Sinopsis
Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara yang dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada bercadang meminta pertolongan Kertala Sari untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang juga dibunuh oleh Laksamana Melaka. Setelah itu, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara Maharaja lalu menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Contohnya, kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri. Oleh sebab kehebatan Kertala Sari, Seri Betara menitahkan penjurit itu segera pergi ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana Melaka. Kertala Sari ditawarkan jawatan penggawa agung kepadanya sekiranya berjaya.
Di Melaka, Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Kertala Sari telah mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Sultan Melaka berasa bimbang lalu menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun, kecurian terus berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Kegagalan menangkap Kertala Sari disebabkan oleh Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian. Melihat keadaan hura-hara yang berlaku, Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Hasilnya, rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja, membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan telah menemui kegagalan kerana kebijaksanaan, kecekapan dan ilmu yang dimiliki oleh Laksamana. Malah, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh Laksamana di tengah pasar. Kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti dibunuh olehnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun, Laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberikan kurnia kepada Laksamana atas kejayaan tersebut.
Semua hasil curi yang telah disimpan di Bukit Cina oleh Kertala Sari berjaya ditemui. Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah menitahkan supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian daripada barang-barang tersebut kepada Laksamana. Namun, Laksamana tidak bersetuju dengan perintah Sultan, Laksamana bersetuju untuk mengambil satu bahagian. Bahagian tersebut kemudian telah diagihkan kepada tiga bahagian; satu bahagian untuk fakir miskin, satu bahagian untuk dan orang-orang bawahannya, dan satu bahagian untuk semua orang. Laksamana tidak mengambil sedikitpun daripada harta tersebut. Akhirnya, berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah , datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.” Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.
(2 markah)
(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas mendengar perintah daripada sultan? (3 markah)
(iii) Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja mengetahui berita tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan segera?
(3 markah)

No comments:
Post a Comment