon maaf atas segala dosa, minal aidin walfaizin mohon maaf lahir batin dari kami sekeluarga.

33. Apabila ada langkah membekas lara, ada kata merangkai dusta, ada tingkah menoreh luka, mohon maaf lahir batin, selamat hari raya Aidilfitri.

34. Kalbu tak pernah memberhala atau menghantui dan dari sanalah maaf berada secara asli. Selamat hari raya Aidilfitri 1442 H. Mohon maaf lahir dan batin.

35. Waktu mengalir bagaikan air. Ramadan suci akan berakhir. Untuk salah yang pernah ada. Untuk khilaf yang sempat terucap. Pintu maaf selalu ku harap."

36. Sebening embun di pagi hari, seputih kapas tanpa biji, seperti itu suasana hati. Berharap selamanya seperti ini dengan pribadi positif sepanjang hari. Selamat Aidilfitri, mohon maaf lahir batin.

37. Terselip khilaf pada canda, ada luka tergores pada tawa. Terbelit pilu pada tingkah, tersinggung rasa dalam bicara. Mohon maaf lahir dan batin di hari yang suci. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

38. Setiap manusia terlahir suci tak berdosa. Perjalanan hidupnya lah yang membuatnya pernah melakukan dosa meski sekecil debu. Untuk itu, di hari yang fitri ini, saya ingin memohon maaf setulus hati. Supaya dosa terampuni. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sumber : Internet