24/01/2021

LATIH TUBI SOALAN 2(d) – ERTI HIDUP BERERTI

SOALAN 2(d) – ERTI HIDUP BERERTI

 

SET 1 - Soalan 2 (d) – Sajak (PP KELANTAN)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.       

ERTI HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang kesakitan
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta alasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

          Suara Anak Pahang, 2009, 
           Antologi Sejadah Rindu
          Kementerian Pendidikan Malaysia

(i)

Berdasarkan sajak di atas, apakah perasaan yang dialami oleh penyajak?

[2 markah]

(ii)   

Yang tua dihormati,

Yang muda disayangi.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan golongan muda menghargai warga emas?         

 

 

 

 

[3 markah]

(iii)

Huraikan dua pengajaran berdasarkan sajak tersebut.

[4 markah]

  

SET 2 - Soalan 2 (d) – Sajak (PP MELAKA)


(i)

Berdasarkan rangkap ketiga, apakah harapan penyajak terhadap anaknya?         

[2 markah]

(ii)     

Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa dalam hidup anak-anak.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara anak-anak membalas jasa ibu bapa mereka.

 

[3 markah]

(iii)

Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

 

 

SET 3 - Soalan 2 (d) – Sajak (PP MRSM)

 

(i)

Apakah maksud baris 4 dan 5 dalam rangkap ketiga sajak di atas?

           baik setia mahupun derhaka

           semoga disirami benih keinsafan


[2 markah]

(ii)     

Keluarga yang bahagia menjadi idaman semua orang.

Pada pendapat anda, selain ibu bapa apakah peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk

mencapai hasrat tersebut?

 

[3 markah]

(iii)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

 

 

SET 4 - Soalan 2 (d) – Sajak (PP PERAK 1)

 

(i)

Nyatakan harapan penyajak terhadap anaknya seperti yang digambarkan dalam rangkap ketiga

[2 markah]

(ii)     

Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.

Pada pendapat anda, mengapakah mereka bertindak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua-tua?

 

[3 markah]

(iii)

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

 

 

SET 5 - Soalan 2 (d) – Sajak (PP PERAK 2)

 

(i)

Apakah keluhan yang cuba disampaikan oleh warga tua dalam sajak tersebut?

[2 markah]

(ii)     

Ibu bapa perlu dihormati dan disayangi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita?

 

[3 markah]

(iii)

Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

 

 

SET 6 - Soalan 2(d) – Sajak (PP PERLIS)

 

(i)

Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua harapan penyajak.                                        

[2 markah]

(ii)     

Kasih sayang amat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Pada pendapat anda, mengapakah hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang?

 

[3 markah]

(iii)

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

 

 

SET 7 - Soalan 2(d) – Sajak(PP PENANG)

(i)

Berikan maksud frasa disirami benih keinsafan.

[2 markah]

(ii)     

Pada pendapat anda, apakah cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua yang uzur ?         

 

[3 markah]

(iii)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.                                                   

[4 markah]

 

 

SET 8 - Soalan 2(d) – Sajak (PP SELANGOR 3)

(i)

Berikan maksud rangkai kata jangan terpegun dalam rangkap akhir sajak tersebut.        

[2 markah]

(ii)     

Kesibukan bekerja telah menyebabkan anak-anak menjadi renggang dengan ibu bapa mereka.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa mereka?                                                                                                            

 

[3 markah]

(iii)

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]


No comments: