07/06/2017

Kepersisan Istilah

ISTILAH YANG PERSIS



Bil

Istilah yang Tidak Tepat

Istilah yang Tepat
1
Memanjat  bukit / gunung.
Mendaki  bukit / gunung.
2
Durian  jatuh.
Durian  gugur/luruh
3
Pemberian  Tuhan / Allah.
Anugerah  Tuhan / Allah.
4
Pak Mat telah  mati.
Pak Mat telah  meninggal dunia.
5
Tuan puteri sedang  mandi.
Tuan puteri sedang  bersiram.
6
Menyeberang  jalan.
Melintas  jalan.
7
Melintas  sungai.
Menyeberang  sungai.
8
Naik  pokok.
Memanjat  pokok.
9
Kubur  raja.                                                     
Makam  raja.
10
Sultan sedang  tidur.
Sultan sedang  beradu.
11
Sekeping  tanah.
Sebidang  tanah.
12
Menyulam  tikar.
Menganyam  tikar.
13
Memotong  kain.
Menggunting  kain.
14
Memotong  getah.
Menoreh  getah.
15
Memukul  padi.
Membanting  padi.
16
Menajamkan  pisau.
Mengasah  pisau.
17
Datang  dalam mesyuarat.
Hadir  dalam mesyuarat.
18
Peraturan  masyarakat Melayu.
Adat  masyarakat Melayu.
19
Nabi  meninggal dunia.
Nabi  wafat.
20
Raja telah  meninggal dunia.
Raja telah  mangkat.
21
Hang Jebat  mengganas.
Hang Jebat  mengamuk.
22
Kepalanya  terlanggar  pada dinding.
Kepalanya  terhantuk pada dinding.
23
Kerjanya  memelihara  kanak-kanak.
Kerjanya  mengasuh kanak-kanak.
24
Melempar  batu ke arah kucing.
Membaling  batu ke arah kucing.
25
Rumah  bertingkat.
Rumah  pangsa.
26
Air sungai itu  menurun  ke lembah.
Air sungai itu  mengalir  ke lembah.
27
Sultan  memberikan  pingat.
Sultan  menganugerahkan  pingat.
28
Kebun  durian.
Dusun  durian.
29
Kerja  menjolok  kelapa.
Kerja  mengait  kelapa.
30
Membaling  peluru.
Melontar  peluru.
31
Baginda  berucap.
Baginda  bertitah.
32
Memotong  lalang.
Menebas  lalang.
33
Mengubati  pesakit.
Merawat  pesakit.
34
Kapal terbang  jatuh.
Kapal terbang  terhempas.
35
Membaling  lembing.
Merejam  lembing.
36
Menaiki  kuda / motosikal.
Menunggang  kuda / motosikal.
37
Sedang  melihat  televisyen.
Sedang  menonton  televisyen.
38
Membawa kereta
Memandu  kereta.
39
Mengangkat barang di atas kepala
Menjunjung  barang di atas kepala.
40
Memotong rambut
Menggunting  rambut.
41
Memasak nasi
Menanak  nasi.
42
Menjalin benang untuk dijadikan tali
Memintal  benang untuk dijadikan tali.
43
Meletakkan lukah di sungai.
Memasang  lukah di sungai.
44
Memimpin  basikal.
Menuntun  basikal.
45
Memegang  beg tangan.
Membimbit  beg tangan.
46
Makan  nasi.
Mengunyah  nasi.
47
Membetulkan  kereta.
Membaiki  kereta.
48
Kereta itu  merempuh  lembu.
Kereta itu  melanggar  lembu.
49
Obor-obor  tersadai  di pantai.
Obor-obor  terdampar  di pantai.
50
Menahan  lukah di sungai.
Memasang  lukah di sungai.
51
Beliau telah mencuba buah-buahan seperti durian.
Beliau  telah  menikmati  buah-buahan seperti durian.
52
Berapa banyak belanja untuk memperbaik saliran tersebut?
Berapa banyak kos untuk memperbaik saliran tersebut?
53
Kereta yang  dibawa.
Kereta yang  dipandu.
54
Diceritakan  oleh akhbar Berita Harian.
Disiarkan/dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.
55
Pakaian gadis itu  menjolok  mata.
Pakaian gadis itu  mencolok  mata.
56
Dia  membelek  akhbar setiap hari.
Dia  membaca  akhbar setiap hari.
57
Dia telah memasuki rumah orang kaya itu untuk mencuri.
Dia  telah  menceroboh  rumah  orang kaya itu untuk mencuri.
58
Ahmad terpaksa ponteng sekolah kerana kesesakan  wang.
Ahmad terpaksa ponteng sekolah kerana kesempitan wang.
60
Banyak anggota pengakap menjalani perkemahan itu.
Banyak anggota pengakap mengikuti perkemahan itu.
61
Petikan itu membincangkan fenomena kecelakaan jalan raya yang berada        di negara kita.
Petikan itu membincangkan fenomena kecelakaan jalan raya yang berlaku            di negara kita.
62
Ali turut berniaga kuih dari rumah           ke rumah.
Ali turut  berjaja  kuih dari rumah ke rumah.
63
Pihak polis akan  berlaku  tegas terhadap mereka yang bersalah.
Pihak polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang bersalah.
64
Ranting-ranting pokok yang ditebang perlu dibuang.
Dahan-dahan pokok yang ditebang perlu dibuang.
65
Pada bila-bila  jam  sahaja bangunan itu akan runtuh.
Pada bila-bila masa sahaja bangunan itu akan runtuh.
66
Siswazah yang berkelayakan iktisad yang sesuai sahaja yang diterima bekerja.
Siswazah yang berkelayakan ikhtisas yang sesuai sahaja yang diterima bekerja.
67
Pak Long membelah kayu api dengan sebatang  kapak.
Pak Long membelah kayu api dengan sebilah  kapak.
68
Penduduk  Flat Seri Pahang.
Penghuni  Flat Seri Pahang.
69
Pak Usu  menebang ranting-ranting.
Pak Usu mencantas / memangkas     ranting-ranting.
70
Ibu mencincang daging lembu itu sehingga nipis.
Ibu menghiris daging lembu itu sehingga nipis.
71
Ketua kampung itu sentiasa  mengambil mudah  terhadap kebajikan.
Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat  terhadap kebajikan.
72
Dia berasa gelisah apabila mendengar berita kematian tersebut.
Dia berasa  sedih  apabila mendengar berita kematian tersebut.
73
Pemuda itu  dituduh  di mahkamah.
Pemuda itu  didakwa  di mahkamah.
74
Harga komputer tersebut agak memuaskan.
Harga komputer tersebut agak  berpatutan.
75
Aliah menerima hadiah sempena ulang tahun  hari jadinya.
Aliah menerima hadiah sempena ulang tahun hari lahirnya.