Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak melanjutkan pelajaran selepas menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini demi menjaminkan masa depan.
Huraikan usaha ibu bapa dalam pemupukan minat anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Isi 1: Ibu bapa harus bermotivasi tinggi untuk membina keyakinan yang tinggi terhadap anak – menunjukkan semangat yakin boleh, kethamana fizikal, mental dan emosi – jauhi sikap berputus asa sebaliknya berkeinginan mencapai bintang.
Isi 2: Ibu dan ayah hendaklah sentiasa berkolaboratif mewujudkan iklim rumah tangga yang dilingkungi mawaddah, kemesraan, harmoni dan kondusif – mengelak sebarang salah faham sama ada antara suami isteri mahupun dalam kalangan anak-anak – menjadi rangsangan dan galakan untuk anak-anak menuju puncak
Isi 3: Menyediakan kemudahan prasarana belajar yang selesa, kondusif dan mesra pembelajaran – memberi keutamaan kepada peluang belajar daripada hal-hal lain – menyediakan bahan bacaan tambahan dan sumber rujukan yang mencukupi.
Isi 4: Sentiasa mendampingi anak-anak semasa mereka mengulang kaji pelajaran – tunjukkan komitmen bahawa ibu bapa juga turut serta dalam misi menuju puncak – elakkan aktiviti yamg kurang mesra pelajaran seperti menonton televisyen, menyertai aktiviti luar dan kerap keluar untuk makan malam
Isi 5: Memastikan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang sempurna kepada anak-anak – menyediakan keperluan makan minum seperti sarapan pagi dan makan malam yang menepati jadual – menyediakan minuman ringan sewaktu anak belajar agak lewat malam – memastikan ubat-ubat dan vitamin yang sesuai untuk anak yang keletihan atau kurang sihat kerana tumpuan belajar yang lebih.
Kesimpulan: Dalam suatu ungkapan yang agak menarik yang orang selalu bertanaya apabila bertemu rakannya, “Anak berapa orang?”. Demikianlah menariknya apabila seseorang tidak pernah ditanya tentang pangkat darjat mahupun harta dan wang ringgit miliknya. Oleh sebab itu, anak-anak sentiasa menjadi kebanggaan ibu bapa dan keluarga. Lebih-lebih lagi anak-anak yang cemerlang akademik dan tinggi pekertinya sudah pasti menjadi sumber inspirasi ibu bapa. Dengan hal yang tersebut, ibu bapa wajar mengambil peluang terbaik untuk mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang semasa SPM kerana kejayaan mereka akan menjadi halwa mata dan telinga dan penyejuk hati ayah dan bonda.
[Dimensi soalan boleh diajukan dalam bentuk usaha atau peranan ANDA]
Sebagai contoh, usaha anda mencapai kecemerlangan akademik.
Sumber : Tn Hj Ishak Md Shah [Modul Mahir Mengarang]. Terima kasih
No comments:
Post a Comment