12/02/2021

PERCUBAAN NEGERI SPM 2020 : NOVEL ZON UTARA


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN JAWAPAN

SOALAN PERCUBAAN 2020

KAJIAN NOVEL ZON UTARA

DISEDIAKAN OLEH:

-CIKGU ROOSE-

 

 

 

 

SET 1 – PERAK 2020 - SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN

(a)                   Pengarang    banyak menerapkan   nilai   kemanusiaan   dalam  karyanya bagi menggerakkan cerita.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)                  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang berkaitan dengan kebijaksanaan watak dalam novel.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi menggerakkan cerita.

Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai baik hati. Nilai ini dapat dilihat pada watak datuk Lili yang membantu orang lain dengan cara memberikan herba dan akar-akar kayu sebagai bahan rawatan untuk mereka sebagai usaha alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain perubatan moden.

Nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat pada watak nenek dan datuk Lili melayan Lili dengan baik walaupun pada suatu masa dulu, ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

Nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat pada watak Lili yang prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah. Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang banyak menerapkan nilai kemanusiaan dalam karyanya bagi menggerakkan cerita.

Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kebijaksanaan. Nilai ini dapat dilihat pada watak Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan.

Nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai kegigihan. Nilai ini dapat dilihat pada watak Dahlia yang gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.

Nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Nilai ini dapat dilihat pada watak Dahlia yang berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan kebijaksanaan watak dalam kedua-dua buah novel.


       Peristiwa tentang kebijaksanaan watak dalam novel Jendela Menghadap Jalan dapat dilihat dalam peristiwa kebijaksanaan Danel menyelesaikan masalah penduduk kampung. Buktinya, Danel telah mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak jadi memasang poster kerana kurang berkesan.

       Peristiwa tentang kebijaksanaan watak dalam novel Songket Berbenang Emas dapat dilihat dalam peristiwa kebijaksanaan Dahlia menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat pemindahan banjir. Buktinya, ketika rumahnya dilanda banjir, Dahlia mencuri peluang untuk belajar dan tidak peduli jika ada orang yang mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail.

 

SET 2 – KEDAH 2020 - SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM

(a)                Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

[7 markah]

(b)                Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu nilai kegigihan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

 

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Terdapat beberapa sebab bahagian permulaan novel ini menarik minat saya.

Sebab yang pertama bahagian permulaannya menarik minat saya ialah peristiwa ibu Lili menyuruh Lili menghabiskan cutinya di kampung. Peristiwa ini menarik kerana membuatkan saya ingin mengetahui sama ada Lili mematuhi perintah ibunya atau tidak.

Sebab yang kedua ialah peristiwa Lili membantu Geetha yang dalam keadaan kelamkabut semasa di dalam bas. Peristiwa ini menarik kerana membuatkan saya ingin mengetahui hubungan mereka berterusan atau tidak.

 

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Terdapat beberapa sebab bahagian permulaan novel ini menarik minat saya.

Sebab yang pertama bahagian permulaannya menarik minat saya ialah peristiwa Dahlia berlatih bola jaring. Peristiwa ini menarik kerana memberikan semangat kepada pembaca untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan walaupun sibuk belajar.

 

Sebab yang kedua ialah peristiwa perisitwa Azhari menyuarakan hasratnya untuk meminang Dahlia. Peristiwa ini menarik minat saya kerana memberikan pengajaran kepada saya supaya mengutamakan pelajaran dan keluarga.



4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat nilai kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan. Sebagai contoh, Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, terdapat nilai kegigihan menguruskan keluarga. Sebagai contoh, Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.

 

SET 3 – KELANTAN 2020

(a)                   Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah] Rujuk Jawapan Set 1(a)

(b)                  Pengarang    mewujudkan   peristiwa-peristiwa     yang   dapat  dijadikan iktibar oleh pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi setiap novel.

[8 markah]

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh pembaca.

Peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh pembaca dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa datuk Lili mempertahankan tanah daripada dijual. Datuk merungut sambil memarahi abang kandung Danel, Sugi Oogway yang menghantar kawannya daripada sebuah syarikat untuk memujuk orang kampung supaya menjual tanah mereka untuk dijadikan deretan rumah sewa. Peristiwa ini dapat dijadikan iktibar oleh pembaca agar mempertahankan hak atau tanah daripada jatuh kepada orang lain.

Peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh pembaca dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Embong memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik. Walaupun Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-anaknya. Embong marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya. Peristiwa ini dapat dijadikan iktibar oleh pembaca agar mementingkan pendidikan anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

 

 

SET 4 – SELANGOR / WP PUTRAJAYA 2020

(a)                Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sinopsis yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

 

(b)               Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel yang dapat menjelaskan pengajaran kegigihan kepada pembaca.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Berikut dihuraikan sinopsis novel tersebut.

Permulaan novel ini adalah apabila pengarang menceritakan berkenaan Lili iaitu seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Semasa cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Pada bahagian perkembangan, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di Kampung Sentosa. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda. Lili turut menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Pada bahagian klimaks, Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan itu berpunca daripada perbuatan jahat Seman namun suaminya menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik.

Pada bahagian peleraian, dengan pertolongan Kak Mimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan membuka rahsia tentang jendela yang menghadap jalan kepada Lili.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Berikut dihuraikan sinopsis novel tersebut.

Bahagian permulaan bermula dengan pengarang mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.

 

Pada bahagian perkembangan, ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Pada bahagian klimaks, Abu Bakar telah menjumpai kain merah yang sudah reput. Abu Bakar menjumpai kain merah yang membungkus dua biji telur ayam berwarna hitam yang berbau busuk dan mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku di bawah rumahnya. Abu Bakar mengandaikan telur itu digunakan oleh seseorang yang berniat untuk memporak-perandakan keluarga mereka. Dahlia menyuruh Abu bakar membuang telurtelur busuk itu ke dalam sungai.

Pada bahagian peleraian, Dahlia telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. Azhari telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Danel berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang penulis rencana yang terkenal dan memiliki kolumnya sendiri dalam akhbar arus perdana. Danel telah menulis artikel tentang Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang dalam buku yang berjudul Segalanya Tentang Pisang. Kegigihan Danel ini dapat dijadikan panduan hidup kerana setiap cita-cita akan tercapai jika terdapat kesungguhan dalam diri.

Pengajaran kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita haruslah gigih dalam menuntut ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular. Kegigihan Dahlia ini dapat dijadikan panduan hidup kerana sesungguhnya hanya dengan ilmu dapat mengubah kehidupan seseorang kepada yang lebih baik.

 

SET 5 - TERENGGANU 3 (2020)

(a)                  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)                  Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam setiap novel. Berikan alasan anda.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Pengarang telah memaparkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

Nilai kasih sayang yang pertama ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili menyayangi ibunya apabila dia tetap menurut kemahuan ibunya yang meminta dia bercuti di kampung halaman ibunya di kampung Sentosa walaupun pada awalnya Lili agak keberatan kerana telah mempunyai perancangan untuk menghabiskan waktu cuti dengan kawan-kawannya.

Nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang nenek terhadap cucu. Contohnya, nenek menasihati Lili agar tidak mencampuri urusan rumah tangga Che Jah demi keselamatan Lili kerana Nenek mengganggap Lili masih belum matang.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

Nilai kasih sayang yang pertama ialah kasih sayang suami terhadap isteri. Contohnya, Embong amat menyayangi isterinya Saleha. beliau tetap menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental.

Nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Embong amat sayang akan anak-anaknya. Dia berusaha untuk menguruskan anakanaknya semasa isterinya dimasukkan ke hospital. Semasa dia dipatuk ular, dia berpesan kepada Dahlia untuk menjaga adik-adiknya dengan baik dan memberitahu tentang wang yang disimpannya di rumah bagi mengelakkan anak-anaknya terbiar semasa ketiadaannya

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Kedua-dua buah novel diakhiri dengan peristiwa yang dapat kita jadikan panduan hidup.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, pengarang mengakhiri cerita pada bahagian peleraian dengan peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Pada pendapat saya, wajar sekali cerita ini diakhiri sedemikian kerana atas bantuan Kak Mimah penderitaan yang dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, pengarang mengakhiri cerita pada bahagian peleraian dengan peristiwa penduduk kampung bekerjasama antara satu sama lain mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah menyerahkan sampul derma daripada orang kampung yang berjumlah RM500 kepada Dahlia. Pada pendapat saya, wajar sekali cerita ini diakhiri sedemikian kerana hal ini membuktikan wujudnya kerjasama penduduk kampung untuk mengurangkan beban kewangan keluarga Dahlia demi merealisasikan impiannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 

 

SET 6 – PERLIS 2020

(a)           Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua keistimewaan watak utama.

[7 markah]

(b)           Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan bagi setiap novel tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa keistimewaan watak utama yang digambarkan oleh pengarang.

Keistimewaan watak utama yang pertama ialah seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya, Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Keistimewaan watak utama yang kedua ialah seorang yang sedia memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa keistimewaan watak utama yang digambarkan oleh pengarang.

Keistimewaan watak utama yang pertama ialah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.

Keistimewaan watak utama yang kedua ialah seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan dalam setiap novel tersebut.

Peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa keprihatinan terhadap masalah orang lain. Lili, datuk dan nenek prihatin akan nasib Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Mereka banyak menolong keluarga Che Jah. Lili misalnya menceritakan masalah Che Jah kepada Puan Hamimah. Datuk dan nenek pula menjaga dan merawat Rafik dan Haziq. Datuk telah membawa Rafik dan Haziq balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan tradisional setelah mengalami kecederaan dan lebam-lebam.

Peristiwa yang menunjukkan nilai keprihatinan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa keprihatinan untuk membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama. Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

 

SET 7 – PPD LIMBANG, SARAWAK 2020

(a)                 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b)                Konflik yang diketengahkan oleh penulis dalam novel merupakan elemen penting untuk menarik pembaca menghayati sesebuah novel.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu konflik yang dialami oleh watak utama dan cara watak itu menyelesaikan konflik tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Pengarang menggunakan pelbagai teknik penceritaan dalam novel.

Teknik penceritaan yang pertama ialah teknik pemerian yang ditunjukkan apabila pengarang memerihalkan keadaan Haziq kerana dipukul oleh Seman. Darah mengalir dari bibir Haziq yang pecah. Matanya tidak bermaya ketika dia berkalih ke kiri untuk mengelakkan sepakan Seman yang benar-benar seperti orang hilang akal. Dari dalam rumah Che Jah pula sedang meraung meminta cerai dan riuh suara wanita yang sedang menyabarkannya.

Teknik penceritaan yang kedua ialah teknik saspens yang digunakan oleh pengarang ketika Lili diculik oleh Rafik dan Haziq. Danel bijak bertindak apabila menyelamatkan Lili seorang diri pada waktu malam kerana dia tahu tempat Lili disembunyikan oleh Haziq dan Rafik. Danel tidak menggalakkan orang kampung mencari Lili pada waktu siang untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Danel yakin bahawa Lili tidak akan diapa-apakan oleh Rafik dan Haziq kerana sikap pengecut kedua-duanya. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan nasib Rafik dan Haziq setelah Lili berjaya dibebaskan.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang menggunakan pelbagai teknik penceritaan dalam novel.

Teknik penceritaan yang pertama ialah teknik pemerian yang ditunjukkan apabila pengarang memerihalkan peristiwa Embong dibelit oleh ular sawa. Ular yang sudang tergantung pada pokok lain menjuntaikan kepalanya ke arah Embong. Embong terjatuh. Ular itu membelit kakinya kemudian ke badan. Embong meronta-ronta. Embong mengumpul tenaga lalu berjaya mencekak leher ular dan berlaku pergelutan.

 

Teknik penceritaan yang kedua ialah teknik saspens yang digunakan oleh pengarang apabila Nek Kiah sanggup menjual tapak rumah yang diduduki oleh keluarga menantunya, Embong setelah terpedaya dengan hasutan Seman. Nek Kiah sanggup memberikan amaran kepada Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada ke tanah lain kerana tanah rumah Dahlia akan dijual. Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang menimpa keluarga Dahlia seandainya Nek Kiah berjaya menjual tanah tersebut.

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak konflik yang dialami oleh watak utama dalam kedua-dua buah novel. Watak utama berhadapan dengan konflik dan mencari jalan penyelesaiannya.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, watak utamanya, Lili menghadapi konflik yang dengan ibunya yang meminta Lili pulang ke kampung dan menghabiskan cuti persekolahannya di kampung sedangkan Lili ingin menghabiskan cutinya bersama-sama dengan rakan-rakan untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya.

Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana ketaatan seoarnag anak terhadap ibu.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, watak utamanya Dahlia menghadapi konflik dengan Nek Kiah apabila Nek Kiah tidak menyukai keluarga Dahlia dan tidak mengakui mereka sebagai darah daging. Malah Nek Kiah dan Seman berpakat untuk menjual tanah tapak rumah keluarga Dahlia.

Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Dahlia tetap memberikan layanan yang baik terhadap Nek Kiah dan menjaganya ketika sakit.

SET 8 – PULAU PINANG 2020

(a)                   Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.

[7 markah]

(b)                  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai yang menggambarkan sikap bertanggungjawab daripada setiap novel tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Pengarang menggambarkan pelbagai peristiwa dalam novel ini. Antaranya ialah peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili gigih menyelesaikan kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya Rafik dan Haziq. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana sebagai seorang remaja yang masih muda, Lili dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Che

Jah.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili diculik oleh Haziq dan Rafik tetapi Lili tetap membantu mereka dan sanggup memaafkan mereka. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana jelas menggambarkan sikap Lili yang baik hati dan tidak berdendam terhadap perkara yang telah berlaku kepadanya.

 

 

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang menggambarkan pelbagai peristiwa dalam novel ini. Antaranya ialah peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said walaupun dia tidak pandai berenang. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana sikap berani yang ditunjukkan oleh Dahlia untuk menyelamatkan anak jirannya, Said yang lemas.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian hidup. Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah, Dahlia tetap berjaya dalam pelajarannya serta memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan nilai yang menggambarkan sikap bertanggungjawab dalam kedua-dua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, nilai yang menggambarkan sikap bertanggungjawab ialah bertanggungjawab membantu orang yang ditimpa kesusahan atau masalah. Contohnya, Lili rasa bertanggungjawab membantu keluarga Che Jah yang menghadapi masalah rumah tangga.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, nilai yang menggambarkan sikap bertanggungjawab ialah bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil apabila ibunya dimasukkan ke hospital.

 

SET 9 – SBP 2020

(a)           Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan dalam novel tersebut.

[7 markah] Rujuk Jawapan Set 1(a)

(b)           Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, nyatakan satu peristiwa menarik kepada pembaca pada bahagian permulaan.

Huraikan sebab anda berpendapat sedemikian.

[8 markah]

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa menarik pada bahagian permulaan novel.

 

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa menarik pada bahagian permulaan novel ialah peristiwa Lili yang tidak begitu gembira dengan percutiannya di kampung secara bersendirian, namun sebagai anak yang taat, dia akur akan kehendak ibunya.

Peristiwa ini menarik kerana memaparkan seorang anak yang taat akan perintah ibunya walaupun dia terpaksa mengetepikan perasaannya sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, peristiwa menarik pada bahagian permulaan novel ialah peristiwa Azhari bertanya kepada Dahlia tentang hajatnya untuk membawa keluarganya ke rumah Dahlia bagi membincangkan hubungan mereka secara serius.

Peristiwa ini menarik kerana memaparkan seorang gadis yang mengutamakan kepentingan pelajaran lebih daripada perkara lain kerana hanya dengan pelajaran dia dapat membantu kehidupan keluarganya pada masa depan.

 

 

SET 10 – NEGERI SEMBILAN 2020

(a)                Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak utama dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)                Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda

pelajari.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu contoh yang dapat membuktikan pernyataan tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Pengarang menggambarkan perwatakan watak utama yang dapat dicontohi.

Perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang penyayang terhadap ibunya. Contohnya, Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan di kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi ibunya.

Perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Perwatakan watak utama yang ketiga ialah seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya, Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Pengarang menggambarkan perwatakan watak utama yang dapat dicontohi.

 

Perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital

Perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.

Perwatakan watak utama yang ketiga ialah seorang yang menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya. Contohnya, Dahlia melayan neneknya dengan baik dan menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya.

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan persoalan kegigihan dalam kedua-dua buah novel.


Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kegigihan mempertahankan perubatan tradisional. Buktinya, datuk Lili, Haji Abdul Rahman gigih mempertahankan perubatan tradisional yang diamalkannya walaupun pesakitnya semakin berkurangan dari sehari ke sehari disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan moden.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat persoalan kegigihan dalam mencari nafkah untuk menyara keluarga. Buktinya, Embong gigih mencari rezeki untuk menyara dirinya sekeluarga dengan melakukan pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah, mengambil upah membersihkan kebun orang dan memetik buah kelapa sawit.

SET 11 – PAHANG 2020

(a)           Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ialah teknik saspens.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua unsur saspens yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)           Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan tema dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur saspens.

Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa kehilangan kubah surau. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut.

Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa penculikan Lili. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.

 

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur saspens.

Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.

Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Kedua-dua buah novel menggambarkan tema yang menarik.

Berdasarkan   novel  Jendela Menghadap    Jalan,  pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Satu peristiwa yang menggambarkan tema tersebut ialah kecekalan Lili berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya. Lili cekal berusaha membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Lili telah meminta bantuan Kak Mimah yang merupakan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam menempuhi berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.

Satu peristiwa yang menggambarkan tema ialah kegigihan Lili menghadapi masalah kesihatan ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

SET 12 – MUAR. JOHOR 2020

(a)                  Kegigihan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya mencapai kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat membuktikan pernyataan di atas.

[7 markah]

(b)                 Keberkesanan perkembangan cerita dalam sesebuah karya banyak dipengaruhi oleh kebijaksanaan penulis untuk memilih peristiwa yang menarik.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa menarik dalam bahagian perkembangan cerita dan sebab anda menganggap peristiwa itu menarik bagi setiap buah novel tersebut.

[8 markah]

 

 

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Kegigihan watak utama dalam sesebuah membolehkannya mencapai kejayaan. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa peristiwa tentang kegigihan watak utama dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kegigihan seorang remaja untuk membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga dalam keluarga. Lili telah melaporkan masalah keluarga Che Jah kepada Puan Hamimah iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus dipukul oleh suami Che Jah iaitu Seman. Seman sering mabuk dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Lili juga mencadangkan kepada Puan Hamimah agar Seman dihantar ke pusat pemulihan akidah.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kegigihan seorang remaja mencari penyelesaian yang dapat merungkai suatu rahsia. Lili gigih mencari rahsia jendela menghadap jalan agar dapat mengetahui kebenaran. Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia bahawa jendela tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai pergerakan Bintang Tiga yang menyusup ke kampung-kampung. Kegigihan Lili ini boleh dijadikan panduan hidup agar kita sentiasa berusaha merungkai peristiwa sebenar di sebalik sesuatu kejadian.

4(b) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Kegigihan watak utama dalam sesebuah membolehkannya mencapai kejayaan. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa peristiwa tentang kegigihan watak utama dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kegigihan seorang anak menghadapi masalah kesihatan ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adikadiknya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kegigihan seorang remaja meneruskan pembelajarannya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dahlia meneruskan pembelajarannya untuk peperiksaan STPM walaupun terpaksa ponteng sekolah dan keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya semasa ibunya dirawat di Hospital Permai akibat penyakit kemurungan. Dahlia juga cekal dan gigih mengulang kaji pelajaran menjelang STPM di pusat pemindahan banjir walaupun kemudahan yang serba kekurangan di situ.

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Kedua-dua buah novel menggambarkan peristiwa yang menarik dalam bahagian perkembangan.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menarik pada bahagian perkembangan ialah peristiwa kegigihan datuk Lili ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisional. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh manusia yang sakit. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Selain itu, datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuhtumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Saya menganggap peristiwa itu menarik kerana peristiwa itu menggambarkan semangat pengamal perubatan tradisional yang masih kuat walaupun bersaing dengan perubatan moden dan menyedarkan pembaca agar menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang menarik pada bahagian perkembangan ialah peristiwa malang yang menimpa keluarga Dahlia. Ibu Dahlia, iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan sementara ayahnya, Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan dan tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM.

Saya menganggap peristiwa itu menarik kerana peristiwa itu menggambarkan ketabahan diri dalam menghadapi masalah keluarga yang bertimpa-timpa tidak harus dijadikan halangan kepada seseorang untuk berjaya dalam pelajaran. Hal ini menyedarkan pembaca agar sentiasa bersikap positif apabila dilanda masalah.

SET 13 – SMK SRI RAHMAT, JOHOR 2020

(a)        Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema dalam novel tersebut.

[7 markah] Rujuk Jawapan Set 11(b)

(b)           Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang antara ahli keluarga yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap adik-adiknya. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah sematamata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang

 

SET 14 – YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) 2020

(a)           Sikap cekal dan gigih yang terdapat pada watak-watak dalam sesebuah novel perlu dijadikan contoh untuk menjalani kehidupan dalam kalangan pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh sikap cekal dan gigih yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)           Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu contoh nilai amanah dalam tugas bagi setiap novel. yang terdapat dalam setiap novel.

[6 markah]

4(a) JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Sikap cekal dan gigih yang terdapat pada watak-watak dalam sesebuah novel perlu dijadikan contoh untuk menjalani kehidupan dalam kalangan pembaca. Pengarang telah memaparkan beberapa contoh sikap cekal dan gigih yang terdapat dalam novel ini.

Sikap cekal dan gigih seorang gadis untuk menyelesaikan konflik rumah tangga sebuah keluarga. Contohnya, Lili cekal dan gigih membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa penderaan Seman yang panas baran dan kaki botol.

Sikap cekal dan gigih seorang lelaki tua untuk mempertahankan perubatan tradisional. Contohnyanya, datuk Lili, Haji Abdul Rahman cekal dan gigih mempertahankan perubatan tradisional yang diamalkannya walaupun pesakitnya semakin berkurangan dari sehari ke sehari disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan moden.

4(a) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Sikap cekal dan gigih yang terdapat pada watak-watak dalam sesebuah novel perlu dijadikan contoh untuk menjalani kehidupan dalam kalangan pembaca. Pengarang telah memaparkan beberapa contoh sikap cekal dan gigih yang terdapat dalam novel ini.

Sikap cekal dan gigih seorang ketua keluarga mencari nafkah untuk menyara keluarga. Contohnya, Embong cekal dan gigih mencari rezeki untuk menyara dirinya sekeluarga dengan melakukan pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah, mengambil upah membersihkan kebun orang dan memetik buah kelapa sawit.

Sikap cekal dan gigih seorang gadis remaja dalam meneruskan pelajarannya. Contohnya, Dahlia cekal dan gigih meneruskan pembelajarannya untuk peperiksaan STPM walaupun terpaksa ponteng sekolah dan keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya semasa ibunya dirawat di Hospital Permai akibat penyakit kemurungan. Dahlia juga cekal dan gigih mengulang kaji pelajaran menjelang STPM di pusat pemindahan banjir walaupun kemudahan yang serba kekurangan di situ.

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang menggambarkan beberapa nilai murni dalam kedua-dua buah novel, antaranya ialah nilai amanah dalam tugas.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat nilai amanah dalam merawat pesakit. Contohnya, datuk Lili menjalankan amanah sebagai seorang pengamal perubatan tradisional dengan membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya. Datuk menggunakan perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat nilai amanah dalam menjalankan tanggungjawab, Contohnya, Doktor Ridhuan begitu amanah menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian bagi mengubati penyakit Saleha.

SET 15 - MRSM 2020

(a)          Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, berikan dua peristiwa sebagai bukti yang menyokong tema tersebut.

JMJ

Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

SBE

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidupnya.

[7 markah]

Rujuk Jawapan Set 11(b)

(b)         Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan tindakan watak yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca.

Berikan alasan anda.

[8 markah]

 

 

 

4(b) JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa watak yang menunjukkan tindakan yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca dalam kedua-dua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, tindakan watak yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca ialah sikap seorang suami yang panas baran. Seman iaitu suami Che Jah bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman telah memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka telah menculik Lili kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.

Saya berpendapat tindakan watak ini tidak wajar dicontohi kerana sikap panas baran dapat menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga seterusnya membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, tindakan watak yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca ialah sikap prejudis seorang ibu mentua terhadap menantu sendiri. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga dan meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga mempunyai enam orang anak. Nek Kiah yang percaya akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual tanah pusaka seluas seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00.

Saya berpendapat tindakan watak ini tidak wajar dicontohi kerana sikap prejudis terhadap ahli keluarga sendiri dapat memutuskan hubungan persaudaraan dan membawa kepada perpecahan dalam keluarga.

 

 

SOALAN ULANG KAJI TAMBAHAN

1. Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kasih sayang antara anak dengan ibu. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Persoalan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan kasih sayang kakak terhadap adik-adik. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

 

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat nilai kebijaksanaan menyelesaikan masalah penduduk kampung. Buktinya, dalam peristiwa Danel menyelesaikan masalah penduduk kampung. Danel telah mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak jadi memasang poster kerana kurang berkesan.


Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, terdapat nilai kebijaksanaan menguruskan masa dengan berfaedah. Buktinya, dalam peristiwa Dahlia menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat pemindahan banjir. Rumah Dahlia telah musnah akibat banjir. Dahlia bersyukur kerana nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan. Dalam keadaan sesak di pusat pemindahan banjir tersebut, Dahlia mencuri peluang untuk belajar. Dia tidak peduli jika ada orang yang mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail.

 

3. Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.

[7 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam keduadua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang membawa kepada klimaks ialah peristiwa isu kubah surau yang telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Berlaku pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan isu kubah sama ada perlu diletakkan di atas surau ataupun membina masjid yang baharu. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang membawa kepada klimaks ialah peristiwa Nek Kiah yang datang lagi ke rumah Dahlia untuk mengingatkannya tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama

4. Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.

Teknik imbas kembali dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah teringat kembali kisah sewaktu kecil. Datuk teringat kembali tentang kisahnya semasa kecil yang terpaksa mengikut orang tuanya meredah belantara dan belayar dengan kapal kemudian terdampar di satu tempat sehingga datuk bertemu dan berkahwin dengan nenek.

 

Teknik imbas kembali dalam novel Songket Berbenang Emas ialah teringat kembali kata-kata orang kampung. Dahlia teringat kembali pertanyaan orang kampung tentang kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said daripada lemas. Dahlia juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki hamun dan menuduhnya sebagai orang yang membunuh anaknya. Tuduhan Aton ini menyebabkan Dahlia begitu sedih kerana gagal menyelamatkan Said walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh.

 

5. Dalam setiap novel, terdapat watak hitam atau antagonis yang dicipta oleh pengarang untuk menjadikan sesebuah novel menarik.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu watak hitam atau antagonis dan berikan alasan mengapa anda beranggapan demikian.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Pengarang telah memaparkan watak antagonis dalam kedua-dua buah novel.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, watak antagonis ialah watak Rafik. Alasannya ialah dia seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, dia telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk. Selain itu, dia seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya, dia sering ponteng sekolah hingga menyebabkannya dibuang sekolah.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, watak antagonis ialah watak Aton. Alasannya ialah dia seorang yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa. Contohnya, apabila melihat kepulangan Dahlia dihantar oleh Azhari, kemudian Azhari datang ke rumah Dahlia serta diikuti oleh Najib, dia menyampaikan berita tersebut kepada Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman. Selain itu, dia seorang pendendam. Contohnya, dia mendendami Dahlia atas kematian anaknya, Said yang lemas di sungai. Dia menuduh Dahlia sebagai punca anaknya mati lemas kerana Dahlia lambat menyelamatkan anaknya itu.

 

-SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON SPM 2020-

DISEDIAKAN OLEH;

CIKGU ROOSEZAH BINTI SABRI,

SMK SUNGAI MANIK,

36000 TELUK INTAN, PERAK.





No comments: