15/05/2015

Kata Majmuk

Proses pemajmukan kata ialah proses merangkaikan dua patah kata dasar atau lebih untuk membentuk kata majmuk yang membawa makna baharu.
Kata majmuk dieja secara terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kata majmuk yang dieja secara bercantum, namun jumlahnya hanyalah sedikit sahaja.



CONTOH KATA MAJMUK YANG DIEJA BERCANTUM
o      antarabangsa

o      bumiputera

o      kakitangan

o      olahraga

o      setiausaha

o      suruhanjaya

o      tanggungjawab

o      pesuruhjaya
o      beritahu

o      jawatankuasa

o      kerjasama

o      matahari

o      sukarela

o      tandatangan
o      warganegara


  CONTOH KATA MAJMUK YANG DIEJA TERPISAH
·         jalan raya
·         mata pelajaran
·         guru besar
·         kereta api
·         kapal terbang
·         batu kapur
·         air hujan
·         segi tiga
·         reka bentuk
·         lut sinar
·         atur cara
·         urus setia
·         ubah suai
·         kemas kini
·         hak milik
·         alat tulis
·         tengah hari
·         gambar rajah
·         bandar raya
·         cari gali
·         kraf tangan
·         urus niaga

Untuk kertas Bahasa Melayu 1103/2, aspek ini akan diuji bagi soalan 3(c), manakala Bahasa Melayu 02 (PT3) Bahagian A Soalan 2.

Contoh soalan PT3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)         Pihak polis sedang melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan kes rompakan yang berlaku di bandaraya Ipoh.
(ii)        Semua pelajar dilarang membawa masuk buku ke perpustakaan samaada buku nota ataupun buku teks.
(iii)       Penduduk kampung diminta memberi tumpuan kepada bidang kraftangan yang sering menarik minat pelancong.

[3 markah]

Sumber dengan sedikit ubah suai : http://www.mohamadazemi2013.blogspot.com/ 

No comments: