KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017
26/01/2017
15/01/2017
14/01/2017
Novel T3 : Tawanan Komander Caucasus
Tawanan
Komander
Caucasus
Farhani dan rakan-rakannya dalam usaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.
Setelah
sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains
Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan
kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga
yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam
pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari
kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak
memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal
memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang
tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.
Bagi
melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan
Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk
Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa
menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu
sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya.
Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama
itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga
membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah
tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah
dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.
Chea Mei
dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan kepada
mereka bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu
Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak
bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar.
Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian
mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan
seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani.
Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan
misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka
telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk
kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah
tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.
Kesilapan
Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia
telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang
Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani
juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal
rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk
mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di
makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong
yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.
Komander
Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan
tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta
Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang
sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga
menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera
bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di
satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim
Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera
memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam
dan tidak berhati perut itu.
Sementara
itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang
bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang
sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada
pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang
bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah
bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan
selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang
itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara
meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan
pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.
Tiba-tiba,
mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan
oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua
pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat
itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di
tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama
kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera
Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.
Dalam
serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan
ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera
dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya
menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta
kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat
marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus
mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan
untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan
manusia.
Pada suatu
malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah
menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya melalui penggunaan cecair Endosulfan sekali
gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus.
Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam.
Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya
sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan
tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan
selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah
dikurung.
Puteri
Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu.
Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan
empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera
menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada
logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang
rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing,
namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli
keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.
Setelah
kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi
kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang
diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan
pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan
mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan
media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar
mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.
11/01/2017
SEJADAH RINDU
SAJAK : SEJADAH RINDU
RANGKAP SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
Terkedu aku
di sejadah
rindu
mengungkap
kalimah syahdu
bait bicara
tersentuh kalbu
merekah
keinsafan di hati yang beku
mengenang
dosaku yang terdahulu.
|
Penyajak
termenung di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu/ sedih hingga
menyentuh hatinya dan menjadikan dia menginsafi akan dosa-dosanya yang lalu.
|
Persoalan tentang
keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup.
|
Keinsafan
Penyajak
menginsafi dosa-dosanya yang lalu.
|
Kita
hendaklah insaf setelah
melakukan kesalahan/ dosa.
|
Rangkap 2
Berbekal
pancaindera anugerah Tuhan
kupohon
kembali nafas kehidupan
dalam
keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka
ruang keampunan
sebelum saat
aku dinisankan
di masa yang
Kautetapkan.
|
Dengan rasa
rendah diri, penyajak memohon kepada Tuhan agar diberi keampunan dan segala
taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia seperti yang telah
ditetapkan oleh Tuhan.
|
Persoalan tentang
pengharapan akan pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.
|
Kegigihan :
Penyajak
bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal
dunia.
|
Kita
hendaklah bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan keampunan.
|
Rangkap 3
Air mata
menjadi saksi
keikhlasan
menjadi bukti
akhirnya
aku sujud
menghadap Ilahi
di keheningan
yang sepi
lafaz taubat
mengiringi
nafas sebak
kian mengikuti.
|
Penyajak
menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam
suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.
|
Persoalan tentang
keikhlasan ketika memohon keampunan daripada Pencipta.
|
Keikhlasan :
Penyajak
bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.
|
Kita
hendaklah ikhlas dalam
setiap perbuatan kita.
|
Rangkap 4
Hati ini
luluh
jiwa yang
kaku tersentuh
ayat-ayat
cinta disusun kukuh
di sejadah
rindu yang lusuh
kemaafan yang
kupohon sungguh
dari pencipta
dalam gemuruh.
|
Hati penyajak
sedih dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang disusun rapi sewaktu
memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan yang amat gemuruh.
|
Persoalan tentang
kesungguhan memohon keampunan daripada Pencipta.
|
Ketaatan : Penyajak
taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.
|
Kita
hendaklah taat kepada
pencipta kita.
|
Rangkap 5
Ungkapan doa
pada Yang Esa
izinkan aku
menjadi manusia
yang taat
sentiasa
pada perintah
Maha Kuasa
agar aku
tidak lupa
dunia ini
hanya bersifat sementara.
|
Penyajak
berdoa kepada Tuhan agar menerima dan mengizinkan dirinya menjadi manusia
yang sentiasa taat akan perintah Tuhan. Dia juga sedar bahawa dunia ini
hanyalah sementara.
|
Persoalan
tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara.
|
Kesedaran :
Penyajak
mempunyai kesedaran bahawa dunia ini bersifat sementara sahaja.
|
Kita
hendaklah sedar bahawa
dunia ini bersifat sementara.
|
TEMA
Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya
dan memohon diberi kesempatan untuk tidak mengulang kembali kehidupan yang lalu
kerana penyajak sudah benar-benar insaf.
Contoh :
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
PENGAJARAN
Kita
hendaklah/ haruslah/ mestilah......
(a)
Kita mestilah segera insaf akan
kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b)
Kita mestilah percaya bahawa adanya kita
di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c)
Kita mestilah berfikiran matang dan
rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d)
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e)
Kita mestilah taat akan didikan agama
dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f)
Kita mestilah mengakui kesalahan diri
dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g)
Kita mestilah ikhlas meminta keampunan
daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h)
Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan
tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i)
Kita mestilah berani menghadapi segala
cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua
KBAT
1.
Pada pendapat
anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada segala dosanya yang lalu?
2.
Sebagai
seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda
yang telah insaf daripada kesalahannya?
3.
Pada pendapat
anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang
dilakukan?
10/01/2017
PROSA TRADISIONAL SPM : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
SINOPSIS
Raja Siam mendapat tahu tentang negeri Melaka sebagai sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam
iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar
ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan
menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.
Berita Siam hendak menyerang Melaka diketahui oleh
Sultan Muzaffar. Baginda menitahkan semua rakyat lelaki dihimpunkan di
Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan orang lelaki dari
Kelang bersama-sama dengan keluarga mereka. Tujuannya supaya mereka berperang
dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam
dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta
tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Ada seorang orang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan mengadu kepada
Sultan bahawa Tun Perak menganiayainya. Sultan menitahkan Tun Perak supaya mengadap.
Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara dan tahu tanggungjawabnya
untuk menjaga negeri. Tun Perak meminta sultan memecatnya jika percaya akan fitnah
orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan jawaban Tun Perak lalu
melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi
pegawai iaitu Seri Nara Diraja di
balai perjumpaan.
Apabila ada dua orang pembesar, rakyat Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak kepada Paduka Raja dan sebahagian
berpihak kepada Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermuafakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan berdukacita dan bercadang
mendamaikan mereka berdua.
Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka
Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan
Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang
bijaksana di wilayah tersebut iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Mada di
Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
Siam menyerang
Melaka sekali lagi di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang
Siam. Seri Bija
Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang
sudah sampai berhampiran Batu
Pahat. Tun Umar yang menaiki perahu bertindak melanggar banyak perahu Siam hingga Siam kalah. Tindakan
Tun Umar itu menyebabkan tentera Siam berasa sangat hairan.
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya
dinyalakan api pada pokok
kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api. Cahaya
api itu menggambarkan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di
tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka
balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah
persalinan baru. Di Siam, Paduka
Bubunnya sangat marah. Anaknya Cau Pandan bermohon untuk untuk menyerang Melaka dan
dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan serta perahu yang sangat banyak
bilangannya.
Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar
memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan
akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu
mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar
mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.
B. TEMA:
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
Contoh : Tun Perak menyuruh orang lelaki dari
Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan
bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
C. PERSOALAN:
PERSOALAN
|
PERISTIWA
|
Kebijaksanaan
menggunakan akal dan strategi untuk menyelesaikan masalah
|
Sultan
Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu
untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
|
Perpecahan
dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara
|
Perbalahan
antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah
dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.
|
Bersiap
siaga dengan ancaman musuh
|
Paduka
Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan
askar Siam.
|
Kepentingan
ilmu dalam kehidupan
|
Tun
Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam
hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
|
Keberanian
menghadapi cabaran
|
Tun
Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya
menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga
sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
|
Taat
setia kepada pemimpin
|
Rakyat
Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan
Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.
|
D. WATAK DAN
PERWATAKAN:
WATAK
|
PERWATAKAN
|
PERISTIWA
|
Tun Perak
|
bijaksana
|
mengarahkan
lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam
|
baik
hati
|
menjaga
Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
|
|
berani
|
memimpin
askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
|
|
berpengaruh
|
beliau
mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa dengan Seri Nara
diraja.
|
|
SULTAN
MUZAFFAR SYAH
|
mementingkan
keharmonian Melaka
|
berusaha
mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
|
prihatin
|
meraikan
askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
|
|
bijaksana
|
mendamaikan
pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
|
|
tidak
terburu-buru
|
tidak
menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak
untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya.
|
|
menghargai
rakyatnya
|
memberi
anugerah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.
|
E. LATAR:
1. Latar
tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu
berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat
untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum
dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar
masa:
- Zaman
Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42
tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun
Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan
gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
NILAI
|
PERISTIWA
|
kebijaksanaan
|
Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api
pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam hingga
cahaya api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai sehingga menakutkan
askar Siam.
|
baik hati
|
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang
peperangan dengan sepasang persalinan.
|
bersatu padu
|
Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang
askar Siam.
|
keikhlasan
|
Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja
dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan
kuat.
|
keberanian
|
Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai
jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan
|
pengorbanan
|
Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu
demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
|
berilmu pengetahuan
|
Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang
tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan
hanya menghalakan panahnya ke Siam.
|
G. PENGAJARAN:
Pengajaran
|
Peristiwa
|
Kita
mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.
|
Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang
tentera Siam.
|
Kita
mestilah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.
|
Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam
menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan
baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak
telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada
keharmonian neger Melaka.
|
Kita
mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan.
|
Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan
Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka.
|
Kita
mestilah sanggup bekorban untuk memperoleh kebaikan.
|
Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan
menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun
Perak.
|
Kita
mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
|
Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup
bermuafakat dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi
ancaman Siam.
|
Kita
mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain
kepada kita.
|
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan
dengan sepasang persalinan.
|
Kita
hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul.
|
Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya
yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh
demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)