15/03/2020

LATIHAN RUMUSAN SET MAC 2020


SET PERCUBAAN SPM JOHOR 2019



Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remajaPanjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya. 
Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anakanak berfikiran matang khususnya dalam membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anakanak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada perubahan tersebut.  
Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anakanak lebih bijak memilih bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
                                                                          Dipetik dan diubah suai daripada
    “Persekitaran membentuk aura positif remaja”
                                  Oleh Noraziah Mohd Amin
                                   Dewan Bahasa, Julai 2017


                                                                                          

SKEMA RUMUSAN  PENDAHULUAN

PEND
JAWAPAN
MARKAH
P1
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedahfaedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dalam kalangan anak-anak/ remaja/ seseorang.
2
P2
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dan perkara-perkara yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam diri seseorang.
2
P3
Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
2
P4
Petikan/Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/ manfaat-manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
1
P5
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif/ Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.
0

ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura positif)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
S1
senang didekati.                 
2
S2
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa.
2
S3
tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar.
2
S4
menjadikan anak-anak berfikiran matang.
2
S5
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
2
S6
mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya.
2
S7
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
2
S8
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya.
2

ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
T1
mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan/majlis ilmu.             
2
T2
mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.
2
T3
meminta nasihat daripada orang berpengalaman.
2
T4
sentiasa muhasabah diri                                                                                   
2
T5
menjauhi pemikiran negatif                                                               
2
T6
sentiasa berdoa/solat hajat                                                                               
2

KESIMPULAN

ISI
JAWAPAN
MARKAH
K1
Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memiliki aura positif agar kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
2
K2
Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif.
1

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)     Berikan maksud rangkai kata menyuburkan minda.                                       
[2 markah]
(ii)    Pengarang menyatakan beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam diri seseorang.
Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.                                                              
[3 markah]
(iii)   Segelintir remaja sering berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca remaja menghadapi masalah tersebut?      
[4 markah]  


SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan minda  :
PILIHAN
JAWAPAN
MARKAH
(i)
Mengembangkan/memupuk/menyemai/     akal/ pemikiran.
2
(ii)
Mengembangkan/memupuk/menyemai       minda.
1
(iii)
Menyuburkan     akal/pemikiran.
1

SOALAN (ii) Keadaan-keadaan:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Perasaan negatif dalam diri seseorang.
1
2
Keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan.
1
3
Pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri.
1

SOALAN (iii) Punca-punca

ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Pengaruh media massa.
1
2
masalah hubungan dalam keluarga.                    
1
3
Bebanan pelajaran/tanggungjawab terhadap pekerjaan.
1
4
harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
1
5
kurang pengamalan/ mengamalkan ajaran agama. 
1
6
inginkan perhatian/dikenali ramai/ disanjungi.
1
7
sikap negatif dalam diri.
1

 

 

 

 

 

 

 

 




1 comment:

Unknown said...

terima kasih banyak