22/04/2013

SILANG KATA 7

Mantapkan kosa kata anak-anak dengan bermain silang kata. Untuk memudahkan anak-anak bermain silang kata yang disediakan di blog ini, anak-anak perlu klik pada tajuk 'post'. Hanya satu permainan akan dipaparkan setiap kali anak-anak klik 'post' tersebut.

SILANGKATA
oleh
ayaHUda

LENGKAPKAN SILANGKATA DI BAWAH. KLIK SEMAK UNTUK MENYEMAK JAWAPAN ANDA.
1    2     3    4     5    6   
             
7           8      
    9    10    11       
             
12   13         14     15    
    16           
17          18       

MENGUFUK:

1. masih ada peluang
4. keinginan yg kuat utk memiliki sesuatu
7. kata yg kasar dan keji
8. khalayak ramai
9. penjagaan, pengawasan
12. meluncur, melungsur
14. tidak sah, mansuh
16. program atau susunan rancangan
17. Larap, laku, payu
18. Bunyi manusia bercakap

MENCANCANG:

1. Lambang
2. tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, laboratorium
3. awalan asing bermaksud tidak mempunyai
4. Tarik
5. Embun di hujung ___________ peribahasa bermaksud sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap
6. benda yang dilekatkan, lepa, turap
9. kuat dan padu serta tidak mudah pecah
10. sifat (seseorang) yang zahir dan batin
11. menyebat (dgn rotan dll), melebas
13. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang lawan, memberangsangkan, menggalakkan
15. Bagai __________ dengan tebing dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan

19/04/2013

PERIBAHASA - KONTEKS DAN PENGGUNAAN



Konteks dalam bahagian Kesimpulan
Contoh Penggunaan
1
Sesuatu masalah dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak
Sebagaimana yang kita tahu bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu kerjasama dan permuafakatan daripada semua pihak amatlah penting.
2
Perpaduan amatlah penting bagi sesebuah negara
Usaha untuk memelihara perpaduan rakyat tidak boleh dipandang enteng kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
3
Sesuatu masalah hanya dapat diselesaikan jika ada azam yang kuat
Kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, masalah pendatang asing dapat diatasi jika tindakan yang tegas diambil ke atas mereka.
4
Sesuatu masalah perlu diselesaikan dengan mengambil tindakan dan bukannya mencari alasan
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, remaja dapat mengecapi kejayaan dalam kehidupan asalkan  mereka mahu berusaha.
5
Orang muda amat penting kepada negara
Oleh sebab pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, gejala mat rempit perlu dibendung oleh semua pihak.
6
Apabila sudah melakukan kesilapan, kita hendaklah memulakan kerja itu sekali lagi
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan, Sufiah telah menginsafi kesilapan yang dilakukannya selama ini.
7
Kita hendaklah menyesuaikan diri
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, pantang larang dan peraturan di sesebuah tempat perlulah dipatuhi dengan sebaik-baiknya.
8
Beringat selepas mengalami kesusahan
Sudah terhantuk, baru tengadah, menyesal selepas berhutang dengan banyak memang sudah terlambat.
9
Orang yang bersalah perlu menanggung akibatnya
Menjadi lumrah alam bahawa siapa makan nangka, dialah yang kena getahnya. Pihak yang mengabaikan tanggungjawab wajar dikenakan tindakan tegas.
10
Tidak kira perbuatan yang terlanjur itu kecil atau besar, akibatnya adalah serupa.
Kita perlu memainkan peranan kita dalam usaha menjaga alam sekitar bak kata peribahasa gadai ke pajak, sehari sebulan jua.
11
Permintaan dibuat mengikut kesesuaian atau kebolehan seseorang
Kalau alim minta doanya,
Kalau kaya minta ringgitnya,
Kalau cerdik minta akalnya,
Kalau rimbun minta berteduh.
Sesebuah negara akan maju jika pemimpin negara dipilih mengikut kebolehan masing-masing.
12
Seseorang akan bertambah baik menerusi latih tubi yang dilakukan
Amalan membawa kesempurnaan, budi bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar di rumah dan di sekolah akan membentuk keperibadian pelajar yang mulia.



Menunjukkan hampir selesai atau mahu tamat sesuatu majlis.
Bak kata orang …
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Sekian sahaja dan saya akhiri syarahan ini dengan ucapan terima kasih.


Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.
Akhir kata,
“TERANGKAI KALUNGAN BUDI TERSIMPAI   KENANGAN SUCI”
Sekian terima kasih.

SILANG KATA 6

Mantapkan kosa kata anak-anak dengan bermain silang kata. Untuk memudahkan anak-anak bermain silang kata yang disediakan di blog ini, anak-anak perlu klik pada tajuk 'post'. Hanya satu permainan akan dipaparkan setiap kali anak-anak klik 'post' tersebut.

SILANGKATA
oleh
ayaHUda

LENGKAPKAN SILANGKATA DI BAWAH. KLIK SEMAK UNTUK MENYEMAK JAWAPAN ANDA.
1    2     3    4     5    6   
             
7           8      
    9    10    11       
             
12          13       
             
14         15        

MENGUFUK:

1. tutup kepala (spt songkok dll) yg dipakai oleh orang lelaki
4. pemeriksaan yang teliti
7. permaisuri
8. tenteram, bebas drpd keadaan kacau-bilau
9. sepatu
12. gentar, goncang, goyang
13. loceng
14. mengangkat dan membawa
15. angkatan laut yg terdiri drpd kapal-kapal perang

MENCANCANG:

1. rancangan atau garis kasar
2. sesuatu bentuk yang dibuat daripada batu (logam, kayu, dll), arca
3. keji, caci
4. selepas dipecahkan ruyung barulah kita memperolehnya
5. _________ ada pengayuh tidak peribahasa bermaksud kekurangan syarat untuk melakukan sesuatu
6. mata angin di antara timur dgn selatan
9. campur, gaul
10. makanan terkenal terutamanya di Kajang
11. tidak dapat dilenturkan, keras kaku