PENYAMPAI
|
:
|
|||
TARIKH
|
:
|
HARI
|
: KHAMIS
|
|
MAJLIS
|
:
|
HARI GURU SMK HANG JEBAT
|
||
TEMPAT
|
:
|
SMK HANG JEBAT, PERAK
|
||
ISU
|
:
|
HARI GURU
|
TEKS
UCAPAN PENUH :
Bismillahir-rahmanir-rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima
kasih, saudari Pengerusi Majlis
Yang
Berusaha Tuan Haji Zain Ariff Zailani, Penolong Kanan
Yang
Berusaha Tuan Haji Mahhadee Ramlee, PK HEM
Yang
Berusaha Tuan Haji Shaharul Helmi Ayub, PK Kokurikulum
Barisan
guru yang dedikasi
dan
tidak dilupakan
Hujung
tanjung banyak berlian
Yang dikasihi anak murid sekalian.
Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SMK HANG JEBAT bagi Tahun 2023, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”
itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.
menjadi contoh, mencurah ilmu,
tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga
pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan disambut di SMK HANG JEBAT. Justeru, saya mengambil
kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah
ini.
Cikgu-cikgu yang dikasihi,
Pada
bahu kita ini…..
yang
digelarkan cikgu
diletakkan
seribu harap
oleh
ibu bapa yang datang
dengan
wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan
harapan menggunung disandar jua.
Kita
yang digelar Cikgu
dengan
wajah girang terima
tanggungan
yang bukan kepalang
harapan
besar akan ditunaikan
Lalu
anak-anak yang tiada dosanya
dicalit
pelbagai warna-warni
dicampur-aduk
dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abang kata sini
banyak
kali jua TV kata sana
warna-warni
itulah bercelaru di kepalanya
warna-warni
itulah menjadi cikgu
kadang-kadang
keliru dalam membantu
kadang-kadang
membuatkan ayah membisu
dan
kepala anak menjadi batu
Cikgu,
pada bahu ini seorang cikgu
menyaksikan
harapan yang tidak kunjung datang
memilih
warna yang semakin sukar diadunkan
dan
selepas habis segalanya
jiwa
raga, semangat nurani, malah diri
diberikan
untuk mendidik anak bangsa
dan
di hari kejayaan si ibu berkata:
“Anak
saya pintar dan rajin….
sebab
itulah dia berjaya!”
Dan
di hari kegagalan si ibu pun berkata:
“Cikgunya
malas-malas belaka …
tidak
pandai mengajar….
lantas
anak saya gagal!”
Cikgu,
Tak apalah cikgu
semua
mereka itu anak-anak orang
cikgu
hanya menumpang tuah kiranya
suatu
masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri
megah dengan anak watan
dan
perjuangan cikgu tidak pernah kan padam
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Sambutan Hari Guru
yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang
peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa.
Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak
terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan
dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam
menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar
jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan
istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita
memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan
terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Anak-anak
murid yang dikasihi,
Kerana anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar,
Hendak pandai menghargai
masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.
Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.
Masa itu emas dan wang,
Walau sedikit jangan
dibuang.
Masa berlalu terlalu pantas,
Orang yang lalai akan
dicantas.
Pesan saya,
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan,
tanyalah
kijang.
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru….
Namun...kami semua di hadapan ini, mampu
menjadi belalang, berupaya menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi 3R, hebat lakonannya seperti Rosyam
Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah geleceknya seperti
Ronaldo, serasi seperti seperti kata SN Usman Awang:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya
ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan
peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha
yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang
benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam
kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta
amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru
kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri
kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan
sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.
Gurindam Guru
Sejati
Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.
Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.
Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.
Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.
Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.
Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.
Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.
Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.
Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.
Guru sejati
guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah
ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di
sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.
Marilah
kita,
Yang busut hendaknya jadikan bukit
Yang bukit jadikan gunung.
Yang kapas hendaknya jadikan benang
Yang benang jadikan kain.
Mata air hendaknya jadikan sungai
Lopak jadikan kolam
Tasik hendaknya jadikan lautan
Alunnya jadikan gelombang
Seinci hendaknya jadikan sekaki
Sejengkal jadikan sedepa
Semangkuk hendaknya jadikan sehidangan
Sehasta jadikan sekodi
Semayam hendaknya jadikan sebungkal
Sekuali jadikan sekawah
Sekampung hendaknya jadikan senegeri
Seuncang jadikan seguni
Secubit hendaknya jadikan sekepal
Secupak jadikan
segantang
Semangkuk hendaknya jadikan setempayan
Sebuntil jadikan sekepuk
Sehari hendaknya jadikan sebulan
Sebulan jadikan setahun
Semusim jadikan sekurun
Hidup tidak selalu indah,
tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
SELAMAT MENYAMBUT
HARI GURU.
“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”
TERIMA KASIH CIKGU.
Diubahsuai daripada sumber yang diyakini (TERIMA KASIH), untuk penulis teks yang diyakini!
40 comments:
TERIMA KASIH. MOHON JADI RUJUKAN
sanagat cantik bahasa dan gurindam.. mohon jadi rujukan
Silalah manfaatkan...
Sangat indah bahasa mohon untuk rujukan
mohon menggunakannya, kerana indah bahasanya, dalam maksudnya..drp ayah LA
sangat sesuai dengan bahasa yang indah dan menarik sekali. tahniah
Mohon mengguna bahasa indah dalam teks ini,,,Terima kasih
Mohon menggunakannya. Sangat indah bahasa dan susun katanya. Terima kasih
Indah sungguh bahasa yang diguna. Mohon menggunakan sedikit bahasa indah tersebut.
sangat indah bahasa dan dalam maksudnya....mohon menggunakan bahasa tersebut
Sungguh indah bait-bait bahasa..saya mohon untuk berkongsi dan menggunakkannya..
Saya mohon untuk berkongsi dan menggunakannya..sungguh indah kata-katanya..
TERIMA KASIH. MOHON JADI RUJUKAN
Teks ucapan yang menarik dan ada kelainan.Mohon izin untuk menggunakannya.
Terima kasih. Silakan dan Selamat Hari Guru 2017
Mohon untuk berkongsi dan menggunakannya.. Terbaik
Silakan. Terima kasih kerana sudi bertandang ke cuit-cuitbahasa.blogspot.my saya.
Terbaik...indah bahasa..alunan irama guridamnya...tahniah..mohon share..terima kasih.
Silakan. Terima kasih kerana sudi bertandang ke cuit-cuitbahasa.blogspot.my
bahasa yang indah. Mohon saya menggunakannya dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah saya SK Air Kuning Selatan, Gemencheh Negeri Sembilan.
Silakan dan selamat menyambut Hari Guru 2018
mohon gunakan dlm majlis sambutan hari guru sekolah saya..sk telok gadong klang.. bahasa yang indah.
Indah tutur bicara tuan hamba, hamba memohon izin meminjam bait kata, untuk menuturkannya. Segala budi, tak terbalas dek hamba.
indah bahasa. mohon berkongsi
Mohon kongsi cikgu boleh dijadikan panduan berucap esok pagi. Bahasa yg indah dan bermakna...
Mohon dikongsi sebahagian puisi untuk diselit dalam teks ucapan hamba ye.
terima kasih.
saudara saudari yang budiman
Saya mohon untuk berkongsi dan menggunakannya dengan sedikit pengubahsuaian. harap direstui dan dihalalkan.
Indah bahasanya, cantik jalinannya. Mohon halalkan untuk saya gunakan. Semoga tuan sentiasa dalam rahmatNya
Silakan. Selamat Hari Guru.
Terima kasih, silakan tuan hamba.
Kitalah guru,
Bagai seibu seayah kandung
Bagai simpai sepenjalinan
Bagai kulit dengan isi
Bagai lukah dalam air
Itulah guru yang dicari
Terima kasih. Silakan. Selamat Hari Guru, tuan.
Terima kasih, silakan.
Kitalah guru,
Bagai seibu seayah kandung
Bagai simpai sepenjalinan
Bagai kulit dengan isi
Bagai lukah dalam air
Itulah guru yang dicari
Silakan.
Kitalah guru,
Kalau koyak tampal-menampal
Kalau condong sokong-menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Silakanlah...
GURU SEJATI
Kalau koyak tampal-menampal
Kalau condong sokong-menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Terima kasih. Semoga kita sebagai pemacu transformasi pendidikan terus istiqamah dalam mendidik bunga-bunga bangsa nusa ini dengan penuh keiltizaman dan keihklasan.
Terima kasih kpd semua warga pendidik anak bangsa..usaha gigih tuan puan amat kami hargai..ilmu d curah tumpah ke anak kami semoga boleh menjadi bekalan d dunia dan akhirat hendaknya..sekali lgi sekalung terima kasih dr kami buat guru2 d seluruh dunia..selamat hari guru
izinkan saya mengunakan ayat² yg tersusun indah ini...semoga tuan dirahmati allah
Alhamdulillah, indah dan tersusun ucapannya, izinkan saya mengunakan ayat² yg tersusun indah ini...semoga tuan dirahmati allah
Aamiin
Aamiin
Post a Comment